Bailtulmaqdis Proses pindah kedutaan Amerika Syarikat ambil masa



PARIS: Proses pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis tidak akan berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi, kata Setiausaha Negara itu, Rex Tillerson.

Katanya tindakan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa terdekat.

“Kami perlu memperolehi kawasan, membangunkan pelan bangunan, pelan pembinaan dan kemudian sebenarnya membina satu kedutaan. Jadi ini bukan sesuatu yang akan berlaku tahun ini atau tahun depan.

“Tetapi presiden (Trump) mahu kami berpindah ke lokasi strategik dan memastikan kedutaan terletak di Baitulmaqdis secepat mungkin,” katanya di Paris bersama Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian.

BACA: PBB kutuk keputusan Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

BACA: Baitulmaqdis: Dua warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan anti Israel

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Tillerson turut mempertahankan tindakan Trump memindahkan kedutaan AS sambil disifatkan ia bukanlah status akhir Baitulmaqdis.

Pertindihan apabila rakyat Palestin mahu timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka pada masa depan manakala Israel pula mengatakan bandar itu yang berada di bawah pendudukan rejim zionis tersebut, tidak boleh dibahagikan.



Source link

read more

Kanada tidak akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis



OTTAWA: Kerajaan Kanada tidak berhasrat untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis dan akan kekal di Tel Aviv.

Agensi berita Jordan Petra, melaporkan Kanada masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Pendirian Kanada sejak sekian lama ialah, status Baitulmaqdis hanya boleh diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian umum dalam pertikaian antara Palestin-Israel.

“Kami amat komited terhadap matlamat keamanan komprehensif, adil dan berkekalan di Timur Tengah, termasuk mewujudkan negara Palestin yang aman damai bersama dengan Israel,” kata Setiausaha Kementerian Luar Kanada, Adam Austen dalam satu kenyataan pada Selasa.

Akhbar Kanada, Globe and Mail melaporkan, kerajaan Kanada menegaskan pihaknya tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhasrat untuk memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis selain mengiktiraf ia sebagai ibu negara Israel. 

Masyarakat antarabangsa, termasuk Kanada, tidak mengiktiraf pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis yang diduduki Israel pada 1967.

— BERNAMA



Source link

read more

Pindah Kedutaan AS Abbas terima panggilan Trump



KUALA LUMPUR: Presiden Palestin Mahmoud Abbas dilaporkan telah menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa, berhubung hasratnya memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Perkara itu disahkan jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah, di Ramallah, yang menyatakan Abbas telah menjelaskan pendirian bahawa keputusan terbaharu itu bakal menyulitkan lagi keadaan terutamanya membabitkan proses damai yang dipersetujui sebelum ini.

Malah, menurutnya, Abbas juga tidak menolak kemungkinan sekiranya ia berlaku, tidak mustahil ia bakal menjadi titik noktah kepada perjanjian damai itu sendiri.

Bagaimanapun butiran jelas dalam perbualan antara Trump dan Abbas tidak didedahkan.

Sementara itu, Reuters melaporkan, White House mengesahkan perbincangan Trump dengan lima pemimpin Asia Barat mengenai beberapa keputusan yang bakal dibuat berhubung Baitulmaqdis.

Selain Abbas, pemimpin terbabit adalah with Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Raja Jordan, Raja Abdullah, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, menurut kenyataan White House.

Dalam perbualan mereka, Trump juga dikatakan mengesahkan semula komitmen beliau berhubung perjanjian damai Israel-Palestin.



Source link

read more

Pindah Kedutaan AS Kumpulan pejuang Palestin mahu negara Islam main peranan



KUALA LUMPUR: Kumpulan pejuang pembebasan Palestin menyeru agar ‘Hari Kemarahan’ dilancarkan pada Rabu berikutan kemungkinan Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Antara yang berkumpul mengadakan mesyuarat pada Selasa termasuk kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Mereka menyeru agar demonstrasi diadakan di negara Arab dan kota utama negara Islam sebagai tanda protes terhadap keputusan AS, termasuk hasrat Presiden Donald Trump memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Menurut Ketua Barisan Demokratik Pembebasan Palestin Talal Abu Zarefa, negara Islam sepatutnya memainkan peranan dalam isu ini.

“Kita mesti menguatkan gerakan popular yang menolak dasar ini dan perlu menyatakan perpaduan rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, 48 wilayah dan kem pelarian.

“Ia bagi menekankan bahawa Baitulmuqaddis adalah garis merah dan ia adalah ibu kota negara Palestin, dan kita tidak boleh menerima apa-apa cara yang membahayakan Baitulmaqdis,” katanya.

Trump dilaporkan memberitahu Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa, beliau berhasrat memindahkan Kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, menyalahi polisi AS selama beberapa dekad yang menyatakan status bandar itu mesti diputuskan dalam perundingan dengan rakyat Palestin.



Source link

read more

[VIDEO] 60 mangsa banjir yang tidak mahu pindah dibantu – Nasional


PASIR PUTEH 29 Nov. – Seramai 60 mangsa banjir yang tidak berpindah dari kediaman mereka ke pusat pemidahan sementara di Kampung Batu Hitam dan Kampung Daram Buaya, dekat sini, menerima bantuan barangan makanan petang tadi.

Bantuan bungkusan makanan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menziarahi mangsa-mangsa tersebut.

Asyraf Wajdi berkata, mangsa banjir terbabit tidak berpindah ke pusat pemindahan berdekatan walaupun halaman rumah mereka dinaiki air di antara 0.1 hingga 0.3 meter kelmarin.

Menurutnya, mereka mengambil risiko bertahan di dalam rumah berdasarkan pengalaman banjir setiap tahun iaitu air akan surut dengan pantas sekiranya hujan berhenti dalam tempoh beberapa jam.

“Alhamdulillah, syukur kerana persekitaran kediaman mereka sudah tidak digenangi air lagi hari ini tetapi saya menasihatkan mereka supaya berpindah sekiranya paras air sudah mencecah lantai rumah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Hari ini kita ziarah mereka sambil menyampaikan bantuan bungkusan barangan makanan bersama sukarelawan UMNO yang ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan berkenaan sebelum melawat pusat pemindahan banjir SK Changgai dan Kompleks Sekolah Kamil malam ini.

Asyraf berkata, bantuan itu sekurang-kurangnya akan meringankan beban mereka yang kebanyakannya petani dan penoreh getah sepanjang musim banjir ini.

Antara barangan yang diagihkan itu ialah beras, biskut, gula, sardin, kopi, susu dan teh yang dianggar mencukupi untuk tempoh beberapa minggu.

Katanya, sumbangan itu juga akan diagihkan ke kawasan lain yang menghadapi masalah yang sama termasuk mereka yang terperangkap banjir apabila laluan keluar masuk kediaman mereka ditenggelami air.

“Sumbangan ini diusahakan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Puteh yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai yang diselaraskan supaya semua mangsa banjir menerima agihan yang sepatutnya,” katanya – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pencuri tunggu masa nak masuk rumah jadi saya tak nak pindah



PASIR MAS: Nasir Ahmad mengambil keputusan untuk tidak berpindah biar pun seluruh kawasan rumahnya sedang berdepan bah.

Datuk berusia 63 tahun itu tinggal bersama isteri dan cucunya di Kampung Siput, Meranti, di bawah jajahan Pasir Mas.

Walaupun seluruh kampungnya sedang ditenggelami banjir sedalam antara satu hingga 1.5 meter, Nasir tetap berkeras tidak mahu berpindah.

Alasannya, beliau bimbang rumahnya dimasuki pencuri.

“Saya tidak mahu berpindah, banjir terburuk pada 2014 pun saya tetap di rumah ini,” kata Nasir ketika ditemui Astro AWANI.

TONTON: #AWANIbyte ada panduan & langkah menghadapi banjir 

Apa yang terbuku di benak hati Nasir serta keluarganya bukan sesuatu yang asing dalam kalangan mangsa bah.

Resah dan gelisah warga emas ini mewakili rasa tujuh lagi keluarga membabitkan 34 orang yang enggan berpindah di kampungnya.

“Kalau dah tinggal rumah, pasti ada benda tidak diundang akan datang ke rumah,” jelas Nasir.

Tindakan Nasir serta enam keluarga lain itu merisaukan pasukan bomba yang sedang bertungkus-lumus menggerakkan operasi pemindahan.

Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood merayu agar Nasir mendengar nasihat berpindah kerana bimbang keselamatan nyawa warga emas itu serta keluarga.

“Tolonglah dengar nasihat berpindah sebab kita khuatir kalau keadaan buruk pada waktu malam, dan situasi itu menyukarkan operasi menyelamat,” rayu Nazili.

BACA: Siap siaga agensi pengurusan bencana pada skala 10/10

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI hari ini, lebih 2,200 keluarga di Pasir Mas terpaksa berpindah,  jumlah tertinggi mangsa banjir di bumi Cik Siti Wan Kembang setakat ini.

FOKUS #HariIni8 malam inihttp://www.astroawani.com/video-malaysia/fokus-hari-ini-8-malam-paras-air-terus-meningkat-183005



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons