PLMM-Kopetri buka gudang produk pelincir untuk PIC – Bisnes


PENGERANG 5 Feb. – Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dan Koperasi Pemuda Patriot Pengerang Kota Tinggi Berhad (Kopetri) melancarkan pembukaan gudang bagi membekalkan produk bahan pelincir untuk projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad di  Pusat Operasi dan Penyimpanan Minyak Pelincir Petronas Kopetri di Kampung Bukit Raja, Sungai Rengit, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus; Ketua Pemegang Kepentingan, Komunikasi dan Bahagian Pengurusan Risiko Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) Sdn. Bhd., Datin Anita Azrina Abdul Aziz dan Pengerusi Kopetri, Aznan Tamin.

Kopetri yang mempunyai lebih 100 ahli terdiri daripada golongan muda dilantik sebagai pengedar dan pembekal rasmi bagi PLMM, anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) pada Julai 2017.

Mohd. Ibrahimnuddin berkata, pembukaan gudang itu menjadi langkah untuk mengukuhkan jualan bahan pelincir di daerah ini dan pada masa yang sama membuka peluang pekerjaan kepada

penduduk.

“Sejak menjadi pengedar rasmi PLMM, Kopetri telah menyumbang bagi peningkatan jualan bahan pelincir di wilayah ini dengan mencecah lebih 70 peratus daripada sasaran bulanan.

“Kami berharap kerjasama berterusan ini akan merangsang jualan bahan pelincir serta pertumbuhan ekonomi di Pengerang,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat data



SEOUL: Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lepas meningkat, sekaligus menunjukkan semakin ramai mula menggunakan mekap pada usia terlalu muda, lapor agensi berita Yonhap.

Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.   

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai sama ada perlu membuat kategori berasingan untuk kosmetik kanak-kanak. Kami kini di peringkat mengumpulkan pendapat,” kata seorang pegawai kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

20000 produk Lactalis yang disyaki tercemar memasuki pasaran Vietnam



HANOI: Hampir 20,000 produk gergasi tenusu Perancis, Lactalis, yang disyaki dicemari bakteria salmonela, telah memasuki pasaran Vietnam, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Am Kastam Vietnam.

Agensi berkaitan di Vietnam kini memanggil balik produk susu formula Lactalis kerana dikhuatiri dicemari bakteria salmonela.

Antara produk susu Lactalis utama yang dijual di pasaran Vietnam ialah Celia Mama untuk wanita hamil serta Celia Expert untuk bayi dan kanak-kanak.

Lactalis, antara pengeluar produk tenusu terbesar di dunia, berkata pada pertengahan Disember hampir 7,000 tan produk dikhuatiri tercemar. 

Sehubungan itu, ia telah mengambil langkah untuk menyahjangkit kemudahan di sebuah loji syarikat itu di barat laut Perancis, yang dipercayai menjadi sumber pencemaran salmonela.

Kesemua 26 kanak-kanak yang jatuh sakit di Perancis serta mempunyai kaitan dengan produk Lactalis telah pulih, menurut pihak berkuasa kesihatan Perancis. 

Gejala biasa jangkitan salmonela ialah cirit-birit.

— BERNAMA



Source link

read more

Baitulmaqdis Utamakan produk tempatan sebagai tanda protes



KUALA LUMPUR: Pengguna di negara ini digesa mengutamakan pembelian barangan keluaran tempatan sebagai tanda protes terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) Datuk Mohd Redzuan Abdullah berkata langkah solidariti bersama rakyat Palestin itu relevan dan mampu dilaksanakan kerana kualiti barangan buatan negara juga setanding dengan barangan import terutama dari AS.

“Kita tidak mahu hanya berkata kita mahu boikot produk atau barangan keluaran syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Israel, kita juga memberi jalan alternatif buat rakyat Malaysia.

“Kita utamakan produk keluaran kita sendiri dan mengurangkan kebergantungan kita pada produk luar,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis menimbulkan ketegangan baharu di Palestin ketika ini, serta bantahan masyarakat Islam di seluruh dunia.

— BERNAMA



Source link

read more

Amy Search dedah produk cuba tipu konsumer dengan gunakan gambarnya


LEGENDA rock, Amy Search menyeru agar pengguna tidak tertipu dengan produk yang telah menggunakan gambarnya untuk mempromosikan barangan mereka.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Amy Search menegaskan dia bukan duta kepada produk tersebut, malah tidak pernah sekali pun menggunakannya.

Foto yang dimuat naik itu menunjukkan dia sedang memegang produk tersebut.

Amy bimbang jika produk itu memudaratkan pengguna dan namanya bakal tercemar.

Penyanyi itu kecewa kerana dia dipergunakan oleh peniaga produk tersebut tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusannya.

Menurut Amy lagi dia bukan seorang yang akan mengambil sebarang produk makanan tambahan tanpa mengetahui isi kandungannya.

Amy amat berhati-hati dan tidak mahu dikaitkan dengan sebarang produk sembarangan. - Foto Instagram

“Aku tak endorse ini barang ok. Aku pun tak pernah makan ini barang dan aku pun tak tahu ini apa barang!!!

“Bukan dia orang tah tahu tapi buat-buat tak tahu sebab kita ni humble sangat.

“Yang bahaya kalau orang yang makan barang ni memudaratkan dan tentu aku yg kena tuding. Aku harap sebelum nak pos ke  bertanyalah management, jangan main langgar je.

“Satu lagi kalau orang kasi barang-barang supplement ni bukan main sumbat je sebab tak tau side effect masa akan datang,” tegas Amy dalam kapsyen akaun Instagramnya.
 



Source link

read more

Produk tamat tempoh dijual di pasar raya besar kedai coklat di Labuan



LABUAN: Sebuah pasar raya besar dan kedai coklat di sini didapati masih menjual 65 produk yang telah tamat tempoh dan kemek bernilai RM1,040 hasil pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan pada Rabu.

35 coklat bernilai RM780 dan 25 produk tenusu dan buah-buahan dalam tin bernilai RM251 dirampas dari dua premis dalam operasi bersama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, cawangan Labuan dan Perbadanan Labuan.

Dalam operasi itu melibatkan lebih 30 anggota yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, produk tertentu juga didapati dijual tanpa tarikh luput.

Dr Ismuni berkata jabatan akan menjalankan operasi bulanan untuk menjaga kualiti produk pengguna dan setiap tiga bulan dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

— BERNAMA



Source link

read more

Tak minum produk saya tak apa saya tak terasa – DSV doa Elyana cepat sembuh



JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak terasa hati dengan pengakuan yang dibuat oleh bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana yang menafikan dirinya menggunakan produk Pamoga.

DSV yang merupakan pengasas produk tersebut serta penaja GV4 turut memohon maaf jika kata-kata yang terbit dari mulutnya membuatkan Elyana terasa hati.

“Ketika di pentas GV4 serta di sesi Instagram Live saya selepas dia tersingkir dari GV4, Elyana mengakui dia menggunakan Pamoga.

“Selepas itu, timbul pula video pengakuan Elyana yang disiarkan menerusi sesi Instagram Live miliknya yang menafikan dia menggunakan produk tersebut. Sebelum ini dia hanya mahu menjaga hati saya.

“Saya sendiri belum melihat video tersebut. Sejujurnya, saya tidak terasa hati. Jika dia benar-benar tidak menggunakan produk saya, saya tidak terasa hati.

“Jika dia tak minum produk saya pun, tak mengapa. Saya juga ingin memohon maaf jika kata-kata saya ada melukakan hati Elyana. Saya memahami keadaan Elyana dan mendoakan agar dia segera sembuh,” kata DSV.

BACA: Akui Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Buat Audiens GV 4 Terkejut!

BACA: Saya okay, jangan risau’ – Elyana

BACA: ‘Elyana mengadu letih, tapi tak sangka pula tengah sakit’ – Hazami

BACA: Di sebalik tawa, ini cerita luluhnya hati suami Elyana

BACA: 5 tahun tak putus usaha, ini ikhtiar suami Elyana demi mencari penawar barah

Tambah DSV, dia juga tiada niat untuk menyindir Elyana ketika mengajukan soalan kepada Aishah di pentas separuh akhir GV4.

“Saya tak menyindir Elyana atau perli sesiapa. Saya hanya bertanyakan kepada Aishah, adakah dia menggunakan produk saya. Itu sahaja.

“Sebagai pengasas produk, saya cuma mahukan kepastian daripada Aishah dan mahu maklum balas pengguna yang mengamalkan produk saya,” katanya lagi.

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elyana & DSV



Source link

read more

Lactalis tarik balik produk dikhuatiri tercemar salmonella – Nasional


PARIS 11 Dis. – Pembuat susu bayi Perancis, Lactalis dan pihak berkuasa kesihatan mengarahkan penarikan balik produk antarabangsa syarikat itu secara besar-besaran kerana dibimbangi tercemar bakteria salmonella selepas sebanyak 26 kes kanak-kanak jatuh sakit di negara ini.

Menurut jurucakap syarikat, Michel Nalet, hampir 7,000 tan pengeluaran susu bayi dibimbangi tercemar namun Lactalis tidak dapat memberikan anggaran produk itu yang masih berada di pasaran, telah digunakan mahu pun stok.

Penarikan balik itu menjejaskan pengguna dari pelbagai negara seperti China, Pakistan, Britain dan Sudan. – AFP



Source link

read more

Boikot produk AS Israel hanya satu retorik – penganalisis



KUALA LUMPUR: SETIAP kali isu berkaitan Amerika Syarikat dan Israel tercetus, pastinya ramai mula bersuara untuk memboikot pembelian barang-barang dari kedua-dua negara itu.

Namun, adakah pelaksanaan memboikot produk itu benar memberi impak dan mengubah landskap politik, seperti apa yang sedang berlaku di Baitulmaqdis?

Menurut penganalisis ekonomi Shan Saeed, idea untuk memboikot itu satu retorik kerana jika satu pihak bertindak untuk memboikot, pastinya pihak lain akan terus membeli, tidak kira pihak dari negara lain atau pun pelabur global.

“Boikot ini adalah satu tindakan yang hanya memberi kesan jangka masa pendek, kerana pasaran akan menilai dan melihat sentimen dalam kalangan pelabur global.

“Namun jika risiko geopolitik semakin tinggi, ia mungkin akan memberi kesan kepada harga komoditi dunia.

“Tetapi ini jangka masa panjang, ia bergantung kepada kuasa pasaran untuk menentukan semua harga komoditi,” kata Shan dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Beliau menjelaskan tindakan boikot mana-mana produk tidak memberi impak kepada jenama syarikat, apa lagi negara yang terbabit kerana perdagangan peringkat global masih diteruskan.

“Jika anda boikot sesuatu produk, mungkin anda masih perlu membeli produk yang lain pada harga lebih mahal.

“Pada masa sama, produk yang diboikot itu biasanya akan tetap dibeli oleh orang lain, maka ia sememangnya tidak memberi kesan,” katanya.

Semalam, Ketua Bahagian Pas (Kepala Batas), Bukhori Ghazali dalam satu perhimpunan di Butterworth menyeru semua masjid untuk menganjurkan khutbah berkaitan memboikot pembelian barang-barang dari AS dan Israel.

Di peringkat global pula, 10 Persatuan Perniagaan di Mesir bersatu untuk melaksanakan boikot ke atas semua produk AS, manakala pelajar-pelajar universiti di Jordan mengadakan bantahan bagi menggesa boikot ke atas AS.

Ia dilihat sebagai satu kutukan dan bantahan terhadap keputusan Presiden AS, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.



Source link

read more

Janna Nick tak guna elemen viral untuk lariskan produk



PELAKON Janna Nick tidak menggunakan elemen viral untuk melariskan produk lakonan dan nyanyiannya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 22, mempunyai jawapan tersendiri ketika diajukan mengenai penggunaan kuasa media sosial untuk melariskan sesuatu produk.

“Secara umum, bagi saya, penggunaan elemen viral itu terpulang kepada apa yang ingin dipromosikan. Harus dilihat juga, viral dalam cara yang bagaimana serta apa mahu ditampilkan.

“Kalau dengan kuasa media sosial boleh mendatangkan sesuatu yang baik, apa salahnya. Elemen viral juga boleh menjadi medium promosi dan publisiti untuk memperkenalkan sesuatu produk,” kata Janna ketika ditemui di majlis pelancaran single Akan Bercinta di Neway Karaoke Subang Jaya, semalam.

Namun bagi Janna, dia memilih untuk tigak menggunakan medium viral bagi melariskan sesuatu produk.

Baginya, cukup sekadar yakin dengan prestasi dan kualiti produk, pasti ia akan membuahkan hasil.

Menerusi single terbaru Janna, dia menggunakan khidmat vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai komposer dan penulis lirik.

“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aepul. Muzik video lagu ini juga merupakan sesuatu yang istimewa kerana menjalani penggambaran di Rome, Itali pada penghujung November lalu.

“Istimewanya muzik video ini, saya bertindak selaku pengarah dan ia juga diangkat menjadi lagu tema bagi drama bersiri ‘My Coffee Prince’ lakonan saya bersama Fattah Amin,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ‘My Coffee Prince’, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons