Kemeriahan Pesta Ponggal disambut semua kaum – Subramaniam


BATU CAVES – Pesta menuai atau Ponggal yang dianjurkan oleh MIC peringkat negeri Selangor meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang termasuk yang berlainan bangsa bagi meraikan perayaan unik masyarakat India di Kuil Arulmigu Muniswarar, Batu Caves malam tadi.

Pesta ponggal itu yang dianjurkan bersama MIC Bahagian Gombak itu turut disertai masyarakat setempat, diiringi tarian kebudayaan dan persembahan artis tempatan.

Sambutan Ponggal yang bermula sejak 14 Januari lepas diraikan secara berperingkat dan hari ini sudah masuk hari ketiga dengan sambutan yang dikenali sebagai ‘Kanni Ponggal’ atau pesta untuk meraikan anak dara yang belum berkahwin.

 

Menurut Presiden MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam, beliau sangat teruja dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menyaksikan keunikan perayaan yang sama.

Malah jelas beliau, kebudayaan serta keunikan pelbagai lapisan masyarakat di negara sangat dikagumi oleh dunia luar.

“Kita bukan sahaja kaya dengan pelbagai kebudayaan malah kelebihan kita sebenarnya kita hidup dalam keadaan harmoni dalam satu bumbung.

“Ini sebenarnya kelebihan yang kita miliki. Pada hari ini, bukan sahaja penganut Hindu datang meraikan ponggal sebaliknya juga pelbagai bangsa lain yang begitu teruja dan gembira untuk menyaksikan sendiri bagaimana pesta ini disambut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai sambutan perayaan Thai Ponggal di sini malam ini,

Semalam, Subramaniam ketika menyampaikan ucapan Ponggal, beliau menyeru kepada masyarakat India secara khasnya untuk sentiasa hidup bersatu padu dan bernaung di bawah satu payung perpaduan yang  kukuh bagi menghadapi cabaran politik mendatang.

Kata beliau, aspek perpaduan menjadi elemen penting memandangkan ‘suara kuat’ itu dapat membawa perubahan termasuk dalam bidang di luar politik seperti pendidikan, pembangunan sosial dan agama.

“Masyarakat India hanya sekitar 2.2 juta ketika ini, 7.1 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, mengapa kita tidak boleh utamakan perpaduan. Rata-rata tidak mahu hidup bersatu padu kerana ideologi politik yang berlainan

“Saya seru supaya kita semua berganding bahu memelihara dan kekalkan identiti masyarakat India dari segi adat, bahasa, kebudayaan dan sebagainya. Ini juga sebagai kelangsungan kemajuan masyarakat kita yang terkenal dengan pelbagai budaya,” ujarnya. – theRakyat

 



Source link

read more

PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SAMBUTAN PONGGAL 2018



13 January, 2018


‘Thai piranthal vazhi pirakkum’, begitulah harapan ramai di kalangan komuniti India setiap kali tibanya bulan ‘Thai’ dalam kalendar India. Di saat kita melihat ke arah satu permulaan yang baru dalam kehidupan kita, marilah kita melihat semula perjalanan kita sebagai sebuah negara bangsa yang telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk membina Malaysia yang aman, harmoni serta semakin moden pada hari ini.

Pendekatan Kerajaan yang inklusif dan mengutamakan kerjasama bersama masyarakat telah membolehkan lebih setengah juta masyarakat India mendapat manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek Kerajaan sejak tahun 2009. Kesinambungan ini akan diteruskan untuk memastikan masa depan masyarakat India di Malaysia sentiasa terjamin.

Bersempena sambutan perayaan Ponggal tahun ini, marilah kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dan persefahaman di kalangan kita dengan harapan bahawa sambutan ini membawa satu permulaan yang baru bagi Malaysia yang lebih maju dan berjaya. 

Percayalah, masa depan adalah milik kita bersama, ‘Naalai Namathey!’. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ponggal, atau ‘Ponggal Vaalthukal’ kepada seluruh masyarakat India di Malaysia.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons