PKR SINDIR DAPigs DAN PPBM ISYTIHAR HARTA!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha! Sesama mereka sendiri pun nak main sindir – sindir juga ke? Nampak sangat puak Pakatan Haprak ni sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak sepakat membuat keputusan.

Kalau sebelum ini, ramai dikalangan pemimpin PKR sibuk memuat-naikkan status Mengisyiharkan Harta dan menandatangani akujanji berkhidmat untuk rakyat dilaman media sosial.

Antara lain, mereka mendakwa tindakan itu merupakan satu permulaan langkah yang kecil agar rakyat dapat melihat ketulusan dikalangan pimpinan Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Malah mereka juga memberikan alasan kononnya tindakan itu dapat menerapkan budaya Politik yang lebih telus, adil serta bertanggungjawab dalam membina semula Negara dimasa akan datang.

Tapi malangnya, DAPigs pula tidak sependapat dengan tindakan yang dilakukan oleh puak PKR itu. Katanya, parti itu melarang wakil mereka menandatangi akujanji yang disediakan.

Sumber dalaman itu memberitahu The Star bahawa arahan tersebut dikeluarkan DAPigs menerusi sebuah memo yang diedarkan kepada semua wakil rakyat menerusi aplikasi Whatsapp.

“Memo itu menyebut ‘aku janji (mengisytiharkan harta) akan mendatangkan kesusahan kepada parti’ terutama ketika pilihan raya semakin tiba,” ujar sumber berkenaan.

Sumber itu juga turut mendakwa, mesej yang disebarkan dalam kumpulan WhatsApp tertutup yang dipanggil “Ahli Parlimen DAP”, yang terdiri daripada semua ahli Parlimen parti berkenaan.

Malah tindakan PKR itu juga dikatakan tidak mendapat persetujuan dari pucuk pimpinan PPBM melalui satu kenyataan terbuka yang dibuat oleh Pengerusi parti tersebut sebelum ini.

Ujarnya, Majlis Presiden Pakatan Haprak tu sehingga ke hari ini masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengisytiharkan harta sepertimana yang dicadangkan oleh Rafizi.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” kata Mahathir.

Dalam erti kata lainnya, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu melangkaui peranan Majlis Presiden yang secara tidak lansung membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu tidak sepakat membuat keputusan!!!




Source link

read more

ROS jumpa Setiausaha Agung PPBM petang ini – Melaka


MELAKA 21 Nov. – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di jabatan itu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini bagi membincangkan mengenai isu dalaman parti untuk menyelesaikan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, hasil pertemuan antara pucuk pimpinan parti itu dengan Ketua Setiausaha KDN semalam, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya pertemuan tersebut dipercepatkan bagi membolehkan parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan.

“Apabila Tan Sri (Muhyiddin) memohon supaya pertemuan tersebut dipercepatkan, ROS memaklumkan akan bertemu dengan Setiausaha Agungnya pukul 5 petang ini bagi mendengar apa tindakan PPBM bagi memastikan mereka dapat mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini juga.

“PPBM perlu mematuhi perlembagaan parti sendiri iaitu mereka mesti mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun dan pertemuan tertutup itu membolehkan saya mendengar apa persiapan mereka bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Outreach Pengurusan Pertubuhan Berintegriti dan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Pertubuhan Pendaftar NGO negeri Melaka di Duyong di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Abu Talib Othman dan Pengarah ROS negeri, Nurhafidah Ali.

Jumaat lalu, ROS memberi amaran kepada PPBM bahawa parti itu boleh dibatalkan selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PPBM BERTANDING KERUSI PARLIMEN KUANTAN??? ~ SEMUT HITAM


Peluang untuk menghadiri sidang DUN kali ini, dapat juga dengar khabar angin dan desas desus terbaru mengenai Politik di Negeri Pahang dari beberapa pihak yang boleh dipercayai sumbernya.


Ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu baru – baru ini, dengar katanya akan ada rombakan besar dikalangan puak Pakatan Haprak tu menjelang PRU yang akan datang.

Biarpun sebelum ini, ramai yang menganggap pengumuman Si Azmin Ali itu hanya sekadar syok sendiri dan tidak mengikut konsensus Pakatan, tapi khabar angin mengatakan bahawa ianya akan berlaku.

Dengar katanya, gerakan untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan daripada PKR kini sedang giat dijalankan dan PPBM semakin rancak menambah jumlah keahlian mereka di Kuantan.

Dari apa yang disampaikan, kebarangkalian pertukaran itu akan berlaku disebabkan faktor kesihatan Ahli Parlimen Kuantan pada ketika ini sering menjadi persoalan dikalangan rakyat.

Katanya, Ahli Parlimen Kuantan tu sekarang ni tak berapa sihat dan sedang mengalami penyakit yang agak kronik. Keadaan itu kata mereka memungkin pertukaran yang menjadi sebutan.

Antara lain, kerusi yang sedang diintai oleh PPBM adalah kerusi Parlimen Kuantan, Paya Besar, Bera, Maran dan Jerantut dengan alasan kononnya wujud kepincangan dikalangan ahli UMNO.

Manakala di Selangor pula, desas desus mengatakan bahawa Si Azmin Ali tu mahu calon PPBM bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi yang bakal berhijrah ke penjara.

Begitu juga dengan kerusi bagi Parlimen Ampang yang dikatakan bakal dikosongkan oleh Si Mak Lampir Zuraidah tu kerana dia kini sudah tidak lagi disenangi oleh ahli – ahli PKR sendiri.

Bagi sesetengah pihak, pertukaran kerusi ini seolah – olah menunjukkan bahawa PKR sedang sibuk ‘Berjual Beli’ dengan PPBM. Macam kerusi Parlimen tu milik Mak Bapak diorang pulak.

Pokok pangkalnya, siapa pun yang akan bertanding bagi pihak puak Pakatan Haprak tu nanti, tak kira la PPBM ke, PKR ke, PAN ke, waima PAS sekali pun, belum tentu diorang boleh menang. Sedangkan nak selesaikan kemelut kepimpinan parti pun tak mampu, inikan pulak diorang nak menjadi wakil rakyat!!!




Source link

read more

TUN M AKUI, DAPigs DAN PPBM BEBAN BUAT PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Ini yang orang kata, “Tiada Beban, Batu Di Galas”. Apa yang jelas, puak Pakatan Haprak tu kini diakui sedang memikul “Biawak Hidup” dalam bentuk DAPigs dan PPBM yang jelas memberi beban kepada mereka.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Haprak tu dalam satu kenyataan yang dibuat selepas bertemu RoS hari ini.

Antara lain, Tun Mahathir menjelaskan bahawa RoSbelum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan sebagai sebuah gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman DAP dan PPBM.

Tun Mahathir berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam pertemuan yang berlangsung dengan pemimpin utama gabungan Pakatan Haprak tu.

DAPigs sebelum ini dibelit masalah pemilihan semula Jawatankuasa CEC sementara PPBM berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan AGM walaupun selepas setahun ditubuhkan.

“Mereka dengar rintihan kami. Kami mahu supaya parti campuran ini didaftar secepat mungkin kerana kita memerlukan masa untuk buat persediaan untuk pilihan raya umum (PRU).

“Kalau diberi keputusan seminggu sebelum atau dua minggu sebelum, tidak mencukupi.

“Jadi nampak pegawai faham dan mereka menyatakan bahawa sebab yang mereka lambat beritahu kami ialah kerana ada masalah dengan PPBM dan DAP,” katanya kepada pemberita di perkarangan kompleks KDN sebentar tadi.

Terdahulu bekas Perdana Menteri itu mengetuai rombongan pemimpin Pakatan dengan KDN untuk mengetahui status pendaftaran gabungan itu yang masih belum diluluskan oleh pihak RoS.

Pokok pangkalnya, kelewatan pendaftaran gabungan Pakatan Haprak tu bukan disebabkan kerana RoS cuba menjadikannya sebagai bahan Politik atau mengikut telunjuk mana – mana pihak.

Tapi sebaliknya, ia berpunca dari kelemahan dan kegagalan DAPigs serta PPBM untuk menyelesaikan konflik dalaman parti mereka masing – masing. Bayangkan! Sedangkan nak selesaikan isu dalaman parti pun diorang tak mampu, inikan pulak diorang nak mentadbir Negara kelak!!!




Source link

read more

Pakatan Harapan bersedia kemungkinan PPBM dibatalkan menjelang PRU



KUANTAN: Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

“Tidak ada masalah…Jika RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (RoS) buat masalah dengan DAP.

“…kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang.

PPBM berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan RoS kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata beliau yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan yang terbaik.

Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo ‘Roket’ tidak boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Dis 2012.

Semasa itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, pada 18 April 2013, RoS mengesahkan bahawa DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu.

— BERNAMA



Source link

read more

PPBM KINI JADI BEBAN BUAT PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu akur dan segera memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan ekoran melanggar Akta Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, ini kerana parti bunga itu bukan saja melanggar akta RoS tetapi perlembagaan PPBM sendiri.

“Dia ada tiga benda sebenarnya yang dia (PPBM) langgar. Yang dia langgar itu pun perlembagaan dia sendiri.

“Jadi kalau dia masih lagi isu ia tergantung, jadi susah untuk dia dan berpotensi untuk tidak masuk pilihanraya. Jadi lebih baik dia selesaikan. Dia tidak boleh lah asyik bagi alasan kata lambat.

“Dia tidak boleh bandingkan dia dengan Umno sebab Umno pada masa itu diharamkan atas sebab teknikal. Sekarang ini dia sempat ke tak buat dalam masa sebelum PRU ini,” katanya kepada Antarapos hari ini.

Mengulas mengenai soal lanjutan mesyuarat agungnya (AGM), yang sepatutnya diadakan selepas genap setahun penubuhannya, Salawati berkata parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu sepatutnya mengambil tindakan lebih awal mengenai isu tersebut.

“Sekarang ini, apabila tidak mendapat apa-apa daripada RoS tidak boleh dianggap RoS menerima. Dia mesti ada hitam putih menerima atau menolak. Mereka (PPBM) beranggapan RoS diam maknanya okay. Tidak. Sebab semuanya termaktub dalam perlembagaan mereka. Yang mesti buat AGM itu. Kena patuhlah,” tambahnya.

Sebelum ini RoS mengumumkan tidak mengiktiraf AGM PPBM yang diadakan pada 2 November tahun lalu. Ia adalah susulan hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.

Bagaimanapun, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya memerlukan masa untuk mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali pertama.

Sambil merujuk kepada UMNO, Ahli Parlimen Pagoh itu juga turut memberikan alasan bahawa parti keramat itu sendiri mengambil masa selama dua tahun untuk berbuat demikian.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Salawati berkata Muhyiddin disaran agar berhenti bercakap tentang parti lain kerana PPBM adalah fokus utama mereka dan itu yang sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu.




Source link

read more

12 ORANG HADIR EGM, PPBM BUAT MESYUARAT TEPI LONGKANG KE!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! 12 orang je yang hadir Mesyuarat Khas PPBM? Ini mesyuarat buat kat tepi longkang ke? Memang memalukan sungguh! Kalau keluar dalam laman media sosial kompang bukan main. Sokongan ratus ribu orang.

Sedangkan mesyuarat JKKK di Ulu Cheka pun ramai dari itu yang boleh menghadirkan diri. Inikan pulak sebuah parti yang sentiasa gah tak tentu arah dengan kehebatan pucuk pimpinannya.

Katanya, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPBM yang diadakan tahun lalu kerana  hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.

“ROS telah meneliti minit ‘2016 EGM’ dan mendapati hanya 12 anggota dewan tertinggi yang hadir,” jelas  Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim.

“Oleh itu, ia tidak diiktiraf sebagai EGM atau AGM (Mesyuarat Agung Tahunan), dan parti itu belum mengadakannya sejak ditubuhkan. Ini bermakna  sehingga hari ini, parti itu telah tidak menganjurkan mana-mana EGM atau AGM.

“Kenyataan media yang dibuat oleh setiausaha agung parti mendakwa bahawa ia menganjurkan EGM pada 2 November 2016, tetapi hakikatnya itu hanya mesyuarat majlis tertinggi dan bukan EGM,” jelasnya.

Menurut Surayati, Fasal 28, yang merujuk kepada pindaan perlembagaan Pribumi, menyatakan bahawa “sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir di AGM atau EGM”.

Dalam erti kata lainnya, tindakan Setiausaha Agung PPBM itu merupakan satu cubaan untuk menipu rakyat secara terbuka. Diorang ingat, rakyat di Malaysia ni bodoh sangat gamaknya.

Tapi jangan pelik jika selepas ini akan ada dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang tampil membuat dakwaan kononnya RoS dah terima dedak dari Kerajaan. Sebab perkara yang sama pernah dilemparkan terhadap PAS sebelum ini!!!




Source link

read more

PKR Sedia Beri Kerusi Kepada PPBM dan PAN!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, kepincangan dikalangan kepimpinan PKR hari ini semakin bertambah parah apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi Pilihan Raya tanpa sebarang konsensus.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dikalangan pemimpin parti itu sendiri bercanggah pendapat berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Jika semalam, Si Azmin Ali tu mendakwa PKR sedia memberikan laluan kepada PPBM dan PAN untuk bertanding dibeberapa kerusi mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kenyataan Si Azmin itu menjadi bahan persoalan apabila ianya dibuat tanpa sebarang konsensus muktamad dari pucuk pimpinan parti itu sendiri. Dan ia bukan kali pertama dilakukannya.

Bagi sesetengah pihak yang mempertikaikan keputusan Si Azmin itu hanya menganggap ianya sebagai kenyataan peribadi dan bukan keputusan pucuk pimpinan parti.

Bahkan ada juga yang mendakwa kononnya Si Azmin tu hanya sekadar mahu menyelamatkan kedudukkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor semata – mata.

Menurut mereka, Azmin tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengumuman seperti. Sebaliknya, ia perlu diumumkan secara terbuka oleh pucuk pimpinan Pakatan dalam satu kenyataan bersama.

IRONIKnya, keputusan Si Azmin itu dilihat bercanggah dengan apa yang pernah dinyatakan oleh Rafizi yang mendakwa kononnya dia yakin PKR dan DAPigs tidak akan menyerahkan kerusi mereka.

Kata Rafizi, jalan penyelesaian berhubung isu pembahagian kerusi itu hanya boleh dimuktamadkan melalui pengundian perwakilan yang diadakan disetiap cabang seluruh Negara.

“Hanya dengan keputusan dimuktamadkan mengikut kaedah kongres khas ini, barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan Pakatan Harapan dan diri kita sendiri,” kata Rafizi yang mengakui perbezaan pendapat itu berlanjutan terlalu lama melalui laman blognya.

Secara tidak lansung, percanggahan itu membuktikan bahawa PKR pada ketika ini memang benar – benar sedang berada didalam kemelut kepimpinan yang sangat kronik kerana masing – masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!




Source link

read more

PPBM TUBUH SAYAP SYOK SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Penubuhan sayap Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jelas melanggar perlembagaan parti itu yang ditubuhkan Ogos tahun lalu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim berkata, PPBM sendiri secara jelas melanggar perlembagaan yang dimuktamadkan dengan menamakan sayap pemuda itu sebagai Armada.

“Setelah diluluskan, adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan pertubuhan itu mengendalikan urus tadbir dengan baik. 

“Dalam hal ini, PPBM sendiri yang melanggar perlembagaan parti, iaitu menubuhkan sayap pemuda yang dinamakan Armada,” katanya dalam sidang media khas di pejabat RoS hari ini.

Perlembagaan PPBM yang diluluskan RoS hanya ada sayap Pemuda dan Srikandi tetapi  tidah menyebut mengenai kewujudan Armada.

Mengulas lanjut Surayati berkata, langkah PPBM menggerakkan sayap itu sebelum mendapat kelulusan pindaan perlembagaan dan gagal mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (EGM) turut mengakibatkan parti itu kini dilanda kemelut dalaman.

Sehubungan itu, Surayati mendesak agar pucuk pimpinan PPBM supaya tidak terus menyalahkan RoS akan tindakan sendiri oleh parti itu.

“Sebelum membuat sebarang tuduhan dan tohmahan ke atas tindakan RoS, sila baca perlembagaan rasmi PPBM yang didaftarkan dengan RoS. Sekiranya tuduhan-tuduhan ini terus berlaku, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terlibat,” katanya lagi.

Surayati turut berkata, penggunaan nama Armada dalam PPBM adalah sesuatu isu yang serius dan tidak menghormati Akta Pertubuhan.

“Menurut perlembagaan PPBM yang didaftarkan dengan RoS, Fasal-fasal 28 mengenai pindaan perlembangaan. Fasal 28.1 menyebut ‘apa-apa pindaan ke atas perlembangaan PPBM perlu dipersetujui oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir dalam perhimpunan khas,” katanya lagi.

Tambahnya, perkara sama turut terjadi kepada UMNO pada 1988 apabila parti bertunjangkan Melayu itu diharamkan kerana melanggar Perlembangaan parti.

Sementara itu, RoS memberitahu sebanyak 33 aduan diterima berhubung penggunaan nama Armada yang digunakan parti itu sebagai sayap pemuda.




Source link

read more

LAGI BUKTI PPBM ENGGAN DENGAR SUARA AKAR UMBI!!! ~ SEMUT HITAM


Jika sebelum ini, pelbagai pihak sudah tampil mendedahkan keengganan pucuk pimpinan PPBM yang enggan mendengar suara ahlinya diperingkat akar umbi parti secara terang – terangan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila satu persatu isu kepimpinan parti itu mula menjadi perbualan hangat dan ianya turut menimbul keraguan dikalangan ahli parti itu sendiri.

Apa yang memalukan ialah apabila setiap kali perkara itu dibangkitkan, pucuk pimpinan PPBM cuba menafikannya dengan membuat dakwaan terhadap orang lain melalui pelbagai tuduhan.

Kalau sebelum ini, pucuk pimpinan PPBM tu cuba membuat dakwaan kononnya pihak yang mempersoalkan kepimpinan parti itu telah disogok dan diberikan habuan oleh pihak tertentu.

Namun selepas Budak Hingusan kesayangan Tun Mahathir tu memalukan diri dengan membuat dakwaan kononnya wujud sogokan sebanyak RM 5 juta sebelum ini, kaedah itu tidak lagi dapat diguna-pakai.

Maka terpaksa la mereka mencari kaedah lain untuk menutup kelemahan parti itu dari terus dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Termasuklah dengan membuat dakwaan terhadap pihak yang terlibat itu sendiri.

Salah satu caranya ialah dengan menimbulkan kecurigaan dan keraguan terhadap pihak yang membuat desakan agar parti itu dibubarkan kerana melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Apa yang jelas, taktik itu membuktikan bahawa PPBM kini berada didalam keadaan terdesak untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Bayangkan! Jika sekarang pun PPBM tak endahkan suara akar umbinya sendiri, bagaimana pula dengan rakyat???




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons