Peter Davis pening bila anak jadikan kereta kanvas seni



Hujung minggu adalah untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju Peter Davis ini sangat lucu.

Peter kelihatan pening dengan kerenah anaknya-anaknya apabila ditinggalkan selama hanya 10 minit, dan hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.



Source link

read more

Pening kepala Peter Hugh Davis bila anak jadikan Audi putih kanvas seni



HUJUNG minggu merupakan waktu terbaik untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju kacak Peter Hugh Davis ini boleh buat kepala pusing.

Mana tidaknya, baru tinggalkan 10 minit, hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.

“Saya hanya tinggalkan 10 minit! Inilah hasil seni anak-anak saya,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #WhenYouLetKidsRunRiot, #HandPainting dan #Parenting101.

Foto Peter menepuk dahi sambil bercekak pinggang di sebelah kereta Audi putih yang dipenuhi lakaran pelbagai warna itu mengundang reaksi melucukan dalam kalangan netizen.

“Kita sepatutnya berbangga dengan bakat artistik mereka,” tulis @mohd_shazlan.

“Eh cool lah. Mereka sangat kreatif. Saya pun mahu juga,” tambah @uddzainuddin.

“Karya satu dalam sejuta,” tulis @aziph pula.

Peter yang bakal muncul dalam tiga buah filem tahun ini memiliki dua cahaya mata Preston, 8, dan Parker, 3.



Source link

read more

Peter dibebaskan dengan jaminan RM55,000


DTTjBo4UQAARnBKMO, 12/1/2018, KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret hari ini membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony yang ditahan reman sejak Sabtu lalu berhubung kes pembelian tanah ladang sawit bernilai RM155 juta di Tongod, Sabah.

Proses pembebasan dibuat di hadapan Majistret Afiq Agoes di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, jam 10 pagi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM55,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Pegawai Pendakwaannya, Mohd Faliq Basiruddin manakala Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Peter disambung reman empat hari, sejak Selasa lalu selepas tempoh tahanan reman tiga hari dikeluarkan mahkamah sama, pada Sabtu lalu berakhir.

Terdahulu Peter ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, Jumaat lalu, iaitu antara dua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah berkenaan.

Pada awal bulan ini, mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Peter juga antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam berjumlah kira-kira RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sementara itu, Peter ketika bercakap kepada pemberita memaklumkan beliau kurang sihat dan muntah malam tadi.

“Saya akan terus ke Hospital KPJ Damai untuk pemeriksaan,” katanya.

Faliq berkata, Peter akan dibawa ke Hospital KPJ Damai selepas mengadu tidak sihat.



Source link

read more

Warisan veep Peter Anthony arrives at Sabah MACC office


screen-peter-anthony

MO,5/1/2018, KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah vice-president Datuk Peter Anthony has arrived at the state Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters here for questioning over a RM155mil land deal. Anthony, accompanied by his lawyer Martin Tommy and a handful of supporters, walked into the MACC office at the federal complex at Jalan UMS here at 10.25am on Friday, ahead of his earlier plan to present himself at 2.30pm.

Dressed in light blue and pink shirt, he waved to reporters and walked into the interrogation room. On Wednesday (Jan 3), MACC issued a notice asking Anthony and lawyer Michael Persius Ubu to present themselves within 48 hours to assist in an investigation into a Rubber Industry Smallholders Association (Risda) land purchase deal in Sabah’s Tongod district.  Anthony’s lawyer Martin Tommy had on Thursday (Jan 4) denied claims on social media that his client had jumped bail.

He said Anthony, who has been recovering from illness, was resting with his family in the Keningau and Tenom and had not been called by any MACC officer to turn up at its office.”I am surprised that no one called me. I’m his lawyer. They (MACC) have all the contact details. All they had to do was make a call,” Tommy said, adding that Anthony’s MACC bail in connection with a probe of another case would only expire on Jan 26.

Anthony was among 13 people, including Warisan president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, arrested in October last year in connection with a high profile probe on the alleged skimming of federal rural projects for Sabah worth RM1.5bil through a network of companies. Tommy said Warisan is unaware of Ubu’s whereabouts as he is not a party member.

He added that the Tongod case was investigated by police a few years ago and Anthony had been cleared.

–TheStar



Source link

read more

Peter diburu SPRM, dipercayai di luar negara


04peter.transformedMO, 4/1/2018, KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony, iaitu antara dua individu yang dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kini dipercayai berada di luar negara.

Peter, 47, yang cuba dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah bernilai kira-kira RM155 juta, dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya.

Sumber WARISAN memberitahu BH Online, Peter yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia tidak menghubungi mana-mana pemimpin parti kecuali jika ada hal berkaitan parti berkenaan.

“Difahamkan, beliau (Peter) berada di luar negara bersama keluarga… bagaimanapun kami tidak pasti kedudukan beliau sebenarnya sebab hanya berjumpa jika ada hal berkaitan parti.

“Mengenai laporan beliau dicari oleh SPRM, itu soal peribadinya dan tiada kaitan dengan WARISAN,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

SPRM dalam kenyataan media semalam, dilaporkan sedang mengesan dua individu iaitu Peter dan seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, dari Taman Rainfield, di sini.

Mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan berkaitan kes urusan pembelian tanah berkenaan.

Sebelum ini, Peter adalah antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan setakat ini Peter belum menghubungi SPRM.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons