Zulin Aziz kesal digelar perempuan Melayu jahat


PELAKON dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar ‘wanita jahat’ oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Perkara itu berlaku gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ baru-baru ini.

Kekecohan bermula apabila pengguna laman sosial Facebook (FB) berkongsi artikel tersebut dengan menulis kapsyen ‘Perempuan Melayu S****l’.

Zulin yang terguris kapyen ditulis wanita tersebut kemudiannya membalas di akaun FB dan telah mendapat sokongan para peminat.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa… Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat…Sebab itu saya reda je lah, itu pun kena kecam.

“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada posting dibuat wanita tersebut.

Bagaimanapun, menerusi sebuah komen, wanita tersebut mendakwa akan menyaman Zulin yang dianggapnya sebagai pembuli siber.

Wanita itu juga mendakwa sudah membuat laporan polis terhadap Zulin.
 

Bagaimanapun Zulin tidak gentar dengan komen wanita tersebut dan mendakwa ada komen-komen lain yang lebih dahsyat ditulis serta ditelah di ‘screenshot’.

Sementara itu di akaun Instagram Zulin turut memberitahu dia telah memadam beberapa posting atas nasihat peguam dan pengurusnya.


 

 



Source link

read more

Siti sahkan bakal timang bayi perempuan



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Hal itu disahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Sebelum ini, Siti yang mengumumkan kehamilannya Oktober lalu, memilih untuk merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya.

Namun, bersempena hari ulang tahun ke 39 hari ini, Siti akhirnya merungkaikan teka-teki para peminatnya.

“Doakan puteri yang bakal dilahirkan ini sihat, sempurna dan menjadi anak yang solehah,” kata Siti.

Bayi itu akan menjadi zuriat perempuan pertama bagi Khalid, yang mempunyai empat anak lelaki dari perkahwinan terdahulu.

Siti juga sempat mengirimkan ucapan penghargaan atas ucapan selamat dan tahniah yang diterima sempena harijadinya.

“Terima kasih atas doa dan ucapan semua. Tentunya kehadiran bayi ini akan menjadi hadiah paling berharga untuk saya dan keluarga,” tambahnya.

Siti dan suaminya diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006.



Source link

read more

Kanak-kanak perempuan hembus nafas terakhir selepas dihubungi Kanye West



SEORANG kanak-kanak perempuan yang menghidap penyakit kanser menghembuskan nafas terakhir selepas dihubungi oleh penyanyi kegemarannya, Kanye West.

Sebelum ini, keluarga peminat cilik itu cuba menghubungi Kanye untuk menggembirakan hatinya tetapi usaha tersebut menemui jalan buntu.

Setelah Kanye mengetahui tentang perkhabaran tersebut, dia mengambil kesempatan untuk menghubungi peminat ciliknya itu menerusi sebuah panggilan video minggu lalu.

Kanye turut memenuhi permintaan kanak-kanak itu dengan menyanyikan lagu kegemarannya, I Love Kanye.

Peminat cilik itu nyata gembira dengan panggilan tersebut dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber & Foto: TMZ



Source link

read more

Cucu perempuan lelaki terkaya Indonesia meninggal dunia



SINGAPURA: Cucu perempuan individu terkaya di Indonesia meninggal dunia pada Jumaat di Singapura.

Deynica Welirang, 39 tahun, merupakan cucu kepada Sudono Salim, iaitu pemilik Salim Group yang meliputi pemilikan perniagaan seperti Indofood, Bank Central Asia, Indocement dan banyak lagi cabang perusahaan lain.

Sudono Salim kemudian menurunkan pengurusan kepada anaknya Anthony Salim dan seterusnya diuruskan oleh Franciscus Welirang, iaitu bapa Deynica.

Deynica ialah puteri tunggal Franciscus.

Jasad Deynica kini ditempatkan di Mount Vernon Sanctuary dan dijangka dikebumikan pada Isnin di Choa Chu Kang New Christian Cemetery, Singapura.



Source link

read more

A kalau lelaki Siti kalau perempuan – Siti bagi teaser nama anak



PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sudah memilih nama untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2018.

Bagaimanapun kata Siti, nama penuh dan jantina bayi yang sedang dikandungkan terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu bagi menghormati permintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri green light baru boleh saya kongsikan dengan peminat.

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti,” katanya.

Siti juga bakal merakamkan single terbaharu yang didedikasikan untuk cahaya mata sulungnya itu dalam tempoh terdekat.

Malah, pelantun lagu Segala Perasaan itu juga memberitahu bakal membuka akaun Instagram khas untuk anaknya.

“Tunggu masa yang sesuai, bila sudah sampai masa barulah buka. Tak tahu lagi bila,” tambah Siti.

Sementara itu, bagi yang ingin melihat gelagat penyanyi kesayangan ramai ini bercuti di Portugal, Sepanyol dan Dubai bersama keluarga besarnya, jangan lepaskan peluang menonton rancangan jurnal percutian CTDK-ation.

CTDK-ation akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember (malam ini).

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Selepas melampias nafsu si durjana upah kanak-kanak perempuan 20 sen



JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menerima 20 sen (Rp 800) dari seorang lelaki yang didakwa meliwatnya di rumah suspek di Jagakarsa.

Menurut laporan ‘The Jakarta Post’, ketika kejadian kanak-kanak malang terbabit sedang bermain dengan sepupunya tidak jauh dari rumah suspek.

Suspek berusia 40 tahun tahun terbabit dikatakan telah memujuk mangsa ke rumahnya sebelum meliwat mangsa.

Suspek kemudian memberi duit syiling Rp 500, Rp 200 dan Rp 100 kepada mangsa dan memberi amaran kepada kanak-kanak malang itu agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.

Susulan laporan yang dibuat penjaga kanak-kanak terbabit kepada pihak berkuasa Indonesia, suspek berjaya ditahan polis di Jakarta Selatan dan siasatan lanjut masih dijalankan.



Source link

read more

Kanak-kanak perempuan maut terkena tembakan senapang patah – Nahas & Bencana


ALOR SETAR 13 Dis. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat terkena tembakan senapang patah milik moyangnya yang dipercayai terjatuh di sebuah rumah di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd. Hishamuddin maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kiri muka.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa asyik menonton televisyen di ruang tamu rumah milik datuknya itu.

Bapa mangsa, Mohd. Hishamudin Azri, 34, memberitahu, ketika kejadian dia bekerja di Jitra sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh bekas isterinya, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Sebaik saja diberitahu mengenai kejadian itu, saya terdiam seketika sebelum bergegas ke rumah bekas mentua.

“Apabila tiba ke lokasi kejadian, saya melihat jasad anak sudah terbaring di ruang tamu dalam keadaan cukup memilukan. Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku apabila senapang patah milik moyang Puteri Intan, Saidin Hamid, 80, terjatuh mengakibatkan berlakunya tembakan yang mengenai bahagian kiri muka anak sulung saya itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mohd. Hishamuddin menjelaskan, mangsa tinggal bersama datuk, nenek, ibu dan bapa saudaranya di rumah tersebut selepas dia dan isteri berpisah sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menjelaskan siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kes berkenaan.

 



Source link

read more

Lima ditahan bantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan



KUALA LUMPUR: Lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai akibat didera, semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kesemua suspek berusia 23 hingga 57 tahun yang merupakan keluarga angkat mangsa, ditahan kira-kira 9 malam di sekitar Petaling Jaya.

Menurutnya, kanak-kanak warga Indonesia itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 4 petang semalam oleh pengasuhnya dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital berkenaan pada 4.30 petang. Pemeriksaan pada badan mangsa didapati terdapat banyak kesan lebam dan cedera,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

Mohd Zani berkata berdasarkan maklumat daripada jiran mangsa, kanak-kanak itu sering menangis kesakitan dipercayai akibat didera oleh keluarga angkatnya yang tinggal di sebuah flat di Jalan PJS8/14 Petaling Jaya.

Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. 

— BERNAMA 



Source link

read more

Siti Nurhaliza bakal timang cahaya mata perempuan? – Hiburan


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Buat pertama kali, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, berkongsi imej imbasan bayi dalam kandungannya yang sudah memasuki usia lima bulan menerusi satu klip video di laman Instagram miliknya hari ini dan mendapat pelbagai reaksi pengikut.

Ditonton lebih 200,000 kali, klip video berkenaan memperlihatkan keadaan bayi yang dikandungnya dengan kapsyen berbunyi, “Alololo… Sopannya anak ibu. Macam siapa?”


Rakaman yang dimuat naik pada awal pagi tadi juga tidak mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya dan rata-rata netizen teruja untuk melihat wajah bayi yang dijangka lahir pada Mac tahun hadapan.


Bagaimanapun, berdasarkan perbualan doktor dan Siti yang kedengaran di dalam klip tersebut, netizen mengagak penyanyi tersohor itu akan menimang cahaya mata perempuan.


“Dengar doktor sebut princess? Baby girl really shy and sopan looks like her mummy,” komen salah seorang pengikutnya.


Siti pada 13 November lalu bersama-sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K telah mengumumkan mengenai kehamilannya dalam satu sidang akhbar khas bertempat di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang, di sini. 


Siti dan Datuk K telah berkahwin selama 11 tahun. Mereka bernikah pada 21 Ogos 2006. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan



BUAT pertama kalinya penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Menerusi akaun Instagram (IG) beliau, pelantun lagu Cindai itu memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya ‘sangat sopan’ ketika imbasan dilakukan.

Bagaimanapun, Siti kemudian menarik semula video tersebut selepas beberapa jam.

Berdasarkan video itu, kedengaran suara wanita dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.

Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti sangat pemalu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.

Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai ‘princess’ (puteri).

“Hey, princess nowadays not very shy lah,” kata doktor itu.

Kenyataan doktor tersebut yang menyebut ‘princess’ mendapat perhatian para peminat dan meramalkan Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata perempuan.

Setakat ini, penyanyi lagu Balqis itu tidak pernah mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons