Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak



JEDDAH: Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.

Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga.

Biarpun  tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.

Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka.

Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi.

Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.

Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.

Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu.

Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi.



Source link

read more

Pemain Kedah beri keterangan kepada SPRM dakwaan jual perlawanan – Bola Sepak


ALOR SETAR 11 Nov. – Beberapa pemain Kedah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia pada 4 November lepas.

Tanpa memperincikan identiti pemain tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menegaskan, beliau menyambut baik kesediaan agensi berkenaan untuk menyiasat dakwaan itu secepat mungkin yang tular di media sosial selepas kekalahan skuad itu kepada JDT.

“Saya dimaklumkan SPRM ada memanggil beberapa pemain tapi tak tau apa yang mereka soal.

“Itu biasalah bila sudah ada tular tentang isu rasuah jadi hak mereka (SPRM) rasa perlu untuk panggil buat siasatan. Itu hak SPRM.

“Kita (KFA) tak buat tuduhan tapi netizen. Namun berapa ramai yang sudah dipanggil saya tiada maklumat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Chillex MB Kedah Bersama Rakan Media Sosial dan Pengikut Media Sosial di Seri Mentaloon di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau isu tersebut diharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin demi membersihkan persepsi buruk peminat dan penyokong bola sepak negeri ini terhadap pasukan itu.

“Pemain juga minta jika ada bukti lapor kepada SPRM mereka sedia bagi kerjasama.

“Saya tidak mahu ada persepsi dalam kalangan penyokong jadi SPRM akan siasat dan bersihkan perkara ini. Kita tak mahu tanggapan negatif dalam kalangan penyokong kalau hilang sokongan pemain yang rugi,” katanya.

Dakwaan yang tular di media sosial, sebelum ini mengatakan tujuh pemain skuad Lang Merah disogok RM200,000 seorang pada perlawanan tersebut.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons