GILIRAN PPBM PULAK HENTAM PKR SELANGOR!!! ~ SEMUT HITAM


Jika seminggu yang lalu, laman media serta dikalangan ahli Politik kedai kopi sibuk membicarakan soal pembahagian kerusi PRU dikalangan puak Pakatan Haprak tu di Selangor.

Isu itu dibangkitkan oleh PAN yang mendakwa PKR telah meminggirkan mereka dalam runding pembahagian kerusi DUN Selangor menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

PAN mendakwa, sehingga ke hari ini, PKR selaku ‘Kepala Pakatan’ Selangor tidak pernah mengadakan sebarang rundingan berhubung isu pembahagian kerusi dengan rakan sekutunya.

Isu yang dibangkitkan oleh kepimpinan PAN itu juga disokong oleh DAPigs Selangor yang turut mendakwa PKR juga tidak memanggil mereka untuk berbincang soal pembahagian kerusi.

Walaupun kepimpinan PKR menafikan dakwaan yang dibuat, PAN serta DAPigs tetap tidak berganjak dari pendirian mereka dan mendesak agar pucuk pimpinan Pakatan menyelesaikan isu tersebut.

Menurut laporan yang disiarkan semalam, Azmin Ali selaku Pengerusi Pakatan Selangor akhirnya menyerah kalah dan akan memanggil ke semua parti dalam gabungan Pakatan itu untuk bermesyuarat.

Jika dilihat dari satu sudut, isu mengenai pembahagian kerusi DUN di Selangor itu seolah – olah dapat diselesaikan melalui perbincangan yang dijadualkan semalam. Tetapi jangkaan itu ternyata meleset.

Kali ini, PPBM pulak mengeluarkan kenyataan media mendakwa keputusan berhubung pembahagian kerusi DUN yang dibuat oleh Pakatan Selangor semalam sebagai tidak diiktiraf.

Wakil parti itu menegaskan, PPBM tetap mahu bertanding di 12 kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum yang lepas dan keputusan itu tidak berubah.

Kata wakil PPBM itu, tindakan PKR yang turut membuat tuntutan ke atas 12 kerusi itu adalah sebagai satu langkah tidak masuk akal memandangkan tujuan PPBM adalah untuk menggantikan UMNO.

“PPBM ditubuhkan untuk bersaing dengan Umno dan menggantikan Umno, kerana itulah kita mahu meletakkan calon di 12 kerusi. PKR mahukan semua kerusi itu. Maka kita kosonglah. Tidak ada apa-apa keputusan pada hari ini,” katanya.

Kenyataan dari wakil PPBM itu secara tidak lansung membuktikan bahawa Pakatan masih GAGAL untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi kerana masing – masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri!!!




Source link

read more

SELEPAS PAS, PAN PULAK JADI MUSUH PKR!!!


Setelah puas menjadikan PAS sebagai bahan belasahan mereka, PKR kini beralih pula sasaran mereka kepada PAN dengan menyingkirkan parti itu dari Jawatankuasa Rundingan Kerusi.

Namun, seperti mana biasa, dakwaan yang dibangkitkan oleh PAN itu dinafikan oleh pimpinan PKR dengan memberikan gambaran seolah – olah parti itu cuba untuk menipu rakyat.

Antara lain, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PKR Selangor, Si Zuraidah Mak Lampir tu menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat oleh PAN Selangor sebelum ini adalah tidak benar.

Sebaliknya, Si Mak Lampir tu menegaskan bahawa rundingan berkaitan dengan kerusi Pilihan Raya dikalangan puak Pakatan di Selangor sudah diadakan sebanyak empat kali sebelum ini.

“Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh PKR kini sedang dalam proses rundingan kerusi bagi peringkat Dewan Undangan Negeri untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang,” katanya dipetik Malaysiakini. 

Semalam, pemimpin PAN mendakwa Pakatan Selangor masih tidak mengadakan sebarang rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor, walaupun tarikh akhir penyerahan adalah 31 Januari.
Selain itu dakwanya, jawatankuasa khas Pakatan untuk berunding mengenai pembahagian kerusi untuk empat parti gabungan pembangkan itu turut belum ditubuhkan sehingga ke hari ini.

Dari satu sudut, dakwaan PAN itu secara tidak lansung dilihat seolah – olah membenarkan khabar angin kononnya Rejim Pakatan pimpinan PKR masih berunding soal agihan kerusi dengan PAS.

Dalam satu laporan yang didedahkan sebelum ini, PKR didakwa sedang mengatur strategi dengan PAS tanpa sebarang pengetahuan dari gabungan Pakatan Haprak itu secara tersembunyi.

Kemungkinan besar, perkara itu dapat dihidu oleh kepimpinan PAN sehingga menyebabkan mereka membuat dakwaan kononnya PKR cuba meminggirkan mereka dari rundingan berkaitan dengan pembahagian kerusi di Selangor!!!



Source link

read more

#UNDIROSAK, GILIRAN TUN MAHATHIR PULAK CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Hah! Katanya yakin sangat boleh menang. Kononnya sebelum ini bukan main lagi dia pukul canang membuat dakwaan puak Pakatan Haprak tu mampu meraih sokongan dari kalangan rakyat.

Tapi, bila ada yang mula membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya serta melancarkan kempen #UndiRosak terhadap Pakatan, kenapa pulak dia nak rasa cuak?

Padahal, dia sendiri yang GAGAL nak mententeramkan pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu dari membuat bantahan mereka secara terbuka. Sekarang, ada hati pulak dia nak tuduh orang UMNO?

Padahal, rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri memang wujud. Kenapa perkara seperti itu pulak yang sengaja nak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Sedangkan rakyat sendiri sudah sedia maklum dengan bantahan yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan, terutama dikalangan pengikut – pengikut PKR terhadap dirinya selama ini.

Perkara itu kini bukan lagi menjadi menjadi satu Rahsia. Tetapi sebaliknya, ia sudah menjadi pengetahuan umum yang tersebar diseluruh pelusuk dunia. Pun dia cuba nak menafikannya?

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu tampil secara jujur dan mengakui bahawa kehadiran dia telah membangkitkan rasa kurang senang dikalangan pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu.

Seperti mana dia mengakui kesilapan dan kegagalan dia sewaktu menjadi Perdana Menteri dihadapan penyokong Pakatan Haprak tu sebelum ini, jadi tak salah jika dia buat benda yang sama. Tak payah la dia nak melalak dan menyalahkan orang lain tak tentu arah!!!




Source link

read more

GILIRAN PAN TITIWANGSA PULAK KENA KENCING!!! ~ SEMUT HITAM


Selepas PAN Johor dan Perak menyatakan rasa kecewa berhubung pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Haprak tu sebelum ini, kini giliran PAN Titiwangsa pula berbuat demikian.

Parti Ternakan DAPigs Bahagian itu mendakwa langsung tidak mendapat sebarang kerusi walaupun sudah melakukan gerak kerja secara konsisten sejak ianya ditubuhkan, dua tahun lalu.

Sumber sebuah portal berkata pihaknya amat berharap agar PAN Pusat boleh berbuat sesuatu dan sekurang – kurangnya mengusahakan agar PAN Titiwangsa mendapat paling kurang satu kerusi Parlimen.

“Kita lebih kepada rasa kecewa apabila tiada langsung kerusi Amanah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) kerana gerak kerja telah dilakukan sejak Aamanah Titiwangsa ini ditubuhkan lagi.

“Ideanya seperti pilihan raya umum ke-13, bertanding di Putrajaya dan Titiwangsa. Tetapi di Putrajaya kita dah bagi pada PPBM atas semangat setia kawan. Jadi sekurang-kurangnya kita (Amanah) dapat satu kerusi pun cukup iaitu di Titiwangsa,” kata sumber itu.

Dari satu sudut, kenyataan itu membuktikan bahawa pucuk pimpinan Pakatan tidak mengambil peduli segala kehendak dan kemahuan mereka yang berada diperingkat bawahan.

Malah, semua usaha yang telah dilakukan sebelum ini hanya dianggap sebagai Sampah semata – mata dan tidak memberi sebarang kesan yang siginfikan terhadap pucuk pimpinan.

Terdahulu PAN Johor dan Perak memboikot Konvensyen PH di IDCC, Shah Alam, semalam, berikutan membantah jumlah kerusi yang terlalu sedikit diberikan kepada partinya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAN mengarahkan supaya parti di peringkat negeri menghormati keputusanyang dibuat dan mahu mereka melihat ia dari konteks yang lebih besar.

Apa yang jelas, keputusan berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak itu menimbulkan rasa kurang senang bagi pimpinan bawahan yang sudah bertungkus lumus selama hari ini. Namun, segala usaha mereka itu tidak dihargai!!!




Source link

read more

APA PULAK FITNAH NURUL IZZAH TERHADAP KAK IJAT??? ~ SEMUT HITAM


Sebelum ini terdengar ura-ura kuat dari dalam lingkungan PKR sendiri, ketidakyakinan tentang kedudukan Nurul Izzah di Lembah Pantai kerana banyak perkara, termasuklah kegagalan dan ketidakfungsiannya selaku wakil rakyat di kawasan terbabit. 

Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiada suatu kebaikan pun yang dilakukan oleh Nurul Izzah terutama membabitkan kawasan-kawasan Melayu-Bumiputera yang sebelum dibangunkan perumahan pangsa, merupakan tapak perkampungan setinggan terbesar di Kuala Lumpur.

Rupa-rupanya Nurul Izzah mempunyai ego yang sama besar dengan bapanya, seorang penjenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara, tetapi masih mengaku dia adalah banduan politik. 

Ura-ura terdengar khabar, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil mungkin akan kembali bertanding di Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini dikatakan akan dipindahkan ke Permatang Pauh, cepat-cepat membuat kenyataan, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Lembah Pantai. Sebaliknya dia bertekad untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya 9 tahun lepas. 

Pada PRU-12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil dengan majoriti undi 2,895 undi dalam gelombang besar yang turut menyaksikan BN kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. 

Manakala pada PRU-13 pula, Nurul Izzah hampir tumbang setelah gagal sebagai wakil rakyat pada penggal pertamanya. Namun FITNAH yang dilakukannya ke atas calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik, berjaya membolehkan dia mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Ketika di mahkamah dalam proses saman fitnah oleh Raja Nong Chik selepas PRU-13, Nurul Izzah akhirnya mengaku dia menfitnah Raja Nong Chik untuk menang PRU. Untuk mengelakkan daripada membayar saman, Nurul Izzah membuat permohonan maaf di mahkamah terbuka.

Januari 2015, dalam saman fitnah NFCorp menentang Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui menfitnah Shahrizat Abdul Jalil ketika perbicaraan berjalan.

Bagaimanapun Nurul Izzah bernasib baik kerana yang menyamannya adalah NFCorp dan suami Shahrizat yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, bukannya Shahrizat.

Jadi, hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut dan Nurul Izzah terselamat sekalipun dia telah mengakui dia menfitnah Shahrizat.

Mungkin Nurul Izzah masih terkenangkan saat-saat manis dia mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dan yakin, orang ramai khususnya para pengundi di Lembah Pantai sudah melupakan segala fitnah dan ketidakpeduliannya kepada pengundi Lembah Pantai selama ini. Mungkin juga dia sangat yakin, dia boleh mencipta fitnah baru dan menipu lagi.




Source link

read more

LEPAS ROTI, IKAN PULAK JADI MODAL NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Dah pasrah dengan perjuangan untuk membebaskan bapanya dari penjara kerana dijatuhkan hukuman meliwat bekas pegawai peribadi sebelum ini membuatkan Si Nurul Izzah ni mula meroyan.

Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah tu pernah tampil dengan gimik mengedarkan roti kepada penduduk – penduduk didalam kawasan Parlimennya. Kali ini, ikan pulak jadi modal Politik dia.

Nampak gayanya, Si Nurul Izzah ni dah mula ketandusan idea untuk menarik perhatian rakyat sehingga terpaksa menjaja cerita pasal harga ikan kembong dilaman media sosial miliknya.

Tapi, bak kata sahabat blogger, Cucu Tok Selampit, Si Nurul Izzah ni menggambarkan seorang pemimpin yang Pemalas. Maka sebab itu dia bangkitkan isu tu dilaman media sosial.

Persoalannya, sejak bila pulak harga ikan kembong tu jadi penanda aras untuk dikaitkan dengan isu kenaikkan harga barang sedangkan ianya bukan makanan ruji rakyat di Malaysia?

Kenapa tidak Si Nurul Izzah turun ke padang dan bertemu sendiri dengan nelayan dan peraih ikan untuk bertanya secara lansung kepada mereka mengenai kenaikkan harga ikan tersebut? Kalau setakat duduk dirumah main handphone je, baik tak payah jadi wakil rakyat!!!




Source link

read more

MUSA HASSAN PULAK DIJADIKAN “KAMBING HITAM”??? ~ SEMUT HITAM


Ramesh Rao hari ini mempersoalkan jawapan Tun Mahathir yang mendakwa tidak terlibat dalam mengarahkan pihak Polis menyiasat salah laku seksual Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Dalam satu kenyataan media, Presiden PMSP itu juga turut bertanya sama ada bekas Perdana Menteri itu akan menyalahkan Tan Sri Musa Hassan yang menjadi Pegawai Penyiasat (IO) kes liwat berkenaan pada tahun 1998.

“Adakah Mahathir akan salahkan bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan dalam isu liwat terhadap Anwar? Sejak kebelakangan ini, Mahathir dilihat kerap salahkan orang lain,” kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Ramesh juga berkata dia curiga dengan jawapan Mahathir kerana sebagai Perdana Menteri pada masa itu, sudah ada ura-rua bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu cuba untuk menjatuhkan Mahathir.

Malah katanya, Si Ketua Penipu itu ada membuat perancangan untuk mencabar kedudukan Tun Mahathir dalam pemilihan UMNO dengan bertanding jawatan Presiden pada ketika itu.

Maka sudah pasti Tun Mahathir selaku seorang Presiden bimbang jawatan yang dipegang akan terlepas sekaligus memaksa dia untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, katanya.

“Mustahil Mahathir tidak memulakan sesuatu untuk menyiasat Anwar untuk digunakan menghalang rancangan Anwar menjatuhkannya kerana pada masa itu, sokongan kepada Anwar sudah semakin meningkat.

“Adakah Mahathir sengaja mahu lepas tangan di saat-saat PRU ke-14 semakin hampir dan mahu terlepas daripada dituduh sebagai dalang yang mula-mula arahkan Anwar disiasat untuk perbuatan meliwat,” kata Ramesh.

Ramesh juga turut memohon kepada Musa Hassan untuk memberikan maklum balas menjawab kenyataan Mahathir tentang perkara sebenarnya yang berlaku dalam hal siasatan kes liwat ini.

Dalam jawapan Mahathir dalam satu program bersama anak muda di Petaling Jaya itu Mahathir berkata beliau berfikir bahawa pihak polis yang cuba menjejaskan reputasi politik Anwar, dan beliau kata beliau tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.




Source link

read more

GUAN ENG MEROYAN PULAK TAK DAPAT BANTUAN!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Pandai pulak Si Lim Guan Eng ni berlakon kononnya Rejim DAPigs pimpinannya tak mendapat sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh zalim dan sebagainya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Lim Guan Eng tu mendakwa Kerajaan Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir.

“Selepas kunjungan beliau, beliau langsung tidak umumkan apa-apa untuk rakyat, baik dari segi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang, mahu pun bantuan secara langsung kepada mangsa banjir.

“Saya harap beliau dapat umum secepat mungkin kerana setakat ini, belum ada sebarang bantuan (daripada kerajaan Pusat) kepada Pulau Pinang. Kita semua masih tunggu,” katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Soalnya, salah siapa yang menyebabkan diorang tak dapat bantuan tersebut jika bukan salah mereka sendiri? Siapa suruh diorang berlagak sombong tak tentu arah sewaktu rakyat dilanda musibah?

Kalau tengok dari kenyataan salah seorang pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang tu sebelum ini, nampak sangat yang diorang tidak menghargai bantuan yang telah diberikan kepada mereka.

Salah satu contohnya ialah apabila pemimpin Rejim DAPigs itu dengan penuh rasa bongkak menyatakan bahawa mereka juga mampu untuk menyediakan bantuan sebanyak RM 150 juta.

Yang peliknya, kalau dah diorang mampu untuk menyediakan bantuan sebanyak itu, buat apa Si Lim Guan Eng tu merayu bantuan dari YAB Timbalan Perdana Menteri pada jam 3.30 pagi?

Tambah menghairankan ialah apabila orang yang sama membuat dakwaan kononnya mereka terpaksa tunggu 3 hari untuk tidur diatas tilam Najib Razak. Tidakkah itu sombong namanya?

Bahkan sebelum ini DAPigs cukup bangga apabila mereka mampu meraih kutipan derma sebanyak RM 5 juta untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Kalau dah mampu keluar belanja sebanyak itu, suruh la Lim Guan Eng tu beli tilam sendiri!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons