ADUN DAPigs DAKWA ORANG SALAH TAK PERLU DIHUKUM!!! ~ SEMUT HITAM


Ini yang didakwa oleh ADUN DAPigs Tanah Rata. Katanya, mengikut amalan Taoism, orang yang buat baik akan terus masuk ke syurga dan orang yang buat jahat akan masuk ke neraka.

Jelasnya, dalam amalan Taoism, tiada sebarang istilah hukuman ketika seseorang itu masih hidup. Mereka tidak mempercayai kewujudan hukum karma atau pun dalam Islam, Khifarah.

Atas dasar itu, ADUN DAPigs Tanah Rata itu menolak sebarang dakwaan kononnya banjir yang melanda Pulau Pinang sebelum ini merupakan hukuman dari tuhan terhadap Rejim DAPigs.

Itu pandangan dia sebagai seorang yang menganuti amalan Taoism. Kenyataan itu dibuat bagi membidas penjelasan YAB Menteri Besar Pahang yang menerangkan mengenai hukum Khifarah.

Kata MB Pahang, menurut pandangan Islam, setiap perbuatan manusia itu pasti akan mendapat balasan dan tidak semestinya balasan itu diterima hanya selepas seseorang itu meninggal dunia.

Namun jika difikirkan dari sudut logik, kenyataan Si ADUN DAPigs Tanah Rata itu memang tak masuk akal. Adakah dia cuba nak mendakwa bahawa orang yang buat salah tu tak perlu dihukum?

Kalau ikut pandangan yang diberikan, orang yang buat jenayah seperti mencuri, merogol, membunuh, waima meliwat sekali pun tak perlu menerima sebarang hukuman sewakti dia masih hidup.

Sebaliknya, dari penjelasan yang cuba diberikan, Si ADUN DAPigs itu mendakwa mereka yang melakukan dosa itu hanya akan menerima hukuman selepas dia mati dan bukan diatas muka bumi ini.

Maka, jika itu pandangan yang diberikan, tak hairan la kenapa puak DAPigs tu sibuk nak mendesak Kerajaan agar membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. Tapi yang herannya, sebelum ini, diorang jugak yang sibuk mendakwa Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat!!!




Source link

read more

BAJET HAMPIR GAGAL, MP PERLU BERTANGGUNGJAWAB!!! ~ SEMUT HITAM


Dewan Rakyat semalam meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.

Bajet yang dibentangkan diperingkat jawatankuasa semalam hanya diluluskan dengan 52 Ahli Parlimen (MP) mengundi untuk menyokong manakala 51 MP dari pembangkang membantah.

Mujur ada 2 orang Ahli Parlimen yang bertindak berkecuali daripada mengundi. Mereka adalah Idris Ahmad (PAS -Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang).

Sekali lagi Pakatan Haprak tu bising bila kalah tipis dalam undi di Parlimen. Yang dipersalahkan adalah 2 MP PAS yang berkecuali  sedangkan 6 MP PAS yang lain sudah bersama mereka.

IRONIKnya, yang sepatutnya yang mereka marah dan dipersalahkan adalah 26 orang Ahli Parlimen Pakatan Haprak yang tidak datang tu semalam. Mana perginya 26 orang tu? Makan gaji buta ke?

Walau bagaimanapun, tindakan disiplin yang sama perlu dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kerajaan yang ponteng. Setidak – tidaknya, mereka perlu dipertimbangkan agar tidak dicalonkan semula.

Biar tindakan itu menjadi peringatan kepada mereka dimasa akan datang kerana tindakan mereka itu hampir membuatkan Kerajaan Barisan Nasional tergugat dan gagal menjalankan tanggungjawab asas iaitu hadir ketika sesi persidangan Parlimen dijalankan!!!




Source link

read more

Golongan muda Muslim perlu sedia perancangan untuk 30 tahun – Khairy



KUALA LUMPUR: Golongan muda Muslim di seluruh dunia perlu menyediakan perancangan untuk tiga dekad akan datang bagi menghadapi pelbagai cabaran yang menanti termasuk mewujudkan kerja untuk masa depan, kata Menteri dan Belia Khairy Jamaluddin.

“Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan perancangan untuk 30 tahun akan datang yang telah dimulakan di Malaysia. Dan ini juga penting untuk dunia Islam, saya percaya kita perlukan perancangan untuk masa depan kita.

“Jika anda tidak bersuara sebagai golongan muda Muslim dan golongan muda di negara anda, dengan itu pemimpin anda tidak akan respons terhadap perubahan itu,” katanya semasa merasmikan Forum ‘Towards The Renascence of Muslim Future Thinkers: Vision TN50 of Malaysia’ di sini, pada Isnin.

Beliau berkata golongan muda Muslim perlu memikirkan tentang halangan-halangan dalam masyarakat dan bagaimana mereka akan mengendalikannya.

“Era maklumat digital akan membawa perubahan terhadap masyarakat kita, sama ada kita suka atau tidak. Sekiranya negara-negara tidak melakukan pembaharuan secara sukarela, sekiranya mereka tidak melakukan perubahan itu mulai sekarang, dengan itu mereka akan dipaksa untuk melakukan perubahan.

“Tiada negara yang kebal dengan perubahan dan pastinya tiada negara kebal dengan tekanan sosial ke arah perubahan. Perubahan itu perlu datang daripada anda semua,” katanya.

Kerajaan telah mendekati lebih 1.5 juta belia menerusi sesi Dialog TN50 sejak ia diperkenalkan pada Januari.

Kira-kira 60,000 aspirasi golongan muda daripada pelbagai bidang dikumpulkan menerusi pelbagai saluran termasuk secara dalam talian dan interaksi bersemuka.

— BERNAMA



Source link

read more

Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula – Abdul Rahman



KUALA LUMPUR: Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula di negara ini bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar agar mereka mampu bersaing dalam dunia yang penuh cabaran pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, sebagai bahasa perantara di peringkat antarabangsa, individu yang menguasai bahasa Inggeris akan mempunyai kelebihan berbanding mereka yang tidak menguasainya, apatah lagi dalam kepesatan teknologi yang kebanyakannya berasaskan kepada bahasa itu.

“Saya percaya sekolah (aliran) Inggeris perlu ditubuhkan di negara ini kerana kita ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah swasta, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan macam-macam sekolah jadi apa salahnya kita ada sekolah (aliran) Inggeris.

“Malaysia satu ketika dahulu dianggap satu negara yang mempunyai kefasihan bahasa Inggeris yang tinggi, tapi sekarang ini banyak pihak yang memperkatakan bahawa graduan kita tidak menguasai bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Masa Depan Pekerjaan, Tempat Kerja dan Tenaga Kerja di sini hari ini.

Katanya, bagi merealisasikan idea itu semua pihak termasuk pemimpin politik, badan bukan kerajaan, Persatuan Ibu bapa dan Guru serta anggota akademik perlu membincangkan perkara itu secara holistik tanpa menjadikannya polemik politik.

Abdul Rahman berkata pengwujudan sekolah aliran Inggeris juga dilihat sebagai satu daripada langkah yang dapat menyediakan pelajar yang ada hari ini dengan kepakaran dan kapasiti yang sesuai untuk menjadi tenaga kerja yang mampu menghadapi perkembangan teknologi pada masa akan datang.

“Banyak kajian yang telah dibuat mendapati bahawa pekerja di masa akan datang akan berdepan cabaran cukup hebat kalau mereka tidak memiliki kepakaran dan kapasiti bersesuaian untuk berhadapan dengan teknologi baharu yang akan mengambil alih banyak kerja-kerja manusia,” katanya.

Katanya, sebagai persediaan ke arah itu, agensi kerajaan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) telah diberi mandat untuk merangka tindakan bagi mengenal pasti kaedah bagaimana pelajar dan graduan yang berkemahiran dan mempunyai kapasiti tersebut dapat dihasilkan.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Abdul Rahman berkata teknologi yang berkembang pesat dijangka memacu gangguan digital dalam setiap industri di negara ini dan berpotensi menyebabkan lebih banyak pekerjaan akan berdepan risiko ‘digantikan’.

Beliau berkata berdasarkan hasil dapatan kertas kerja terbaru Khazanah Research Institute, sebanyak 54 peratus pekerjaan di Malaysia berisiko tinggi digantikan akibat gangguan teknologi menjelang dua dekad akan datang.

“Dari segi tahap kemahiran, lebih 70 peratus pekerja kemahiran sederhana dan 80 peratus pekerja kemahiran rendah bagi semua sektor ekonomi utama adalah berisiko tinggi.

“Secara kritikal, rakyat Malaysia yang mungkin paling terjejas oleh perpindahan teknologi, memandangkan 90 peratus pekerjaan kemahiran sederhana dikuasai rakyat Malaysia,” katanya.

Persidangan sehari itu dianjurkan TalentCorp yang bertujuan membincangkan cabaran pekerjaan, tempat kerja dan tenaga kerja sejajar dengan perkembangan teknologi serta persediaan menghadapi pekerjaan masa depan.

— BERNAMA



Source link

read more

Wanita perlu tonjol bakat, libat diri dalam kepimpinan – Khaled – Johor


JOHOR BAHRU 19 Nov. – Golongan wanita di negara ini diminta menonjolkan bakat dan melibatkan diri dalam pelbagai peringkat kepimpinan, termasuk pentadbiran negara dan kepimpinan politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana jumlah wanita yang memegang jawatan dalam peringkat itu masih kecil.

Beliau tidak mahu kehadiran wanita sama ada dalam pentadbiran kerajaan mahupun politik hanya sekadar pelengkap kuota.

“Sudah tiba masanya wanita hari ini tampil dengan ketokohan dan kewibawaan mereka tersendiri dan bukan sebaliknya bernostalgia dengan tokoh-tokoh terdahulu.

“Kita mahu wanita tampil sebagai pemimpin kerana ilmu, kebijaksanaan, pesona, kecerdasan dan kematangan berhikmah yang mereka miliki,” katanya semasa merasmikan Karnival Wanita Negeri Johor 2017 di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pelajar perlu rebut peluang ceburi bidang keusahawanan – Mary Yap



BANGI: Pelajar perlu merebut peluang menceburi bidang keusahawanan menerusi program yang dirancang setiap tahun di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan Industri Pendidikan Tinggi 2016-2020.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, perkara itu termasuk Program KPT – MTDC Symbiosis TVET 2017.

Jelasnya, program itu bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang seperti disasar di bawah lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

“Fasa yang pertama adalah pemilihan teknologi, yang kedua bengkel pengkomersialan produk pelajar dan fasa ketiga perjalanan pengkomersialan.

“Sementara fasa keempat bengkel rakan kerja perniagaan, fasa kelima pemerkasaan usahawan dan pendanaan serta fasa keenam pasca kelulusan dan validasi pasaran teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Program KPT – MTDC Symbiosis TVET 2017 di sini hari ini.

Program Siswazah Keusahawanan MTDC atau gelarannya Symbiosis, bertujuan untuk melatih graduan dipilih untuk menjadi usahawan tekno.

Symbiosis adalah satu program komprehensif yang meliputi aspek pengkomersilan serta keusahawanan.

Dalam pada itu, Ketua Unit Keusahawanan dan PPRN Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Dr Syahira Hamidon menjelaskan, pihaknya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk memastikan pembangunan penyelidikan ini memenuhi kehendak dan pasaran semasa.

“Dalam jangka panjang kita berharap agar pelaksanaan program seperti ini, kita bantu juga industri di Malaysia terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) meningkatkan rangkaian perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan kompetitif.

“Ini merupakan salah satu outcome pendedahan yang diberi di peringkat pelajar politeknik dan kolej komuniti apabila menceburi bidang keusahawanan.

“Mereka jadi usahawan bukan sahaja dapat mencipta pekerjaan malah mencipta perniagaan baharu bersesuaian kehendak masyarakat pasa masa depan,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Datuk Norhalim Yunus, ia merupakan program pertama melibatkan pelajar politeknik dan komuniti selepas 12 program sebelum ini bersama KPT.

“Kita berharap program ini akan menjadi permulaan yang berjaya kerana kita ingin menyokong usaha memperkasa TVET dalam negara.

“Kita juga ingin melihat potensi untuk pelajar politeknik dan kolej komuniti ini menyumbang kepada pembangunan SME dalam konteks industri 4.0 ini,” jelasnya.

Tambahnya, MTDC akan menyalurkan dana maksimum RM500,000 kepada seramai 30 daripada 88 pelajar yang akan dipilih untuk mereka menubuhkan 10 syarikat dan mengkomersialkan hasil penyelidikan yang akan dibangunkan politeknik sendiri.

Sementara itu, pelajar semester kelima Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Amir Mirza Mohd Daeneal berkata, program itu menjadi platform untuknya memenuhi cita-cita menjadi usahawan.

“Matlamat saya hendak menjadi salah seorang usahawan simbiosis kerana sudah minat perniagaan dan keluarga juga mempunyai satu perniagaan.

“Saya belajar dalam jurusan mekanikal, jadi cita-cita saya hendak menjadi seorang jurutera, saya nampak program ini memberi peluang untuk merealisasaikan cita-cita serta minat menjadi usahawan teknologi,” jelasnya.

Pada akhir program ini, calon yang dipilih akan menerajui syarikat permulaan untuk mengkomersialkan teknologi dari universiti atau institusi penyelidikan yang telah dipilih dengan teliti oleh MTDC.

Symbiosis syarikat permulaan akan dapat memohon dana MTDC untuk beroperasi dari mana-mana pusat teknologi dan menerima bimbingan serta perkhidmatan nilai tambah lain seperti lain-lain syarikat dalam ekosistem MTDC.



Source link

read more

PKS perlu tingkatkan kualiti produk untuk tembus pasaran antarabangsa – PM Najib



KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan kualiti produk serta produktiviti bagi menembusi pasaran global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, hal ini amat penting memandangkan kerajaan telah menyediakan ekosistem yang cukup lengkap bagi mencapai sasaran 41 peratus sumbangan industri itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Katanya, peruntukan besar dalam Bajet 2018 yang menelan belanja RM22 billion wajar dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya mahu PKS untuk gunakan dana ini bagi tujuan pengembangan, ‘startup’, eksport dan automasi bagi persediaan menghadapi revolusi industri 4.0.

“Saya harap komuniti PKS memanfaatkan sebaiknya peluang ini serta mengubah gerak kerja sebaiknya,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi sembang santai sempena pelancaran Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Tambah beliau, pembinaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) menjadi platform penting sebagai pemacu utama membawa produk PKS tempatan ke pasaran antarabangsa.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad, manakala Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim bertindak sebagai moderator.



Source link

read more

EU perlu henti amalkan diskriminasi terhadap minyak sawit



KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) perlu berhenti mengamalkan diskriminasi terhadap minyak sawit dan menarik balik pengharaman bahan itu dalam biobahan api menjelang 2020, kata United Plantations Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Carl Bek-Nielsen, berkata pengharaman itu memberi kesan negatif kepada para pekebun kecil.

“Bagaimana dengan 16 minyak dan lemak yang lain? Dengan berbuat demikian, Kesatuan Eropah sedang membina lebih banyak halangan perdagangan dan dasar aparteid seperti ini, harus dihentikan,” katanya kepada pemberita semasa Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2017 (PIPOC 2017) di sini pada Selasa.

Kesatuan Eropah, pengimport kedua terbesar minyak sawit dunia, menggunakan tujuh juta tan setahun manakala Amerika Syarikat mengimport sebanyak 1.2 juta tan.

“Keseluruhannya sebanyak 8.2 juta tan minyak sawit telah dihantar ke pasaran sensitif tetapi amat penting. Kita tidak boleh mengenepikan pasaran ini dan berharap pasaran lain akan menyerap kuantiti itu, kerana China dan India sendiri pun, tidak mungkin mampu,” katanya.

Bagi mendorong kelestarian melalui penanaman kelapa sawit, Bek-Nielsen juga menyeru pengeluar barangan pengguna, peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memuktamadkan perjanjian urus niaga membabitkan hanya kelapa sawit yang ditanam secara lestari.

Katanya, syarikat-syarikat yang memegang pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari, sekarang ini, menghasilkan 12 juta tan minyak sawit lestari walaupun permintaan untuk minyak jenis itu hanya mencecah setakat enam juta tan sahaja.

“Ini hanya mengikis kepercayaan di kalangan penanam. Pembeli juga perlu menunjukkan komitmen bagi memikul beban, bukan hanya meletakkan beban di bahu penanam,” katanya.

PIPOC 2017 yang berlangsung selama tiga hari, bertemakan ‘Treasuring the Past, Charting the Future” merupakan acara yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Dadah babitkan pelajar masyarakat perlu main peranan – Polis



KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kerjasama semua pihak dalam menangani masalah dadah membabitkan pelajar sekolah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihak polis tidak boleh bersendirian dalam menangani isu berkenaan.

“Masalah dadah adalah masalah semua pihak dan polis memerlukan bantuan masyarakat yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam menangani masalah dadah ini.

“Jadi kita mahu menceritakan realiti sebenar apa yang berlaku agar masyarakat dapat bersama-sama memainkan peranan dalam menangani masalah tersebut,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis tidak pernah berselindung dengan mana-mana pihak dalam mendedahkan maklumat dan data sebenar mengenai masalah dadah membabitkan pelajar sekolah dan sentiasa melakukan kempen kesedaran dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesa polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mendedahkan maklumat dan data sebenar kepada masyarakat berhubung kes dadah membabitkan pelajar.

AADK sebelum ini mendedahkan sejumlah 1,731 pelajar sekolah menengah positif dadah menerusi pelaksanaan ujian saringan air kencing terhadap 36,664 pelajar seluruh negara.



Source link

read more

Myanmar perlu benarkan campur tangan AICHR dan AHA Centre – Edmund



KUALA LUMPUR : Myanmar harus secara sukarela membenarkan ASEAN campur tangan berhubung dakwaan melakukan genosid terhadap etnik Rohingya melalui Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre).

Menurut wakil AICHR Malaysia, Edmund Bon berkata siasatan harus dijalankan terhadap pelaku yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

“Pendakwa raya dan pihak mahkahmah di Myanmar harus memulakan penyiasatan dan mengheret mereka yang bersalah dalam perbicaraan.

“Campur tangan AICHR dan AHA Centre menjalankan misi mencari fakta, menilai keperluan yang diperlukan dan memberikan bantuan secara langsung kepada mereka yang teraniaya,” katanya ketika dihubungi ASTRO Awani.

BACA: Isu Rohingya: Perjuangan Malaysia mula membuahkan hasil – PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Manila pada Ahad untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan.

BACA: PM Najib tiba di Manila untuk sidang kemuncak ASEAN ke-31

Sebelum ini kerajaan Myanmar didapati bersalah atas dakwaan melakukan genosid, jenayah perang dan jenayah menentang kemanusiaan terhadap etnik Rohingya di negara itu.

BACA: Kerajaan Myanmar bersalah lakukan genosid, jenayah perang – Tribunal



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons