Lara Alana Yusuf Iskandar dan Arrian lebih popular daripada ayah dan ibu mereka


BOLEH dilihat nama-nama seperti Yusuf Iskandar, Syeriv Samheizy, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Arrian Shah Akid, populariti mereka lebih daripada ibu dan bapa sendiri.

Yusuf Iskandar ada 1.9 juta pengikut di Instagram (IG), Syeriv Samheizy yang mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya pula sudah mengumpul 333 ribu pengikut IG, walaupun baru berusia tujuh bulan.

Setakat ini si comel Lara Alana, yang mempunyai pengikut paling ramai di IG aitu sebanyak 3 juta pengikut. Wow! Sikit hari lagi, kalahlah ‘daddy’ yang baru kumpul 3.4 juta pengikut tu…Hehehe…

Aaisyah Dhia Rana pula sudah mempunyai 913 ribu pengikut, manakalah Arrian Shah Akid berkongsi IG dengan ayahnya, Tomok yang memiliki 1.8 juta pengikut.

Boleh dilihat nama-nama seperti Yusuf Iskandar, Syeriv Samheizy, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Arrian Shah Akid, populariti mereka lebih daripada ibu dan bapa sendiri. - Foto Instagram

Hebatkan? Mereka semua ini, uploadlah apa-apa gambar atau video di IG pasti puluhan ribu likes! Tahap kecomelan karakter dan kepintaran masing-masing tu yang buat ramai orang geram.

Tapi, mereka ini juga tak terlepas daripada kecaman netizen tau! Alahai netizen-netizen yang tidak bertanggungjawab, dengan budak kecil pun nak cari gaduh? Lucu!

Apa-apa pun Astro Gempak tabik dengan ibu dan bapa mereka yang sentiasa sabar dengan netizen yang jahat mulut dan suka cakap yang bukan-bukan terhadap anak-anak comel ini.

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Awal Ashaari & Scha Alyahya, Hairul Azreen & Hanis Zaikha, Zain Saidin & Rozita Che Wan serta Tomok & Rahayu semoga terus kuat mendidik anak-anak, tambahan lagi di zaman celik IT ini, lain cabarannya!

Haa..korang semua pun kalau nak tengok macam mana cara Sam mengendalikan ‘anaknya’ yang dibantu oleh Zizan Razak, bolehlah langgan Baby Bro di Astro First Eksklusif.

Sila ke saluran 480 dan ikut arahan tertera! Mudah sahaja dan Selamat menonton!

Filem Televisyen (FTV) Baby Bro ini dibawakan khas untuk anda semua bersempena dengan musim cuti persekolahan ini.

Yang pasti, Baby Bro hasil sentuhan sutradara tersohor tanah air, Ghaz Abu Bakar ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Filem komedi yang menampilkan gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, ini sudah menemui peminat di saluran Astro First Eksklusif mulai 23 November lalu.

Foto: Instagram



Source link

read more

Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun



KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Sumatera Barat, Upiak Isli, tidak menyangka lagu yang dihasilnya pada 2014 ‘Tak Tun Tuang’ menjadi terkenal selepas seorang daripada peminatnya memuat naik lagu itu dalam laman sosial baru-baru ini.

Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta penonton sejak video tersebut diviralkan dua minggu lepas.

“Saya telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13 tahun, Saya tidak menyangka hanya lagu dalam album ke-14 menjadi popular,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga tidak silu mengakui menangis kerana terharu dengan sambutan luar biasa terhadap lagu berkenaan.

Anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu, berkata lagu berkenaan dihasilkan pada 2014 bersama-sama rakannya Ardi Tanjung yang bermain gitar.

Lagu itu menceritakan kisah lawak mengenai seseorang yang tidak mandi turut mendapat sambutan di luar negara, katanya.

Lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang berdurasi 3:35 saat itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn Bhd.

Sementara itu, walaupun terpisah jauh, penyanyi Najwa Mahiaddin, 31 serta penyanyi dan penulis lirik Singapura Imran Ajmain, 36 memanfaatkan pelbagai platform media sosial untuk berkolaborasi menghasilkan album pertama mereka.

‘Sentiasa Merinding’ yang mengabungkan unsur muzik Melayu klasik dengan R

“Biarpun berada di luar negara dan perbezaan waktu tetapi kami menggunakan kemudahan Internet untuk berinteraksi,” kata Imran yang pernah popular dengan lagu ‘Seribu Tahun’.

Imran berkata walaupun beliau telah mengenali Najwa sejak 11 tahun lalu, hanya baru-baru ini mampu berduet dan menghasilkan lagu bersama.

— BERNAMA



Source link

read more

Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu – isteri pemuzik



SEORANG wanita dikenali sebagai Intan mengakui tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan seorang pelakon popular dua minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Intan, 32, dia reda dengan perkara tersebut dan merestui perkahwinan suaminya dan pelakon tersebut.

“Saya baru tahu ‘benda’ ni, dua minggu lalu. Mula-mula saya dapat tahu… iyalah isteri mana boleh terima apabila dapat tahu ‘macam ni’ (suami berkahwin lagi).

“Tetapi selepas berbincang dengan suami saya terima dan reda dengan takdir. Mungkin sudah jodoh mereka,” jawabnya tenang.

Intan berkata demikian ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, di sebuah restoran di ibu kota.

Ketika ditanya adakah dia menerima pelakon popular tersebut sebagai madunya, Intan berkata, demi sayangnya kepada suami dan keluarga dia rela.

“Pada mulanya saya tidak terima, tetapi bila saya fikir saya sayang family saya, saya sayang suami saya, saya tahu dia macam mana…dia baik.

“Saya percaya suami saya. Saya tak nafikan tanggungjawab dia dan saya rasa dia mampu. Hubungan kami suami isteri tiada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia turut berlapang dada menerima madunya (pelakon) sebagai kawan.

“Saya reda, tetapi di pihak sana (pelakon) saya tak tahu macam mana. Saya terima demi anak-anak. Saya sayang family saya, saya nak suami saya itu sahaja.

“Saya kenal suami saya, dialah yang terbaik… Tanggungjawab dia terhadap saya dan anak-anak tidak pernah terabai. Saya yakin dia boleh adil,” ujarnya.

Intan dan pemain muzik dikenali sebagai Ude, sudah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Ketika ditemuramah, Intan ditemani kakaknya Angah yang turut mengakui sangat menyayangi adik iparnya, Ude.

“Saya sayangkan Ude. Saya mahu Ude kekal sebagai adik ipar saya. Dia seorang yang baik,” katanya dalam nada kesal.

 



Source link

read more

Selepas lima tahun Gangnam Style masih popular di Youtube



SELEPAS lima tahun, ternyata peminat masih gemarkan muzik video ‘Gangnam Style’ oleh Psy. Ini kerana muzik video itu mencecah tiga bilion tontonan sehingga semalam.

Artis Korea Selatan, Psy turut meluahkan rasa teruja dengan jumlah tontonan itu melalui platform sosial media, Twitter miliknya.

Menurut laporan Billboard, ‘Gangnam Style’ masih kekal di tangga ketiga manakala See You Again nyanyian Wiz Khalifa dan. Charlie Puth di tangga kedua dan Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee mengungguli carta.

Awal tahun ini, Psy memberitahu bahawa dia sedia untuk melonjak lebih tinggi selepas ‘Gangnam Style’, namun lagu tersebut masih menjadi hit terutamanya dalam kalangan penyanyi rap di Korea.

Pada tahun 2012, ‘Gangnam Style’ berjaya catat sejarah apabila menjadi video viral pertama yang mencecah satu bilion tontonan.

Klip video yang menonjolkan aksi pergerakan tarian kuda itu telah memberi inspirasi kepada ratusan klip parodi.



Source link

read more

Kuala Lumpur kekal 10 destinasi pelancongan popular dunia



KUALA LUMPUR dijangka mengekalkan kedudukannya di tangga kesepuluh dalam senarai destinasi pelancongan paling popular di dunia pada tahun ini, menurut senarai 100 destinasi terbaik di dunia yang dikeluarkan oleh Euromonitor International.

Dengan kemasukan 12.3 juta pelancong ke Kuala Lumpur pada 2016, angka ini dijangka meningkat kepada 12.8 juta pada 2017, iaitu peningkatan pelancongan sebanyak 4.5% berbanding tahun lalu.

Menurut laporan ini, bandar-bandar Asia mendominasi kedudukan global, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan bilangan pelancong China di rantau ini.

Enam daripada sepuluh destinasi terbaik itu terdiri daripada bandar-bandar di Asia yang mana Hong Kong menduduki tangga pertama buat sembilan tahun berturut-turut dengan 26.6 pelawat pada tahun 2016 diikuti oleh Bangkok, Singapura, Macau, Shenzhen dan Kuala Lumpur.

Penganalisis Kanan Pelancongan Euromonitor International, Wouter Geerts berkata Asia Pasifik menjadi rantau yang menonjol dalam memacu perubahan dalam pelancongan.

“Kami menjangka rantau ini terus berkembang dalam dekad yang akan datang.

“Singapura akan mengatasi London sebagai bandar ketiga paling kerap dikunjungi pelancong menjelang 2025,  memberikan podium sepenuhnya kepada Asia,” kata Geertz dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, prestasi bandar-bandar Eropah telah terjejas disebabkan oleh krisis Eurozone dan pendatang asing, implikasi Brexit dan serangan pengganas.

Namun begitu, beberapa destinasi Eropah, khususnya Greece, Itali dan Sepanyol menduduki kedudukan yang lebih baik akibat pergolakan di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Senarai destinasi perlancongan terbaik di dunia pada 2016:

1. Hong Kong: 26.6 juta pelancong
2. Bangkok: 21.2 juta pelancong
3. London: 19.2 juta pelancong
4. Singapura: 16.6 juta pelancong
5. Macau: 15.4 juta pelancong
6. Dubai: 14.9 juta pelancong
7. Paris: 14.4 juta pelancong
8. New York: 12.7 juta pelancong
9. Shenzhen: 12.6 juta pelancong
10. Kuala Lumpur: 12.3 juta pelancong

Berpusat di London, Euromonitor International merupakan pembekal perisikan perniagaan global dan analisis pasaran strategik terkemuka dunia.

Edisi World Travel Market (WTM) 2017 mengklasifikasikan 100 destinasi terkemuka di dunia itu berdasarkan dari segi ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016 termasuk data ramalan untuk 2017 sehingga 2025.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons