Bajet Perak bukan penipuan – Zambry



IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa semua kandungan dalam Bajet Perak 2018 yang dibentangkan oleh beliau semalam adalah berdasarkan fakta serta statistik pencapaian kerajaan negeri dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, beliau tidak pernah menipu dan mengelirukan rakyat dalam pembentangan bajet sejak menerajui kepimpinan negeri Perak pada 2009.

“Nampaknya fakta-fakta ini membuatkan beberapa wakil rakyat pembangkang resah dan ada juga ‘kepanasan’ lalu tampil dengan respons negatif dan sarat dengan pembohongan,” katanya kepada dalam sidang media di luar Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri ke-13 di sini, pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai pembohongan beberapa wakil rakyat pembangkang antaranya bajet Perak defisit selama tujuh tahun berturut-turut, kemerosotan rizab negeri dan tiada pertambahan hasil.

Menurut Zambry, walaupun kerajaan negeri membentangkan bajet defisit tetapi penyata kewangan sebenar setiap tahun merekodkan lebihan.

Katanya, sejak tahun 2009, penyata kewangan negeri yang telah diaudit menunjukkan lebihan iaitu 2009 sebanyak RM9.55 juta, 2010 (RM30.39 juta), 2011 (RM25.72 juta), 2012 (RM18.49 juta), 2013 (RM13.13 juta), 2014 (RM7.73 juta), 2015 (RM7.59 juta) dan 2016 (RM4.42 juta).

Zambry berkata pembangkang juga cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa Bajet 2017 adalah defisit sedangkan laporan kewangan 2017 akan hanya siap apabila berakhir tahun ini.

Dalam pada itu, katanya, dakwaan pembangkang bahawa tiada pertambahan hasil negeri adalah tidak benar kerana rekod mencatatkan penambahan hasil daripada RM700 juta pada 2010 kepada RM1.011 bilion pada 2016.

“Pembangkang juga menuduh rizab negeri tidak bertambah tetapi angka menunjukkan sebaliknya. Saya ingin menjelaskan bahawa kedudukan rizab negeri termasuk tunai sehingga 21 Nov 2017 adalah RM1.1 bilion,” katanya.

“Saya harap rakyat mendapat gambaran jelas dan benar kerana ini sangat penting supaya maklumat yang diberikan oleh mereka (pembangkang) diperbetulkan, kalau tidak rakyat akan menganggap apa yang dibentangkan dalam Bajet 2018 adalah satu penipuan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pas Perak sifatkan Bajet 2018 Perak mesra rakyat – Perak


IPOH 22 Nov. – Pas Perak menyifatkan Bajet Negeri 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir semalam sebagai bajet mesra rakyat dan mesra Pilihan Raya Umum (PRU).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Radzi Zainon berkata, ini kerana rakyat negeri ini mendapat pelbagai faedah daripada bajet berjumlah RM1.17 bilion yang dibentangkan.

Kata Radzi, intipati Bajet 2018 itu juga dilihat menyentuh dan terus kepada rakyat diperingkat akar umbi.

“Kita menganggap Bajet 2018 negeri Perak sebagai mesra rakyat dan mesra PRU kerana banyak pemberian diberikan kepada rakyat sebagaimana kerajaan Persekutuan terus kepada rakyat.

“Perak juga dilihat menambah beberapa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti untuk golongan imam dan bilal serta guru agama.Kita tidak kata sokong secara keseluruhan Bajet 2018 namun ini bajet yang mesra rakyat dan mesra PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perak naikkan bayaran insentif kemenangan Sukma 2018



IPOH: Kerajaan negeri akan menaikkan bayaran insentif kemenangan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 sebagai rangsangan kepada atlet agar dapat memastikan kontinjen tuan rumah menjuarai temasya itu yang akan berlangsung September tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, bagi kategori individu pemenang pingat emas akan menerima RM5,000, pemenang pingat Perak RM3,000 manakala pingat gangsa RM1,000.

“Bagi kategori sukan berpasukan, setiap ahli pasukan iaitu RM2,500 bagi pingat emas, RM1,500 pingat perak dan RM750 bagi pingat gangsa,” katanya ketika menjawab soalan Maslin Sham Razman (BN – Bukit Chandan) pada Mesyuarat ketiga Penggal kelima, Dewan Negeri ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Menurutnya, kenaikan insentif itu dilihat mampu menggalakkan peningkatan prestasi serta menaikkan semangat atlet negeri itu yang juga tuan rumah dalam kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, Shahrul Zaman berkata, kerajaan negeri turut melancarkan program Kita Juara 2018 bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun dan sistematik dapat dirangka terhadap kontinjen Perak terutama dalam misi muncul juara edisi tahun depan.

Menurut beliau, sehingga kini, kira-kira 700 atlet bagi 29 jenis sukan termasuk kategori sukan individu dan berpasukan berada di bawah program tersebut.

“Prestasi atlet akan dinilai semula melalui proses pemilihan fasa kedua pada bulan depan. Senarai terakhir atlet yang layak ke Sukma 2018 akan diputuskan pada sesi pemilihan terakhir pada Mac tahun depan,” ujarnya.

Selain itu, kata Shahrul Zaman, kerajaan negeri mewujudkan inisiatif baharu melalui Program Podium Perak (P3) sebagai salah satu pentas persediaan untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dari kalangan atlet elit berprestasi tinggi negeri.

Beliau berkata, atlet yang dipilih menyertai P3 terdiri daripada pemenang pingat Sukma 2016 dan atlet yang berada di ranking tiga terbaik di kejohanan kebangsaan atau remaja kebangsaan.

“Seramai 67 atlet kini berada dalam P3 yang terdiri daripada 31 atlet sukan individu dan 36 atlet sukan berpasukan yang mana pencapaian atlet ini dinilai dengan teliti dari semasa ke semasa melalui kejohanan peringkat kebangsaan,” katanya.



Source link

read more

Kes buli Empat pelajar sekolah berasrama di Perak dibuang sekolah



SERI ISKANDAR: Empat pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, di sini yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar tingkatan tiga sehingga menyebabkan mangsa sukar membuang air kecil dikenakan hukuman buang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, tujuh lagi pelajar yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu akan digantung antara seminggu dan dua minggu.

Katanya, kesemua pelajar terbabit berusia 15 hingga 17 tahun.

“Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) telah bermesyuarat dan mencadangkan empat pelajar tersebut diberhentikan manakala dua lagi pelajar digantung seminggu dan lima lagi digantung dua minggu.

“Laporan lengkap beserta dengan keputusan mesyuarat telah pun diangkat ke pihak pengurusan sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini,hari ini.

Tambah beliau, ibu bapa pelajar terlibat juga telah dipanggil serta diberi taklimat berkaitan keputusan yang akan dikenakan oleh pihak pengurusan sekolah.

Difahamkan pada 4 November lalu, mangsa berusia 15 tahun telah dipukul dengan keadaan matanya diikat dengan kain pelikat oleh sekumpulan pelajar yang didalangi seorang pelajar tingkatan lima.

Kejadian sekitar jam 10.30 malam itu berpunca daripada kes kehilangan wang di asrama sekolah terbabit.

Mangsa mengalami kesan lebam dan calar di seluruh badan selain disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil akibat kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian merusuh melibatkan pelajar dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Perak lancar modul kelas pengajian masjid, surau pertama di Malaysia – Nasional


IPOH 17 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melancarkan modul kurikulum kelas pengajian takmir masjid dan surau serta kod etika guru takmir Perak yang julung kalinya diperkenalkan di negara ini.

Pelancaran modul itu disempurnakan bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Tahun 2017 yang diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan 27 anugerah kecemerlangan kepada para pelajar dan pendidik serta Sijil Pengajian Masjid Negeri Perak yang julung kalinya dianugerahkan kepada 38 peserta kumpulan pertama.

Kerajaan negeri juga memberikan penghargaan kepada 25 hafiz muda daripada beberapa maahad tahfiz yang telah menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk. 

Sementara itu, Mohd. Yusop ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mengambil masa selama dua tahun untuk membangunkan modul pengajian masjid dan surau secara lebih bersistem dengan merangkumi kandungan seperti fikah, sirah, tauhid dan akhlak.

“Sebelum ini tiada sukatan khusus diajarkan di masjid dan surau kerana ia berlangsung secara umum, jadi kita melakukan transformasi dengan menyediakan suatu modul diperakui mufti yang perlu dihabiskan.

“Oleh itu, sebanyak 386 guru takmir di masjid dan surau seluruh negeri ini akan dilatih untuk mengajarkan modul ini secepat mungkin dengan menggunakan peralatan audio visual dan pemacu pena,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PPBM PERAK BERKUBUR!!! ~ SEMUT HITAM


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah dibubarkan ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya hari ini.

Mohd. Shirin berkata, keputusan itu dibuat kerana mere tidak berpuas hati dengan pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak bagi menggantikan Kak Midah sebelum ini.

Menurutnya, beliau dan ahli tidak yakin kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak yang didakwa hanya menjadi kroni kepada Mukhriz Mahathir.

“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat ini empat Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak telah membuat keputusan untuk meninggalkan parti tersebut iaitu Bahagian Gopeng, Parit, Kuala Kangsar dan Batu Gajah.




Source link

read more

Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar bekas MB RM200000



IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan saman fitnah yang difailkan dua tahun lalu.

Mohammad Nizar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 juta ke atas Razman di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Ogos 2015, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim D. Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu selepas mendapati Razman, selaku defendan, bertanggungjawab terhadap kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohamad Nizar sebagai plaintif.

Mohammad Nizar, yang kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel berkenaan yang mengaitkannya ‘menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP’.

Plaintif diwakil Asmuni Awi manakala Razman diwakili Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Asmuni berkata plaintif berasa lega dengan keputusan tersebut dan memohon defendan membayar jumlah itu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman.

“Kami selalu mengatakan kos fitnah tidak murah. Walaupun keputusan itu, defendan terus memfitnahkan Nizar menerusi tulisannya, kami akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam kami jika beliau mahu meneruskan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Zamri berkata alasan penghakiman bahawa plaintif berjaya membuktikan artikel berkenaan ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas serta bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

“Saya akan cuba menasihatkan anak guam untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi,” katanya.



Source link

read more

Tiada pelepasan air berlebihan di Empangan Hidro TNB Perak



IPOH: Tiada pelepasan air berlebihan berlaku di mana-mana empangan hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Beliau berkata berdasarkan laporan pengurusan TNB Stesen Janakuasa Sungai Perak yang diterima, pelepasan air dijalankan adalah secara normal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Pelepasan (arus) air itu memang perkara biasa dan mereka akan kemas kini dan beritahu dari semasa ke semasa.

“Cuma saya minta berjaga-jaga sebab masa ini keadaan cuaca buruk walaupun ketika ini paras air empangan masih jauh daripada paras bahaya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Pada masa ini, banjir melanda Lawin dan Lenggong di daerah Hulu Perak.

Zainol Fadzi menjelaskan paras Empangan Tasik Temenggor di Banding kini adalah 239.26 meter, masih di paras normal manakala paras air di Sungai Perak di Kuala Kenderong, Gerik adalah 111.80 meter, berbanding tahap kritikal 112.50 meter.

Beliau turut memberi jaminan TNB sentiasa bersedia bagi keadaan tertentu untuk memberi makluman dan bekerjasama dengan semua pihak.

Justeru, beliau berharap orang ramai hentikan tular berita berkaitan pelepasan air berlebihan kerana laporan itu tidak benar dan hanya menimbulkan panik terhadap masyarakat setempat.

— BERNAMA



Source link

read more

Beberapa kumpulan ATM telah turun ke Pulau Pinang pagi ini – Perak


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak kerja dan menghantar beberapa kumpulan untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, awal pagi ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam aspek memberi bantuan, ATM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya, antara aset-aset yang digunakan dalam operasi membantu mangsa banjir di negeri tersebut adalah trak Tatra seberat enam tan, trak seberat tiga tan, pacuan empat roda dan bot.

“Kita tidak mengira mana-mana negeri, semua kita akan bantu. Aturan gerak kerja telah disusun bermula dengan kumpulan-kumpulan tentera darat yang telah pun turun ke Pulau Pinang seawal pukul 5 dan 6 pagi ini.

“Jadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan bimbang, seperti yang kita lakukan pada Terengganu dan Kelantan ketika banjir besar dahulu, kita juga serius untuk membantu mereka di Pulau Pinang.

“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ATM dan sebagai Menteri Pertahanan, saya bukan hanya bangga tapi yakin dalam hal begini anggota dan pegawai saya tidak melihat kepada politik. Mereka tidak tunggu arahan daripada saya, sebaliknya mereka mengetahui tanggungjawab masing-masing.” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau persiapan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.  

Yang turut hadir,  Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi video secara langsung Facebook beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu terpaksa memohon bantuan daripada ATM bagi  membantu pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di negeri tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons