Azizulhasni sokong bida Piala Dunia


NILAI, 19 Feb -- Jaguh Sukan Berbasikal Trek Negara Azizulhasni Awang melihat lawannya ketika beraksi dalam Suku Akhir Acara Pecut 200 Meter Lelaki Elit pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ATC) 2018 di Velodrom Nasional Nilai hari ini. Azizul akan beraksi di pusingan akhir menentukan pingat emas malam ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 21/2/2018, NILAI: Juara keirin dunia Azizulhasni Awang menyokong penuh keputusan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk membida penganjuran siri Piala Dunia Trek UCI bagi musim 2019-2020.

Menurut Azizul, penganjuran salah satu pusingan dalam siri berkenaan akan memberi manfaat kepada negara memandangkan Malaysia kini mempunyai Velodrom Nasional di Nilai yang mampu menganjurkan kejohanan bertaraf dunia itu.

Malaysia belum pernah menjadi tuan rumah siri Piala Dunia sebelum ini tetapi pernah menganjurkan siri Piala Dunia Klasik di Velodrom Rakyat, Ipoh pada musim 2000-2001.

“Ia (penganjuran Siri Piala Dunia) akan menjadi pencapaian bersejarah buat kita. Kita pernah menganjurkannya (Klasik) sebelum ini tapi ketika itu di velodrom terbuka di Ipoh,” kata Azizul.

“Kali ini kita mempunyai Velodrom Nasional yang mempunyai fasiliti kelas dunia jadi mengapa tidak. Ia akan menjadi pencapaian membanggakan buat negara.

“Menganjurkannya akan membantu mempromosi Malaysia, mempromosi velodrom kita dan pada masa sama mencetus minat dalam kalangan rakyat tempatan serta membantu pembangunan berbasikal trek.”

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam mengesahkan Malaysia akan membida untuk menjadi tuan rumah kepada salah satu pusingan dalam siri kejohanan itu.

Azizul, 30, berkata Velodrom Nasional berjaya memberi gambaran baik dalam kalangan negara yang terbabit dalam sukan itu.

“Sebenarnya velodrom ini mendapat maklum balas baik banyak negara sejak ia disiapkan. Pasukan Afrika Selatan melakukan pusingan kelayakan mereka di sini manakala Kanada memohon untuk mengadakan kem latihan mereka di sini menjelang Olimpik Tokyo 2020.

“Banyak negara menyatakan Velodrom Nasional tempat yang strategik untuk mengadakan kem latihan serta program singkat sebelum satu-satu kejohanan besar,” katanya.

Velodrom Nasional yang menelan belanja RM80 juta siap sepenuhnya tahun lalu dan sudah menganjurkan beberapa pertandingan peringkat antarabangsa termasuk Sukan SEA Kuala Lumpur, Sukan Para ASEAN, Kejohanan Trek Para Asia dan Kejohanan Trek Asia.



Source link

read more

Unifi TV Akan Menyiarkan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA Dan Liga Premier – Amanz


Pada awal minggu ini, kita telah melihat iFlix mengumumkan akan menawarkan penstriman secara langsung untuk sejumlah perlawanan bola sepak tempatan. Kini, selain iFlix, pihak Telekom Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan menyiarkan secara langsung pelbagai siaran perlawanan bola sepak tempatan.

Menurut TM, Unifi TV akan menawarkan siaran Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA, dan Liga Premier. Selain pada kaca televisyen, pengguna juga turut boleh menontonnya melalui aplikasi mudah-alih Unifi PlayTV di Android dan iOS.

Menariknya adalah Unifi adalah penaja utama untuk Liga Super dan Piala Malaysia sehingga tahun 2025 kelak – sekaligus menamakan liga berkenaan sebagai unifi Liga Super Malaysia dan juga unifi Piala Malaysia.

Bagi anda yang mempunyai langganan Unifi TV, anda boleh menikmati siaran bola sepak secara langsung ini dengan mudah bermula daripada hujung minggu ini.



Source link

read more

Iflix Akan Menawarkan Penstriman Secara Langsung Perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala FA Dan Piala Malaysia – Amanz


Bola sepak dikatakan adalah sukan rakyat dengan jutaan peminat di seluruh negara. Namun tidak semua berpeluang menonton perlawanan bola sepak secara langsung. Oleh itu menstrim perlawanan secara langsung ialah alternatif yang terbaik. Football Malaysia LLP dan iflix hari ini mengumumkan kerjasama untuk melancarkan saluran khas “Football Malaysia on iflix”.

iFlix Bola Sepak

Di dalam saluran ini penonton boleh menstrim secara langsung perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Langsung. Empat perlawanan Liga Super akan ditawarkan setiap minggu manakala beberapa perlawanan terpilih ditawarkan untuk Liga Premier. Kesemua perlawanan di dalam pusingan Piala Malaysia dan Piala FA turut boleh distrim. Menarik sekali kesemuanya boleh distrim secara percuma menerusi iflix bermula dari 3 Februari ini.

iFlix Malaysia

Selain perlawanan secara langsung, pengguna turut boleh menonton semula sorotan perlawanan, temuramah dengan pemain serta kandungan tambahan bertemakan bola sepak. Pengerusi Football Malaysia LLP, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berharap dengan akses kepada siaran langsung secara percuma ini, ia akan menyatukan penyokong bola sepak Malaysia sekaligus mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia.



Source link

read more

TFC juara Piala MB Terengganu – Bola Sepak


KUALA TERENGGANU 20 Jan. – Terengganu FC (TFC) muncul juara Kejohanan Empat Penjuru, sekali gus menjulang Piala Menteri Besar (MB) Terengganu selepas menundukkan skuad adik 4-2, TFC II dalam aksi akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.

TFC membuka jaringan seawal minit ke-16 menerusi ledakan Abdul Malik Mat Ariff yang menembusi gawang TFC II disusuli sepakan penalti oleh Tchetche Herman Brice Kipre pada minit ke-35.

Bersambung di babak kedua, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu sekali lagi mengikat lawan apabila Mohd. Faiz Mohd. Nasir menggandakan gol pada minit ke-64.

Aksi semakin rancak apabila pasukan Penyu terus menggasak jaringan selang tiga minit hasil sepakan Tchetche Herman, bagaimanapun kedudukan berjaya dipintas TFC II menerusi gol pertamanya pada minit ke-72 oleh Bruno Junichi Suzuki.

Walaupun TFC II cuba mengejar dan merapatkan kedudukan menerusi Akanni Sunday Wasin pada minit ke-88, namun mereka terpaksa berpuas hati sekadar muncul naib juara selepas keputusan kekal 4-2 hingga tamat perlawanan.

Selaku juara dalam kejohanan sulung itu, TFC membawa pulang piala pusingan, pingat dan wang tunai RM50,000 manakala TFC II meraih wang tunai RM30,000 berserta pingat.

Sementara itu, import TFC, Lee Andrew Tuck pula dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Persija Jakarta muncul juara Piala Super Boost Sportsfix


KUALA LUMPUR: Kelab dari Indonesia, Persija Jakarta mencipta sejarah selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Super Boost Sportsfix yang melabuhkan tirai, hari ini.

Kejayaan tersebut dibantu oleh kegagalan kelab Liga Super, Kelantan yang tewas mengejut 3-4 kepada kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Persija muncul juara kejohanan yang julung kali diadakan itu menerusi kelebihan jaringan berbanding pasukan Kelantan dan Ratchaburi FC walaupun ketiga-tiga pasukan berkenaan mengutip tiga mata.

Pada aksi malam ini, Ratchaburi FC terlebih dahulu berada di depan menerusi pemain import dari Korea Selatan, Kang Soo-il yang menyudahkan hantaran silang Phillip Roller pada minit ke-10 sebelum Do Dong Hyun menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-20.

Kelalaian benteng pertahanan Kelantan dihukum oleh Narakorn Noomchansakul yang menyudahkan hantaran Phillip Roller pada minit ke-36 dan keputusan 2-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling bertukar asakan namun tuah lebih memihak pasukan Ratchaburi yang meraih gol ketiga menerusi Roller yang melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-55.

Kelantan bangkit menyusun kembali corak permainan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain import baharu dari Brazil, Bruno Lopes pada minit ke-74, sebelum pemain import dari Indonesia, Ferdinand Alfred Sinaga menjadikan kedudukan terikat 3-3, selang empat minit kemudian.

Kesilapan Khairul Fahmi yang tertampan percubaan pemain gantian Ratchaburi FC, Sila Srikampang ke dalam gawang sendiri pada minit ke-89 memberikan kemenangan kepada pasukan dari Thailand itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali menyampaikan piala kejohanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Total Sports Asia, Marcus Luer yang mewakili pasukan Persija Jakarta yang telah pulang ke Indonesia pada Rabu lepas.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons