Lelaki maut disambar petir ketika sambut Songkran



BANGKOK: Seorang lelaki maut disambar petir ketika sedang meraikan Songkran di wilayah Buri Ram, Thailand pada Ahad, lapor portal berita Bangkok Post.

Menurut kenyataan polis, sambaran petir telah terkena pada lima orang ketika perayaan Tahun Baru Thai tersebut sedang meriah disambut di daerah Dindaeng.

Mereka yang cedera telah digegaskan ke Hospital Non Dindaeng namun salah seorang daripada mereka, Worawut Boon kong, 24 tahun, disahkan mati seketika kemudian.

Golongan saksi di lokasi kejadian berkata, kelima-lima mangsa sedang berseronok menyimbah air dari sebuah kenderaan yang diletakkan di bawah sebuah pokok besar. Ketika itu, cuaca dalam keadaan ribut petir.

Buri Ram merupakan salah satu wilayah yang terkesan dengan cuaca ribut semasa berlangsungnya festival Songkran.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana pada Ahad melaporkan sejumlah 892 buah rumah di 19 wilayah di utara, timur laut, dan timur Thailand musnah akibat bencana ribut sejak Jumaat lalu.

Hujan air batu yang berukuran diameter 1 inci turut dilaporkan berlaku di daerah Ban Phue di Udon Thani pada Ahad, hingga memusnahkan 10 buah rumah.

Jabatan Meteorologi negara itu pada Ahad berkata, ribut petir diramal berterusan di kawasan-kawasan terlibat sehingga Rabu. Penduduk di Bangkok dan kawasan sekitarnya juga dinasihatkan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca tersebut.



Source link

read more

16 maut selepas gereja disambar petir di Rwanda



SEJUMLAH 16 orang maut dan puluhan lagi tercedera selepas sebuah gereja di Rwanda, Afrika dipanah petir.

Empat belas daripada mangsa terbunuh serta-merta ketika kejadian, sementara dua lagi maut akibat tercedera.

Datuk Bandar, Habitegeko Francois berkata, 140 mangsa kejadian telah dikejarkan ke hospital dan pusat kesihatan.

Setakat ini, hanya tiga daripada mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal, namun semakin pulih.

Sebelum ini, kejadian sama yang berlaku apabil petir menyambar sekumpulan pelajar, dan seorang daripada mereka meninggal dunia.



Source link

read more

Petir sambar gereja, 16 maut – Luar Negara


KIGALI, Rwanda 11 Mac – Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas petir menyambar gereja Seventh-Day Adventist semalam.

Menurut datuk bandar tempatan, Habitegeko Francois, 14 mangsa terkorban serta-merta ketika petir tersebut menyambar gereja di daerah Nyaruguru di Wilayah Selatan.

Manakala dua lagi menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan yang dialami.

Tambah Francois, seramai 140 orang yang terlibat dalam insiden itu telah dikejarkan ke hospital dan pusat kesihatan daerah. – AFP



Source link

read more

Ribut petir di perairan Selangor dan Sarawak


19ribut.transformedMO, 19/1/2018, KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

Ribut petir juga diramalkan berlaku di perairan Selat Melaka, Condore dan Selatan Reef, berterusan dalam tempoh yang sama.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.



Source link

read more

Ribut petir di Pantai Timur Sabah dan Sarawak


KUALA LUMPUR: Amaran ribut petir dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di perairan Sarawak (Mukah dan Bintulu), Sabah (Kudat, Sandakan, Tioman, Bunguran, Sulu dan Palawan).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah seperti Pantai Barat (daerah Ranau, Kota Belud dan Tuaran), Kudat dan Sandakan (daerah Beluran dan Sandakan) sehingga jam 9 pagi ini.

Ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melalui kenyataan, berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, barat laut Bunguran, Condore, barat laut Reef North, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Situasi itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui, utara Tioman, tenggara Bunguran, tengah Reef North, Layang-layang, barat laut Reef South, barat laut Palawan dan Kelantan.

Ia berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Bagi amaran kategori pertama, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Samui, tenggara Reef North, tenggara Reef South, Labuan, Palawan, perairan Sarawak, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berakhir hari ini.



Source link

read more

Angin kencang ribut petir dijangka landa lima negeri



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam serta laut bergelora.

Manakala ombak mampu mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Beberapa kawasan di negeri tersebut dijangka akan mengalami keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.



Source link

read more

Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah – Mangsa banjir



BESUT: Pengalaman hampir di panah petir ketika rumah dinaiki air menjadikan seorang warga emas di Besut, Terengganu trauma, setiap kali banjir berlaku.

Walaupun, peristiwa menakutkannya itu sudah empat tahun berlalu, ia terus menghantuinya.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Kamariah Senik, 74 tahun berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mengejutkannya.

“Panahan kilat itu macam kita mencucuh mancis, ada percikan api. Kemudian, makcik tengok petir itu masuk ke dalam rumah sampai melepasi tangga.”

“Makcik meraung dan serentak itu rumah terus gelap gelita dan tengok mesin kelapa ni habis bengkok,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tembila Besut, tengah malam tadi.

TONTON: Banjir surut, semua mangsa dijangka pulang

Menurut Kamariah, kejadian itu berlaku kira-kira 2 pagi, sebelum dia mengejutkan suaminya, Mat Ghani Muda, 90 tahun.

Sementara itu, katanya, dia dan suaminya sudah lali dengan kejadian banjir yang melanda rumah mereka saban tahun.

“Kami bagaikan penghuni tetap di pusat pemindahan ini. Dah 30 tahun kami berpindah ke sekolah ini (Sekolah Kebangsaan Tembila Besut) setiap kali banjir.

“Ini dah jadi rumah kedua kami bila banjir. Kami tiada pilihan kerana rumah akan dinaiki air, setiap kali musim tengkujuh,” katanya lagi.

BACA: Jururawat ‘manis’ sanggup redah banjir demi ibu bersalin



Source link

read more

METMalaysia keluarkan amaran ribut petir di perairan Malaysia



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran ribut petir kepada beberapa perairan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga ke lewat petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan tersebut.

Amaran tersebut telah dikeluarkan METMalaysia pada jam 11.50 pagi Sabtu.



Source link

read more