Guan Eng Tidak Tolak Kemungkinan Perbicaraan Rasuah Jejas Pencalonannya


indexMO, 12/1/2018, GEORGE TOWN – “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah.

— BERNAMA



Source link

read more

Perbicaraan kes bunuh Pegawai Diplomat Britain di Lubnan disambung semula



KES perbicaraan suspek yang disyaki membunuh seorang Pegawai Kedutaan Britain di Lubnan, Rebecca Dykes pada Disember 2017 disambung semula pada Khamis.

Menurut Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Antoine Abu Deeb, suspek yang merupakan pemandu Uber memberi kerjasama kepada mahkamah ketika sesi soal jawab berlangsung.

Bagaimanapun, butiran soal siasat kes terbabit tidak didedahkannya.

Rebecca Dykes, 30 tahun ditemukan mati di tepi jalan oleh pihak berkuasa Lubnan pada 17 Disember 2017.

Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan tali pada leher mangsa dipercayai akibat dijerut hingga menyebabkan mangsa mati tercekik.

Pihak penyiasat tidak menolak kemungkinan mangsa diserang secara seksual oleh suspek.

Kematian mengejut Dykes disahkan pejabat luar Britain di London.



Source link

read more

Bapa letup diri pada perbicaraan kes bunuh anak



NIKOPOL: Seorang bapa meletupkan diri pada perbicaraan kes bunuh anaknya di Ukraine pada Khamis.

Insiden yang berlaku di sebuah mahkamah di bandar Nikopol itu meragut dua nyawa termasuk salah seorang defendan yang dituduh membunuh anak lelaki tersebut.

Sembilan yang cedera terdiri daripada tiga defendan lain, pegawai konvoi, petugas mahkamah dan orang awam.

Kesemua mereka dikejarkan ke hospital dan dilapor berada dalam keadaan stabil.


YouTube Организация Прихист

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut masuk ke dalam dewan ketika perbicaraan berlangsung dan menarik pin pada dua bom tangan lalu meletupkannya.

Anak kepada lelaki tersebut serta rakannya didakwa ditembak oleh defendan menggunakan senjata automatik pada 2016.

Polis wilayah Dnipropetrovsk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dan berkata kejadian sedang disiasat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons