Kemeriahan Pesta Ponggal disambut semua kaum – Subramaniam


BATU CAVES – Pesta menuai atau Ponggal yang dianjurkan oleh MIC peringkat negeri Selangor meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang termasuk yang berlainan bangsa bagi meraikan perayaan unik masyarakat India di Kuil Arulmigu Muniswarar, Batu Caves malam tadi.

Pesta ponggal itu yang dianjurkan bersama MIC Bahagian Gombak itu turut disertai masyarakat setempat, diiringi tarian kebudayaan dan persembahan artis tempatan.

Sambutan Ponggal yang bermula sejak 14 Januari lepas diraikan secara berperingkat dan hari ini sudah masuk hari ketiga dengan sambutan yang dikenali sebagai ‘Kanni Ponggal’ atau pesta untuk meraikan anak dara yang belum berkahwin.

 

Menurut Presiden MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam, beliau sangat teruja dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menyaksikan keunikan perayaan yang sama.

Malah jelas beliau, kebudayaan serta keunikan pelbagai lapisan masyarakat di negara sangat dikagumi oleh dunia luar.

“Kita bukan sahaja kaya dengan pelbagai kebudayaan malah kelebihan kita sebenarnya kita hidup dalam keadaan harmoni dalam satu bumbung.

“Ini sebenarnya kelebihan yang kita miliki. Pada hari ini, bukan sahaja penganut Hindu datang meraikan ponggal sebaliknya juga pelbagai bangsa lain yang begitu teruja dan gembira untuk menyaksikan sendiri bagaimana pesta ini disambut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai sambutan perayaan Thai Ponggal di sini malam ini,

Semalam, Subramaniam ketika menyampaikan ucapan Ponggal, beliau menyeru kepada masyarakat India secara khasnya untuk sentiasa hidup bersatu padu dan bernaung di bawah satu payung perpaduan yang  kukuh bagi menghadapi cabaran politik mendatang.

Kata beliau, aspek perpaduan menjadi elemen penting memandangkan ‘suara kuat’ itu dapat membawa perubahan termasuk dalam bidang di luar politik seperti pendidikan, pembangunan sosial dan agama.

“Masyarakat India hanya sekitar 2.2 juta ketika ini, 7.1 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, mengapa kita tidak boleh utamakan perpaduan. Rata-rata tidak mahu hidup bersatu padu kerana ideologi politik yang berlainan

“Saya seru supaya kita semua berganding bahu memelihara dan kekalkan identiti masyarakat India dari segi adat, bahasa, kebudayaan dan sebagainya. Ini juga sebagai kelangsungan kemajuan masyarakat kita yang terkenal dengan pelbagai budaya,” ujarnya. – theRakyat

 



Source link

read more

Lelaki buat kecoh di Pesta Komik 2017 ditahan – Jenayah


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Seorang lelaki ditahan selepas bertindak menyembur serbuk lada ke muka dua individu termasuk seorang pengawal keselamatan ketika penganjuran Pesta Komik 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini petang semalam.

Kejadian pukul 6.45 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 44 tahun bersama seorang lagi pengunjung mendekati suspek dalam lingkungan 30-an yang membuat kecoh di Dewan Pameran 2 pusat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, ketika cubaan menahan lelaki tersebut, suspek kemudiannya bertindak menyembur serbuk lada dan mengenai muka mangsa dan pelanggan tersebut.

“Berikutan kejadian itu dua mangsa berkenaan dibawa ke hospital untuk dirawat kerana mengalami kecederaan di muka,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, suspek kemudiannya dibawa ke bilik keselamatan dan hasil pemeriksaan pengadu bersama rakan setugas menemukan kayu baton, senjata paintball, pisau dan dua penyembur pemedih mata.

Ujarnya, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 , 351 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ada pesta air di Tanjung Piai



PONTIAN: Macam taman tema air!

Begitulah keadaannya di Tanjung Piai yang meriah dengan kehadiran orang ramai yang menjadikan fenomena air pasang besar deras di kawasan itu sebagai ‘hiburan’ buat mereka.

Bukan apa, mereka juga sebenarnya mahu melihat dan mengalami sendiri pengalaman bermain air deras yang unik.

Pengurus pemasaran, komunikasi dan ICT Perbadanan Taman Negara Johor, Khalid Zahrom memberitahu Astro AWANI, kira-kira 2,000 pengunjung hadir pada waktu kemuncaknya sejak 3 Disember lepas.

Air pasang besar direkodkan setinggi 3.6 meter sejak semalam dan ia dijangka naik setinggi 3.5 meter esok dengan waktu kemuncaknya pada 1:23 tengah hari sebelum kembali ke paras biasa.

Keunikan air pasang besar yang hanya berlaku setahun sekali di tanah penghujung benua asia itu bagaikan pesta lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.



Source link

read more

Pesta Konvokesyen USIM dilancar – Pendidikan


SEREMBAN 19 Nov. – Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz melancarkan Pesta Konvokesyen USIM 2017 (CFEST 2017) di Nilai dekat sini sebentar tadi.

Pesta konvokesyen itu dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen USIM ke-15 selama tiga hari bermula Selasa ini.

Tunku Ali Redhauddin turut melancarkan [email protected] iaitu kerjasama dengan Coca Cola Malaysia bagi pembinaan sebuah unit pusat sehenti pengumpulan kitar semula di dalam kampus USIM.

Yang turut hadir Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.

Sempena penganjuran CFEST 2017 dengan tema ‘Menginsankan Teknologi ke Arah Pembangunan Ummah’, pelbagai acara dan pengisian disediakan meliputi aspek riadah, intelektual, forum keagamaan, pembangunan diri dan keusahawanan.

Lebih 20 gerai jualan disediakan yang menjual pelbagai produk seperti makanan, pakaian, bahan bacaan dan aksesori ditawarkan untuk memenuhi serta memberi pilihan citarasa kepada para pengunjung.

Antara acara yang disediakan ialah aktiviti dan pertandingan; program ilmiah, jualan dan pameran; konsert dan persembahan serta sukan dan rekreasi.

Semua acara dan aktiviti itu bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Azmin hanya hebat haramkan akhbar Melayu, bukan pesta arak – Politik


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Tindakan Kerajaan PKR Selangor mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini menunjukkan sikap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak matang dan kebudak-budakan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu menunjukkan Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

* Tindakan kerajaan negeri Selangor yang secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan, sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Mohamed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP.

* Ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin begitu tertekan dan menghadapi masalah `inferiority complex’ apabila mereka seolah olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor terutama orang Melayu dan umat Islam kini berubah arah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela kepentingan agama dan bangsa.

* Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diketahui sebagai media arus perdana yang sejak sebelum merdeka memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama dilihat sebagai `musuh’ kepada dasar kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.

* Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor dan ini akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan diketuai DAP.

* Kerajaan negeri Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Kumpulan Malaysia dan Berita Harian terdapat anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dan mereka tidak pernah di didiskriminasikan.

* Kita percaya tindakan yang sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai DAP.

* Mohamed Azmin juga terlupa bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memainkan peranan yang besar sebelum ini dalam sejarah politik dan pembangunan negeri Selangor.

* Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons