Serangan Florida Mangsa selamat mahu jumpa orang politik



FLORIDA: Sekumpulan pelajar yang terselamat dalam serangan di Marjory Stoneman Douglas High School memulakan perjalanan sejauh 645 kilometer pada Selasa, menuju ke Tallahassee.

Mereka mengembara dengan satu suara, mahu ‘mengejutkan lena’ anggota Parlimen mengenai bahaya yang sedang menanti pelajar sekolah jika udang-undang kawalan senjata tidak segera dilaksana.

Menaiki bas sewa khas, kumpulan pelajar ini bergerak meninggalkan Coral Springs pada tengah hari dan dijangka tiba di ibu negeri itu pada lewat petang.

Mereka merancang mengadakan rapat umum pada Rabu dengan harapan mampu memberi tekanan kepada badan perundangan negeri yang dikuasai Republikan.

Sejak menguasai pejabat gabenor dan Badan Perundangan pada tahun 1999, Republikan telah menolak pelaksanaan sekatan ke atas senjata api.

Namun beberapa anggota dari Grand Old Party (GOP) menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan rang undang-undang bagi membolehkan sekatan berkenaan dikuatkuasa.

BACA: Berjalan 17 km, solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida



Source link

read more

PRU-13, ‘wake-up call’ kepada MCA, yakin rampas kembali Indera Kayangan – Politik


ARAU 19 Feb. – MCA negeri ini optimis masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekali gus merampas semula kerusi berkenaan daripada PKR.

Naib Pengerusi MCA negeri, Chuah Tian Hee berkata, pihaknya yakin separuh daripada 80 peratus pengundi Cina yang menyokong pembangkang pada pilihan raya lalu kembali kepada BN berdasarkan kepada kerja keras parti tersebut sepanjang tempoh lima tahun ini.

Dalam masa sama, beliau juga percaya pengundi Cina khususnya sudah mula sedar kegagalan pembangkang membela nasib mereka di kawasan tersebut.

“Kekalahan pada pilihan raya lalu memberi pengajaran dan bagaikan satu wake-up call kepada MCA untuk terus bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan masyarakat Cina.

“Kekalahan pada pilihan raya lalu juga disebabkan pengundi terikut-ikut trend beralih-arah kepada pembangkang selain terpedaya dengan dakyah pembangkang.

“Selain itu, mereka juga sedar, kemenangan pembangkang hanya di satu kerusi di kawasan Parlimen Kangar itu tidak mampu membantu masyarakat Cina,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran RPA Arau, di sini malam tadi.

Pada PRU-13, buat pertama kalinya kerusi DUN Indera Kayangan yang menjadi kubu kuat BN selama ini jatuh ke tangan pembangkang.

Calon BN ketika itu, Por Choo Chor tewas kepada Chan Ming Kai dari PKR dengan majoriti 1,092. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kaji pelbagai aspek sebelum tubuh RCI peristiwa Memali – Politik


BAGAN DATUK 18 Feb. – Kerajaan perlu meneliti pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara yang perlu diteliti ialah tiga elemen penting dalam peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 itu.

Ahmad Zahid berkata, elemen itu termasuklah jika ada arahan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika itu untuk melakukan penembakan yang menyebabkan kematian bukan sahaja kepada Ustaz Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya malah pengikutnya.

Tambah Ahmad Zahid, selain itu kerajaan juga perlu meneliti tujuan arahan penembakan berkenaan dibuat kepada pihak polis dalam peristiwa itu sehingga mengakibatkan 18 nyawa terkorban termasuk empat anggota pasukan berkenaan.

“Adakah tindakan pihak polis tersebut juga berdasarkan kepada arahan dan arahan ini kita harap adalah arahan yang bersandarkan kepada menjaga soal keselamatan bukan kerana arahan politik.

“Ketiga pula jika ada sebarang unsur penganiayaan atau kezaliman dilakukan oleh sesiapa saja yang telah mengeluarkan arahan sedemikian. Maka tugas RCI ini adalah untuk menyiasat siapakah orang yang menjadi tokoh penting yang telah mengarahkan operasi di memali ini dilakukan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Santai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri bersama warga PDRM Bagan Datuk dan Hilir Perak di Balai Polis Hutan Melintang dekat sini hari ini.

Pada 16 Feb lalu, penyokong Gagasan Sejahtera serta wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut kerajaan menyegerakan penubuhan RCI berhubung isu Memali yang berlaku ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyebabkan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap Ibrahim Libya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Gelombang baharu politik Marang – Politik


MARANG 18 Feb. – UMNO Bahagian Marang yakin parti itu mampu kembali membuat kejutan dengan mencatat kemenangan besar pada Plihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagaimana yang pernah diraih dalam PRU-11.

Ketuanya, A.Latiff Awang berkata, berdasarkan perkembangan politik semasa, beliau percaya kawasan Parlimen Marang yang sering ‘disuluh’ umum sebagai kubu  pembangkang akan dapat dikuasai semula, melibatkan kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

 Menurut A.Latiff,  keyakinannya bukan sekadar berasaskan perpecahan pembangkang dan terhakisnya ketaksuban penyokong mereka tetapi juga keadaan jentera parti dan sambutan masyarakat terhadap program-program dilakukan yang disifatkan sebagai cetusan gelombang baharu.

“Apa yang boleh saya katakan, jentera kita semakin bersemangat. Semua pemimpin di peringkat bahagian dan

pusat daerah mengundi (PDM) menunjukkan perpaduan yang tinggi dan bekerja keras sejak sekian lama, malah sudah bersedia menghadapi PRU-14 pada bila-bila masa,”ujarnya.

A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  Pengkalan Berangan berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Parlimen Marang di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM) malam tadi.

Pelancaran disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Ahmad Raziff Abdul Rahman yang juga Menteri Besar.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku; Ketua Pergerakan Wanita, Toh Puan zaiton Mohd Amin; Ketua Pergerakan Pemuda Jasmira Othman dan Ketua Puteri, Laila Mat Daud.

A.Latiff berkata, melihat kepada semangat dan komitmen yang tinggi ditunjukkan jentera parti, beliau percaya ia merupakan cetusan gelombang baharu dalam politik bahagian itu.

Dalam PRU-13, hanya kerusi DUN Pengkalan Berangan dikuasai BN manakala Pas memenangi DUN Alor Limbat dengan majoriti 645, Bukit Payong (613), Ru Rendang (2,819) dan Parlimen Marang (5,124).-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jangan kembalikan Kedah ke zaman kelam pembangkang – Najib – Politik


LANGKAWI 17 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan terus membantu Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Najib mengingatkan rakyat Kedah supaya tidak kembali ke zaman kelam ketika ditadbir pembangkang yang mana kerajaan negeri pada ketika tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

“Saya telah pun bantu Kedah dan insya-Allah, akan terus bantu negeri ini. Apatah lagi, Kedah adalah sebuah negeri yang tidak cukup sumber hasilnya.

“Tanpa sokongan Kerajaan Negeri, kita akan masuk zaman kelam (kerajaan negeri ditadbir pembangkang). Kita masih ingat lagi, jangan kita ke zaman tersebut sebaliknya melihat ke hadapan yang mana IR 4.0 (Revolusi Perindustrian Keempat) menanti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program GO 4.0 Langkawi anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) serta Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pas Perlis harap RCI Memali segera ditubuhkan sebelum PRU-14 – Politik


ARAU 17 Feb. – Pas negeri ini menggesa kerajaan memandang serius tuntutan pelbagai pihak yang mahu melihat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Memali disegerakan.



MOHD. SHUKRI RAMLI

MOHD. SHUKRI RAMLI

Pada masa sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli turut berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan menubuhkan RCI tersebut sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi mencari kebenaran berhubung peristiwa hitam yang mengorbankan 18 nyawa itu.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu, penubuhan RCI cukup penting kerana ia bakal membuka peluang kepada waris mangsa Memali yang masih hidup mendapat keadilan dan pembelaan sewajarnya.

“Kita sentiasa menyambut baik dan menyokong penuh cadangan penubuhan RCI ini. Isu ini (Memali) sudah lama dan tidak pernah selesai. Sudah tiba masanya ia kembali disiasat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam sekumpulan penyokong Gagasan Sejahtera serta wakil daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan berkumpul di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi menuntut kerajaan menyegerakan penubuhan RCI berhubung isu Memali.

Sebelum itu, ramai pihak lain turut menyuarakan gesaan sama mahu RCI segerakan ditubuhkan.

Peristiwa Memali pada tahun 1985 mencetuskan pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung yang akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama, Ibrahim Libya berserta empat anggota polis. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pertikaian politik perlu ada batasan – Perak


IPOH 17 Feb. – Pertikaian politik di negeri ini mesti ada batasannya walaupun terdapat ruang demokrasi untuk sesiapa sahaja mengutarakan pandangan berlandaskan ideologi berbeza.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak menimbulkan suasana tidak harmoni semata-semata untuk manfaat sendiri mahupun demi kepentingan politik.

Menurutnya, kadang kala hanya disebabkan oleh masalah politik kecil, ia cenderung untuk menghasilkan satu lagi permasalahan.

“Kita perlu menghentikan pertikaian politik ini, sebaliknya perlu memahami antara satu sama lain dengan nilai penting iaitu kasih sayang.

“Jika kita menggarap nilai ini, tidak kira anda seorang ahli politik, ahli perniagaan, tokoh korporat atau sekadar manusia biasa, saya percaya, kita akan hidup dalam suasana harmoni dalam negeri Perak tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk S. Thangasvari; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon, barisan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk wakil rakyat pembangkang serta Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Peluang rakyat berdialog bersama pemimpin UMNO – Politik


KUALA KRAI 16 Feb. – Orang ramai di Parlimen ini malam ini berpeluang mengajukan pandangan dan soalan berhubung isu semasa yang melanda negara menerusi program Bicara Minda dan Sesi Dialog.

Program anjuran UMNO Bahagian Kuala Krai ini bertujuan memberi penerangan serta pendedahan tentang situasi sebenar sesuatu isu dibangkitkan seperti subsidi minyak.

Antara ahli panelnya ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman, dan Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam..

Program itu berlangsung di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PENYOKONG DAPigs DAN PAS MANGSA POLITIK LONGKANG AZMIN!!! ~ SEMUT HITAM


Ini baru betul dinamakan sebagai seorang pemain Politik yang tulen. Kiri kanan dia cakap tak serupa bikin. Dengan orang berbangsa Cina, dia cerita lain. Tapi dengan PAS lain pulak cerita dia.

Umum mengetahui bahawa Si Azmin Ali tu sekarang sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak untuk mengekalkan kedudukan dia sebagai Menteri Besar di Selangor.

Dia sedar bahawa kedudukan dia pada ketika ini tidak selamat selepas PAS enggan berganjak dari pendirian mereka untuk tidak kembali menyertai Pakatan yang disertai PAN dan DAPigs.

Hakikatnya, Cina yang menyokong Pakatan Haprak di Selangor semuanya pengikut – pengikut DAPigs. Dan kepimpinan parti tu memang tak puas hati terhadap pentadbiran Azmin.

Nak pulak selepas Si Azmin Ali tu mengekalkan jawatan Exco PAS walaupun parti itu telah memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan Pakatan Haprak secara terbuka sebelum ini.

Maka, untuk mendapatkan sokongan dari kalangan mereka yang menyokong DAPigs, Si Azmin Ali tu terpaksa memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS melalui akhbar berbahasa Cina.

Tapi dalam masa yang sama, Si Azmin Ali tu memeras ugut PAS dengan membekukan peruntukan kepada ADUN – ADUN parti itu untuk memaksa mereka menyokong kepimpinannya.

Begitulah permainan Politik Longkang Si Azmin Ali ni. Dia terpaksa buat apa sahaja untuk pastikan yang dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sebab Si Azmin Ali tu tau, tanpa sokongan dari kedua – dua parti, DAPigs dan PAS, belum tentu dia dapat kekalkan jawatan yang dia pegang pada ketika ini. Nak harapkan PKR, memang tak ke mana la jawabanya.

Lagi pun, Si Azmin Ali tu sendiri sedar yang dia hanya berjaya menjadi Menteri Besar Selangor selepas dia cantas Wan Azizah yang juga merupakan Presiden parti dia sendiri. Bukan sebab kemampuan dia sebagai seorang pemimpin!!!




Source link

read more

KAPITALIS DALAM POLITIK MALAYSIA | Merdeka Online


WhatsApp Image 2018-02-15 at 3.52.27 PM

POLITIKUS memerlukan wang untuk menggerakkan aktiviti politik mereka, dan kapitalis memerlukan politikus untuk menjalankan perniagaan mereka. Ia saling berkait atas kepentingan dan kemampuan masing-masing.

Jika anda memahami hubungan ini, anda tidak akan pelik kenapa Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathr dan Datuk Sri Anwar Ibrahim boleh kembali berdamai hari ini.

Sepintas lalu, ia adalah sesuatu yang pelik apabila musuh-musuh yang bergaduh sejak sekian lama boleh disatukan dalam sebuah pakatan politik. Mereka malah saling menyucikan tuduhan-tuduhan lama ke atas lawan.

Ia seolah-olah tiada apa yang berlaku selama ini. Rakyat seperti telah diperbodohkan oleh politikus-politikus ini untuk mempercayai dan kemudian menafikan pula semua kepercayaan itu.

Perseteruan yang lama sehingga menyebabkan siri-siri demonstrasi, Anwar Ibrahim dipenjarakan, kejatuhan Penang dan Selangor kepada pembangkang adalah berakar daripada hubungan kapitalis dan politikus ini.

Wang dan kuasa adalah percaturan di sebaliknya.

Yang menyatukan mereka adalah kapitalis-kapitalis yang membiayai aktiviti politik mereka selama ini. Kapitalis-kapitalis ini, melalui politikus-politikus, telah menyerang kerajaan hari ini kerana mereka gagal mengawal kerajaan setelah berlakunya pertukaran Perdana Menteri. Mereka bahkan terancam di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional hari ini.

Adakah DAP akan berkata tidak kepada penyumbang dana politik mereka? Sudah tentu tidak. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Sudah tentu mereka terpaksa mendengar kata. Dan penyumbang-penyumbang dana politik ini adalah kapitalis-kapitalis yang bermaharajela ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir. Mereka inilah yang dahulu digelar oleh Anwar Ibrahim sebagai kroni dan proksi-proksi Tun Dr Mahathir.

Sebelum menguasai Penang dan Selangor, dari manakah PKR dan DAP memperolehi dana politik ini? Cuba anda fikirkan, sedangkan untuk menggerakkan aktiviti politik mereka memerlukan dana yang besar.

Tun Dr Mahathir, melalui kapitalis-kapitalis ini memegang undi orang-orang bukan Islam melalui kapitalis-kapitalis bukan Islam ini. Orang-orang bukan Islam, terutamanya kaum Cina, memang bersatu dalam pendirian politik. Politik mereka berteraskan kepentingan bangsa mereka. Mereka tidak akan berpecah. Perpecahan mereka, yang sedia minoriti, akan membawa kepada kehancuran bangsa mereka.

Jadi, anggapan bahawa Pakatan Harapan mahu menyelamatkan negara ini sebenarnya suatu mitos ciptaan mereka.  Ia sekadar mitos yang dipercayai benar tanpa diselidiki kebenarannya. Tiada apa yang perlu diselamatkan sehingga perlu menukar kerajaan.

Sebaliknya, Dato Sri Najib yang dituduh menjual negara adalah sebenarnya penyelamat negara ini daripada cengkaman pakatan kapitalis-politikus ini jika anda dapat membaca percaturan politik hari ini. Kerana itulah beliau diserang dan mahu dijatuhkan dengan kempen yang sangat buruk dan kejam.

Yang sebenarnya mahu diselamatkan oleh pakatan pembangkang ini adalah kapitalis-kapitalis yang selama ini mengawal dan menguasai ekonomi negara. Anda boleh meneliti semula semua dakwaan Anwar Ibrahim pada zaman reformasi dahulu bagaimana Tun Dr Mahathir merompak negara ini melalui kroni dan proksi-proksinya.

Tentulah ia melucukan bagi yang memahami perkara ini, bagaimana rakyat dengan begitu mudah boleh mempercayai semua sandiwara politik ini.

Apabila Perdana Menteri baru bertukar, segala dasar akan bertukar. Perdana Menteri baru cuba menukar keadaan buruk ini. 1MDB antara salah satu alat untuk mencabut penguasaan kapitalis ini. Ia telah mengambil alih projek-projek yang dikuasai oleh kapitalis ini dengan mengambil alih dan tidak menyambung kontrak.

Itulah sebab sebenarnya kenapa 1MDB ditentang. Sekiranya 1MDB ini berjaya, ia adalah suatu ancaman kepada penguasaan kapitalis ini. Ia akan menyekat kapitalis-kapitalis daripada mengaut kekayaan negara dan mengawal ekonomi negara.

Orang-orang Melayu dalam hal ini bodoh dan diperdayakan kerana isu ini. mereka tidak menyedari perkara sebenar.

Rakyat tidak faham. Mereka lebih terbuai dengan cerita-cerita fitnah, padahal 1MDB adalah salah satu cara Datuk Sri Najib cuba mengekang penguasaan kelompok kapitalis ini.

Sumbangan-sumbangan kapitalis ini bukanlah percuma. Ia suatu bentuk pelaburan, suatu perniagaan. Politikus-politikus yang terhutang budi ini akan terpaksa menurut telunjuk mereka. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Politikus telah dijadikan kuda tunggangan kapitalis untuk kepentingan empayar perniagaan mereka.

Sekiranya Pakatan Harapan menang, anda harus dapat menduga bahawa kapitalis-kapitalis inilah yang akan mencatur negara. Mereka akan memerah rakyat dan negara sehingga menjadikan mereka bertambah kaya-raya dan menguatkan cengkaman mereka ke atas negara. Rakyat dan negara akan menjadi hamba abdi mereka. Projek-projek negara akan dibolot oleh mereka yang menjadikan kekayaan mereka tidak habis sampai tujuh keturunan.

Pada zaman Tun Dr Mahathir beliau mengenalkan dasar penswastaan negara. Melalui kaedah ini, apa yang dulunya diurus oleh kerajaan diserahkan kepada kroni dan proksi-proksi ini. Dasar ini sebenarnya digunakan untuk merompak kekayaan negara secara tersembunyi. Tiada siapa yang akan mempersoalkannya.

Sementara manifesto perjuangan untuk rakyat dan negara adalah alat untuk menjayakan agenda mereka. Rakyat sebenarnya ditipu hidup-hidup.

Jadi, anda sepatutnya tahu jika Pakatan Harapan menang PRU14, siapakah yang akan menguasai negara ini, dan siapakah yang akan lebih membela nasib rakyat?

Politikus-politikus ini adalah boneka mereka semata-mata.

Persoalan politik hari ini bukan lagi isu-isu yang dibawa oleh pembangkang. Semua isu itu hanyalah mantera untuk menyihir pemikiran rakyat. Rakyat yang terpedaya akan terpengaruh dengan isu-isu tersebut sehingga mereka lupa hakikat di sebalik semua percaturan ini.

Penerangan ini seperti plot sebuah novel, tetapi itulah realiti politik hari ini, di mana kerjasama antara politikus dan kapitalis adalah rahsia sebenar segala krisis dalam sesebuah negara atau pun dunia. Di negara yang dikuasai kapitalis, sesiapa yang tidak menurut kehendak mereka, pemimpin itu akan dijatuhkan dengan segala cara dan perang saraf yang sangat jijik dan kejam.

Tanyalah hati nurani anda jika anda mahukan kebenaran.

 

Oleh; AZMAN HUSSIN



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons