Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (14 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (14 April 2018).

Masih ada harapan buat skuad negara untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel 2018 yang akan menutup tirainya di Gold Coast, Australia, esok.

Tanggung jawab itu akan digalas Datuk Lee Chong Wei dan gandingan beregu wanita negara, Vivian Hoo/Chow Mei Kuan yang berjaya melepasi halangan separuh akhir, di Arena Sukan Carrara, siang tadi.

Namun, dua lagi pasangan beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying terpaksa berpuas hati dengan masing-masing hanya meraih gangsa setelah terkandas di separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

 


















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 74 55 57 186
2 ENGLAND 42 40 41 123
3 INDIA 25 16 18 59
4 KANADA 15 39 27 81
5 AFRIKA SELATAN 13 11 13 37
6 NEW ZEALAND 12 15 14 41
7 WALES 10 12 14 36
8 SCOTLAND 9 13 21 43
9 NIGERIA 9 8 6 23
10 CYPRUS 8 1 5 14
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 5 5 12 22
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 8.30pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (13 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (13 April 2018).

Sebanyak dua pingat emas dan satu pingat gangsa berjaya diraih atlet kebangsaan dalam kempen mereka pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini.

Emas pertama hari ini dihasilkan oleh Emma Firyana Saroji dan Siti Zalina Ahmad dari boling padang acara pairs di Pusat Boling Padang Broadbeach, menewaskan pasangan Afrika Selatan 15-14.

Walaupun pada awalnya ketinggalan 7-0, pasangan ini berjaya berjaya memecah kebuntuan pada ends keempat apabila mengutip satu demi satu mata, namun masih  ketinggalan 12-3 pada ends ke-10, sehingga sehingga berjaya merapatkan jurang pada ends ke-16 dengan kedudukan 12-13, satu mata di belakang lawan.

Satu lagi emas hadir menerusi Amy Kwan dari acara riben individu pada aksi final di Pusat Sukan Tertutup Coomera.

Amy mengumpul mata tertinggi 13.200 mata untuk menewaskan gimnas pilihan dari Cyprus, Diamanto Evripidou yang mendapat 12.900 mata untuk berpuas hati dengan perak manakala gangsa menjadi milik seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan yang memungut 12.000 mata.

Dan sebentar tadi, gandingan Ying Ho/Karen Lyne berjaya menghadirkan pingat gangsa dari acara ping pong beregu wanita yang berlangsung di Oxenford Studios.

Pada aksi penentuan tempat ke-3/4 hari ini, gandingan negara berjaya menewaskan beregu India, M.Sutirtha/S. Pooja 15-13, 11-7, 8-11, 11-7 (3-1). – UTUSAN ONLINE

 


















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 65 49 54 168
2 ENGLAND 31 34 34 99
3 INDIA 17 11 14 42
4 KANADA 14 34 26 74
5 AFRIKA SELATAN 13 10 12 35
6 NEW ZEALAND 10 14 11 35
7 SCOTLAND 9 13 19 41
8 CYPRUS 8 1 5 14
9 WALES 7 10 12 29
10 NIGERIA 7 5 5 17
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 5 5 10 20
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 8pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (12 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (12 April 2018).

Hanya dua pingat gangsa berjaya diraih atlet Malaysia dalam kempen mereka pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia yang masuk hari kelapan, hari ini.

Dalam acara gimrama di Pusat Sukan Tertutup Coomera, Amy Kwan berjaya menghadirkan kilauan gangsa apabila menduduki tempat ketiga acara individu all-around.

Pada aksi final hari ini, Amy yang turun sebagai gimnas kedua terbaik di pusingan kelayakan mengumpul 51.500 mata menerusi empat disiplin iaitu gelung, bola, belantan dan riben.

Satu lagi pingat gangsa hadir menerusi atlet pecut para negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah dari acara T12 100m di Stadium Carrara, Gold Coast.

Beliau mencatat 11.28 saat, hanya 0.01 saat di belakang pelari Afrika Selatan, Hilton Lanegnhoven yang memenangi pingat perak, manakala pingat emas menjadi milik seorang lagi pelari Afrika Selatan, Ndodomzi Ntutu yang mencatat 11.02s. – UTUSAN ONLINE

 


















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 63 46 47 156
2 ENGLAND 28 32 27 87
3 INDIA 14 7 10 31
4 KANADA 12 29 19 60
5 AFRIKA SELATAN 11 9 12 32
6 NEW ZEALAND 10 12 9 31
7 SCOTLAND 7 13 15 35
8 WALES 7 8 10 25
9 CYPRUS 6 0 2 8
10 JAMAICA 4 6 5 15
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 3 3 7 13
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 9pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

Pingat perak buat skuad gimrama negara – Sukan


KUALA LUMPUR 11 April – Skuad gimrama kebangsaan berjaya memperoleh pingat perak Sukan Komanwel 2018, hari ini.

Skuad yang dianggotai oleh Amy Kwan, Koi See Yan dan Izzah Amzan berjaya mengumpul 127.950 mata dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Sukan Coomera, Gold Coast.

Emas digondol oleh pasukan Cyprus yang berjaya meraih 130.625, manakala pingat gangsa menjadi milik Australia dengan 120.800. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (11 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (11 April 2018).

Buruan pingat emas atlet negara pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini berjaya membuahkan hasil, kali ini menerusi acara terjun.

Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong berjaya menghasilkan kilauan pingat berharga itu, dengan menjuarai acara 10 meter platform berirama wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Optus.

Satu lagi pasangan negara, Leong Mun Yee/Nur Dhabitah Sabri berjaya meraih gangsa acara yang sama.

Pandelela/Jun Hoong berjaya memungut 328.08 mata jauh meninggalkan penerjun Kanada, Meaghan Benfeito/Caeli McKay (312.12 mata) di tempat kedua dan rakan sepasukan, Mun Yee/Dhabitah 308.16 mata) di tempat ketiga.

Bagi Mun Yee/Dhabitah, pingat ini adalah yang kedua disumbangkan mereka, kerana terdahulu, dalam saingan 3 meter papan anjal seirama di sebelah pagi, mereka turut memenangi sebutir pingat gangsa.

Sementara itu, dalam acara gimrama berpasukan, pasukan negara yang dianggotai oleh Amy Kwan, Koi Sie Yan dan Izzah Amzan terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Cyprus yang hanya dipisahkan hampir tiga mata sahaja.

Dalam aksi final yang berlangsung Pusat Sukan Tertutup Coomera itu, Cyprus merangkul pingat emas selepas memungut 130.625 mata, manakala gandingan negara memungut 127.950 mata menerusi empat disiplin iaitu gelung, bola, belantan dan riben.

Pingat gangsa menjadi milik trio Australia yang memungut 120.800 mata. – UTUSAN ONLINE

 


















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 57 43 45 145
2 ENGLAND 25 30 21 76
3 INDIA 12 4 8 24
4 AFRIKA SELATAN 10 7 9 26
5 NEW ZEALAND 9 10 8 27
6 KANADA 8 22 17 47
7 SCOTLAND 7 11 14 32
8 WALES 7 8 8 23
9 CYPRUS 5 0 2 7
10 NIGERIA 4 4 0 8
** ** ** ** ** **
12 MALAYSIA 3 3 5 11
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 9pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (9 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (9 April 2018).

Kontinjen negara menutup hari kelima kempen mereka dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dengan menambah sebutir pingat perak dan pingat gangsa.

Dalam acara badminton berpasukan, sedikit mengecewakan apabila dominasi 12 tahun Malaysia berjaya ditamatkan oleh India, yang buat pertama kali memenangi emas sejak acara ini diperkenalkan pada tahun 1978.

Dalam perlawanan di Pusat Sukan Carrara hari ini, pasukan negara tewas 1-3 dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Sementara itu, dalam acara squasy di Oxenford Studios, Mohd. Nafiizwan Adnan menjadi pemain individu lelaki pertama negara berjaya memenangi pingat Sukan Komanwel apabila dia berjaya mengalahkan pemain Wales, Joel Makin 3-2 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

 

















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 39 33 34 106
2 ENGLAND 22 25 16 63
3 INDIA 10 4 5 19
4 NEW ZEALAND 8 9 6 23
5 AFRIKA SELATAN 8 5 5 18
6 KANADA 7 17 13 37
7 SCOTLAND 6 8 11 25
8 WALES 6 6 4 16
9 CYPRUS 4 0 2 6
10 SAMOA 2 2 0 4
11 MALAYSIA 2 1 2 5
           
* kedudukan kutipan 10 teratas, termasuk Malaysia
** setakat pukul 9pm (waktu Malaysia)
Sumber: results.gc2018.com

 



Source link

read more

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 (8 April) – Sukan


BERIKUT pungutan pingat Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia hari ini (8 April 2018).

Hajat pasukan squasy negara untuk membawa pulang dua pingat emas acara individu tersekat apabila kedua-dua pemain lelaki dan wanita terkandas dalam laluan ke pusingan akhir.

Hasrat Datuk Nicol David untuk merangkul pingat emas selepas edisi 2010 di New Delhi dan 2014 di Glasgow disekat oleh pemain New Zealand, Joelle King 11-13, 5-11, 11-1, 5-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 39 minit di Oxenford Studios, Gold Coast.

Nicol jelas kecewa, namun masih menaruh harapan tinggi untuk menyumbang pingat untuk kontingen negara dalam penentuan gangsa, esok.

“Saya telah memberikan yang terbaik tetapi kadang-kadang terbaik itu tidak cukup untuk menang.

“Sudah tentu ia mengecewakan tetapi saya masih ada esok dalam perlawanan pingat gangsa. Saya akan fokus dan berharap dapat konsisten dan melakukan yang terbaik, ” tambahnya.

Terdahulu, dalam acara separuh akhir lelaki, Mohd. Nafiizwan Adnan, yang semalam membuat kejutan mengalahkan pilihan utama kejohanan, Nick Matthew dari England, gagal mengulangi pencapaiannya apabila tewas kepada seorang lagi pemain England, James Wilstrop 6-11, 10-12, 4-11 dalam perlawanan separuh akhir lelaki yang berlangsung selama 49 minit.

Esok, kedua-dua pemain negara ini akan beraksi di dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, di mana Nicol akan menentang pemain Wales, Tesni Evans, manakala Nafiizwan akan bertemu Joel Makins, juga dari Wales.

Pasukan basikal trek negara turut mengecewakan pada hari terakhir sukan itu hari ini apabila pulang dengan tangan kosong tanpa memenangi sebarang pingat.

Bagi pasukan badminton negara, hasrat merangkul pingat emas acara berkumpulan hanya tinggal selangkah sahaja lagi apabila hari ini, mereka berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah mengalahkan England 3-0 di Pusat Sukan Carrara.

Dalam perlawanan akhir esok, Malaysia akan menentang India pada pukul 3.30pm (waktu Malaysia). – UTUSAN ONLINE/BERNAMA

 















KEDUDUKAN NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 AUSTRALIA 31 25 28 84
2 ENGLAND 19 19 9 47
3 KANADA 7 15 10 32
4 INDIA 7 2 3 12
5 SCOTLAND 6 7 10 23
6 NEW ZEALAND 4 7 6 17
7 AFRIKA SELATAN 4 1 4 9
8 WALES 3 4 3 10
9 CYPRUS 2 0 2 4
10 MALAYSIA 2 0 1 3
           
* kedudukan kutipan 10 teratas
Sumber: results.gc2018.com



Source link

read more

Sultan Muhammad V tarik balik pingat ‘Datuk’ Husam Musa dan Wan Abdul Rahim


DVZ8GrsWAAAqrkUMO, 7/2/2018, KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Istana Kelantan menarik balik pingat Datuk Paduka daripada mereka.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, beliau dan Husam menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan semalam yang memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).

“Darjah yang dianugerahkan kepada kami sebelum ini (ditarikbalik) mulai pada 6 Februari 2018.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran dan surat perlantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana Diraja pada hari ini, 7 Februari 2018 di Istana Balai Besar.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Wan Rahim berkata, beliau memperoleh pingat Datuk Paduka daripada Istana Kelantan pada 2004 dan satu lagi pingat Jasa Pendamai (JP) yang dikurniakan pada 2009.

“Dua pingat daripada saya dan satu Husam diserahkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan Rushdan Mustapa kepada Pengelola Istana Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pagi ini,” katanya.



Source link

read more

Syafinaz bawa ibu ke Istana Negara saksi penganugerahan pingat


KUALA LUMPUR: Mengakui bahawa ibu adalah tulang belakang sepanjang kerjayanya, penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat,45, membawa ibunya ke Istana Negara bagi menyaksikan penganugerahan Pingat Mahkota Wilayah yang diterimanya pada Khamis lalu.

Pingat yang membawa gelaran Datuk itu telah disampaikan oleh Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menghargai sumbangan dan bakti beliau kepada Industri Seni Negara.

“Sebagai pendidik, saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik dan penganugerahan ini tentunya membakar semangat saya untuk memberikan lebih lagi terutamanya kepada generasi muda yang akan datang.” kata Syafinaz..

Syafinaz hadir bersama ibunya (kiri dalam gambar) sewaktu menerima Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Beliau turut menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ingin Bersamamu itu merupakan pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal ‘master’ untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

Syafinaz menegaskan bahawa muzik bukan hanya hiburan semata-mata malah ia adalah sebuah ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan dan membangkitkan semangat jati diri seseorang

Beliau juga terlibat sebagai konduktor untuk koir Permata Seni dan pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.

Syafinaz adalah antara 370 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008.

Anugerah ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.



Source link

read more