PRU14 Persediaan UMNO Sabah di tahap gear turbo


SEMPORNA: Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap ‘gear turbo’, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.

“Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.

“Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, pada Sabtu.

Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan ahli parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

“Bekas ahli pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

PRU14: Persediaan UMNO Sabah di tahap ‘Gear Turbo’


SEMPORNA – Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap ‘gear turbo’, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.

“Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.

“Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, hari ini.

Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan anggota parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

“Bekas anggota pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Wan Zaidi ditugaskan buat persediaan CGOHM 2020 – Terkini


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Abdullah diberikan tanggungjawab baharu untuk melaksanakan tugas-tugas persediaan berkaitan Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2020.

Kementerian Luar berkata, pemilihan Wan Zaidi untuk melaksanakan tugas tersebut telah lama diputuskan kerana beliau pernah melaksanakan tugas sama apabila Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN pada 2015.

“Persediaan awal perlu dilaksanakan bagi menjayakan persidangan tersebut ekoran penganjuran CHOGM membabitkan 52 negara,

“Pemilihan Wan Zaidi berdasarkan beliau memainkan peranan sama ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah ASEAN pada 2015 selain memiliki pengalaman beliau sendiri ketika Sri Lanka mempengerusikan CHOGM pada 2013,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Luar mengulas mengenai laporan Wan Zaidi ditukarkan ke Kementerian Luar ekoran lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sri Lanka pada 17 hingga 19 Disember ini dan kemudian ke Maldives.

Wisma Putra berkata, seorang pegawai berpengalaman dari kementerian itu telah ditugaskan ke Sri Lanka dan Maldives bagi memastikan kejayaan lawatan Perdana Menteri kedua-dua negara itu bagi memperkukuhkan hubungan dua hala. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons