Perjuangan UMNO, BN pastikan kesinambungan kemajuan negara – PM


DVkEi4LVoAAnKipMO, 9/2/2018, MUAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghayati perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kesinambungan kemajuan negara.

Beliau berkata, rakyat perlu bergantung kepada UMNO, parti yang mempunyai kekuatan sendiri, dan bukannya dengan parti yang bergantung dengan parti lain.

“Takkan kita hendak harap parti yang bergantung kepada orang lain. Kita kena letak (harapan) pada parti yang sejati iaitu UMNO.

“Selagi ada UMNO, pembelaan orang Melayu dan kaum lain akan berterusan. Negara kita akan tetap maju ke depan,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pagoh di Felda Maokil di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Mansor serta Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. – BERNAMA



Source link

read more

Hayati perjuangan UMNO, BN pastikan kesinambungan kemajuan negara – PM Najib


MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghayati perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kesinambungan kemajuan negara.

Beliau berkata, rakyat perlu bergantung kepada UMNO, parti yang mempunyai kekuatan sendiri, bukan dengan parti yang bergantung kepada parti lain.

“Takkan kita hendak harap parti yang bergantung kepada orang lain. Kita kena letak (harapan) pada parti yang sejati iaitu UMNO.

“Selagi ada UMNO, pembelaan orang Melayu dan kaum lain akan berterusan. Negara kita akan tetap maju ke depan,” katanya seperti dilaporkan Bernama semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pagoh di Felda Maokil di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan isteri, Datin Seri Rosni Omar serta Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib yang juga Presiden UMNO menegaskan, pemimpin parti itu sememangnya penting, tetapi mereka memerlukan sokongan akar umbi untuk turut membantu membawa perubahan dalam negara.

“Saya sedar walaupun saya Perdana Menteri, tetapi kalau 3.5 juta ahli UMNO tiada di belakang, saya tidak mungkin boleh jadi pemimpin yang boleh bawa perubahan,” katanya.

Beliau berkata, jasa UMNO adalah jauh lebih besar daripada pemimpin kerana ia parti keramat, bukan sembarangan parti.

“UMNO institusi politik tanah air. Parti yang paling berjaya, jadi harapan. Inilah yang kita mesti jaga. Bukan kita jaga pemimpin, tetapi parti,” katanya.

Najib berkata, dua bekas pemimpin UMNO (Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebelum ini pernah mendakwa DAP parti anti-Melayu dan anti-Islam, tetapi kini mereka mengkhianati perjuangan UMNO dan BN yang bersekongkol dengan DAP.

“Ada orang dah lupa, dia (Mahathir) jadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana UMNO di belakang dia, hari ini dia nak musnahkan UMNO, berkawan dengan DAP. Bukan sahaja berkawan, dah tidur dengan DAP,” kata Najib.

“Kerana (mereka) nak capai sesuatu yang tak tercapai, DAP nak gunakan Mahathir, Mahathir nak gunakan Muhyiddin, (manakala) DAP hendak gunakan mereka untuk kurangkan undi Melayu.

“Jadi, mereka nak gunakan DAP kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tidak mampu). Inilah punca tenggelam timbul, kaki sendiri tak boleh berdiri jadi berpautlah pada DAP,” kata Najib.

Dalam pada itu, Najib berkata, masyarakat Felda perlu mengingati semangat perjuangan dalam pembangunan tanah rancangan tersebut dan jasa pemimpin terdahulu untuk membangunkannya.

Felda berubah kerana jasa pemimpin UMNO dan BN, kata beliau sambil memberitahu bahawa tanah rancangan itu sememangnya sentiasa berada dekat di hatinya.

“Felda tidak dapat dipisahkan dengan Tun Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) kerana lahirnya Felda adalah kerana perjuangan Allahyarham hendak melihat orang kampung yang tidak bertanah, orang miskin yang tidak ada tanah (mempunyai tanah sendiri)…tanah yang subur baik untuk peladang.”

“Bermulalah perjuangan sehingga dia (Allahyarham Tun Abdul Razak) sanggup meniti jambatan kayu dengan ‘bush jacket’ untuk melihat anak bangsa mendapat masa depan lebih baik,” kata Najib sambil memberitahu bahawa model rumah peneroka turut ditempatkan di Sri Taman, iaitu kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdul Razak.

Dalam pada itu, Najib menegaskan UMNO dan BN akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata Pagoh akan terus maju selagi UMNO dan BN terus berkuasa.

“Manifesto Pagoh akan terus kita laksanakan. Mail (pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed) minta apa yang patut ya. Apa pun Pagoh akan tetap kita majukan ke hadapan selagi UMNO berkuasa, BN berkuasa,” kata beliau.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan geran tanah notis 5A kepada sebahagian daripada 721 peneroka Felda.

Kesemua geran itu meliputi tanah rumah seluas 200 ekar (80.93 hektar) dan 7,823 ekar (3,165.8 hektar) tanah ladang. – theRakyat



Source link

read more

Perjuangan Jedi belum berakhir | Astro Awani


KAMI berjanji tiada pengacau ataupun spoiler dalam penulisan ini.

Lebih baik daripada The Force Awakens dan banyak persoalan yang menjadi tanda tanya daripada episod terdahulu Star Wars kini terjawab.

Itu antara pandangan peminat-peminat Star Wars yang pergi menonton hari pertama tayangan filem Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi pada malam Rabu.

Persoalan mengenai siapakah Jedi yang terakhir sudahpun terjawab namun jalan cerita dalam filem tersebut tidak seperti yang dijangka peminat-peminat filem itu sendiri.

Peminat Star Wars yang pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Gambar - Opie Harris.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Hype Capsule, Sham Hardy, The Last Jedi (TLJ) menjawab pelbagai persoalan peminat tegar francais Star Wars tentang babak-babak filem yang terdapat dalam episod sebelum ini, A New Hope, the Return of the Jedi dan juga filem-filem prekuel yang lain.

Sham juga berasa jenaka yang diselitkan dalam babak-babak filem The Last Jedi juga digunakan tepat pada masanya dan memberikan TLJ empat daripada lima bintang.

Bagi editor kandungan Lowyat.net, Syefri Zulkefli, The Last Jedi mempunyai terlampau banyak jalan cerita yang tidak boleh dijangka. 

Peminat Star Wars di dalam pawagam semasa tayangan The Last Jedi. Gambar - Facebook/Official Star Wars Malaysia Fan Club oleh Hannti Tan.

Tidak seperti The Force Awakens yang dikatakan meniru jalan cerita A New Hope, TLJ bukan sekadar untuk melengkapkan trilogi ini sehingga episod kesembilan, malah adalah titik permulaan bagi trilogi Star Wars yang akan datang.

Bagi Syefri yang menulis komen tersebut dalam akaun Facebook miliknya, ia dibuat berdasarkan babak terakhir dalam filem itu dan memberikan filem TLJ rating sembilan daripada sepuluh markah.

Sementara itu, pembikin model Star Wars, Opie Harris berpendapat, The Last Jedi lebih menarik dan sangat mengejutkan.

Bagi Opie yang berkhidmat untuk Star Wars Modellers Malaysia, pengarah filem itu, Rian Johnson berjaya mengarah TLJ dengan baik, memberikan perincian dan pengisian cerita setiap watak dengan sama adil dan seimbang, ditambah dengan sedikit humor tetapi masih memberikan impak.

Tambah Opie lagi, andaian dan jangkaan peminat sebelum menonton TLJ juga jauh tersasar.

Ini gaya peminat tegar francais Star Wars pergi menonton filem The Last Jedi di Wangsa Maju semalam. Gambar - Opie Harris.

Bagaimanapun seperti peminat-peminat yang lain, Syefri berasa The Last Jedi bukanlah filem terbaik Star Wars yang diterbitkan setakat ini.

Ramai peminat masih berpendapat episod enam, Empire Strikes Back kekal antara filem Star Wars terbaik setakat ini.

The Last Jedi juga filem Star Wars terpanjang diterbitkan Lucasfilm dengan durasi dua jam 32 minit (sumber IMDb) mengatasi Attack of the Clones yang sebelum ini memegang rekod tersebut dengan dua jam 22 minit.



Source link

read more

Solidariti kunci perjuangan Pemuda UMNO – Khairy – Politik


KUALA LUMPUR 6 Dis. – Semangat solidariti perlu diterapkan dalam kalangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO bagi memastikan mereka sentiasa bersatu dalam perjuangan parti.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap pemuda adalah saling bergantungan antara satu sama lain dan diingatkan agar tidal sesekali membiarkan rakan mereka ditinggalkan berseorangan.

“Kalau hendak berani mati kena ada solidariti, jangan sesekali tarik brek tangan. Saya setuju dengan ayat anda tidak akan berjalan berseorangan.

“Ini kerana kita kena ingat bahawa semua Pemuda UMNO adalah united atau bersatu,” katanya dalam ucapan penggulungan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, dalam manifesto pilihan raya perlu diberikan tawaran baharu untuk anak muda Melayu yang tinggal di kampung dan mereka yang gagal menyambung penganjian ke peringkat lebih tinggi.

“Kita angkat isu ini sebagai suara Pemuda UMNO bahawa anak muda di kampung yang rata-ratanya Melayu tidak ketinggalan. Mereka hanya bergantung kepada perusahaan kecil dan sederhana.

“Kita mahu dilihat sebagai mengangkat mereka sebagai penyokong kuat,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perjuangan bahasa Melayu perlu kerjasama semua – Nasional


BANGKOK 25 Nov.- Perjuangan dalam memperkasakan bahasa Melayu memerlukan kerjasama semua pihak, bukan hanya bergantung dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Gabungan Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) semata-mata.

Ketua Satu Gabungan Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pembinaan bahasa Melayu itu seharusnya sejajar dalam membina masa depan negara.

“Contohnya, dalam aspek politik ada kalah dan menang, manakala ekonomi pula membabitkan untung dan rugi. Namun, membina bahasa Melayu agar ianya terus  diperkasakan perlu dilakukan secara kerjasama supaya kemenangan dapat dirai bersama semua.

“Dalam konteks komuniti ASEAN pula, kita memilih pendekatan gerakan bebas mencipta kebudayaan Melayu untuk mencipta keamanan,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Pertemuan Dunia Melayu 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, program dianjurkan di Bangkok,Thailand itu berlangsung selama lima hari sehingga Selasa hadapan dirasmikan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Isu Rohingya Perjuangan Malaysia mula membuahkan hasil – PM Najib



MANILA: Myanmar telah menyatakan komitmen awal dan langkah yang sedang diambil oleh kerajaan tentera negara itu dalam menyelesaikan krisis Rohingya di wilayah Rakhine pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu berkata demikian ketika beliau membangkitkan isu Rohingya pada sidang pleno ASEAN itu.

“Bila saya bangkitkan isu Rohingya, Suu Kyi dalam respons beliau telah menyatakan beberapa perkara yang sedang dilakukan Myanmar…ini penting kerana beliau tidak menyatakan apa-apa langsung pada sidang lalu di Manila pada April lepas,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia di sini.

Najib berkata Myanmar kini sedang berunding dengan Bangladesh, yang menjadi tumpuan lebih 600,000 pelarian sejak krisis ini bermula Ogos lalu, bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

“Beliau nyatakan MOU ini akan ditandatangani tidak lama lagi. Saya terima baik apa yang dinyatakan oleh beliau, namun kita nak tengok soal MoU itu dan syarat-syarat penghantaran balik, sama ada munasabah atau terlalu ketat,” katanya.

Najib berkata jika syarat syarat terlalu ketat yang menyebabkan dari realitinya ia tak benarkan terlalu ramai pulang semula ke Rakhine, ia mungkin tidak memberi penyelesaian sepenuhnya seperti yang dikehendaki Malaysia dan negara-negara ASEAN lain.

Selain menyuarakan isu pelarian Rohingya di peringkat antarabangsa dan memberikan bantuan kemanusiaan, Malaysia juga akan menyediakan Hospital Lapangan untuk etnik Rohingya di Bangladesh.

Najib juga berkata Suu Kyi pada sidang pleno itu telah menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Pemenang Hadiah Nobel itu juga telah menyatakan perlunya satu penyelesaian jangka panjang berdasarkan “kepercayaan dan keharmonian” tetapi menegaskan ia tidak boleh dicapai semalaman kerana ia akan mengambil masa, tambah beliau.

Ia akan mengambil kira dan berpaksikan laporan mantan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBBB) Kofi Annan yang telah menyerahkan laporan terakhirnya mengenai negeri Rakhine, di mana Rohingya Islam menghadapi pelanggaran yang meluas, kepada pemerintah Myanmar.

“Semua ini merupakan kemajuan yang signifikan…beliau beri satu pendirian dan jaminan lebih jelas dan positif daripada forum ASEAN sebelumnya,” katanya.

Najib berkata beliau memberitahu pemimpin ASEAN lain bahawa Malaysia dan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan tidak mampu berdiam diri terhadap krisis ini kerana ia telah memalukan blok serantau itu dan telah menjadi isu antarabangsa sehingga Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan presiden.

“Saya kata sebagai satu pertubuhan, kita tak mampu berdiam diri, tak boleh berdiam diri. Apa respons ASEAN terhadap krisis yang melibatkan Rohingya di Rakhine?” katanya.

Katanya, ia bukan hanya masalah Myanmar semata-mata kerana kesannya melimpah keluar, sehinggakan penduduknya menjadi pelarian di Malaysia dan Bangladesh.

Lebih membahayakan, kata beliau, mereka yang kecewa mungkin menjadi rekrut kepada kumpulan pengganas seperti IS dan Daish jika tiada penyelesaian cepat dicapai.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons