Google Akan Melancarkan Telefon Pintar Android Go Di MWC 2018 – Amanz


Tahun lepas Google telah memperkenalkan Android Go, iaitu sistem operasi Android Oreo yang dikhususkan untuk telefon pintar berspesifikasi rendah.

Menurut Hiroshi Lockheimer, iaitu Naib Presiden Kanan Google bahagian platform dan ekosistem, telefon pintar Android Go akan dilancarkan di acara MWC 2018 pada harga serendah $50 (~RM195).

Android Go ialah sistem operasi yang dibangunkan untuk kegunaan telefon pintar dengan RAM serendah 1GB. Aplikasi-aplikasi Google seperti Gmail, Chrome, Assistant dan Maps untuk Android Go juga mempunyai versi Go, di mana aplikasi-aplikasi ini lebih ringan. Ini ialah strategi Google untuk bukan sahaja memberikan akses kepada golongan berpendapatan rendah tetapi memastikan sistem operasi mereka terus mendominasi pasaran peranti pintar.



Source link

read more

Gartner – Jualan Telefon Pintar Sepanjang 2017 Menjunam Buat Kali Pertama – Amanz


Pelbagai telefon pintar yang telah dijual di pasaran pada tahun 2017, tetapi tahun 2017 adalah tahun di mana jualan telefon pintar menjunam jika dibandingkan dengan jualan tahun 2016.

Menurut laporan yang dikeluarkan Gartner, peratusan jualan menurun sebanyak 5.6%. Jualan tertinggi setakat ini masih dipegang oleh Samsung dengan 321 juta peranti dan juga Apple dengan 215 juta peranti. Tetapi kedua-dua jualan mereka pada suku ke-empat 2017 menurun.

Berbeza dengan syarikat-syarikat daripada Cina seperti Huawei dan Oppo, jualan mereka menunjukkan peningkatan. Jualan Huawei melonjak sebanyak 17 Juta unit manakala Oppo pula melonjak sebanyak 26 Juta unit. Bagi kategori pengeluar-pengeluar lain pula, jualan menurun daripada 682 Juta kepada 638 Juta. Dengan pelancaran pelbagai telefon pintar baru pada tahun ini, kita mungkin akan lihat statistik yang berbeza bagi jualan 2018.



Source link

read more

Gartner – 85.9% Telefon Pintar Yang Dijual Sepanjang 2017 Menggunakan Android – Amanz


Apakah sistem operasi dengan jumlah pengguna terbesar di dunia? Sekiranya jawapan anda ialah Android, tahniah anda betul kerana ini mungkin soalan yang amat mudah untuk dijawab. Dominasi Android di dalam dunia telefon pintar semakin kukuh tahun lalu mengikut angka yang dikeluarkan oleh firma Gartner.

Menurut mereka sebanyak 1.537 bilion telefon pintar telah terjual sepanjang 2017. Dari jumlah ini 1.32 billion atau 85.9% adalah peranti yang menggunakan Android diikuti oleh 215 juta (14%) menggunakan iOS dan 1.5 juta (0.1%) menggunakan sistem operasi lain. Android menunjukkan peningkatan berbanding 2016 manakala iOS dan sistem operasi lain (Windows Phone dan Blackberry) menunjukkan penyusutan.

Sepanjang 2017, 99.9% telefon pintar yang dijual menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Ini tidak mengejutkan kerana Microsoft tidak melancarkan peranti utama Windows 10 Mobile langsung tahun lalu kerana bukan lagi fokus utama bagi mereka. Apakah sistem operasi yang digunakan pada telefon pintar anda sekarang?



Source link

read more

Digi Up Ingin Memudahkan Anda Menggunakan Telefon Pintar Baru Setiap Tahun – Amanz


Pada hari ini, Maxis dan Celcom sedia menawarkan kemudahan untuk membuat langganan pelan dan telefon pintar yang boleh diubah kepada peranti baru pada setiap tahun. Ini sekaligus membolehkan anda mengikuti trend dan menikmati pelbagai penawaran teknologi baru dengan mudah.

Kini, selain Maxis dan Celcom, Digi turut tidak ketinggalan dan turut menawarkan sebuah perkhidmatan yang lebih kurang sama, dinamakan Digi Up. Program baru ini dilihat sebagai naik-taraf kepada program Digi Easy Up sebelum ini.

Digi Up

Daripada penyenaraian melalui laman Digi, tiga peranti ditawarkan adalah Galaxy Note 8, Mate 10 Pro dan juga Mate 10. Setiap peranti ini hadir dengan pelan Digi Postpaid 110 yang menawarkan data berjumlah 50GB sebulan, panggilan tanpa had dan 1000 SMS percuma.

Digi Up

Untuk menyertai Digi Up ini pula, pengguna terlebih dahulu perlulah mempunyai langganan Digi Postpaid selama sekurang-kurangnya 3 tahun, dan mempunyai penggunaan minimum lebih RM80 untuk 3 bulan terakhir.

Pengguna boleh naik-taraf kepada peranti baru selepas 24 bulan, atau meniak-taraf selepas 12 bulan dengan penambahan sedikit pembayaran tambahan.

Daripada FAQ yang disediakan, Digi menerangkan lanjut mengenainya, termasuk menawarkan perkhidmatan Digi Shield yang membolehkan pengguna melindungi peranti daripada kecurian, kerosakkan dan sebagainya pada harga langganan tambahan.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari penawaran naik-taraf peranti seumpama ini daripada syarikat telekomunikasi, atau lebih meminati untuk membeli peranti secara berasingan dengan pelan telekomunikasi?

Layari : Digi Up



Source link

read more

Sony Mungkin Membuat Perubahan Akhir Pada Rekaan Telefon Pintar Akan Datang – Amanz


Sony kini dilaporkan telah membuat permohonan kepada pihak Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat untuk membatalkan pengesahan peranti yang diterima. Sony mengatakan sebab pembatalan berkenaan dipohon adalah disebabkan oleh perubahan akhir pada rekaan peranti berkenaan.

Permohonan oleh Sony ini telah dilakukan pada 7 Februari 2018 lepas. Ia tidak diketahui lagi sama ada dengan perubahan yang dilakukan ini, adakah peranti baru berkenaan akan diperkenalkan pada MWC 2018 yang berlangsung pada minggu hadapan.

Spekulasi turut mengatakan ia mungkin adalah peranti utama untuk tahun 2018 ini, dan berkemungkinan Sony melihat kepada rekaan yang menjadi trend seperti skrin pada nisbah 18:9 dan sebagainya. Berkemungkinan juga perubahan adalah lebih kepada astetik secara minimal – dan mungkin spesifikasi dan ciri-ciri yang dibawakan tiada perubahan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2018 ini untuk melihat apakah kejutan daripada pihak Sony untuk peranti baru mereka.



Source link

read more

Seperti HomePod, Speaker Pintar Sonos One Juga Meninggalkan Kotoran Pada Permukaan Kayu – Amanz


Terdapat beberapa speaker pintar di pasaran sekarang masing-masing dengan keistimewaannya yang tersendiri. Apple HomePod menjanjikan kemampuan audio yang tinggi pagi pengguna ekosistem Apple. Sonos One pula dijual pada harga lebih mampu milik dan bersandar kepada jenama Sonos yang terkenal di dalam dunia audio.

Kedua-dua speaker pintar ini walaubagaimanapun berkongsi satu masalah yang sama iaitu meninggalkan kotoran pada permukaan kayu. Seperti kami laporkan semalam, kaki silikon di bahagian bawah HomePod merembeskan minyak sehingga meninggalkan kotoran berbentuk bulat pada permukaan kayu. Apple segera menyarankan pengguna meletakkan pelapik bagi mengelakkan ini dari berulang.

Sonos One juga memberikan masalah yang sama. Seperti HomePod, speaker pintar ini menggunakan pelapik silikon pada bahagian bawahnya. Pihak Sonos telah dihubungi mengenai masalah ini dan akan menyiasatnya.



Source link

read more

Apple Mengambil 51% Pendapatan Jualan Telefon Pintar Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Apple terus maju tanpa sebarang petanda mereka akan mengalami kemerosotan keuntungan dalam masa terdekat. Mereka di jalan yang betul menuju sasaran menjadi syarikat pertama dengan penilaian $1 trilion. Jualan iPhone X mungkin lebih rendah dari disasarkan, namun mengikut Starategy Analytics Apple masih di hadapan dari segi pendapatan jualan pada suka ke-empat 2017.

Menurut mereka Apple mencatatkan pendapatan jualan sebanyak $61.4 bilion diikuti oleh Samsung (18.9 bilion) dan Huawei ($8,4 bilion). Ini bersamaan dengan Apple mengaut 51% pendapatan jualan pada suku tersebut. Ketiga-tiga Apple, Samsung dan Huawei mencatatkan peningkatan jualan.

Pada waktu yang sama harga jualan purata peranti meningkat dari $255 (~RM 993) pada suku ke-empat 2016 ke $300 (~RM 1168) pada suku ke-empat 2017. Dengan pelbagai teknologi dan fungsi baru, tidak mengejutkan sekiranya harga jualan peranti akan terus meningkat dalam masa terdekat.



Source link

read more

HTC Dilaporkan Akan Menggabungkan Perniagaan Realiti Maya Dan Telefon Pintar – Amanz


Berita yang agak mengejutkan minggu ini ialah peletakan jawatan  Chialin Chang yang merupakan Presiden bahagian telefon pintar dan peranti berhubung HTC. Sehingga kini pengganti beliau masih belum diumumkan. Menurut laporan Road To VR, kini terdapat petanda perniagaan realiti maya HTC akan digabungkan dengan perniagaan telefon pintar.

Lima pengurus besar dari bahagian realiti maya dilaporkan akan dipindahkan ke bahagian telefon pintar HTC. Ini mungkin petanda awal fokus HTC mungkin akan berubah perniagaan peranti realiti maya dan bukan lagi kepada telefon pintar.

Selepas sepuluh suku berturut-turut bahagian telefon pintar mencatatkan kerugian, tidak mengejutkan jika HTC berubah haluan. Tahun lalu mereka menjual pasukan yang bertanggungjawab menghasilkan Pixel kepada Google dengan nilai $1 bilion. Sekiranya HTC berhenti menghasilkan telefon pintar adakah anda akan merindu mereka?



Source link

read more

Presiden Bahagian Telefon Pintar Dan Peranti Berhubung HTC Meletak Jawatan – Amanz


Selain Nokia, HTC ialah syarikat yang mempunyai sejarah yang besar dalam penghasilan peranti pintar. Mereka bertanggungjawab menghasilkan peranti pertama Android. Selepas sepuluh tahun pelancaran HTC Dream, nama HTC tidak lagi segah dahulu dan kini menghadapi pelbagai masalah.

Hari ini Chialin Chang yang merupakan Presiden bahagian telefon pintar dan peranti berhubung HTC telah meletakkan jawatan. Sebab yang diberikan atas peletakan jawatan adalah hal peribadi. Hanya bulan lalu HTC mencatatkan pengurangan jualan sebanyak 27% berbanding tahun sebelumnya. Ia adalah penurunan jualan selama sepuluh suku berturut-turut. HTC masih belum mengumumkan pengganti beliau buat masa ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons