UMNO alukan perubahan sikap Pas Kelantan – Politik


KETEREH 13 Jan. – UMNO mengalu-alukan perubahan sikap yang ditunjukkan kepemimpinan Pas negeri ini yang sangat positif dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.

“Walaupun pendekatan mereka (Pas) kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Bukan sikap mencari salah, menafikan serta memanipulasikan segala bentuk kebaikan yang pernah diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kepemimpinan (Kerajaan Pusat) sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai taawun (kebersamaan) demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Presiden MIC ragui kemampuan Pakatan Harapan bawa perubahan kepada Malaysia


PUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meragui kemampuan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan di negara ini apabila mereka mengitar semula pemimpin lama sebagai calon perdana menteri.

Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata pemilihan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, yang sepatutnya telah bersara itu mencerminkan pakatan itu ketandusan pemimpin.

“Harapan untuk pembaharuan tiada seperti dijanji oleh mereka kerana apa yang ditawarkan oleh mereka adalah sesuatu yang lama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Ditanya mengenai persepsi masyarakat India terhadap pengumuman pakatan pembangkang itu, Subramaniam berkata MIC berpendirian pencapaian masyarakat India ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

“Itu memang satu perkara yang memang jelas berasaskan fakta,” katanya.

Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan umpama reformasi 2.0 yang diadakan untuk mengangkat semula pengerusi PPBM itu demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan keputusan itu ibarat ‘drama besar’ pembangkang yang mempergunakan Dr Mahathir semata-mata untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Gerakan (reformasi) pada awal dulu ternyata (pembangkang) menunjukkan kebencian dan melontarkan ayat-ayat yang begitu pedih dan terlalu menghina terhadap Dr Mahathir.

“Hari ini gerakan itu boleh dinamakan reformasi 2.0 apabila musuh nombor satu mereka dahulu diangkat semula dan ayat-ayat kebencian yang mereka bina sebelum ini ditelan semula,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata permainan pembangkang itu seolah-olah dilakukan untuk meyakinkan dan menguar-uarkan kepada rakyat kononnya mereka adalah parti yang mempunyai alternatif yang baik.

— BERNAMA



Source link

read more

MESA janji perubahan dalam masa terdekat


JOHOR BAHRU: Selepas menerima kecaman termasuk diboikot oleh beberapa pemain papan selaju tempatan, Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) menjanjikan angin perubahan dalam persatuan itu.

Itu yang disuarakan Setiausaha Agung MESA, Manjit Singh Gill dalam satu perjumpaan dengan wakil Organisasi Papan Selaju Johor (OPSJ) baru-baru ini.

Perjumpaan tersebut dirakam secara live di Facebook OPSJ namun dipadam beberapa jam selepas itu bagi menghormati privasi perbincangan yang dibuat.

Dalam perbincangan itu, Manjit seakan menyifatkan pihak yang mengecam dan mengkritik MESA berbuat demikian atas kepentingan diri sendiri.

Gambar tawan skrin Manjit Singh (kiri) bersama seorang wakil MESA dalam video perjumpaan pertubuhan itu dengan wakil Organisasi Papan Selaju Johor.

Pada masa sama, MESA mengakui kelemahannya dan ahli gabungannya yang tidak mengerakkan aktiviti-aktiviti sukan papan selaju terutama sekali di Selangor setelah sekian lama.

MESA mempertahankan pertubuhan itu hanya bertindak sebagai badan pemantau peringkat kebangsaan dan bukan penganjur kejohanan di peringkat negeri.

Hadiah kemenangan yang kecil pada kejohanan pemilihan peringkat kebangsaan anjuran MESA juga dibuat dengan sukarela oleh pertubuhan itu.

Jelas MESA, kebiasaannya, kejohanan pemilihan atlet kebangsaan tidak menjanjikan sebarang hadiah wang tunai sebaliknya status sebagai wakil negara.

MESA juga menafikan bekas atlet kebangsaan, Johary Fitry Khairuddin tidak menyokong persatuan itu seperti yang ditulis dalam artikel pandangan peribadi penulis Astro AWANI sebelum ini.

Manjit juga percaya bukan semua pemain papan selaju yang menyertai acara yang dikenali sebagai #KLSkateriot itu turun kerana boikot MESA.

Beliau percaya ada yang hanya turun untuk mengambil kesempatan bermain di sekitar Kuala Lumpur secara beramai-ramai.

Manjit juga menjelaskan pemilihan bapanya, Tan Sri Darshan Singh sebagai salah seorang ahli dalam pertubuhan World Skate atas dasar pengalamannya sebagai seorang yang berpengalaman dalam pertubuhan sukan antarabangsa termasuk Olimpik.

Video berdurasi 48 minit itu menyaksikan pelbagai persoalan yang dibangkitkan pihak berkepentingan dalam sukan papan selaju di media sosial.

Sabtu lepas, beberapa pemain papan selaju tempatan membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan pemilihan kontinjen negara anjuran MESA kerana berpendapat badan itu tidak menyumbang apa-apa terhadap sukan itu.

Pihak tersebut juga mempersoalkan pemilihan Darshan dalam World Skate kerana dia bukan seorang pemain papan selaju.

Astro AWANI ada menghantar email kepada Manjit tentang persoalan yang dibangkitkan namun sehingga kini tiada jawapan balas.



Source link

read more

Kerajaan NGO perlu bantu tingkat kesedaran perubahan iklim



KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan kesedaran mengenai perubahan iklim, kata Pengerusi dan Komander St John Ambulans Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon.

Beliau berkata semua individu bertanggungjawab dalam membantu walaupun secara kecil dan di kawasan persekitaran mereka, bagi melindungi dan menjaga alam sekitar yang semakin rapuh ini.

“Sudah tentu mereka yang lebih berkemampuan, boleh membantu dengan mendidik mereka yang lain mengenai bagaimana memelihara persekitaran dengan lebih baik sama seperti mereka menjaga diri sendiri.

Kita perlu lebih prihatin ke arah kehidupan yang lebih mampan dan hanya memilih produk yang mesra alam sekitar, ia semudah menggunakan beg kertas atau beg kitar semula berbanding menggunakan plastik,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu hari ini.

Beliau berkata pembakaran hutan tidak terancang kerana perladangan dan oleh manusia yang berlaku di luar bandar dan bandar harus dihentikan agar penduduk di kebanyakan negara terutamanya di rantau ASEAN, tidak perlu menyedut udara tercemar yang diketahui boleh merosakkan kesihatan manusia dan haiwan.

Ang berkata jika setiap individu boleh menanam sebatang pokok setahun, ia dapat membantu menjadikan kawasan bandar lebih hijau dan sihat.

“Daripada melihat pokok-pokok ditebang tanpa belas kasihan dan bukit-bukit ditarah atas nama kemajuan dan pembangunan, kita perlu mengekalkan pokok-pokok serta bukit-bukit yang ada sebaik mungkin.

“Percubaan untuk membina hutan konkrit sama sekali tidak seharusnya digalakkan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

KWSP umum perubahan kepada polisi pengeluaran wang pencarum



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi KWSP yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 sebagai antara usaha berterusan KWSP untuk menambahbaik dan memenuhi jangkaan ahli.

Semasa mengumumkan inisiatif penambahbaikan dalam taklimat media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP menjangkakan majoriti ahli akan berhadapan dengan cabaran dalam persediaan persaraan mereka berikutan perubahan demografi yang mendadak di Malaysia dan di serata dunia, selain kemunculan revolusi perindustrian. Oleh itu, inisiatif penambahbaikan ini adalah usaha kami untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan jangkaan ahli.”

Penambahbaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 adalah:

1. Pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah
Ahli diberi pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada simpanan KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris terdekat apabila ahli meninggal dunia. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pilihan ini adalah tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-mana individu sebagai penama.

2. Penambahbaikan ke atas pilihan pembayaran Pengeluaran Umur 55 dan 60 Tahun
Polisi Pengeluaran umur 55 dan 60 tahun telah ditambah baik dan dipermudahkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa dari akaun KWSP mereka, berbanding polisi semasa yang hanya membenarkan pengeluaran tidak kurang daripada RM2,000 setiap 30 hari. Selain itu, ahli juga boleh membuat pengeluaran serendah RM100 sebulan, berbanding RM250 dalam polisi terdahulu.

Bagi membantu ahli merancang keperluan persaraan jangka panjang dan membuat anggaran jumlah dan kekerapan pengeluaran yang baik, KWSP menggalakkan ahli untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan yang disediakan secara percuma kepada ahli di 18 cawangan seluruh negara.

3. Polisi pengeluaran fleksibel sehingga umur 100 tahun
Polisi pengeluaran fleksibel, yang membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa, telah dilanjutkan kepada umur 100 tahun daripada had umur semasa 75 tahun. Ahli juga boleh memilih untuk membuat gabungan pengeluaran sebahagian dan bulanan. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh pembayaran dividen daripada umur 75 tahun ke 100 tahun.

4. Melanjutkan Bantuan Kematian dari umur 55 tahun ke 60
Bantuan kematian semasa sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut oleh waris terdekat sekiranya ahli meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, kini akan dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan umur persaraan minimum pada 60 tahun.



Source link

read more

Pembelajaran sepanjang hayat asas perubahan – Sultan Nazrin



SERI ISKANDAR: Pembelajaran sepanjang hayat merupakan trend khusus yang bertepatan dengan peningkatan pengiktirafan bahawa lanjutan pembelajaran, latihan dan kemahiran, diperlukan dalam dunia yang semakin berubah dan tidak menentu, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, terdapat beberapa inisiatif penting di dalam perlaksanaan tersebut di Malaysia, yang melibatkan usaha untuk mengenalpasti pengalaman seorang pelajar serta kaedah penilaian selain bidang peperiksaan semata-mata.

Titah Baginda, penambahbaikan hubungan di antara pengajian tinggi dan industri turut menyumbang kepada keberkesanan subjek yang disampaikan di samping mengalakkan akses kepada pengajian tinggi melebihi demografi dikuasai era muda pada hari ini.

Titahnya, negara lain turut meletakkan pelaburan besar dalam aspek lanjutan pembelajaran dan pendidikan golongan dewasa seperti Singapura yang menubuhkan institusi Skills Future.

Institusi itu bermatlamat membimbing rakyat tempatan dari segenap peringkat kerjaya menuju ke pendidikan yang difokuskan, serta program berkemahiran, malah mempunyai jalinan erat dengan badan industri.

“Evolusi lanjut untuk perubahan kepada ekosistem pendidikan secara tradisional ini akan memerlukan pertukaran polisi berkaitan serta inovasi. Kini, kita sedang merangka polisi yang lebih komprehensif untuk mengendalikan isu-isu yang penting ini selaras dalam konteks Malaysia Higher Education (MyHE) 4.0.

“Untuk mencapai perubahan radikal yang diperlukan, adalah penting untuk memupuk pendekatan yang berteraskan keusahawanan terhadap pengajian tinggi berbanding yang sedia ada kini.

“Terdapat beberapa risiko yang dikaitkan dengan strategi ini dengan cabaran ketegangan asas di antara misi umum pendidikan serta motif berteraskan keuntungan yang menggerakkan sektor swasta.

“Namun, adalah perlu kini untuk membawa tindakan berisiko dan semangat keusahawanan ini ke tugasan mencabar dalam pembaharuan pendidikan ini,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Titah Diraja pada program ‘Building A Dynamic and Inclusive Education Ecosystem’ yang didadakan sempena ulangtahun ke-20 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Dewan Canselor UTP di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Titah Baginda, seperti yang kini berlaku di Malaysia pada hari ini, pelbagai langkah diambil di pelbagai tempat untuk memperkenalkan pendekatan inovatif yang lebih sesuai dan bertepatan dengan perubahan masa.

“Ini merangkumi kaedah pengajaran baharu yang lebih berpusat kepada pelajar, berbanding masa lampau, termasuk perubahan kepada kurikulum dan kaedah penilaian,” tambahnya.

Sultan Nazrin menegaskan, negara mesti melaksanakan pendekatan tersebut ke atas sektor pengajian tinggi bagi memastikan ia mencukupi secara dinamik dan inklusif untuk berkembang dalam dunia yang tidak dapat diramal serta pantas berubah.

Baginda juga mengingatkan, untuk mencapai matlamat asas dalam mengecapi pengiktirafan dan kecemerlangan bertaraf antarabangsa, Malaysia bukan sahaja perlu seiring dengan trend progresif terkini di dalam pengajian tinggi malah bergerak selangkah di hadapannya.

Titahnya, kesemua ini adalah cabaran untuk mentransformasikan sistem sedia ada agar ia dapat memainkan peranan untuk mendidik generasi masa depan secara lebih efektif.

“Pendekatan baharu kepada pengajian tinggi mendedahkan bahawa pelajar hari ini perlu menguasai kemahiran memproses informasi dan pengetahuan.

“Dalam era Internet dan Google, penyebaran informasi bukan lagi merupakan matlamat sebenar dalam pendidikan. Sebaliknya, pelajar perlu mengembangkan kemampuan untuk belajar dan mempersoalkan dan mengkritik sumber informasi yang sedia ada.

“Mereka (pelajar) perlu membuat kesimpulan sendiri daripadanya, bukan sekadar mengulangi kebijaksanaan yang diterima atau pandangan yang pernah dikemukakan.

“Hanya melalui persoalan yang dikemukakan, kita dapat merangka penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang kita hadapi,” titah Baginda.



Source link

read more

WIEF13 Jangan takut perubahan disruptif terimanya – Awang Tengah



KUCHING: Syarikat-syarikat tempatan dan masyarakat secara umumnya tidak sepatutnya takut dengan perubahan disruptif.

Sebaliknya, mereka patut belajar mengatasinya kerana ia boleh membuka peluang baharu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, sikap ini perlu untuk memastikan kita dapat terus maju dalam era baharu dunia kini.

“Jika kita tidak belajar mengatasinya atau menggunakannya bagi kelebihan kita, akhirnya kita sendiri akan rugi,” kata beliau dalam sidang media penutup Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-13 di sini hari ini.

Turut hadir ketika sidang media tersebut adalah Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Sarawak kerana menganjurkan WIEF dan memuji visi yang direncanakan kerajaan Sarawak terutamanya dalam ekonomi digital.

Acara tiga hari tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) buat pertama kalinya dan memilih untuk memberi tumpuan kepada impak dan cabaran perubahan disruptif.



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Nguyen Ba Thanh Bawa perubahan kepada Danang


PADA 11 November ini, pemimpin-pemimpin dari 21 negara – termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (yang gemar menampilkan diri sebagai seorang jurubina), Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden China Xi Jinping – akan turun ke bandar raya Danang, Vietnam Tengah, untuk menghadiri Persidangan Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Dua puluh satu orang pemimpin itu akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Danang, menyeberangi Jambatan Sungai Han yang ikonik (mercu tanda bandar raya pantai itu), melewati Pusat Pentadbiran Danang yang setinggi 37 tingkat (bangunan tertinggi di wilayah itu) dan akan sampai di Intercontinental Resort, di mana sidang kemuncak itu diadakan.

Kemajuan Danang yang mengagumkan adalah hasil kerja seorang lelaki yang luar biasa: mendiang Nguyen Ba Tanh – yang berkhidmat sebagai pemimpin Danang dari 1997 hingga 2013 (beliau juga merupakan ketua parti Komunis kota itu). 

Dan angka-angka menjadi petunjuk kejayaan Nguyen. Dari tahun 1997 ke 2008, ekonomi bandar raya itu meningkat 11.26 peratus, lebih tinggi daripada purata nasional iaitu 7.06 peratus. Pada tahun 1997, pendapatan per kapitanya ialah VND4.69 juta tetapi pada 2008, ia mencapai lebih empat kali ganda iaitu VND23.62 juta.

Dalam tempoh yang sama, isi rumah di bawah garisan kemiskinan telah jatuh dari 8.79 peratus kepada kurang daripada satu peratus hinggakan Danang kini dipromosikan sebagai bandar raya contoh dan merupakan suatu kejayaan besar bagi kepintaran dan kecergasan Vietnam.

Nguyen Ba Thanh, pemimpin kota Danang dari tahun 1997-2013. Foto TuoiTre News

Menawan, bersungguh-sungguh dan berorientasikan hasil, Nguyen memimpin perubahan besar ekonomi itu.

Hoang (semua nama telah diubah), seorang pedagang berusia 68 tahun, tinggal di daerah Khue My di Danang, pernah berjumpa dengan pemimpin itu. Dalam tahun 2001, ladangnya telah dirancang untuk pembangunan semula dan keluarganya dipindahkan. Nguyen sendiri datang ke rumahnya untuk memujuk penduduk di situ supaya berpindah.

“Beliau menjelaskan mengapa kami perlu pindah, mengapa tanah kami, yang terletak bersebelahan sungai adalah penting bagi pembangunan bandar raya ini. Beliau mesra, baik hati dan pastikan dapat bercakap dengan kesemua 100 penduduk itu, walaupun hanya untuk seketika.”

“Beliau petah bercakap, mengambil berat dan melucukan! Selepas bercakap dengannya, saya gembira untuk berpindah.”

“Pada masa itu, jalan-jalan bertambah besar, jalan raya menjadi lebih bersih dan Danang menjadi bandar raya yang saya banggakan.”

Jalanraya di kota Danang luas dan lebar. Kota ini disokong pembangunan infrastruktur besar-besaran di bawah kepemimpinan Nguyen Ba Thanh. Foto Karim Raslan

Hoang adalah sebahagian daripada satu kumpulan besar petani yang dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembangunan tebing sungai.

Ketika mana banyak daripada mereka kehilangan tanah, mereka juga mendapat ganti rugi dan pihak kerajaan membantu mereka mencari kediaman mampu milik.

Seorang lagi bekas petani ialah Ngoc, kini merupakan penjual banh mi (sandwic baguette Vietnam yang terkenal). Menurut beliau, Nquyen telah melawat kawasan perumahannya dan berbincang dengan komuniti itu. “Beliau dekat dengan rakyat… beliau bercakap seperti salah seorang daripada kami, seperti orang sini.”

Nguyen ialah orang Danang, lahir di daerah Hoa Vang dalam bandar raya itu. Melalui semua cerita-cerita itu, beliau adalah seorang tokoh berkarisma yang selesa berada di balai kampung, seperti mana di dewan persidangan hotel.

Beliau yang dikenali sebagai “Raja Danang,” popular di kalangan orang kaya, mahupun yang miskin.

Nguyen adalah pemimpin yang popular, selalu dikerumuni dan diekori orang ramai ke mana sahaja beliau pergi. Foto PetroVietnam

Pham, ahli perniagaan berusia 49 tahun, adalah salah seorang daripada mereka. Keluarganya berasal dari kawasan orang miskin di bahagian dalaman kota Danang, dan merupakan mereka yang memperoleh manfaat daripada rancangan perumahan mampu milik Nguyen.

“Semasa Tet (Tahun Baharu Vietnam), beliau akan mengagih beras dan keperluan-keperluan lain kepada orang miskin. Beliau membina rumah-rumah mampu milik. Beliau juga mewujudkan tempat perlindungan golongan tidak berumah di Danang. Lihatlah sekeliling. Bandingkanlah dengan Ho Chi Minh City. Adakah kamu nampak pengemis?”

“Nguyen Ba Thanh adalah istimewa, saya tidak fikir ada pemimpin yang amat disayangi sepertinya selain Uncle Ho (Ho Chi Minh).”

Pembangunan pesat Danang berjaya dilakukan dengan adanya kuasa. Nguyen (atau “Raja”) dikenali mempunyai kuasa penuh ke atas Jawatankuasa Rakyat Danang, memerintah dengan tegas dan bersifat kebapaan.

Perahu menangkap ikan di sungai Danang. Foto Karim Raslan

Seperti mana Dinh yang bekerja di Danang sejak 20 tahun lalu menyatakan: “Beliau amat tegas terhadap penjawat awamnya – amat terlibat dalam hal ehwal seharian, malah beliau memilih lagu tema bagi Danang.

“Dulu apabila anda memerlukan lesen bagi membina bangunan, anda perlu pergi ke tiga atau empat jabatan berbeza untuk mendapatkan permit. Nguyen Ba Thanh menyelaraskan proses itu dan sekarang anda perlu hanya pergi ke satu jabatan, malah mereka beri tarikh akhir bagi penyerahannya. Dan mereka menyerahkannya tepat pada masanya!”

“Sebagai contoh, Pusat Pentadbiran Danang. Dulu-dulu, jabatan berbeza terletak di pelbagai tempat di bandar, menyebabkan koordinasi dalaman menjadi sukar, dan memohon lesen sesuatu yang menyusahkan. Kini, semuanya berada dalam menara yang sama.”

Pada 2000, Nguyen disiasat atas kesalahan rasuah dalam pembinaan Jambatan Sungai Han. Pada waktu sama, beliau dituduh melanggar prosedur undang-undang ketika melaksanakan operasi penempatan semula.

Jambatan Naga adalah ikon kota Danang. Pada petang hari di hujung minggu, kepala naga itu akan mengeluarkan api. Foto Karim Raslan

Bagaimanapun bagi Dinh: “Kedua-dua kes itu tidak bermakna apa-apa. Orang Danang tahu beliau tegas…. Tetapi usaha beliau mendatangkan hasil. Bagi kebanyakan kami, itu saja yang penting.”

“Di seluruh Vietnam, rakyat mengenali beliau. Orang akan berkata pada saya: Saya harap di tempat kami ada seseorang seperti Nguyen Ba Thanh.”

Dalam banyak hal, Nguyen – seorang pemimpin transformasi dari akar umbi – ada persamaan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Ketiga-tiga mereka membangunkan bandar raya mereka dan akhirnya bergerak ke pusat.

Bagaimanapun, dalam hal Nguyen, kisahnya tidak berakhir dengan beliau memperoleh kuasa di peringkat nasional.

Jambatan Tran Thi Ly direkabentuk seperti kapal layar. Danang dikenali kerana jambatannya yang cantik. Foto Karim Raslan

Sebaliknya, setelah meninggalkan Danang pada 2013 dan menjadi ketua anti-korupsi Parti Komunis, bintangnya pudar, begitu juga kesihatannya, dan akhirnya beliau tewas kepada kanser pada awal 2015.

Jutaan orang berkabung atas kematiannya yang disifatkan mengejut dan tragis pada usia 62 tahun itu. Mereka mengharapkan beliau dapat melakukan transformasi dalam aspek lain di negara itu, seperti mana yang diusahakannya untuk Danang. Tetapi kita – dan Vietnam – tidak akan tahu sama ada beliau ada rancangan untuk melaksanakannya.

“Apabila beliau meninggal dunia, saya menangis,” keluh Hoang. “Kali akhir saya menangis kerana seorang pemimpin ialah apabila Jeneral Vo Nguyen Giap (wira perang Vietnam) meninggal dunia.”

Minggu ini, ketika ratusan kereta Audi hitam berkilat dipandu membawa pemimpin-pemimpin dunia menghadiri APEC, mereka akan bergerak di atas jalan-jalan dan jambatan yang dibina oleh Nguyen, dalam kota yang pernah menjadi takhtanya. Bayang-bayang ‘Raja Danang’ masih teguh. 

Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons