AZMIN MEROYAN BILA HOTEL BATALKAN PROGRAM DIA!!! ~ SEMUT HITAM


Pengerusi Lembaga Pengarah Rangkaian Hotel Seri Malaysia Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir berkata Hotel Seri Malaysia Ipoh membatalkan majlis yang dikatakan akan dihadiri oleh Azmin Ali itu adalah kerana ia bimbang penganjuran acara politik akan merosakkan reputasinya.

Bagaimanapun, Aziz menekankan bahawa keputusan tersebut dibuat sendiri oleh pihak pengurusan hotel itu tanpa campur tangan daripada pihak lembaga pengarah.

“Pihak pengurusan Hotel Seri Malaysia Ipoh memutuskan sendiri berkenaan pembatalan itu setelah mendapati pada saat akhir Azmin Ali akan hadir dan bimbang program itu akan menjadi ceramah politik yang akan membabitkan hotel itu dengan kontroversi serta merosakkan nama baiknya.

“Oleh yang demikian, bagi pihak rangkaian Hotel Seri Malaysia, saya kesal dan memohon maaf terhadap salah faham yang terjadi di antara pengurusan Hotel Seri Malaysia Ipoh dan pihak penganjur majlis itu,” jelasnya.

Semalam, Azmin mendakwa mesyuarat tertutup dengan PKR Perak di hotel itu terpaksa berpindah selepas pihak pengurusan hotel ‘ditekan’ untuk membatalkan tempahan penganjur.

Walaubagaimana pun, Aziz menyangkal dakwaan campur tangan yang dinyatakan oleh Si Azmin Ali itu dan menyifatkannya sebagai satu kenyataan yang tidak benar sama sekali.

“Saya suka untuk memberitahu lembaga pengarah tidak pernah campur tangan dalam pengurusan harian Hotel Seri Malaysia, termasuklah urusan tempahan dan perkara-perkara lain.

“Kejadian ini juga tidak ada kaitan dengan sebarang tekanan politik dari mana-mana pihak,” kata Aziz yang juga anggota parlimen Kulim Bandar Baru.

Bahkan beliau juga menambah pihak hotel sebelum ini tidak ada masalah mengambil tempahan daripada PKR selagi program mereka tidak melanggar polisi hotel itu.




Source link

read more

Parlimen Setiawangsa buka tirai program bantuan sekolah – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Parlimen Setiawangsa hari ini membuka tirai agihan bantuan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi Program Ceria Kembali Ke Sekolah Parlimen Setiawangsa 2018.

Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, program tahunan yang diadakan kerajaan ini adalah bagi membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk sesi persekolahan akan datang.

“Kita adakan lebih awal supaya mereka boleh merancang untuk membelanjakan keperluan lain selain yang telah disediakan ini.

“Malah, bantuan ini juga disifatkan sebagai bantuan yang benar-benar diperlukan kerana ia memperuntukkan pemberian tunai untuk mereka tentukan barangan yang diperlukan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program itu di sini hari ini.

Yang turut hadir isterinya, Datin Natilah Ahmad; Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hassan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Program Cakna Komuniti UniSZA ceriakan Dataran Pertama – Nasional


KUALA TERENGGANU 17 Nov. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sentiasa meneruskan program kemasyarakatannya dengan kali ini menjadikan Dataran Permata di Kampung Baru, Seberang Takir dekat sini lokasi tumpuan ramai sempena Program Cakna Komuniti UniSZA bermula hari ini.

Majlis perasmian program selama dua hari itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman petang ini yang turut dihadiri pengurusan tertinggi universiti berkenaan diketuai Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi.

Program itu diadakan antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai pentingnya keceriaan dalam kehidupan serta bersemangat agar dapat membentuk komuniti yang berdaya saing.

Di samping itu, Program Cakna Komuniti UniSZA itu juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga kampus universiti itu dengan masyarakat sekitar berasaskan pelbagai program menarik yang disediakan.

Antara acara menarik turut memeriahkan program dua hari yang dijayakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pos Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Program solar beri pendapatan tambahan kepada komuniti – Devamany



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program solar untuk komuniti memberi pendapatan tambahan kepada kumpulan itu untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri SK Devamany berkata, selain itu ia memastikan organisasi bukan komersial terutamanya berpeluang membangunkan projek berasaskan solar.

Jelasnya, ia memberi peluang organisasi berkenaan tidak bersaing dengan syarikat komersial di bawah mekanisme berkenaan yang ditetapkan.

“Ia mengurangkan kebergantungan komuniti kepada peruntukan daripada pihak Kerajaan, memberi pendedahan dan pendidikan mengenai penjanaan tenaga elektrik dari sumber Tenaga Boleh Baharu.

“Ia juga meningkatkan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan juga teknologi-teknologi baharu yang boleh menjaga alam sekitar,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Bin Che Mat (Pas) mengenai perkembangan dan pencapaian projek solar komuniti yang sedang berjalan di seluruh Malaysia dan manfaat yang diperoleh oleh pelbagai komuniti.

Dalam pada itu, kata Devamany, sejumlah 10.51 MV telah diluluskan bagi program solar komuniti sejak 2014 sehingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 4.96 MV telah mula menjana dan menjual elektrik kepada pihak utiliti.



Source link

read more

Program Kejar diteruskan ke Sabah Sarawak – KP SPRM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Kejar 2017 yang bermula 18 hingga 30 Sept di seluruh negara, menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci rasuah.

Beliau berkata Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM adalah program mendekati masyarakat sehingga ke akar umbi supaya SPRM digeruni perasuah.

“Mereka yang mahu lakukan rasuah dan salah guna kuasa harus gerun dan gentar kerana SPRM sangat serius dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Bermula awal tahun ini, setiap minggu ada siasatan dan tangkapan dibuat dan ia akan berterusan,” katanya pada majlis Aspirasi Kejar 2017 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas penubuhan SPRM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata Kejar 2017 yang diadakan julung kali mengambil masa selama 13 hari berturut-turut melibatkan jarak perjalanan hampir 2,700 kilometer dan diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi serta membabitkan 135 pegawai dan kakitangan SPRM.

Mengenai majlis Ini, Dzulkifli berkata ia dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan jasa kepada jabatan dan agensi kerajaan, media dan pihak yang membantu secara langsung atau sebaliknya, dalam menjayakan program Kejar 2017.

Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara agensi kerajaan yang menerima sijil aspirasi daripada Dzulkifli.

– BERNAMA



Source link

read more

200 pelajar sertai Program Discover [email protected] 2017 – Nasional


KOTA BHARU 9 Nov. – Seramai 200 pelajar dari lima sekolah terpilih di negeri ini menyertai Program Discover [email protected] 2017 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program selama sehari suntuk itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai hala tuju yang akan dilalui selepas tamat persekolahan.

Menurutnya, program ini juga merupakan salah satu inisiatif Petronas dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan ke arah melahirkan teknorat pada masa hadapan khususnya dalam bidang minyak dan gas.

“Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seawal pukul 8 pagi seperti taklimat program penajaan pendidikan Petronas, ceramah kerjaya, pertunjukan sains dan perkongsian pengalaman oleh pelajar universiti yang ditaja Petronas.

“Peserta yang terlibat pula adalah pelajar tingkatan tiga hingga lima yang dipilih hasil perbincangan pihak kami bersama Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Selangor peruntukkan RM7.8 juta bagi program pembangunan wanita usahawan



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM7.8 juta bagi program pembangunan masyarakat maju dan progresif khusus untuk golongan wanita.

Sehubungan itu, dalam Bajet Selangor 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini, jumlah berkenaan akan disalurkan melalui inisiatif program seperti Institut Wanita Berjaya dan Pusat Wanita Berdaya.

Bagi kesinambungan pembangunan usahawan di negeri itu, Mohamed Azmin turut mengumumkan tambahan RM3 juta kepada RM8.35 juta bagi pembangunan usahawan pada 2018.

“Antaranya RM2.25 juta bagi Dana Usahawan Mikro di sembilan daerah di negeri itu. Bagi pembangunan infrastruktur luar bandar, Selangor memperuntukkan RM48.95 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 Selangor di Shah Alam pada Jumaat.

Mohamed Azmin turut mengumumkan pembentukan pelan tindakan khas bagi pembangunan kampung di dalam bandar dengan bajet RM5 juta.

Katanya, perkara itu bertujuan membangun kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun di beberapa daerah.

“Bagi pengangkutan awam, RM30 juta diperuntukkan bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam bandar dan luar bandar,” katanya.



Source link

read more

SMK Dato Sheikh Ahmad diterima tawar program antarabangsa, IB – Nasional


ARAU 3 Nov. – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad di sini melakar sejarah apabila kini diterima sebagai sekolah ke-10 di dalam negara yang menawarkan program bertaraf antarabangsa, International Baccalaurette (IB).

Surat tawaran untuk menyertai salah satu daripada tiga program ditawarkan IB iaitu Program Sekolah Menengah IB (MYPIB), melibatkan pelajar berusia 11 hingga 16 tahun, diterima sekolah itu pada 30 Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail ketika dihubungi hari ini yang turut mengucapkan tahniah kepada usaha pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu perkembangan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Di bawah program MYPIB, saya yakin pelajar di negeri ini akan memperoleh nilai tambah dan kelebihan dalam pendidikan khususnya yang diperlukan semasa ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di dalam dan luar negara,” katanya.

Program IB menawarkan pendidikan kepada para pelajar berusia antara tiga hingga 19 tahun bagi membantu meningkatkan kemahiran intelektual, emosi, sosial dan jati diri bagi persiapan menghadapi cabaran di dalam dunia yang semakin mencabar.

Pihak IB menawarkan tiga program pendidikan antarabangsa melibatkan peringkat prasekolah sehingga ke prauniversiti iaitu yang pertama, berusia antara tiga hingga 12 tahun, kedua (11 hingga 16 tahun) dan ketiga, diploma (17 hingga 19 tahun). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons