Robot Spot Mini Keluaran Boston Dynamics Kini Mampu Membuka Pintu – Amanz


Di dalam dunia penghasilan robot, Boston Dynamics mungkin yang paling dikenali ramai kerana menghasilkan robot berinovatif. Tahun lalu mereka memperlihatkan Atlas yang boleh melakukan balik kuang dan Handle yang mampu melompat. Mereka telah memperlihatkan model terkini Spot Mini yang kini berkemampuan membuka pintu.

Spot Mini yang sudah dalam pembangunan sejak 2016 direka untuk digunakan di dalam rumah. Ia mempunyai empat kaki dan satu tangan yang boleh dilihat membuka pintu bagi membolehkan sebuah lagi Spot Mini melaluinya. Robot yang bersaiz seperti seekor anjing ini hanya sebesar 30 kilogram, mampu membawa beban sehingga 14 kilogram dan beroperasi selama 90 minit.



Source link

read more

Pintu kapal terbang tertanggal ketika mendarat penumpang panik



PENERBANGAN Dana Air baru sahaja mendarat apabila satu bunyi letupan kedengaran yang menyebabkan pintu pesawat berkenaan tertanggal dari engselnya.

Menurut laporan BBC, penumpang boleh mendengar getaran pintu berkenaan bergesel di sepanjang landasan.

“Saya melihat pintu kecemasan pesawat menjadi longgar dan tergantung,

“Pramugari bertanya adakah ia dilakukan oleh salah seorang penumpang, selain mereka turut menghalang kami mengambil video atau gambar,” beritahu salah seorang penumpang.

Seorang lagi penumpang turut mengakui, sepanjang penerbangan itu, pintu kecemasan pesawat berbunyi.

“Saya fikir ia mungkin disebabkan skru longgar,  tetapi saya tidak fikir ia akan tertanggal,” katanya.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan menafikan sebarang masalah dengan pintu kecemasan semasa penerbangan.

Dalam satu kenyataan, Dana Air berkata: “Pintu keluar kecemasan pesawat kami adalah jenis plug yang disokong oleh tekanan, yang biasanya tidak boleh dibuka tanpa bantuan atau usaha oleh anggota krew atau penumpang.

“Apabila sebuah pesawat udara berlepas, ia berada dalam tekanan sepenuhnya dan tidak ada kerusi atau pintu yang boleh bergoyang seperti yang dilapor.”

Pihak penerbangan Dana Air juga memaklumkan bahawa pesawat itu telah diperiksa jurutera bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nigeria dan “tidak ada masalah dilaporkan”.



Source link

read more

Lelaki cuba bunuh diri panjat pintu gerbang diselamatkan


PETRAJAYA: Tindakan berani seorang lelaki yang memanjat pintu gerbang selain berhasrat untuk terjun dan membunuh diri berjaya dihalang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petrajaya.

Mangsa berusia lingkungan 40-an itu berjaya dipujuk dan dibawa turun dari aras atas pintu gerbang di Kampung Muara Tebas, Kuching kira-kira pukul 3 petang tadi.

Menurut jurucakap JBPM Sarawak, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petrajaya yang diketuai Hazmi Mohamad Edoon telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki berada di atas pintu gerbang kampung tersebut.

“Pihak bomba mengambil masa selama dua jam untuk memujuk mangsa sebelum berjaya dibawa turun dengan menggunakan tangga jentera serta bantuan dari saudara-mara mangsa.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.



Source link

read more

Hilangnya Jalur Gemilang di pintu sempadan


KUALA LUMPUR: MALAYSIA adalah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara yang mempunyai sempadan darat langsung bersama Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Antara kesemua negara-negara ini, Malaysia mempunyai pintu sempadan darat (dan juga sungai) terbanyak dengan Thailand. Lapan pintu tersebut ialah pintu Wang Kelian-Wang Prachan dan Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hitam-Dannok dan Durian Burung-Ban Prakob di Kedah, Pengkalan Hulu-Betong di Perak, dan Bukit Bunga-Bu Ke Ta, Rantau Panjang-Sungai Golok dan Pengkalan Kubor-Tak Bai di Kelantan.

Sempadan Malaysia-Thailand hari ini pada awalnya telah ditetapkan oleh Kerajaan British dan Siam pada tahun 1909 menerusi Perjanjian Bangkok. Menerusi Perjanjian 1909 ini, garis sempadan sepanjang 646km telah dilukis dari Barat ke Timur, dari Perlis ke Kelantan, memisahkan wilayah-wilayah selatan Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat daripada wilayah-wilayah rumpun mereka di Kelantan dan Terengganu. Wilayah Setul dipisahkan dari Kedah dan Perlis dan menjadi provinsi Satun pada hari ini.

Beginilah keadaan Jalur Gemilang yang dikibarkan di pintu sempadan negara di Padang Besar, Perlis. - Foto Dr Hazmi

Garis sempadan darat yang dilukis adalah sejauh 551km dengan 95km lagi menggunakan aliran Sungai Golok sebagai garis sempadan antarabangsa. Garis sempadan darat yang dilukis antara pihak British-Siam secara dasarnya menggunakan lembangan air atau watershed sebagai sempadan antara kedua-dua wilayah.

Tidak keterlaluan untuk menyatakan sempadan yang dilukis oleh British dan Siam ini lebih menguntungkan pihak Thailand. Sultan-sultan Melayu tidak dilibatkan dalam melukis garis sempadan ini pada tahun 1909. Sebagai contoh, apabila garis lurus ke arah timur dilukis dari Kedah dan Perlis, ianya akan sejajar dengan wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla dan bukannya bersempadanan langsung dengan Kelantan. Ini menyebabkan Tanah Melayu pada tahun 1909 kehilangan wilayah-wilayah selatan Siam yang bermajoriti penduduk Melayu sehingga hari ini.

Dr Mohd Hazmi di titik sempadan Malaysia-Thailand di mana beliau mendapati tiada Jalur Gemilang dikibarkan berbanding bendera kebangsaan Thailand. - Foto Dr Hazmi

Sekiranya dahulu pihak British dan Siam menggunakan titik paling utara di Perlis dan melukis garis lurus dari titik itu ke barat dan timur, nescaya wilayah Tanah Melayu akan menjadi lebih besar, seperti yang digambarkan di dalam Peta 1 di bawah. Ini semua adalah sebahagian daripada sejarah dan wilayah Semenanjung Malaysia yang kita warisi pada hari ini adalah tinggalan daripada wilayah British Malaya yang merdeka pada tahun 1957. Kita harus sedar bahawa negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia adalah cuma sebahagian daripada apa yang patut menjadi wilayah negara kita pada hari ini. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu berganding bahu menjaga keutuhan dan kedaulatan negeri-negeri ini dengan baik.

Potret Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn terpampang dengan kebanggaan dan bendera kebangssan Thailand berkibaran di wilayahnya. - Foto Dr Hazmi

Pintu sempadan darat antarabangsa adalah tanggapan ulung mana-mana pengunjung yang melewatinya. Lambang-lambang seperti bendera dan jata negara menggambarkan kedaulatan sesebuah negara yang boleh disaksikan oleh mana-mana pengunjung saat mereka melintasi garis sempadan antarabangsa dari satu negara ke negara yang lain.

Pergilah sahaja ke pintu sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar ataupun Bukit Kayu Hitam-Dannok. Para pengunjung akan dapat menyaksikan bendera Thailand berkibar megah betul-betul di Kilometer 0 garis permulaan wilayah negara tersebut. Di Dannok contohnya, potret Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn terpampang dengan kebanggaan dan bendera kebangsaan Thailand berkibaran tepat di wilayahnya tetapi hanya beberapa langkah seberang, tidak kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di wilayah Malaysia.

Keadaan yang sama dapat dilihat di pintu sempadan Padang Besar yang mana jata negara Thailand terukir indah di Bangunan Imigresen dan Kastamnya dengan Bendera Thailand tinggi berkibar melambangkan kedaulatan negaranya di wilayah itu, yang hanya beberapa inci sahaja dari Malaysia.

Bendera kebangsaan Thailand berkibar megah di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis. - Foto Dr Hazmi

Akan tetapi, apabila pengunjung melewati pagar dan masuk ke Malaysia, bendera Malaysia dikibarkan hanyalah secara sekadar ala kadar. Ini amat menyedihkan terutama sekali apabila lambang-lambang kedaulatan negara tidak diketengahkan di pintu-pintu sempadan ini.

Malaysia tidak mungkin kehilangan wilayah-wilayah ini sepertimana kita kehilangan Batu Puteh kerana Malaysia telah melaksanakan apa yang dikatakan pendudukan efektif ataupun effective occupation seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa di kawasan-kawasan sempadan ini. Pihak polis dan tentera kita sering melakukan rondaan bagi mengelakkan berlakunya penerobosan. Masyarakat antarabangsa juga telah mengiktiraf negeri-negeri ini sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Tetapi ini tidak bermaksud kita hanya perlu mengambil langkah sambil lewa dalam mengetengahkan lambang-lambang kedaulatan negara kita di pintu-pintu masuk sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand. Janganlah hanya apabila kita kehilangan sesuatu barulah waktu itu kita akan menghargainya dan terhegeh-hegeh untuk memancangkan bendera.

Pintu sempadan antarabangsa adalah lambang keutuhan kedaulatan negara kita dan haruslah kita hiasi dengan simbol-simbol kedaulatan – tidak banyak, sebatang tiang dan bendera Malaysia yang berkibaran megah sudah mencukupi.


*Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph. D) adalah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia.

*Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.



Source link

read more

Wanita ditahan pukul ibu guna mangga pintu



GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian dia memukul ibunya dalam insiden di rumah mereka di Relau, dekat sini pada 15 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata wanita berusia 21 tahun dan tidak bekerja itu ditahan di Bayan Lepas, dekat sini kira-kira pukul 1.30 tengah pada Isnin.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi pada 15 Dis lepas itu, mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan berada di rumah mereka di Relau sebelum didatangi suspek serta teman lelaki.

“Wanita itu tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum suspek dan teman lelakinya bertindak memukul pengawal keselamatan berkenaan menggunakan mangga pintu,” katanya di sini pada Selasa.

Katanya semasa kejadian tiada sesiapa di rumah dan suspek serta teman lelakinya meninggalkan wanita itu selepas mereka memukul mangsa sehingga ibu tersebut mengalami kecederaan luka serta calar di muka.

Anuar berkata mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya anak mangsa dan teman lelaki dipercayai bertindak bersembunyi bagi mengelak dikesan polis namun pihaknya berjaya menahan wanita itu semalam.

“Anak wanita itu kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan teman lelakinya berusia 20-an giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta keganasan Rumah Tangga 1994.

— BERNAMA



Source link

read more

Cari pintu tersembunyi dapat dua juta mata ganjaran BIG AirAsia



KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang memenangi lebih dua juta mata ganjaran BIG dalam kempen “Pintu Terbuka AirAsia mulai hari ini sehingga 14 Januari 2018”.

Dilancar sempena sambutan ulang tahun keenam syarikat penerbangan kos rendah tersebut, AirAsia berkata, kempen berkenaan adalah kisah ia membuka pintu selama lebih sedekad bagi membolehkan pengembara menikmati destinasi yang belum diteroka di rantau ini dan juga rantau lain.

“AirAsia mencabar orang ramai dalam satu pengaktifan unik untuk mencari 16 pintu tersembunyi di Malaysia, mengambil gambar mereka dengan pintu tersebut, memuat naiknya di Instagram dengan hashtag yang diberikan untuk mendapatkan mata dan berpeluang untuk memenangi dua juta Mata Ganjaran BIG,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mata ganjaran BIG yang diperoleh boleh ditebus untuk penerbangan AirAsia.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata, syarikat itu memulakan operasi dengan hanya dua pesawat dan kini memiliki lebih 200 pesawat dan menerbangkan lebih 400 juta penumpang.

“Kami bangga dapat berkhimat ke lebih 130 destinasi, termasuk tempat yang kurang dikunjungi tetapi menjadi impian ramai orang,” tambahnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pintu rundingan dengan Korea Utara masih terbuka – Tillerson



NEW YORK: Amerika Syarikat sedia berunding secara terus dengan Korea Utara berhubung isu nuklear.

Setiausaha Negaranya, Rex Tillerson memaklumkan Washington tidak akan bersetuju dengan rundingan pra-syarat, namun Pyongyang sedia maklum saluran komunikasi bagi  membincangkan pembubaran program nuklear mereka, sedia terbuka. 

“Kami tidak akan menerima sebarang pra-syarat untuk rundingan. Kami tidak akan mengurangkan sekatan semata-mata untuk berunding. Saluran komunikasi kekal terbuka, dan mereka (Pyongyang) tahu bagaimana untuk melakukannya,” kata Tillerson dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini berikrar untuk mengelakkan penglibatan tentera, bagi mengekang tindakan Pyongyang melengkapkan penghasilan peluru berpandu yang boleh digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat.

Tahun ini sahaja, Korea Utara sudah mengendalikan lebih 20 ujian peluru berpandu balistik.

Ujian terbaru dilakukan pada November lalu dengan pakar menyifatkan ia mampu membawa peledak nuklear sehingga ke timur Amerika.

Sekatan yang diketuai Amerika ke atas Pyongyang serta pengasingan diplomatik sehingga kini belum memberi kesan ke atas republik itu daripada menghentikan ujian nuklearnya.



Source link

read more

Sultan Selangor rasmi pintu gerbang Kota Darul Ehsan – Nasional


PETALING JAYA 19 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah malam ini berkenan merasmikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang dinaik taraf oleh kerajaan negeri atas titah baginda.

Pintu gerbang itu yang melambangkan sempadan antara Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Lumpur dinaik taraf selepas 36 tahun.

Baginda yang tiba di sebuah hotel di sini dengan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa puas hati dengan projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Beta amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas usaha yang dilakukan bagi menyempurnakan projek menaik taraf Kota Darul Ehsan.

“Pembinaan kota ini telah bermula pada 1 Feb 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan pada ketika itu Almarhum ayahanda beta, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menitahkan agar sebuah pintu gerbang dibina sebagai tanda sempadan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Sultan Selangor hari ini.

Baginda bertitah, mengikut rancangan asal, pembinaan kota tersebut sepatutnya dibuat di atas garis sempadan, namun ia dianjak sedikit ke lokasi sekarang bagi menjimatkan kos.

Kota ini kemudian dibuka secara rasmi pada 1981 dan kini setelah 36 tahun, Kota Darul Ehsan diberi nafas baharu serta tampil indah sesuai dengan imejnya sebagai ikon negeri Selangor,” titah baginda.

Baginda turut menyeru sekalian rakyat agar sama-sama menghargai pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang merupakan mercu tanda kebanggaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk kerja-kerja menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang bermula pada 15 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 30 September lalu.

Projek tersebut membabitkan beberapa komponen penting termasuk ukiran dan motif di bahagian dinding dan kaki tiang yang menggunakan bahan ringan dan tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya tanpa mengubah konsep asal reka bentuk Kota Darul Ehsan.

Skop kerja juga melibatkan tiang bendera, jata negeri Selangor, kanopi dan skema warna yang bersesuaian dengan imej negeri Selangor

Selain itu, sistem pencahayaan khusus dan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infra sistem bekalan elektrik turut dilakukan serta penanaman rumput dan pokok renek di kawasan Kota Darul Ehsan. – BERNAMA 



Source link

read more

Bunuh tiga beranak Imigresen perketat pintu sempadan halang suspek bolos



KOTA BHARU: Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan di pintu sempadan negara bagi membantu polis menyekat suspek dalam kes pembunuhan tiga sekeluarga di sini, Rabu lepas, bolos ke luar negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya sudah mendapatkan maklumat terperinci berkaitan suspek yang kini sedang dijejaki polis bagi membantu sisatan kes itu.

“Dalam soal jenayah, kita sentiasa bekerjasama dengan polis, dan sentiasa kita perketatkan pintu masuk, dan kita sudah dapat perincian bagi memastikan tiada pembolosan berlaku di sempadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Jasa Perwira Piala Ketua Pengarah Imigresen 2017 di sini, hari ini.

Mustafar berkata, kawalan sempadan akan dipertingkatkan sekiranya berlaku apa juga kes, sama ada di negara ini atau negara jiran, melalui kerjasama bileteral yang telah terjalin sekian lama.

Dalam kejadian Rabu lepas, mangsa Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan perkakas rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini.

Polis kini sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Sharat a/l Eh [email protected], 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Sementara itu, Jabatan Imigresen turut melancarkan Skuad Cakna Bah sebagai persiapan pihaknya menghadapi musim tengkujuh yang berkemungkinan berlaku banjir di pantai timur.

“Skuad proaktif ini diwujudkan bagi menangani bencana banjir serta menjaga kebajikan pegawai dan anggota jabatan ini,” kata Mustafar.

Di Kelantan, antara kawasan yang sering terlibat dengan banjir ialah Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Bukit Bunga dan Tanah Merah.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons