iOS 11.3 Menyukarkan Skrin Kunci Dipintas Oleh Pihak Berkuasa Menggunakan Alat GrayKey – Amanz


GrayKey ialah alat yang digunakan oleh pihak berkuasa bagi memintas skrin kunci peranti Android dan iOS. Ia boleh meneka kata laluan yang ditetapkan oleh pemilik pada kadar yang pantas. Kata laluan empat aksara secara purata dapat diteka oleh GrayKey dalam masa kurang 20 minit. Ini adalah kerana wujudnya kerentanan pada iOS.

Menurut laporan Motherboard, Apple menyedari akan masalah sekuriti ini dan telahpun menampal kerentanan menerusi kemaskini iOS 11.3. Pihak Polis kini mempunyai tingkap masa 168 jam (7 hari) untuk menyambung peranti iOS kepada GrayKey jika ingin membaca kandungan di dalamnya. Selepas tempoh ini port Lighthing peranti tidak lagi berfungsi. GrayKey memerlukan sambungan fizikal menggunakan port Lighthing untuk berfungsi.

Tetapan sekuriti iOS 11.3 kini memerlukan pengguna melog masuk ke dalam peranti menggunakan biometri atau kata laluan dalam tempoh tersebut. Setakat ini hanya Apple melakukan tampalan sekuriti bagi menyukarkan kandungan peranti diakses oleh pihak berkuasa.



Source link

read more

Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan Untuk Muka-Jam Daripada Pihak Ketiga – Amanz


Apple Watch telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan sejak daripada itu, penawaran muka jam hanya terhad kepada penawaran daripada pihak Apple sahaja, tanpa sokongan pihak ketiga seperti beberapa jam tangan pintar yang lain. Namun, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang ditemui oleh <em9to5Mac, ia dilihat Apple mungkin kelak menambah sokongan muka-jam daripada pihak ketiga tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkannya secara rasmi. Namun, dengan pembangunan sokongan untuknya yang telah mula diintegrasikan, kita mungkin akan dapat melihatnya tidak lama lagi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menjadikan paparan jam Apple Watch selari dengan citarasa mereka.



Source link

read more

Polis pantau pihak cuba cetus provokasi kaum, agama – Noor Rashid – Nasional


SHAH ALAM 13 April – Polis menegaskan tidak berpeluk tubuh apatah lagi membiarkan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi serta konflik di antara kaum dan agama di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa memantau secara agresif terhadap sebarang aktiviti serta pihak yang cuba melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa memantau golongan-golongan ini yang mana mereka mahu menimbulkan perselisihan di antara masyarakat.

“Saya percaya mereka ini mempunyai agenda tersendiri untuk mencetuskan polemik dengan menyentuh isu-isu sensitiviti sehingga menganggu keharmonian kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis upacara keagamaan khas agama Hindu sempena Sambutan Hari Peringatan Polis Ke-211 di Kuil Sri Mahamariaman di Seksyen 7, di sini malam ini.

Yang hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Pada masa sama, Noor Rashid turut mengingatkan seluruh masyarakat daripada semua kaum dan agama supaya terus memelihara keamanan serta menghargai keharmonian yang ada pada hari ini.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa muafakat di antara semua kaum merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan negara terus makmur pada masa depan.

“PDRM juga amat memerlukan sokongan seluruh untuk memastikan negara ini selamat daripada sebarang ancaman dan bebas dari jenayah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aplikasi Pihak Ketiga Untuk Twitter Mungkin Tidak Berfungsi Dengan Lancar Selepas Jun – Amanz


Twitter mempunyai sejumlah aplikasi pihak ketiga seperti Tweetbot, Talon, Twitterrific dan Tweetings. Aplikasi ini bergantung kepada API daripada Twitter untuk beroperasi, sekaligus menawarkan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi. Selepas 19 Jun 2018 kelak, Twitter akan membuang sokongan “perkhidmatan penstriman” yang ditawarkan kepada pembangun – sekaligus menjadikan ciri seperti push-notification, dan kemaskini garis-masa tidak berjalan dalam bentuk masa-nyata.

Dengan perubahan ini, ia membuatkan aplikasi Twitter pihak ketiga tidak menawarkan notifikasi kepada seseorang pengguna dengan baik – selain mungkin menjadikan paparan garis-masa mengalami sedikit lengah masa berbanding kebiasaan. Hal ini mungkin tidak digemari pengguna klien Twitter pihak ketiga memandangkan mereka mungkin akan mengalami sedikit kelewatan dalam mengikuti berita-berita terkini.

Pembangun aplikasi pihak ketiga untuk Twitter kini dilihat bersatu untuk memastikan Twitter mengatasi masalah ini, atau menawarkan penyelesaian yang sesuai. Pada masa yang sama, sebuah laman khusus disediakan dalam memastikan pengguna mengetahui masalah yang mungkin dialami mereka menjelang bulan Jun kelak.



Source link

read more

Persempadanan semula ikut undang-undang, dengar semua pihak


wanahmadspr1.transformedMO, 28/3/2018, KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang cuba melengah-lengahkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan membuat kecoh dan bantahan di Parlimen, hari ini adalah untuk menarik perhatian media tempatan dan media antarabangsa.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata tindakan pembangkang itu lebih kepada satu cubaan untuk ‘memburukkan imej SPR’.

“Saya sudah jangka mereka (pembangkang) akan tetap buat bantahan, demonstrasi sampai ke penghujung supaya mereka diberi liputan dan perhatian bukan sahaja media tempatan tetapi media antarabangsa.

“Syor persempadanan semula hanya perlu undian majoriti mudah daripada 112 Ahli Parlimen dan pembangkang melihat peluang mereka untuk menyekat (usul) sudah tiada.

“Dengan ini (bantahan) mereka cuba menunjukkan isyarat bahawa urusan SPR tidak adil, tidak mendengar kehendak rakyat,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan pembangkang di Dewan Rakyat yang menyebabkan penggantungan enam bulan, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Wan Ahmad yang terbabit dalam dua persempadanan semula pilihan raya sepanjang 16 tahun berkhidmat dengan SPR, berkata laporan SPR berhubung usul persempadanan semula sudah melalui proses undang-undang, pendengaran, semakan, pameran, siasatan tempatan, mempamerkan dan SPR turun padang mendengar bantahan pengundi kawasan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang berhak dari sudut perlembagaan.

Katanya, ia termasuk 10 bantahan pembangkang mencabar usul itu di Mahkamah Persekutuan, yang akhirnya dengan jelas menolak cabaran kerana termaktub bawah bidang kuasa Parlimen.

“Setiap kali dibuat (persempadanan) dicabar. Sampai bila SPR nak buat kerja? Persempadanan semula kena selesai dalam masa dua tahun. Kerja SPR sudah tertangguh lebih setahun kerana cabaran di mahkamah,” katanya.

Wan Ahmad turut menyelar pembangkang yang mudah salah faham dan sesuka hati mempersendakan kerja SPR kerana suruhanjaya itu menjalankan kerja secara telus mengikut undang-undang.

Ketika ditanya dakwaan pembangkang usul persempadanan semula memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) meraih undi, Wan Ahmad berkata tindakan pembangkang hanya satu persepsi yang merugikan.

Katanya sebagai negara demokrasi, rakyat berhak menentukan undi mereka.

“Walau apa kawasan sekali terbabit dalam pilihan raya dan bentuk sempadan, akhirnya rakyat selaku pengundi keluar buat pilihan.

“Kononnya (dengan persempadanan semula) longgokan pengundi diletakkan di satu kawasan itu hanya andaian. Pembangkang kena faham senario politik dalam tempoh dua tahun mungkin sudah berbeza, lokaliti pengundi mungkin sudah berubah sikap sekarang,” katanya.

Ketika ditanya berapa lama pembangkang boleh melengah-lengahkan perbahasan usul persempadanan semula, Wan Ahmad berkata ia bergantung kepada budi bicara Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat.

“Terserah kepada Parlimen untuk meluluskan syor usul. Parlimen mewakili rakyat yang akan menentukan sama ada cadangan persempadanan semula oleh SPR di lulus atau ditolak,” katanya.



Source link

read more

Najib dan dua pihak lain berjaya batalkan saman GANT1


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pihak lain berjaya dalam permohonan untuk membatalkan saman sivil yang difailkan terhadap mereka oleh 10 anggota Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) berkaitan penyelesaian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Kamardin Hashim, sebulat suara membenarkan rayuan itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan tahun ini, yang menolak permohonan Najib, 1MDB dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman itu.

Hakim Ahmadi yang mengetuai panel itu, berkata kesemua responden (GANT1) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan saman itu ke mahkamah bagi pihak rakyat Malaysia.

“Responden bukanlah pihak dalam pemberian award di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London antara 1MDB dan IPIC,” katanya.

Hakim juga berkata kerajaan Malaysia tidak boleh didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 4 Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Pada 11 Julai tahun lepas, GANT1, diketuai Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Muhammad Faiz Fadzil dan sembilan individu lain memfailkan saman itu terhadap Najib, 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Saman itu berhubung persetujuan dicapai di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London di antara 1MDB dengan IPIC berkaitan dakwaan 1MDB menerima bantuan bon US$3.5 bilion daripada IPIC dan subsidiarinya Aabar Investment PJS (Aabar Asli) bagi pembelian loji tenaga.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, anggota GANT1 mendakwa IPIC dan Aabar Asli, pada 14 Jun 2016, membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung tuntutan US$6.5 bilion atas kegagalan 1MDB menunaikan kontrak itu.

Anggota GANT1 berkenaan, antara lain menuntut deklarasi bahawa persetujuan penyelesaian dan pemberian award yang ditandatangani di London adalah tidak sah dan batal.

Peguam Datuk Wira Hafarizam Harun, mewakili Najib, Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching bagi pihak Kerajaan Malaysia, peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili anggota GANT1.

Sementara itu Hafarizam yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata keputusan yang diperoleh hari ini adalah selaras dengan prinsip mahkamah dan ia bermakna bahawa kes ini secara tidak langsung telah dibuang oleh mahkamah.

“Untuk rekod kita telah ada tiga kes yang serupa secara asasnya dan ketiga-tiganya telah dibuang? jika tidak mempunyai locus standi maka tidak boleh bawa kes ke mahkamah, saya tunggu sama ada mereka (GANT1) akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Intan hentikan drama air mata – Ude minta semua pihak berhenti salahkan Izreen



PEMUZIK bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude menegaskan aktres Izreen Azminda bukan penyebab penceraiannya dengan Intan Liana Saleh.

Ude yang ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat sah bercerai talak satu dengan Intan pada jam 9.50 pagi tadi.

“Sebelum Izreen muncul, kami telah mempunyai masalah rumah tangga. Saya tak akan dedahkan secara terperinci permasalahan yang terjadi kerana tidak mahu membuka aib Intan.

“Berhenti salahkan Izreen kerana dia tidak berbabit dalam permasalahan yang kami hadapi. Rumah tangga kami sudah bermasalah semenjak dua tahun lepas,” katanya.


Tambah Ude, dia turut memohon agar Intan menghentikan ‘drama air mata’ selepas ini.

“Apa yang Intan pernah katakan sebelum ini mengenai dia tidak tahu sebab penceraian kami dan saya tak pernah berbincang dengan dia mengenai hal ini adalah pembohongan semata-mata.

“Saya terkilan dengan perkara tersebut yang seakan membuka aib saya. Saya mohon agar dia hentikan drama air mata. Biarlah saya berdiam sahaja kerana saya tak mahu membuka aib Intan pula,” katanya lagi.

Ude mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri  yang berusia setahun.

Pada November tahun lalu, Intan dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui suaminya telah bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos.

Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Resolusi PBB tidak diendahkan pihak bertelagah di Syria



BRUSSELS: “Orang ramai masih lagi berada di neraka bumi.”

Demikian antara laporan yang dibentangkan Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria, Staffan De Mistura kepada ahli Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat.

Pembentangan khas mengenai keadaan semasa konflik yang memasuki tahun kelapan itu turut mendedahkan bahawa tiada sebarang gencatan senjata berlaku sehingga kini.

“Bilangan mereka yang mati dan cedera sebenarnya masih belum dapat dipastikan kerana perang masih berlangsung di negara itu,” jelasnya.

De Mistura mendakwa pengunaan senjata terlarang dan kemusnahan hospital yang menjadi sasaran pihak bertelagah menyumbang kepada peningkatan korban mangsa.

Beliau menjelaskan resolusi 2401, yang diterima pakai pada bulan Februari, menuntut agar permusuhan dihentikan dan pelaksanaan yang komprehensif mengenai kemasukan misi bantuan kemanusiaan dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 hari di seluruh Syria tidak dilaksanakan.



Source link

read more

Akses kemanusiaan di Damsyik disekat pihak bertelagah – Penyiasat PBB



DAMSYIK: Penyiasat jenayah perang Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penduduk di Ghouta timur telah dihukum dengan kelaparan dan penafian akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan oleh kedua-dua pihak bertelagah di Syria yang kini memasuki tahun kelima konflik.

Pengerusi Suruhanjaya Inkuiri Antarabangsa di Syria, Paulo Pinheiro berkata serangan tanpa henti terhadap orang awam perlu dihentikan segera tanpa syarat bagi dan membolehkan bantuan kemanusiaan dihulur kepada yang memerlukan.

“Bulan depan, pengepungan kejam di timur akan memasuki tahun kelima, saya ulangi, tahun kelima.

“Seperti yang diterangkan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres minggu lepas bahawa pengeboman berterusan ibarat neraka bumi di Syria.

“Pasukan pro kerajaan menggunakan kelaparan sebagai kaedah peperangan terhadap beratus-ratus ribu orang awam yang berada di wilayah yang terkepung itu.

“Pada masa yang sama, kumpulan bersenjata yang mengepung terus menahan penduduk di Damsyik.

“Tidak boleh ada alasan lagi selepas ini dengan menghukum penduduk dengan kelaparan serta menafikan akses kemanusiaan,” jelasnya.

Pinheiro berkata demikian ketika membentangkan laporan yang disediakan di bawah mandat semasa dari Majlis Hak Asasi Manusia yang disokong oleh PBB.

Laporan terbabit membentangkan penemuan penyiasatan semasa selama enam bulan yang dijalankan antara 8 Julai 2017 hingga 15 Januari 2018.

Suruhanjaya itu ditubuhkan tahun yang lalu untuk mendokumenkan pelanggaran hak asasi manusia oleh mana-mana pihak dalam konflik di Syria.



Source link

read more

Pihak media sebelum ini layan saya dengan baik tetapi kini… – sindir Donald Trump



DAVOS: Ucapan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018 di Davos, Switzerland antara ucapan yang ditunggu-tunggu pemimpin dan delegasi dari seluruh dunia.

Menerusi ucapannya, Trump menekankan beberapa perkara termasuk mempromosi negaranya sebagai lokasi yang sesuai untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan.

Namun di sebalik penyampaian ideologi menerusi ucapannya itu, Trump sempat menyindir pihak media yang dikatakan tidak berlaku adil terhadapnya.

Jelas Trump sewaktu masyarakat dunia mengenalinya sebagai ahli perniagaan yang berjaya, pihak media sering menceritakan kejayaannya tetapi situasi berubah apabila dia bergelar seorang presiden.

“Sewaktu dikenali sebagai seorang ahli perniagaan, saya selalu dilayan baik oleh pihak media sehinggalah saya menjadi seorang presiden, saya sedar betapa jahat dan kejinya pihak media terhadap saya,” katanya.

Selain itu Trump turut mempertahankan istilah America First yang dianggap sebagai mendahulukan kepentingan negara sendiri tanpa memikirkan negara-negara lain.

Katanya, sebagai seorang Presiden Amerika Syarikat, apa yang dilakukannya adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh ketua dan pemimpin-pemimpin negara lain.



Source link

read more