(Ura-Ura) Asus Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video – Amanz


Asus pada bulan ini sedia dijadualkan untuk pengenalan telefon pintar Zenfone 5 yang baru. Kita telah sedia melihat beberapa gambar untuk peranti berkenaan tertiris sebelum ini.

Asus Zenfone Game

Terkini, hadir desas-desus baru mengatakan yang mana Asus mungkin hadir dengan telefon pintar memfokuskan permainan video mereka tersendiri. Ia masih menjadi tanda tanya sama ada telefon pintar ini akan dijenamakan dibawah keluarga Zenfone, ataupun akan dikejutkan dengan menjadi telefon pintar pertama dibawah siri ROG.

Dengan populariti pelbagai permainan mudah-alih yang semakin meningkat, dan tidak kurang juga arena e-sukan untuk permua, ia membuka dimensi baru dari segi permintaan pengguna untuk peranti mudah-alih.

Sebelum ini, kita telah melihat Razer memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permainan video dengan sokongan skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan spesifikasi yang tinggi. Kita mungkin akan melihat penawaran peranti dengan spesifikasi tinggi turut hadir daripada Asus ini sekiranya desas-desus berkaitan telefon memfokuskan permainan video ini adalah benar.



Source link

read more

(Ura-Ura) Xiaomi Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video? – Amanz


Pada tahun lepas, kita telah melihat Razer hadir dengan penawaran telefon pintar memfokuskan permainan video, selain Honor turut memposisikan Honor 8 Pro sebagai telefon yang dioptimasikan untuk permainan video.

Kini, hadir desas-desus baru mengatakan Xiaomi turut akan menyertai arena lebih kurang sama dalam masa terdekat. Ia dikatakan jenama subsidiari bawah Xiaomi, dikenali Black Shark akan mengeluarkan telefon pintar berkenaan – dimana dijangka hadir dengan pemprosesan berkuasa, grafik yang baik, dan kebolehan penyejukan yang dioptimasikan melaluinya.

Xiaomi dikatakan mempunyai pegangan sebanyak 22% pada syarikat Black Shark ini, dan mungkin ia turut ditawarkan melalui platform Xiaomi yang sedia menawarkan sejumlah produk subsiadiari yang lain dari segi audio, kamera dan sebagainya.



Source link

read more

Lexip – Tetikus Dengan Pengawal Permainan Terbina Pertama Di Dunia – Amanz


Semasa kami masih muda belia dahulu, kami gemar permainan simulasi penerbangan IL-2 Sturmovik. Kerana minat yang mendalam kami sanggup membeli kayu ria penerbangan keluaran Saitek. Kami masih meminati genre ini tetapi harga jualan kayu ria penerbangan adalah di luar mampu milik dan mengambil terlalu banyak ruang di meja kerja.

Bagi mereka yang masih mahukan kayu ria tetapi tidak mahu berbelanja lebih, tetikus Lexip ialah jawapan kepada masalah ini. Tetikus ini dilengkapi dengan kayu ria analog terbina pada bahagian sisi. Tapaknya pula mempunyai gimbal bergerak ke semua arah seperti sebuah flightstick. Oleh itu Lexip boleh digunakan seperti sebuah kayu ria dan juga tetikus pada waktu yang sama. Laser yang digunakan mempunyai tahap kepekaan 8200 DPI.

Lexip sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula dari €189 (RM 912).



Source link

read more

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Dan Perkhidmatan Penstriman Permainan – Amanz


Google pada hari ini sedia menyokong perkhidmatan penstriman langsung yang membolehkan anda menstrim permainan yang sedang dimainkan terus ke YouTube dengan mudah. Kini, selain daripada itu, Google dilaporkan sedang membangunkan beberapa perkhidmatan baru yang memfokuskan kepada para peminat permainan video.

Menurut The Information, Google sedang membangunkan sebuah perkhidmatan penstriman permainan seumpama GeForce Now – yang mana akan membolehkan pemain strim kandungan permainan melalui internet, dan memainkan ia dimana-mana walaupun mempunyai perkakasan dengan spesifikasi rendah. Projek ini dikatakan dikenali dengan nama “Yeti” buat masa ini.

Yeti ini dikatakan telah melalui beberapa fasa pembangunan, termasuk salah satunya dengan sokongan Chromecast bagi memudahkan anda menikmati permainan video.

Disamping itu, melengkapkannya juga adalah Google dijangka menawarkan sebuah konsol khusus yang menyokongnya. Google juga dikatakan sedang berbincang dengan pelbagai pembangun permainan yang lain untuk tujuan penawaran khusus ini.

Dengan industri permainan video yang semakin berkembang pesat, tidak mustahil untuk kita melihat Google turut memfokuskan terhadap arena ini. Google sendiri sebelum ini telah mencuba beberapa projek berkaitan dengannya, termasuk sebelum ini dikatakan telah membangunkan konsol permainan berasaskan Adnroid tetapi dibatalkan pembangunannya.



Source link

read more

Dapatkan Permainan GTA, MaxPayne Dan Sebagainya Pada Harga Bermula $1 – Amanz



RM4 RM766 -99%

Humble Bundle kini hadir dengan penawaran permainan baru hasil kerjasama dengan Rockstar – menawarkan sejumlah permainan terbitan mereka pada harga bermula $1.

Pada sumbangan minima $1, pengguna akan menerima permainan Manhunt, GTA Vice City, GTA III dan juga Max Payne.

Anda boleh meningkatkan sumbangan purata anda kepada $9.91 (ketika artikel ditulis), dan turut menerima permainan Bully, GTA San Andreas, LA Noire dan juga Max Payne 2.

Pada sumbangan $15 dan ke atas pula, anda akan turut menerima permainan GTA IV, Max Payne 3, dan beberapa kandungan tambahan lain.

Layari : Humble Bundle



Source link

read more

Asus Dijangka Menggunakan Penjenamaan “TUF Gaming” Untuk Komputer Riba Permainan Asas – Amanz


Asus sedia menggunakan penjenamaan TUF Gaming pada papan induk sebelum ini, dimana papan induk berkaitan hadir pada harga premium serta ciri tahan lasak dan sebagainya. Kini, melalui desas-desus awal yang kami dengar, Asus dijangka mula menggunakan jenama ASUS TUF Gaming ini untuk komputer riba permainan dengan spesifikasi asas.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini Asus memasarkan komputer riba permainan dengan spesifikasi pertengahan dan tinggi dibawah jenama ROG, dan untuk spesifikasi asas, mereka menjenamakannya dibawah panggilan nama kod FX, dan sebagainya. Dengan penggunaan jenama TUF Gaming ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna memahami penawaran Asus, sekaligus memposisikan jenama berkenaan lebih tinggi dikalangan peminat komputer riba permainan.

ASUS TUF Gaming

Dibawah ASUS TUF Gaming ini kelak, ia akan menawarkan sejumlah ciri menarik, termasuk prestasi yang stabil, sokongan dwi-kipas, kualiti binaan yang baik dari segi papan kekunci dan sebagainya, serta sokongan skrin pada kadar segar semula 120Hz. Komputer riba pertama dibawah siri ini dijangka akan hadir dengan kad grafik GTX 1050 atau 1050 Ti, selain dilengkapi cip pemprosesan generasi terkini daripada Intel.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai penjenamaan semula baru ini.



Source link

read more

Mikrofon Razer Seiren Elite Dilancarkan Khusus Untuk Penstrim Permainan Video – Amanz


Penstrimam permainan video profesional ialah kerjaya yang tidak wujud sedekad yang lalu. PewDiePie dan DanTDM ialah dua nama besar di dalam dunia penstriman permainan video dengan pendapatan mencecah puluhan juta tahun lalu. Bagi mereka yang inginkan kerjaya di dalam dunia penstriman ini, alat yang sesuai adalah amat diperlukan.

Razer telah melancarkan Seiren Elite, mikrofon yang direka khas untuk penstrim permainan video. Ia mempunyai sistem penapis bunyi terbina bagi menghalang bunyi deruan kipas PC atau pendingin hawa. Menurut Razer lagi, Seiren Elite tidak memerlukan pengguna memiliki mixer berasingan untuk mendapatkan kualiti audio yang baik. Bagi yang berminat Razer Seiren Elite dijual pada harga $199 (~RM 776) sebuah.



Source link

read more

Facebook Ingin Menyaingi Twitch Dalam Arena Penstriman Permainan Video – Amanz


Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna menstrim permainan video secara langsung ketika sedang dimainkan, dan memudahkan pengguna lain untuk menontonnya. Ciri berkenaan sendiri sedia memposisikan Facebook sebagai pesaing untuk Twitch – dan kini gergasi laman sosial berkenaan melangkah setapak lagi kehadapan.

Diumumkan hari ini, Facebook memperkenalkan program Facebook Creators khusus untuk tujuan penstriman permainan video ini. Melaluinya, Facebook ingin memudahkan para penstrim permainan video untuk membangunkan komuniti, dan disamping menjana pendapatan melaluinya.

Info penuh mengenainya masih samar-samar buat masa ini, tetapi ia dijangka akan membolehkan penonton untuk membuat sumbangan kepada para penstrim melalui Facebook ketika siaran langsung. Disamping itu, Facebook juga ingin memudahkan proses perkongsian antara platform seperti Instagram dan Oculus.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal lagi. Bagi anda yang sering menstrim permainan video, anda boleh mendaftar untuk menyertai program Facebook Gaming Creators ini hari ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons