Deftech Aviation raih kontrak RM18j bekal alat ganti Cessna PDRM


KUALA LUMPUR – DEFTECH Aviation Sdn.Bhd (Deftech Aviation) DEFTECH Aviation meraih kontrak Kementerian Pertahanan bernilai RM18 juta pembekalan alat ganti untuk pesawat Cessna milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) unit udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ia merupakan penyambungan kontrak terdahulu bertempoh tiga tahun yang tamat pada 15 Mac 2018.

Penyambungan kontrak baharu ini adalah bertempoh dua tahun sehingga 15 Mac 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Lt. Kol (K) Datuk Amril Samsudin berkata, pemeteraian penyambungan kontrak itu menunjukkan komitmen kumpulan itu untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang dan sokongan kepada PDRM terhadap usaha menjamin keamanan negara.

“Deftech Aviation terletak di Batu Berendam, Melaka adalah pusat khidmat yang telah diiktiraf untuk pesawat Cessna dan berkhidmat untuk operator pesawat di Malaysia, Singapura dan Indonesia sejak bertahun lama,” katanya.

Beliau berkata dimikian pada majlis pemeteraian kontrak itu yang disaksikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharom.

Deftech Aviation diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar bersama Pengerusi DRB-HICOM, Datuk Mohammad Zainal Shaari.

Deftech Aviation merupakan anak syarikat DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd.

Deftech Aviation dilengkapi dengan kekuatan dan pengetahuan dalam teknologi komposit dan merevolusikan perniagaannya kepada hab Penyelenggaraan, Membaiki dan Membaik Pulih (MRO) komposit aeroangkasa terkini.

Deftech Aviation menyediakan kerja-kerja membaiki bahan komposit dan perkhidmatan MRO untuk
pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 2011.

Menurut Amril, Deftech Aviation terus mengukuhkan keupayaannya dalam industri selaras dengan inisiatif Pelan Induk Pembangunan Aeroangkasa 2030 oleh kerajaan yang menyasarkan penguasaan 5 peratus pasaran global industri MRO. – theRakyat



Source link

read more

Politik kebencian hanya strategi pembangkang raih sokongan


BENTONG 15 APRIL 2018. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sidang media pada Perasmian NBOS Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang. NSTP/ NURUL SHAFINA JEMENON

MO, 15/4/2018, BENTONG: Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pembangkang yang terus berusaha menanam benih kebencian terhadap kerajaan, semata-mata mahu meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika membuat gesaan itu, berkata rakyat sendiri boleh menilai sikap pembangkang yang pentingkan diri dengan mempergunakan rakyat demi merebut kuasa.

Katanya, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dengan memikirkan pelbagai agenda untuk pembangunan negara.

“Pembangkang tiada rekod perkhidmatan, tak ada apa yang hendak ditunjukkan kepada rakyat sebab itu gunakan kebencian, hasad dengki demi meraih undi.

“Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan berita palsu yang dibawa oleh mereka. Apa yang penting sekarang adalah bagi tempoh lima tahun akan datang, BN ada agenda pembangunan, transformasi dan kita perlukan sokongan rakyat untuk menjayakannya,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Pengarah Unit Strategi Nasional (NSU) Kementerian Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bawah NBOS adalah salah satu inisitif yang berjaya serta membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar satu bangunan.

“UTC amat berjaya di setiap kawasan yang dibangunkan kemudahan itu. Bagi penduduk Bentong, saya sudah membuat permohonan untuk membina mini UTC di sini kerana mempunyai masa depan yang cerah kerana kita sudah ada produk pelancongan.

“Bagaimanapun, ia masih dalam proses untuk mendapat kelulusan dan saya berharap ia akan dapat dilaksanakan berikutan ada banyak permintaan dari rakyat,” katanya.



Source link

read more

Skuad hoki raih tiga mata berharga – Hoki


GOLD COAST 7 April – Skuad hoki lelaki negara bangkit merebut tiga mata pertama apabila menang 3-0 keatas Wales dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, hari ini.

Ternyata kekalahan pada aksi pembukaan kepada England tidak mematahkan semangat skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen untuk menjaringkan tiga gol dalam perlawanan di Stadium Hoki Gold Coast, pagi tadi.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Fitri Saari melalui pukulan penalti stroke pada minit ke-19, Joel Van Huizen (min. 36 pc) dan Faizal Saari (min. 55).

Malaysia yang berada dikedudukan ke-12 dunia akan bertemu pasukan keenam dunia, India dan Pakistan (no. 13) pada 10 dan 11 April ini. – BERNAMA



Source link

read more

Dua konsortium raih tender PDP HSR – Ekonomi


KUALA LUMPUR 5 April – Konsortium Malaysian Resources Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MRCB-Gamuda) memperoleh tender sebagai Rakan Kongsi Penyam­paian Projek (PDP) bagi kerja-kerja awam untuk projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp.), Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal, kedua-dua syarikat itu akan membina jajaran bagi bahagian utara projek rel tersebut.

Katanya, dalam masa sama konsortium Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd.- TH Properties Sdn. Bhd. (YTL-THP) yang juga meraih tender tersebut akan membangunkan jajaran di bahagian selatan.

“Kontrak-kontrak berkenaan akan diberikan apabila ia mencapai rundingan yang memuaskan antara MyHSR Corp. bersama kedua-dua konsortium ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PDP bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan memenuhi keperluan kerja-kerja awam bagi projek tersebut mengikut jadual dan kos yang dipersetujui. Malah, syarikat terbabit juga perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan perancangan, pembinaan, pengujian dan fasa pelaksanaan.

Tender PDP dibuka pada 22 November 2017 dan dijalankan secara terbuka oleh MyHSR Corp.

Mohd. Nur Ismal berkata, PDP akan menggabungkan kedua-dua kepakaran tempatan dan antarabangsa melalui pengalaman mereka dalam membangunkan projek rel di negara ini dan kerjasama dengan pakar kereta api berkelajuan tinggi.

“Dengan kerjasama bersama konsortium ini, kita berharap dapat mencontohi kejayaan projek ikonik negara sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mahathir akui tol tidak akan dimansuh, manifesto raih populariti semata-mata


SEKALI lagi Mahathir buat “u turn” tentang manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times, Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.

“Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.

“Saya katakan, kita perlu mengekalkan jalan bertol. Anda perlu membina lebih banyak jalan kalau hapus tol. Di manakah kerajaan hendak cari wang untuk mengawal selia jalan ini dengan sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini, ” kata Mahathir kepada akhbar Sunday Times, Singapura semalam.

Maknanya janji hapuskan tol hanya janji untuk raih populariti semata mata sahaja. Tidak berniat pun hendak buat apa yang dijanjikan. Mahathir dalam sejarahnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan kutipan di satu tol iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Pada 8 Mac lepas, baru sahaja lancar manifesto di Shah Alam janji hendak mansuhkan tol dan sebagainya. Kemudian, tidak sampai sebulan sudah tukar pula kenyataan kata susah pula hendak mansuhkan tol.

Ini bukan kali pertama Mahathir berkata janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang tidak akan dipenuhi mereka jika mereka dapat Putrajaya. Pada 20 Februari 2018, Mahathir ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor menyatakan ;

“Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan. Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.

“Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi,” kata Mahathir.

Mahathir pun akui duit tidak cukup untuk tunaikan semua janji yang pembangkang buat. Ini selari dengan apa yang sudah diulas sebelum ini bahawa negara ini akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika mengikut semua janji yang dibuat pembangkang.

Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Apa yang diperkatakan ini akhirnya Mahathir akui sendiri dalam temubual dengan akhbar Singapura itu. Kerajaan tidak ada duit untuk kawal selia lebuhraya kalau mansuhkan tol.

Pada 10 Januari 2018, Mahathir sendiri sudah akui bahawa kadar tol di Malaysia adalah yang paling murah di dunia dalam satu sesi bual bicara di facebooknya.

“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah. Ketika saya di negara Jepun, saya dapati bahawa satu jambatan (mengenakan) bayaran sebanyak RM270 sehala” kata Mahathir.

Sudah terbukti sekarang, Mahathir pun sudah mengakui bahawa semua manifesto dan janji janji yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah bersifat populis sahaja. Tidak akan ditunaikan pun oleh mereka.

Jadi, tiada apa yang akan berubah kalau negara ini diperintah oleh pembangkang dalam masa 100 hari, 2 tahun atau 10 tahun. Malah akan jadi lebih teruk kerana negara kekurangan hasil. Boleh jadi bankrup dan negara gagal seperti yang disebut sebut Mahathir dan Kit Siang.

Samalah juga apa yang pembangkang janji dahulu di Pulau Pinang dan Selangor, selepas 10 tahun, apa yang dijanji tidak dibuat pun.

Hari ini, Selangor dengan skandal rasuah tanah Ijok, krisis air dan pelbagai isu isu rakyat. Pulau Pinang pula diselubungi skandal rasuah Guan Eng, banjir yang lebih seratus kali dan tanah runtuh. Apa lagi harapan yang ada pada DAP dan PKR?

Tiada apa apa harapan pun yang akan dibawa kerana yang dijanji itu semuanya tipu belaka. Bakal Perdana Menteri dia pun sudah mengaku tidak mahu hapus tol dan janji itu bersifat populis sahaja.

Jadi hendak harap apa lagi pada Pakatan Harapan? Jangan percayalah dengan pakatan yang tidak boleh diharap ini.

Beruang Biru
BB837, Isnin
26 Mac 2018



Source link

read more

Menangis pun merdu – Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan



PENYANYI popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram. Entri yang dimuat naik awal pagi ini turut memaparkan pakaian pertama bayinya dan video tersebut menarik perhatian peminat.

BACA: Siti Nurhaliza kongsi gambar bersama puteri sulung
 



Source link

read more