India perkenal kereta api metro tanpa pemandu – Luar Negara


NEW DELHI 25 Dis. – Syarikat pengangkutan kereta api Delhi Metro melancarkan sebuah kereta api metro yang dilengkapi teknologi tanpa pemandu.

Kereta api tersebut memulakan operasinya hari ini dan akan bergerak meliputi kawasan antara New Delhi serta bandar Noida, sejauh 12.6 kilometer.

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan menjelaskan kereta api itu tetap akan beroperasi dengan menggunakan pemandu dalam tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun lagi. – AP



Source link

read more

PM Najib perkenal wajah baharu blog NajibRazak.com



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memperkenalkan wajah baharu yang lebih menarik, informatif dan mesra pengguna bagi laman web NajibRazak.com.

Beliau berkata peralihan kepada wajah baharu itu adalah bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) dan segala pencapaiannya.

Menerusi entri terbaharu blog NajibRazak.com malam ini, perdana menteri berkata laman web itu membolehkan beliau dan rakyat terus kekal berhubung dan menjadi satu lagi cara untuk beliau berkongsi aktiviti dan penulisan dengan mereka.

Di ruangan “Pencapaian”, Najib berkata orang ramai boleh mengikuti sendiri pelbagai kejayaan yang telah dicapai bersama termasuk janji-janji kerajaan BN yang telah ditepati meliputi pelbagai bidang seperti perumahan, pengangkutan awam, kos sara hidup dan sebagainya.

“Selain itu, terdapat juga ruangan ‘Rakyat Didahulukan’ yang mencerminkan perjalanan transformasi negara yang berjaya menambah baik kualiti hidup rakyat serta pengiktirafan antarabangsa yang diterima sejak 2009.

“Dalam ruangan tersebut juga disediakan kisah pengalaman rakyat yang telah menerima manfaat daripada usaha dan inisiatif kerajaan,” kata beliau.

Sejajar dengan satu daripada prinsip pentadbiran beliau iaitu “Global”, Najib berkata orang ramai berpeluang meneliti hubungan diplomatik Malaysia dengan dunia luar termasuk kuasa-kuasa besar global di ruangan ‘Hubungan Antarabangsa’.

Menerusinya, mereka boleh melihat bagaimana hubungan baik yang dijalinkan itu berjaya memanfaatkan negara dari segi ekonomi, kemajuan serantau dan keselamatan, kata perdana menteri.

“Insya-Allah, saya juga akan terus berkongsi pandangan saya dengan anda semua melalui penulisan blog dari masa ke masa. Anda boleh membaca catatan-catatan saya yang terdahulu di ruangan ‘Blog’ yang telah dikemas kini.

“Saya jemput anda semua untuk melihat sendiri wajah baru laman web saya di www.najibrazak.com, dan saya berharap dengan ini kita akan terus kekal berhubung!” kata Najib. — Bernama



Source link

read more

Unimap perkenal wakaf Friendly Kafe bantu pelajar miskin – Perlis


ARAU 29 Nov. – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) memperkenalkan wakaf Friendly Kafe sebagai usaha untuk membantu memberikan makanan percuma yang diwakafkan kepada pelajar miskin di universiti ini agar mereka tidak kelaparan.

Pelancaran wakaf Friendly Kafe telah dilakukan oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal di Halijah Kafe, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kampus Alam Unimap Pauh Putra di sini hari ini. Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Unimap, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Sebanyak sembilan pengusaha kafe di Unimap juga bersetuju menyertai program wakaf itu dan ada yang setuju mewakafkan RM500 setiap bulan selama setahun.

Program itu juga memberi peluang kepada mana-mana individu atau organisasi mewakafkan wang untuk pembelian makanan di kafe terbabit supaya dapat diberikan kepada pelajar miskin yang telah dikenal pasti.

“Tiada had minimum ataupun maksimum bagi berwakaf, berwakaflah seikhlas hati mengikut kemampuan kita walaupun hanya sebiji kuih karipap yang berharga 30 sen,” kata Zul Azhar dalam ucapannya.

Beliau berkata, mungkin pada hari tersebut sumbangan wakaf yang sekecil itu mampu membantu mengenyangkan perut seorang pelajar yang betul-betul memerlukan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rusia perkenal undang-undang baharu media asing – Luar Negara


MOSCOW 25 Nov. – Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani undang-undang baharu yang membenarkan pihak berkuasa menyenaraikan saluran media asing sebagai ejen asing.

Undang-undang itu dipercayai merupakan tindakan balas Moscow terhadap Amerika Syarikat yang sebelum ini dilihat memberi tekanan hebat kepada media Rusia.

Selain itu, undang-undang berkenaan membenarkan Moscow melabelkan sumber berita yang diberikan oleh media asing kepada Rusia sebagai ‘kerja ejen asing’ dan mendedahkan sumber pembiayaan mereka.

Kementerian Keadilan Rusia telah mengeluarkan senarai sembilan media asing disokong AS yang dijangka terbabit dalam perubahan itu, antaranya Voice of America (VOA) dan Radio Free Europe/Radio Liberty (RFE/RL). – REUTERS



Source link

read more

Finland perkenal roti diperbuat daripada cengkerik


HELSINKI: Pembuat roti di Finland menerusi syarikat makanan Fazer pada Khamis melancarkan produk terbaharu yang pertama seumpamanya di dunia, iaitu roti berasaskan serangga.

Roti tersebut diperbuat menggunakan tepung atau serbuk daripada cengkerik kering yang dihancurkan dan diadun bersama tepung gandum dan biji-bijian, lapor Reuters.

Menurut pembuatnya, roti itu mempunyai kandungan protein yang lebih daripada roti gandum biasa.

Setiap buku roti mengandungi kira-kira 70 ekor cengkerik dan ia dijual pada harga 3.99 Euro (RM19.40).

“Ia menawarkan konsumer dengan sumber protein yang bagus selain memberi mereka kaedah mudah untuk membiasakan diri dengan makanan berasaskan serangga,” ujar ketua inovasi Fazer Bakeries, Juhani Sibakov.

Permintaan terhadap makanan alternatif dan sentimen untuk melindungi sumber haiwan lain dalam pemprosesan makanan telah meningkatkan kepentingan penggunaan serangga sebagai sumber protein di beberapa negara Barat.

Kandungan serbuk atau tepung yang diperbuat daripada cengkerik kering yang dihancurkan. - Reuters
Pada November, Finland menyertai negara-negara Eropah — Britain, Netherlands, Belgium, Austria dan Denmark – yang membenarkan serangga diternak dan dipasarkan sebagai kandungan makanan.

Sibakov berkata Fazer telah menghasilkan roti tersebut sejak musim panas lalu. Mereka terpaksa menunggu kelulusan undang-undang di Finland untuk melancarkannya.

“Saya tidak rasa perbezaannya. Rasanya sama seperti roti,” ujar Sara Koivisto, pelajar dari Helsinki selepas mencuba produk baharu itu.

Bagaimanapun, oleh kerana bekalan cengkerik yang terhad, roti itu hanya akan mula dijual di 11 kedai roti Fazer di pasar raya sekitar Helsinki.

Syarikat itu merancang untuk menjual roduk itu di kesemua 47 kedai rotinya menjelang tahun depan.

Syarikat itu membeli tepung cengkerik dari Belanda, dan dalam pencarian mendapatkan pembekal tempatan.

Fazer bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran jualan bagi produk berkenaan.

Amalan memakan serangga atau entomophagy sudah mula diterima di sesetengah negara. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lalu menjangkakan sekurang-kurangnya 2 bilion manusia memakan serangga, dan lebih daripada 1,900 spesies digunakan sebagai makanan.



Source link

read more

Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh



Langkah untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini memerlukan penyelidikan dan perbincangan yang menyeluruh sebelum dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.

“Sekolah aliran Inggeris telah ditukarkan kepada sekolah-sekolah aliran Melayu iaitu selepas kita mempunyai Akta Pendidikan. Di bawah akta tersebut, kita hanya mempunyai sekolah aliran Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah.

“Mungkin sesetengah pihak meminta supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali, pada akhirnya, mungkin pihak lain tidak bersetuju, jadi kita perlu bersikap terbuka dan berbincang,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada Pesta Buah-buahan Tempatan di bangunan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Chong berkata kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan mempunyai rancangan pembangunan yang jelas untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Melalui Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP), kita menuju ke arah landasan yang betul. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengarahkan supaya kita memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Kita juga telah melatih semula 40,000 guru bahasa Inggeris dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk guru. Jadi segala-galanya telah digerakkan untuk meningkatkan standard bahasa Inggeris,” kata beliau.

Tinjauan oleh Institut Yusof Ishak (Iseas) Singapura yang dikeluarkan oleh pada 13 Nov mendapati bahawa lapan daripada setiap 10 rakyat Johor mahu sekolah-sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali di negeri ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti dilaporkan dalam media juga meminta kerajaan supaya mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris seperti di Singapura, melalui dasar tersebut, republik itu telah berkembang pesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga berkata bahawa sekolah aliran Inggeris harus diwujudkan semula di negara ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar supaya mereka boleh bersaing di dunia yang menghadapi penuh cabaran pada masa depan.

— BERNAMA



Source link

read more

JPJ bakal perkenal kursus diploma pengangkutan – Nasional


Ketika ini jabatan itu mempunyai akademi pengajiannya di Melaka sebagai pusat pengajian utama, serta di Johor, Kelantan dan Langkawi, Kedah. – UTUSAN ONLINE

Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, modul itu akan memastikan para kakitangan JPJ mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Kita mahu memberi wajah baharu kepada sistem pembelajaran di JPJ di mana kursus peringkat diploma akan diperkenalkan mulai tahun hadapan.

“Sebagai permulaan, kursus ini terbuka kepada semua kakitangan JPJ yang berminat melanjutkan pengajian dan program ini dijalankan secara usaha sama dengan Institut Pengangkutan Malaysia (Mitra) yang berpusat di Institut Teknologi Mara (UiTM),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutup Kursus Asas Pegawai Penguat Kuasa JPJ Malaysia Siri 2/2017 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Tiang Dua di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan. 

Menurut Shaharuddin, JPJ juga akan mewujudkan Panel Penasihat Akademi bagi mengkaji keperluan menambah baik semua modul pendidikan yang diajar di beberapa akademi pengajiannya bagi memastikan ia relevan dengan hasrat kerajaan memperkukuhkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ketika ini jabatan itu mempunyai akademi pengajiannya di Melaka sebagai pusat pengajian utama, serta di Johor, Kelantan dan Langkawi, Kedah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Astro Radio perkenal dua jenama baharu Zayan goXUAN



KUALA LUMPUR: Dunia hari ini semakin pantas, dipacu generasi muda yang kehidupannya bersandarkan alam media sosial, atas platform yang menyediakan segalanya.

Menyedari hal itu, Astro Radio turut tidak terlepas untuk beranjak mengikut perubahan cara kandungan dan maklumat disampaikan, dengan memperkenalkan dua jenama radio baharu iaitu Zayan dan goXUAN.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jake Abdullah, saluran baharu itu, bersama saluran-saluran lain sedia ada, tidak mahu lagi dilihat sebagai sebuah stesen.

Sebaliknya, katanya, ia mahu menjadi lebih dari itu, iaitu sebagai pentas interaktif antara penyampai dan pendengar untuk berkongsi maklumat dan gaya hidup masing-masing.

“Kami berubah daripada konsep stesen radio kepada konsep sebuah jenama.

“Anda perlu fikir yang ia adalah satu laman web dengan stesen radio, bukan lagi stesen radio yang mempunyai laman web,” katanya kepada Astro AWANI pada majlis pelancaran Zayan di Bangsar hari ini.

Setakat Ogos 2017 sahaja, lebih tiga juta rakyat Malaysia mendengar saluran radio kegemaran mereka secara streaming, menjadikan penubuhan Zayan dan goXUAN sebagai jenama radio yang dipacu platform digital untuk warganya berinteraksi.

Zayan adalah jenama radio Malaysia yang pertama untuk Muslim moden, dengan aspirasi untuk menyediakan komuniti yang semakin berkembang ini dengan muzik, kandungan serta dialog berunsurkan Islam.

“Mengapa Zayan? Saya fikir ada ruangan untuk jenama yang membawa tema ini ke dalam pasaran, terutamanya ketika ekonomi halal sedang meletus ketika ini,” kata Jake.

Zayan sudah ke udara hampir dua bulan dan nyata ia menerima maklum balas yang positif hasil daripada kandungan ilmiah dengan pendekatannya yang cukup santai tetapi sampai.

Mawi, salah seorang penyampai Zayan, berkata jenama radio ini tepat pada masanya ketika anak muda masa kini yang cenderung menolak sesuatu kandungan gaya lama walaupun ia menarik perhatian mereka.

“Kadang-kadang remaja ini mereka mahu belajar agama, tetapi mereka tak mahu yang berat-berat, sukar untuk mereka terima dan hadam.

“Tetapi Zayan adalah platform di mana mereka boleh ambil ilmu dan perkara-perkara positif secara santai,” jelasnya.

Pada masa sama, bintang Akademi Fantasia (AF) 3 yang bergandingan dengan Anas Tahir dalam segmen pagi Salam Bros ini juga bersyukur dan berbesar hati dengan wujudnya jenama radio ini yang selaras dengan jiwa dan gaya hidupnya.

Sebelum bergelar Raja SMS, Mawi pernah menjadi penyampai di majlis perkahwinan atau DJ serta di pasar raya, dan hari ini impiannya sekian lama sebagai seorang penyampai radio akhirnya termakbul.

“Saya masuk AF sebab ‘target’ saya ketika itu hendak jadi penyampai, sebab tengok ramai bintang AF seperti Nana, Adi dan Burn, menjadi penyampai, dan saya lihat ia satu peluang.

“Dapat masuk AF, saya ‘target’ dapat seminggu dua kemudian terkeluar okay lah, dapatlah jadi DJ. Tetapi lain pula jadinya, sampai final, tiba-tiba jadi penyanyi.

“Saya tak mahu jadi penyanyi sebenarnya, tetapi dah rezeki, syukur Alhamdulillah. Selepas 12 tahun, akhirnya dimakbulkan (sebagai penyampai radio),” ceritanya.

Selain Mawi dan Anas, Zayan dengan tagline ‘Indah Di Hati’, turut menampilkan Lin Ariffin, Raqib, dan Falyq sebagai penyampainya.

Aplikasi Zayan boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore dan Apple Appstore dan pendengar boleh berinteraksi dengan penyampainya menerusi platform Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Zayyan juga boleh didengari pada saluran 104.9fm di Lembah Kelang, 98.1fm di Alor Setar, 106.4fm di Ipoh, 98.9fm di melaka, 92.8fm di Johor Bahru dan 91.6 di Kuantan.

Sementara itu, goXUAN hadir sebagai penetap trend bagi Generasi Z komuniti Cina di negara ini, memberikan hits terkini, trending dan topik terhangat untuk generasi sosial celik teknologi masa kini.

Tidak seperti jenama radio lain, goXUAN hidup dengan dipacu visual, di mana mereka akan menyiarkan secara langsung dari studio dan kandungan hiburan menerusi platform digitalnya sepanjang hari.

goXUAN boleh dinikmati menerusi aplikasi percuma yang boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Appstore, begitu juga pendengar boleh berinteraksi menerusi Whatsapp dan platform lain seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Ia juga boleh didengari daripada gelombang radio di 88.9fm di Lembah Kelang dan 107.6fm di Pulau Pinang.



Source link

read more

AirAsia perkenal rekaan pesawat baharu I Love ASEAN



MANILA: Sempena 50 tahun penubuhan ASEAN, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia melancarkan rekaan badan pesawat khas (livery) ‘I Love ASEAN’ dengan identiti 10 negara anggota ASEAN.

Livery Airbus 320-216 berkenaan dihiasi rekaan diinspirasikan daripada ciri-ciri autentik yang begitu sinonim dengan 10 negara anggota ASEAN seperti tekstil, seni bina dan alam semulajadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes, sebagai sebuah syarikat penerbangan ASEAN, AirAsia ingin menyatukan masyarakat di rantau ini selaras dengan usaha ASEAN sepanjang 50 tahun penubuhannya.

“Sebagai syarikat penerbangan yang lahir dalam kalangan negara ASEAN, kami amat berbesar hati memperkenalkan reka bentuk istimewa itu pada sambutan jubli emas ASEAN pada tahun ini,””kata Fernandes ketika ditemui media Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Filipina di sini pada Selasa.

Livery itu memaparkan rekaan batik cetak (Malaysia), poom khao bin (Thailand), ulos Batak (Indonesia), tapis (Filipina), trong dong (Vietnam), kbach pka Chan (Kemboja) Lao phouthai (Laos) chate (Myanmar), jongsarat (Brunei) dan Vanda Miss Joaquim (Singapura).

Pesawat berkenaan diperkenalkan di majlis pelancaran ‘AirAsia Loves ASEAN’, sebuah inisiatif bersiri yang memberi tumpuan kepada pendidikan, pembangunan bakat dan ekonomi untuk meraikan sambutan jubli emas ASEAN pada tahun ini.

Inisiatif tersebut merangkumi Kerjasama AirAsia dan Universiti-Universiti ASEAN, Hari Usahawan ASEAN, Kem Wartawan ASEAN dan Program Mobiliti AirAsia Allstars.

“AirAsia Loves ASEAN adalah salah satu inisiatif yang telah kami rencanakan untuk menyumbang kembali kepada rantau ASEAN bersama dengan promosi berterusan ke destinasi ASEAN menerusi penjenamaan serta usaha pemasaran yang membolehkan kita menyatukan komuniti dan ekonomi.

“Pada masa yang sama, ASEAN maju kearah integrasi dan persefahaman yang lebih baik,” kata Fernandes.

Menerusi usahasama bersama universiti ini, AirAsia akan memberi peluang kepada para graduan dari rantau ini untuk menjalani latihan industri dalam pelbagai bidang di syarikat penerbangan tersebut, dengan peluang untuk menjamin pekerjaan sepenuh masa selepas tamat pengajian. 

Hari Usahawan ASEAN akan mengukuhkan komitmen AirAsia terhadap usahawan-usahawan ASEAN dengan mengadakan forum latihan bersama startup terbaik di ASEAN dan sebuah platform untuk membangunkan dan memasarkan bisnes mereka, bermula dengan jenama pelakon, pengacara dan VJ Indonesia Daniel Mananta, “Damn! I Love Indonesia”.

Bagi menggalakkan liputan yang lebih baik mengenai ASEAN, AirAsia akan menjadi tuan rumah Kem Wartawan ASEAN, sebuah bengkel khas bagi wartawan mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai jenama regionalisme ASEAN, cara organisasi berfungsi, sosial, pembangunan dan isu integrasi serta pelancongan berasaskan komuniti. 

Manakala AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) akan berpeluang untuk bekerja dan menetap di negara ASEAN lain menerusi Program Mobiliti Allstars.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya di peringkat kerjaya dan peribadi.

Kini, kesemua pesawat AirAsia yang beroperasi di rantau ini juga akan memaparkan bendera ASEAN, sebagai tambahan kepada bendera kebangsaan mereka.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons