Perdana Menteri meriahkan majlis pernikahan anak Mohd. Puad – Nasional


PUTRAJAYA 20 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Perdana Menteri yang tiba pada pukul 5.20 petang disambut oleh Mohd. Puad serta isteri, Datin Rubiah Leman dalam majlis yang diadakan di Hotel Everly, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Nur Hanini, 28, dan pasangannya Mohamad Azim Isam Isa, 28, dinikahkan sendiri oleh Mohd. Puad pada pukul 3.43 petang.

Perdana Menteri turut menyertai jamuan makan selain bergambar bersama mempelai dan keluarga.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan isterinya Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry.

Kira-kira 150 tetamu turut memeriahkan majlis pernikahan tersebut.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan esok di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya (PPj), di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sharifah Amani kongsi foto pernikahan Cristina Suzanne



KUALA LUMPUR : Kecoh di platform media sosial apabila Cristina Suzanne mengejutkan peminatnya dengan pengumuman bahawa beliau telah bernikah dengan pasangan pilihannya pada 31 Mac lalu.

Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 33 tahun, selamat diijab kabulkan dengan M Faiz Zakaria.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Sementara itu, rakan baik Cristina yang juga seorang pelakon, Sharifah Amani turut berkongsi foto majlis pernikahan itu menerusi IG miliknya pada Khamis.

Amani turut berkongsi foto bersama satu kumpulan yang diberi gelaran The Sonias terdiri daripada rakan baik mereka seperti Sherry Alhadad, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah.

Terdahulu, berita pernikahan Cristina mula tular apabila pemilik akaun IG Siti Fiaza Amira memuat naik foto ketika majlis berinai dan majlis pernikahan dua mempelai itu berlansung.

Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Cristina dan pasangannya.



Source link

read more

Anggap dakwaan kahwin di Thailand kelakar Bienda dedah lokasi sebenar majlis pernikahan



Selepas lapan tahun, Bienda akhirnya mendedahkan punca dia berkahwin dalam diam sehingga kini mempunyai dua cahaya mata.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Penantian ini memberitahu dia bersama suami berusaha kumpul duit sendiri untuk bernikah pada tahun 2009 sebelum mengadakan resepsi setahun selepas itu.

“Masa itu apabila orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak cakap tiada duit. Walaupun saya anak perempuan tapi saya tidak mahu menyusahkan mak, ayah atau suami,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, pada masa itu dia tidak menafikan mahupun menidakkan berita dia sudah berkahwin.

“Tujuan saya dengan suami tak nak susahkan keluarga. Jadi, kami sama-sama ‘struggle’ masa nikah awal-awal.

“Saya berniaga di Downtown Cheras jual tudung kemudian kami simpan duit pada setiap tahun untuk akad nikah pada tahun pertama dan tahun kedua untuk majlis persandingan,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, penyanyi berusia 33 tahun ini mengambil keputusan membeli rumah selepas berkahwin.

“Ada cerita kelakar saya berkahwin di Thailand tapi sebenarnya di Gombak dekat rumah mak. Untuk kehidupan Bienda, suami adalah orang yang sangat penting yang banyak menyokong saya.

“Pada semua yang ada perancangan nak berkahwin tak payah membazir, dahulukan yang wajib, simpan duit beli rumah,” katanya.



Source link

read more

Foto-foto pernikahan SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan manis habis



DENGAN sekali lafaz Chryseis Tan, anak jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Jumaat.

SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan diijabkabulkan di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Sebaik sahaja selesai akad nikah, foto-foto pernikahan pasangan itu mula dikongsi oleh mereka menerusi Instagram semalam.

BACA: Luar biasa hebat, Tan Sri Vincent Tan berpantun di majlis pernikahan anak

BACA: Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah

BACA: Nama Chryseis Tan paling dicari

Foto-foto itu dikongsi oleh mereka menerusi akaun Instagram masing-masing beserta hashtag #chrysfaliqeverafter.

Rata-rata foto yang dikongsi itu mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh pengikut yang menyukai majlis pernikahan tersebut.
 
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan:



Source link

read more

Luar biasa hebat Tan Sri Vincent Tan berpantun di majlis pernikahan anak



KUALA LUMPUR: Adat meminang dan perkahwinan orang Melayu sememangnya punya keunikan tersendiri.

Seringkali pantun digunakan dalam menyampaikan sesuatu hajat atau hasrat.

Bukan sahaja cantik bahasa, tetapi bait-bait bahasa yang dipertuturkan sehingga menghasilkan baris-baris pantun yang sebenarnya punya maksud tersirat.

Adat berpantun tidak kira budaya atau bangsa.

Mana tidaknya, adat ini sama sekali tidak dikecualikan dalam satu majlis tertutup ijab kabul puteri sulung Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan dan pasangannya, pewaris empayar perniagaan terbesar SM Faliq Nasimuddin.

Sejarah baharu tercipta pada tarikh istimewa 2 Februari 2018.

Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.

BACA: Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari

Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada  kepada pihak lelaki.

Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’  laman sosial Instagram milik @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.

Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup ijab kabul puteri sulung Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan dan pewaris empayar perniagaan terbesar,  SM Faliq Nasimuddin.

Antara bait-bait pantun yang dibalas pihak perempuan kepada lelaki seperti berikut :

Jati tuan, jati Melayu,

Jati kami didalam hati,

Janji tuan masa yang lalu,

Harap disampaikanlah kepada kami.

Turut dituturkan rangkap pantun ini;

Bunga melur warnanya merah,

Warnanya terang memikat hati,

Balasan kami tidaklah mewah,

Sembilan dulang seperti dijanji.

Majlis  penuh adat istiadat terbabit berlansung di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang pada Jumaat.

Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.

Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.



Source link

read more

Majlis pernikahan saya bak impian jadi kenyataan – Yuna


PUTRAJAYA: “Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyaatan!” ini yang diluahkan oleh pengantin baru, Yuna.

Yuna dalam satu sidang media hari ini berkata, beliau gembira dengan dekorasi yang bertemakan taman pada majlis pernikahannya.

“Tema taman itu dilihat sebagai satu tema yang sukar untuk dilakukan di negara ini, tetapi kami berani mengambil risiko itu.

BACA: Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang “Ramai yang menentang idea tersebut termasuk ahli keluarga saya, tetapi Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar,” ujarnya.

 Majlis pernikahan Yuna dan Adam yang bertemakan 'garden wedding' di Puncak Rimba, Bentong. - Kredit foto: WeddingsbyQay

Dalam pada itu, penyanyi terkenal itu turut mengesahkan akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja walaupun selepas bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.

Yuna berkata walaupun sudah mengahwini Adam, mereka akan meneruskan kerjaya sama ada di tanah air mahupun di Los Angeles.

“Adam dan saya akan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Los Angeles ikut kepada kerja masing-masing.

“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin ada kerja di sini (Malaysia).

“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan karier,” katanya semasa sidang media khas sempena pernikahan mereka di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Yuna, atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz di Puncak Rimba, Bentong.

BACA: Adam dan Yuna bernikah hari ini?



Source link

read more

24 pasangan dirai pada majlis pernikahan beramai-ramai



JOHOR BAHRU: Kemeriahan Majlis Pernikahan Beramai-ramai Pasir Gudang 2017 pada Ahad, menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan bagi pasangan raja sehari, Mohamad Sarpan dan Nurul Farhanah Ibrahim, yang turut diraikan pada hari bersejarah itu.

Mohamad, 47, dan Nurul Farhanah, 29, dari Pasir Gudang, adalah antara 24 pasangan pengantin dari kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau yang dirai pada majlis itu, anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Ketika ditemui pemberita, Mohamad berkata sebelum ini, beliau dan isteri merupakan jiran di Taman Cendana, Pasir Gudang dan diperkenalkan atas bantuan rakan dan keluarga.

“Hampir enam tahun kami berkenalan, akhirnya kami dapat membina keluarga bersama dan memandangkan kos untuk mengadakan majlis perkahwinan tinggi, jadi penganjuran majlis ini dapat membantu pasangan seperti kami untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

Mohamad yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala Nurul Farhanah bekerja kilang, mengatakan mereka hanya mengeluarkan kos RM1,000 bagi membeli set persalinan pernikahan dan upah solekan.

Turut diraikan, pasangan dari Taman Air Biru, Pasir Gudang, Mohammed Fikri Mohd Abdul Rahman Balin, 25, yang merupakan penyelia di sebuah stesen minyak, dan Nur Husnina Mohd Zuki, 25, jururawat di sebuah klinik swasta.

Mohammed Fikri berkata beliau amat bersyukur dapat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah mereka berpisah selepas masing-masing meninggalkan alam persekolahan.

“Saya tidak sangka bertemu semula dengan isteri pada majlis perjumpaan sekolah kami. Saya bercadang berkahwin pada tahun depan namun masih tidak cukup wang, jadi kami sangat bersyukur kerana akhirnya dapat berkahwin dalam majlis besar-besaran ini,” katanya.

Terdahulu, majlis pernikahan kesemua 24 pasangan itu dijalankan pada pagi tadi oleh enam jurunikah dari Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru diketuai Kadi, Dzulkafli Mohamed, sebelum diikuti majlis persandingan pada tengah hari.

Hampir 20,000 orang terdiri daripada anggota keluarga dan rakan pasangan pengantin menghadiri majlis yang bermula 9 pagi hingga 5 petang itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang berkata MPPG menerima hampir 50 permohonan, namun hanya 24 diluluskan untuk majlis berkenaan.

“MPPG memberi keutamaan kepada pasangan yang tinggal di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau. Kos mengadakan majlis ini juga semuanya ditanggung pihak penganjur dengan peruntukan setiap pasangan RM3,000.

“Syarat permohohan adalah bagi mereka berpendapatan bawah RM3,000. Ia membantu pasangan untuk tidak mengeluarkan kos yang banyak kerana mereka hanya perlu membayar mas kahwin sahaja,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pernikahan Izreen Azminda dan Ude Hanya menumpang kasih bukan perampas


PELAKON Izreen Azminda mengakui tidak pernah berhasrat untuk merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama, sebaliknya hanya menumpang kasih.

Katanya lagi, dia juga tidak kejam untuk berbuat demikian dan tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersamanya.

Bagaimanapun katanya, dia kecewa dengan cemuhan dilemparkan netizen yang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar.

BACA: “Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu” – Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4

BACA: ‘Doakan yang terbaik untuk kami’ – kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda

Tambah Izreen lagi, berat baginya berdepan cemuhan masyarakat yang melabelnya sebagai perampas kebahagiaan insan lain, namun akur kenyataan itu terpaksa dihadapi apabila memilih hidup bermadu.

“Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Sebagai wanita yang pernah melalui kekecewaan dalam kehidupan berumah tangga, Izreen juga tidak rela menghancurkan hati wanita lain namun takdir sudah tertulis apabila terpaksa berkongsi kasih seorang suami.

Spekulasi mengenai status perkahwinan anak kelahiran Kangar, Perlis itu yang bertebaran sejak minggu lalu, tamat petang kelmarin apabila Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, membuat pengakuan rela hidup bermadu dengan pelakon itu.

Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, bakat yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.

Di bawah merupakan foto ketika majlis pernikahannya berlangsung:

Sumber/Foto: BH Online

 



Source link

read more

Fattah-Fazura kongsi video detik manis majlis pernikahan di Instagram



KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang sudah bergelar suami isteri berkongsi sebuah video yang memaparkan detik-detik manis majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.

Beberapa petikan video memaparkan persediaan pernikahan mereka yang berlangsung di Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Isnin malam lalu.

Pasangan sama cantik, sama padan tersebut bernikah dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat mereka.

BACA: Fattah peristerikan Fazura dengan sekali lafaz

BACA: ‘Saya nampak masa depan saya di mata Fattah’ – Fazura

BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah



Source link

read more

Video pernikahan Fattzura sweet sangat – netizen



KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti yang baru sahaja bernikah Fattah Amin dan Nur Fazura masing-masing berkongsi video pernikahan mereka di media sosial.

Fattah Amin dan Fazura memuat naik tiga video, dimana setiap video berdurasi 1 minit.

Ia antara lain menunjukkan persiapan, majlis akad nikah dan juga detik-detik gembira bersama ahli keluarga dan rakan terdekat.

BACA: Hikayat cinta sejati sememangnya wujud, netizen doakan kesejahteraan #Fattzura! 

Menerusi geotag yang dikongsi, acara diadakan di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur.

Video berkenaan terus menjadi tular dan mendapat reaksi positif netizen.


Majlis pernikahan berlangsung sekitar jam 9.50 malam Isnin
di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Minggu lepas, satu sidang media diadakan untuk mengumumkan bahawa pasangan ini sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu.



Source link

read more