Kegagalan juruterbang aktifkan sistem pemanas punca nahas An-148 – penyiasat



MOSCOW: Kemalangan pesawat Rusia yang membunuh kesemua 71 penumpang dan kru dipercayai berpunca daripada kegagalan juruterbang mengaktifkan sistem pemanas menyebabkan data kelajuan pesawat tersebut gagal berfungsi.

Jawatankuasa Penerbangan Interstate pada Selasa berkata demikian selepas mengkaji dan meneliti perakam data penerbangan pesawat itu dan data daripada dua tolok kelajuan udara pesawat malang itu.

Petunjuk yang diperoleh jelas menunjukkan juruterbang gagal menghidupkan sistem pemanas untuk peralatan pengukuran tekanan pesawat sebelum berlepas.

Juruterbang berkenaan melakukan tetapan autopilot setelah berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di sini tetapi mengubah kawalan kepada manual apabila data kelajuan mulai tidak stabil.

Pesawat itu terhempas di sebuah padang bersalji enam minit selepas berlepas, membunuh kesemua 65 penumpang dan enam kru.

Sementara itu, beratus-ratus pekerja kecemasan meneruskan pencarian mayat mangsa dan serpihan pesawat.



Source link

read more

Doktor palsu punca 21 orang dijangkiti HIV



LUCKNOW: Seorang doktor palsu menyebabkan 21 orang dijangkiti HIV di sebuah kampung di bandar Lucknow, India setelah ‘merawat’ beberapa pesakit yang mengalami selsema, batuk dan cirit-birit.

Masalah ini berpunca apabila doktor palsu itu merawat menggunakan jarum suntikan yang tercemar.

Pegawai perubatan, Sushil Choudhury berkata polis sedang memburu suspek, Rajendra Yadav, yang dipercayai melarikan diri.

Menurut penduduk kampung, mereka tidak pernah melihat doktor itu menukar jarum semasa melakukan rawatan dan ini dipercayai mungkin menyebabkan jangkitan virus HIV.

Ramai warga India beralih mendapatkan perkhidmatan doktor palsu susulan masalah kekurangan doktor.

Doktor palsu juga mengenakan bayaran yang murah.

Masalah kekurangan doktor dan hospital besar di India juga menyebabkan kos perubatan menjadi mahal.

Statistik UNAIDS menyatakan India mempunyai 2.1 juta penghidap HIV pada akhir tahun 2016.



Source link

read more

Perselisihan faham punca kereta dibakar


KUALA KANGSAR 06 FEBRUARI 2018. Keadaan parkir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan tiga kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kenderaan awam yang terbakar awal pagi tadi. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

MO, 6/2/2018, KUALA KANGSAR: Ketidakpuasan hati berhubung tindakan penguatkuasaan dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai punca lima kenderaan termasuk tiga kenderaan jabatan itu yang diparkir di kawasan parkir Stesen Penguatkuasaan JPJ Timbang Lori di sini, dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner, Ahmad Termizi Abd Haq, berkata siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham membabitkan beberapa individu yang dikenakan tindakan oleh anggota JPJ sebelum ini.

Katanya, perselisihan faham itu menjadi petunjuk utama siasatan selepas siasatan di lokasi kejadian menemui pagar yang dipotong dipercayai dilakukan lebih daripada seorang individu.

“Polis percaya kebakaran ini bukan kebakaran biasa dan ia dipercayai angkara khianat selepas kami menemui kesan pagar dipotong di bahagian tepi kawasan pejabat.

“Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan perselisihan faham sebelum ini menjadi petunjuk utama siasatan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Ahmad Termizi berkata, kawasan pejabat JPJ itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman CCTV akan diambil polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, terdapat seorang pengawal berada di balai pengawal yang terletak di pintu pagar utama jabatan itu ketika kejadian manakala lokasi berlaku kejadian adalah di bahagian tepi sebelah kiri.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, berkata pihaknya turut meminta bantuan Unit Pengesan (K9) Bomba dari Klang, Selangor dan setakat ini siasatan di tempat kejadian belum menemui sebarang bahan bukti.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi tadi, tiga kenderaan JPJ membabitkan dua jenis Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger hangus terbakar 90 peratus manakala dua kenderaan awam jenis Volvo terbakar 70 peratus.



Source link

read more

Asap tebal dikesan dari stesen MRT Singapura punca sedang disiasat – Laporan



SINGAPURA: Asap tebal dilaporkan menyelubungi stesen keretapi MRT Singapura pada petang tadi.

Dalam satu kenyataan media, Naib Presiden Komunikasi Korporat SMRT, Margaret Teo memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung punca asap tebal itu.

Kawasan sekitar eskalator stesen terbabit telah ditutup dan laluan bawah tanah ke stesen berikutnya juga ditutup demi keselamatan pengguna.

Teo bagaimanapun berkata laluan Utara-Selatan tidak terjejas.

Menurut laporan Channel NewsAsia (CNA) seorang saksi wanita berkata dia melihat asap tebal keluar dari kawasan eskalator sekitar jam 1.30 hingga 2 petang.

Kejadian kemudiannya dimaklumkan kepada pihak pengendali.

Jentera bomba dari Pasukan Pertahanan Awam turut dapat dilihat di sekitar stesen terbabit.



Source link

read more

Salah laluan punca dua gerabak kereta api bertembung


SOUTH CAROLINA: Kereta api penumpang Amtrak berada pada laluan yang salah menyebabkan ia berlanggar dengan kereta api kargo.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Robert Sumwalt dalam kenyataan berkata gerabak Amtrak itu sepatutnya berjalan terus selepas melewati sebuah rel kereta api, namun telah dilencongkan ke laluan kereta api kargo menyebabkan ia bertembung dan mencederakan lebih 110 penumpang.

Nahas turut menyaksikan konduktor kereta api dan juruteranya terkorban.

BACA: Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera

Nahas keretapi itu turut menyebabkan konduktor keretapi serta juruteranya terkorban. Foto: AP

Kata Sumwalt, suis pada Amtrak telah dikunci untuk laluan yang sama iaitu prosedur biasa apabila jurutera kereta api secara manual mengalihkan laluan.

“Atas sebab apa pun, suis itu, seperti yang mereka katakan dalam industri kereta api, ‘berbaris dan terkunci’ yang pada asasnya bermaksud ia diselaraskan untuk laluan sama dan turun ke bawah untuk menukar laluan,” jelasnya dalam satu sidang media yang diadakan.

Bagaimanapun, siasatan akan teruskan bagi mencari punca perubahan kedudukan suis berkenaan.

Mengulas lanjut, Sumwalt berkata, kawalan kereta api yang baik akan dapat menghalang kemalangan seumpama ini daripada berulang.

Beliau merujuk kepada sistem brek keselamatan elektronik yang dipasang pada kereta api di negara itu menjelang akhir tahun ini.

“Sistem kawalan operasi yang mantap akan dapat mengelakkan kemalangan seperti ini dan itu tujuan sistem ini dibuat,” tambahnya lagi.

Sidang media oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara memaklumkan,gerabak Amtrak tersalah laluan menyebabkannnya bertembung dengan keretapi kargo. Foto: AP

Beliau turut memberitahu pasukannya ke Washington bagi meneliti semula rakaman video daripada kereta api Amtrak untuk mencari bukti kukuh punca nahas berkenaan berlaku.

Pihaknya dijangka memberitahu perkembangan terbaharu pada Selasa berhubung kemalangan tersebut.

Pasukan kecemasan berada di lokasi nahas bagi menjalankan operasi menyelamat mangs aterlibat. Foto: Reuters



Source link

read more

Serangan Macerata Sikap perkauman melampau punca Luca mengamuk – polis



MACERATA: Seorang pelampau berhaluan kanan, Luca Traini, 28 tahun, yang mengamuk dan menembak secara rambang terhadap warga Afrika di Itali masih ditahan untuk siasatan.

Menurut polis Itali, tindakan lelaki tersebut yang mengamuk dan mencederakan enam warga Afrika itu adalah dalam keadaan sedar dan dipengaruhi oleh sikap perkauman yang melampau.

Luca telah melakukan beberapa siri serangan di sekitar bandar Macerata.

BACA: Enam cedera dalam insiden tembakan rambang di Itali

Rakaman kamera litar tertutup juga menunjukkan dia telah melakukan serangan di sebuah bar.

Rakaman itu menunjukkan sebuah kereta yang dipercayai dinaiki oleh Luca berhenti di hadapan bar tersebut sebelum beberapa das tembakan dilepaskan.

Menurut laporan, mangsa yang cedera dalam insiden amukan Luca berusia di antara 22 dan 33 tahun dan berasal dari Ghana, Gambia, Nigeria dan Mali.



Source link

read more

Kuat cemburu punca Amira Othman elak bercinta dengan rakan artis



PENYANYI Amira Othman mengakui mahu mengelakkan diri daripada bercinta sesama rakan artis.

Menurut Amira, 25, sikap cemburu yang ada pada dirinya membuatkan dia lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang tidak terlibat dalam bidang seni.

“Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

“Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri.

“Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni  dan buat masa sekarang saya masih berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

“Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat,” katanya kepada Astro Gempak.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mimpi Indah merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.



Source link

read more

Vaksin denggi mungkin jadi punca kematian tiga kanak-kanak di Filipina



MANILA: Filipina mendedahkan vaksin anti-denggi yang dikenali sebagai Dengvaxia mungkin ada kaitan dengan tiga kematian terbaharu di negara itu.

Menurut siasatan yang dijalankan kerajaan mendapati vaksin terbabit masih belum boleh digunakan sepenuhnya bagi menangani virus denggi.

Kementerian Kesihatan Filipina telah menghentikan imunisasi Dengvaxia bermula November tahun lalu.

Susulan itu kerajaan telah membentuk kumpulan 10 ahli panel untuk menentukan sama ada vaksin atau dadah tersebut berkait secara langsung atau tidak dengan kematian 14 kanak-kanak.

“Tiga kes didapati mempunyai kaitan sebab mereka meninggal dunia akibat denggi walaupun mereka diberi Dengvaxia.

“Dua daripadanya mungkin mati akibat kegagalan vaksin,” jelas Setiausaha Kementerian Kesihatan, Enrique Domingo.

Sebelum ini syarikat farmaseutikal terkemuka dunia Sanofi yang berpangkalan di Perancis pada November mendedahkan vaksin denggi terbabit berisiko meningkatkan gejala kepada pesakit.

Namun pada 2016 terdapat lebih 800,000 kanak-kanak di Filipina telah diberikan vaksin terbabit.

Menurut rekod yang dikeluarkan kadar kematian akibat denggi di Filipina adalah 60 kali ganda lebih tinggi daripada kadar global.



Source link

read more

SIAPA PUNCA KEMPEN #UNDIROSAK??? ~ SEMUT HITAM


Itu persoalannya. Adakah kempen #UndiRosak itu dibuat kerana rakyat tak suka pada Datuk Seri Najib? Kot kalau sebelum ini pun, puak pembangkang tak buat kempen sedemikian.

Begitu juga dengan orang Barisan Nasional. Walaupun diorang tak suka pada Si Ketua Penipu tu kerana perangai Haramjadah yang ditonjolkan, tapi takde pulak diorang buat kempen tersebut.

Tapi kenapa hari ini, kempen #UndiRosak tu diwujudkan? Dan kempen itu dimulakan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri dan bukannya dari dikalangan penyokong Barisan Nasional.

Soalnya sekarang, kenapa kempen #UndiRosak itu diadakan? Adakah kempen itu dibuat untuk menyatakan bantahan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri? Jawapannya TIDAK!

Adakah kempen itu digerakkan demi membuktikan bahawa Barisan Nasional menolak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs? Juga jawapan yang diberikan adalah TIDAK!

Sebaliknya, kempen #UndiRosak itu wujud kerana puak Pakatan Haprak tu nak menzahirkan rasa kurang senang serta ketidak-puasan hati mereka terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Itu hakikatnya! Itu realiti yang perlu diterima oleh gabungan Pakatan Haprak tu! Penyokong mereka sendiri tidak menerima kehadiran Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Pokok pangkalnya, kempen #UndiRosak itu merupakan satu manifestasi pengikut – pengikut Pakatan Haprak yang menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan.

Mesejnya cukup jelas, terang dan nyata. Malahan Tun Mahathir sendiri perlu menerima hakikat bahawa pengikut puak Pakatan Haprak tu tidak mahu dia menjadi pemimpin mereka secara terbuka. Maka sebab itu diorang lancarkan kempen #UndiRosak tu!!!




Source link

read more

Tun M punca sebenar Kelantan mundur


KUALA KRAI –  Semasa menjadi Perdana Menteri,  Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan orang yang selalu menghalang arus pembangunan ke Kelantan atas alasan rakyat di negeri itu ramai tidak menyokongnya.

Itu pendedahan Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad sambil mendakwa Mahathir mengamalkan konsep ‘siapa tidak sokong, tak dapat apa-apa’.

Katanya, perkara itu tidak dilakukan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan kini disambung pula oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Zaman Pak Lah (Tun Abdullah), beliau memperkenalkan projek pembangunan untuk rakyat Kelantan melalui Koridor Pantai Timur. Tapi, beliau tidak lama pegang jawatan (Perdana Menteri) kerana diganggu oleh Mahathir.

“Apabila diganti oleh Najib, beliau mengumumkan rasa kasih dan sayangnya kepada rakyat Kelantan dan berjanji akan membantu negeri ini dengan pelbagai projek pembangunan. Tapi, apa yang dilakukan ini kurang disenangi oleh Mahathir.

“Semua perkara beliau (Mahathir) tidak suka apa yang Pak Lah dan Najib buat. Inilah perangai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kalau tuan-tuan (rakyat Kelantan) nak tahu,” katanya pada Ceramah Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai malam tadi.

Md. Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata, Najib sayang kepada rakyat Kelantan bukan kerana mahu membodek menjelang pilihan raya tetapi memang keluarga bekas isterinya dari negeri itu.

Katanya, sebelum memegang jawatan nombor dua kerajaan,  Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri yang mana ketika itu sesiapa sahaja menentangnya akan disumbat dalam penjara.

“Selebihnya tuan-tuan nilailah sendiri. Saya nak tuan-tuan berfikir dengan kata-kata saya ini,” katanya. -theRakyat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons