Trump seorang presiden di luar kawalan dan jangkaan – Michael Wolff



New York: Penulis buku kontroversi ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ Michael Wolff menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai seorang presiden yang bersikap luar kawalan dan jangkaan.

Wolff yang memberikan komennya menerusi saluran Sky News di New York berkata dia langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Trump yang menghina negara Haiti dan beberapa negara Afrika lain.

“Semua ungkapan sebegini adalah satu kebiasaan baginya dan ia tidak boleh dikawal,” kata Wolff.

Tambahnya lagi, kenyataan itu cukup untuk menggambarkan sisi sebenar Trump yang terkenal dengan sikap berat sebelah dan prejudis.

Wolff turut membalas komen White House yang menyelar karyanya sebagai satu fantasi.

Katanya hanya satu yang betul mengenai komen mereka terhadap bukunya itu iaitu kesilapan tipografi.



Source link

read more

PM Najib kunjung hormat Presiden Singapura Halimah di Istana



SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kunjungan hormat terhadap Presiden Halimah Yacob di Istana di sini, bersempena kehadiran beliau untuk Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kali kelapan yang bermula Selasa.

Ini pertemuan pertama beliau dengan Halimah, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura Kelapan pada 14 Sept 2017. Ia berlangsung selama 30 minit.

Turut menganggotai delegasi Malaysia ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Zulkifli Adnan serta beberapa pegawai kanan.

Bagi pihak Singapura yang turut dijangka hadir ialah Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee; Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong; Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia Vanu Gopala Menon serta beberapa pegawai peringkat tinggi.

Beliau menceburi bidang politik dalam tahun 2001 dan menjadi anggota Parlimen bagi Jurong Group Representation Constituency (GRC) dan Marsiling Yew-Tee GRC.

— BERNAMA



Source link

read more

Peru dilanda gempa lagi Presiden Pablo Kuczynski tinjau kawasan terjejas



Arequipa: Presiden Peru Pablo Kuczynski meninjau tahap kerosakan di kawasan pantai di Peru yang terjejas akibat gempa bumi kuat pada Ahad yang mengorbankan satu nyawa dan berpuluh-puluh yang lain hilang selain mengakibatkan ramai cedera.

Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud itu meranapkan 63 buah rumah sekali gus menyebabkan 130 mangsa kehilangan tempat tinggal.

Kajian geologi Amerika Syarikat merekodkan, gempa berpusat di 40 kilometer dari Acari di Arequipa barat daya Peru.

Menurut Gabenor Arequipa, Yamila Osorio, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki berusia 55 tahun menemui ajal akibat dihempap oleh runtuhan batu dalam insiden itu.

Institut Pertahanan Awam Kebangsaan di sana turut melaporkan gempa juga menyebabkan 57 orang cedera dan 23 daripadanya ialah penduduk di daerah Chala.

“Bantuan sedang dikerah dan mangsa yang terjejas akan menerima bantuan dengan segera, ”  kata Kuczynski selepas selesai meninjau kesan-kesan gempa di pantai negara itu.

Dalam hal ini, kata beliau, pasukan penyelamat bertungkus lumus di kawasan bencana bagi membuat taksiran tahap kemusnahan dan mengenal pasti mangsa terjejas.

Hasil penilaian awal mendapati, kawasan terjejas adalah di luar bandar dengan runtuhan menghalang jalan raya sekali gus menjejaskan proses penghantaran bantuan.

“Khemah, selimut dan bantuan kemanusiaan lain turut digerakkan menerusi udara,” kata beliau.

Pada 2007, ratusan penduduk terbunuh akibat gempa bumi yang melanda wilayah Ica.

 



Source link

read more

UMNO dan PAS bergabunglah demi Islam dan Melayu- Presiden PAAK


KOTA BHARU: Pertubuhan Ayahanda dan Anakanda Kebangsaan menyarankan supaya UMNO dan PAS bergabung.

Langkah itu sebagai permulaan ke arah memupuk persaudaraan sesama Melayu Islam.

Menurut presidennya, Datuk Suzainal Adnan Sukri, kedua-dua parti Melayu Islam itu perlu berlapang dada dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik masing-masing.

“Pada pendapat saya memang wajarlah, sebab UMNO dan PAS menuju kepada matlamat dan hasrat yang sama.

“Kita ni seluruh NGO berharap agar satu hari nanti PAS dan BN ni bersatu,” katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah tokoh tokoh NGO Islam kebangsaan di sini malam tadi.

Jelasnya lagi kemunculan parti politik serpihan menyebabkan ramai kalangan umat Melayu Islam berpecah dengan meletakkan kepentingan parti sehingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

Tambahnya sekiranya keadaan ini berlarutan ianya merugikan ramai pihak kerana akan menjadikan masyarakat berpuak-puak



Source link

read more

Presiden Trump nafi terlepas cakap



TERLAJAK perahu, boleh diundur, terlajak kata banyak padahnya.

Pepatah ini sesuai untuk Presiden Donald Trump, yang sering menafikan segala kenyataan dibuat.

Selepas dikecam gara-gara mempersoal kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’, di akaun Twitter, Trump menafikannya pula.

Kata Trump, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan menghina orang Haiti.

Kenyataan ini didakwa dibuat dalam mesyuarat tertutup dengan anggota Kongres.

White House pada awalnya tidak buat penafian kenyataan sedemikian dikeluarkan.

Namun, Trump pada Jumaat mengakui bahasa yang digunakan agar melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump



Source link

read more

Trump jalani pemeriksaan kesihatan pertama sebagai Presiden AS



MARYLAND: Buat pertama kalinya, Donald Trump melakukan pemeriksaan rawatan sejak menjawat Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pemeriksaan itu dibuat ketika Trump melakukan lawatan di Hospital Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland.

Sepanjang minggu Jurucakap White House, Sarah Huckabee Sanders, sibuk mempertahankan ketuanya, sejak pelancaran buku “Fire and Fury: Inside The Trump White House” karya Michael Wolf.

Wolf menggambarkan Trump yang berusia 71 tahun sebagai tidak berdisiplin dan tanggungjawab sebagai presiden melampaui kemampuannya.

Bagaimanapun, selepas terbitnya buku berkenaan, Trump bertindak agresif dengan mendakwa dirinya sebagai manusia genius dan stabil. Dia juga melawan cadangan yang cuba mengaitkan mentalnya sebagai tidak stabil.

Pemeriksaan yang dilakukan beberapa jam itu, dipercayai memeriksa tekanan darah, kandungan kolestrol dan gula.

Trump berusia 70 tahun ketika memasuki White House pada 20 Januari 2017, menjadikan presiden tertua ketika menjawat jawatan tertinggi AS itu.



Source link

read more

Presiden Trump dipersenda lagi | Astro Awani



YA benar.

Presiden Donald Trump adalah presiden yang paling banyak dipersenda.

Apa saja kenyataan dikeluarkan Trump, mengundang reaksi sinis, hingga ada kalangan rakyat mempersenda Trump di ruang media sosial.

Baru reda soal kesihatan mental Trump dalam buku Fire and Fury: Inside the Trump White House, Trump sekali lagi jadi bahan jenaka di Twitter.

BACA: Saya bukan sahaja pandai tetapi sangat genius – Donald Trump

BACA: Trump dipersenda di media sosial

BACA: Trump seperti kanak-kanak – Michael Wolff

Semuanya gara-gara kenyataan Trump berhubung mengapa beliau membatalkan lawatannya ke London yang dijadualkan Februari nanti.

Dalam Twitternya pada Jumaat Trump menjelaskan ‘tidak berminat’ dengan tindakan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Battersea, selatan London, yang disifatkan lokasi tidak sesuai.

Akibatnya, pengguna media sosial memuat naik status parodi berhubung kenyatan Trump.

Pelbagai alasan diberikan pengguna media sosial untuk membatalkan lawatan ke London, termasuk dipengaruhi keputusan menutup bunyi Big Ben – yang disifatkan ‘jam paling besar dan hebat di kota itu’.

Ratusan pengguna Twitter menawarkan sebab sama untuk tidak melawat London turut dimuat naik dengan hashtag #CanceledMyTripToLondon.

Pembatalan lawatan Trump diumumkan sehari selepas beliau dikecam kerana mengeluarkan kenyataan celupar dan berunsurkan perkauman.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Ada juga mengaitkan pembatalan lawatan ke London, kerana bola sepak.

Pengguna lain pula memilih untuk menekankan utara England sebagai lokasi utama dan kos pengangkutan di London.



Source link

read more

Presiden Putin dakwa ada negara asing sengaja lancar serangan dron



MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin mendakwa ada negara asing melancarkan serangan dron bagi mengancam perjanjian antara Rusia, Turki dan Iran yang dibuat bagi mengurangkan ketegangan di Syria.

Putin menegaskan beliau tahu pihak di sebalik serangan itu tetapi enggan menamakannya.

Serangan dron itu dilancarkan ke atas dua pangkalan tentera Rusia di Syria.

Ia juga dikatakan punca ketegangan antara Rusia dan Turki.

Putin menyifatkan serangan tersebut sebagai satu provokasi.

Kata Putin, dron tersebut mempunyai elemen teknologi tinggi dan membolehkan paparan satelit tepat serta mampu menembak peluru.



Source link

read more

Presiden MIC ragui kemampuan Pakatan Harapan bawa perubahan kepada Malaysia


PUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meragui kemampuan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan di negara ini apabila mereka mengitar semula pemimpin lama sebagai calon perdana menteri.

Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata pemilihan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, yang sepatutnya telah bersara itu mencerminkan pakatan itu ketandusan pemimpin.

“Harapan untuk pembaharuan tiada seperti dijanji oleh mereka kerana apa yang ditawarkan oleh mereka adalah sesuatu yang lama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Ditanya mengenai persepsi masyarakat India terhadap pengumuman pakatan pembangkang itu, Subramaniam berkata MIC berpendirian pencapaian masyarakat India ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

“Itu memang satu perkara yang memang jelas berasaskan fakta,” katanya.

Di IPOH, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan umpama reformasi 2.0 yang diadakan untuk mengangkat semula pengerusi PPBM itu demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan keputusan itu ibarat ‘drama besar’ pembangkang yang mempergunakan Dr Mahathir semata-mata untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Gerakan (reformasi) pada awal dulu ternyata (pembangkang) menunjukkan kebencian dan melontarkan ayat-ayat yang begitu pedih dan terlalu menghina terhadap Dr Mahathir.

“Hari ini gerakan itu boleh dinamakan reformasi 2.0 apabila musuh nombor satu mereka dahulu diangkat semula dan ayat-ayat kebencian yang mereka bina sebelum ini ditelan semula,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata permainan pembangkang itu seolah-olah dilakukan untuk meyakinkan dan menguar-uarkan kepada rakyat kononnya mereka adalah parti yang mempunyai alternatif yang baik.

— BERNAMA



Source link

read more

Macron hadiahkan kuda kepada Presiden China



BEIJING: Kehadiran Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isteri, Brigitte di Beijing disambut mesra rakan sejawatnya, Presiden China, Xi Jin Ping hari ini.

Lawatan kerja Macron ke negara tembok besar itu terarah kepada mencapai selain mengukuhkan hubungan dinamik eksport kedua-dua negara.

Perancis dan China dijangka bakal mengumumkan dana pelaburan Franco-China lebih dari AS$1.2 bilion.

Pada masa sama, Macron mahu menarik perhatian dan pengaruh besar China mengenai isu Perjanjian Iklim Paris 2015.
Dalam perkembangan lain, istimewanya kunjungan Macron ke China turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Mana tidaknya, Macron menghadiahkan Vésuve de Brekka (Vesuvius) seekor kuda elit berumur 8 tahun kepada Xi.

Pemberian kuda bewarna perang gelap itu datang dari minat dan keterujaan yang ditonjolkan Xi ketika lawatan terakhirnya ke Perancis pada 2014.

Vesuvius diterbangkan khas menggunakan pesawat istimewa yang ditemani pegawai veterinar dan beberapa pegawai tertinggi pada 4 Januari lepas, empat hari sebelum Macron tiba di China.

Xi ketika itu menyuarakan kekagumannya kepada 104 penunggang kuda yang mengawal setiap gerak gerinya sejurus tiba di Perancis.

Bagaimanapun, hadiah itu juga merupakan simbolik ‘diplomasi panda’ iaitu panda Meng Meng dan Jiao Qing yang pernah diberikan Xi kepada Perancis pada November 2017.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons