Kerana nak kaya lelaki sanggup gali kubur rakan curi tali pocong



MISTERI sebuah kubur yang dikorek akhirnya terungkai selepas polis Indonesia menahan seorang lelaki di Ciputan, Tanggerang, Indonesia.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah menyelongkar kubur rakan karibnya sendiri semata-mata untuk mengambil tali pocong atau tali kain kafan.

Muhammad  Irpan, 34, percaya dengan memiliki tali kafan itu rezekinya akan melimpah-ruah.

Memetik laporan portal berita Detiknews, Irpan yang bekerja sebagai pemandu van penumpang dan rakan baiknya Suhendra hidup bergelandangan sejak empat bulan lalu dan menumpang teduh di masjid.

Bagaimanapun Suhendra meninggal dunia pada 28 Disember 2017 dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan masjid itu.

Namun beberapa hari kemudian penduduk gempar apabila mendapati kubur berkenaan diselongkar.

Tambah mengejutkan empat tali yang mengikat kafan jenazah didapati hilang.

Irpan yang ditahan pada 6 Januari lalu mengaku melakukan perbuatan itu.

Jelasnya lagi, dengan hanya menggunakan tangan dan sebatang kayu dia mula menggali kubur berkenaan pada jam 12 tengah malam dan mengambil masa tiga jam bagi mendapatkan apa yang dihajatinya.

Bagaimanapun tali pocong berkenaan tiada lagi padanya kerana telah dibuang ke sungai.

Dalam keterangannya kepada polis, Irpan menyatakan dia membuang tali kafan itu kerana ia tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Jelas Irpan ketika membawa tali berkenaan, dia gagal mendapatkan walau seorang pun penumpang.

Berang dengan keadaan itu dia bertindak membuang tali kafan itu ke sungai.

Rabu lalu, Kesemua tali kafan yang dibungkus dalam plastik hitam itu ditemui di dalam Sungai Pessangrahan, 750 meter dari lokasi ia dibuang.

Irpan bakal berdepan hukuman penjara maksimum setahun empat bulan atas perbuatannya itu



Source link

read more

Ugut letupkan rakan kongsi dengan bom tangan


KUALA LUMPUR: Gara-gara bimbang syarikat diisytihar muflis, seorang lelaki bertindak mengugut rakan kongsinya untuk meletupkan mereka berdua menggunakan bom tangan.

Suspek bagaimanapun ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung ugutan berkenaan.

Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan itu di sebuah kondominuim dekat Jalan Kuchai Lama, di sini hasil risikan anggota polis.

Polis turut merampas sebuah objek dipercayai bom tangan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata, polis belum memastikan sama ada bom tersebut palsu ataupun tidak.

“Bom itu pun kita belum pasti lagi sama ada bom palsu ataupun tidak dan kita sedang menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, untuk makluman semasa kejadian kita dah tutup semua blok (kondominium) ini supaya jangan ambil risiko. Jadi sekarang ini unit bom dan unit K9 sudah memeriksa kawasan tersebut dan ia didapati selamat,” katanya.

Objek dipercayai bom tangan itu ditemui tertanam di perkarangan kondominum terbabit.

Setakat ini, motif sebenar masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api.

Bagaimanapun, polis menolak andaian ia membabitkan kegiatan pengganas.



Source link

read more

Rakan artis beri sokongan buat Farid dan Diana – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Selepas beberapa hari mendiamkan diri di laman sosial, pelakon Datin Diana Danielle kini mula berkongsi rasa hati di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun tidak tahu makna sebenar perkongsian itu memandangkan tiada kapsyen yang ditulis.

“Balance” dan “Growth” adalah dua gambar yang dimuat naik Diana sejak 13 jam lalu.

Sebelum itu Diana terus diburu media selepas suaminya Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan Fadzil Zahari yang juga adik Farid, dia memberitahu, kemungkinan abangnya itu berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat berjumpa dengan dua orang anaknya.

Diana bagaimanapun menyangkal kenyataan tersebut dan memberitahu kenyataan adik iparnya itu sama sekali tidak benar.

Sementara itu ketika netizen terus ‘membelasah’ Farid nampaknya rakan artis lain memberi sokongan buat pasangan tersebut.

Menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Instagram selebriti seperti Fizo Omar, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain memuat naik gambar Farid dan Diana, mereka juga turut meminta peminat agar mendoakan semoga keluarga ini kuat dalam mengharungi dugaan yang sedang dihadapi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MAHB bincang dengan 10 pihak berpotensi sebagai rakan ISG


KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses perbincangan dengan 10 pihak yang berpotensi sebagai rakan dalam pemilikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG).

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pengendali lapangan terbang itu yang berminat untuk mengekalkan pemilikan majoriti ISG dalam jangka masa pendek, telah mewujudkan nilai penting dalam lapangan terbang berkenaan.

Ini, katanya, telah mengundang minat banyak pihak berikutan kesukaran mendapatkan aset berkualiti di luar negara.

“Tambahan pula MAHB merupakan sebuah syarikat antarabangsa dengan reputasi yang baik di peringkat perniagaan. Oleh itu, ramai yang berasa selesa untuk menjalankan perniagaan dengan kami,” katanya pada taklimat media mengenai Perkembangan Perniagaan dan Prospek 2018 MAHB di sini, hari ini.

ISG mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM47.3 juta bagi suku ketiga tahun lepas namun Badlisham menjangkakan lapangan terbang itu akan mencatat semula keuntungannya pada tahun kewangan 2018.

Mengulas impak caj perkhidmatan penumpang (PSC), beliau berkata caj lebih tinggi pernah dikenakan tetapi terbukti tidak memberi kesan ketara terhadap permintaan perjalanan udara berikutan kadarnya yang rendah.

“Malah, kadar di sini adalah terendah di rantau ini. Walaupun berlaku kenaikan PSC antarabangsa pada tahun lepas, sektor itu sebaliknya mencatatkan peningkatan sebanyak 14 peratus.

“Kami sedia maklum mengenai sensitiviti membabitkan soal ini kerana siapa pun tidak sanggup berbelanja lebih, terutama bagi perjalanan domestik. Kerajaan juga sedaya upaya memastikan kadar itu rendah,” katanya.

Selain itu, MAHB mengunjurkan perbelanjaan modalnya akan meningkat sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga tahun berikutnya sejajar usaha menambah baik, mengekalkan serta pengubahsuaian 10 lapangan terbang dalam rangkaiannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana butiran sebenar akan dinyatakan dalam pengumuman keputusan kewangan syarikat bagi 2017.

Pada taklimat itu, Badlisham berkata MAHB akan memperuntukkan sejumlah RM52.5 juta tahun ini bagi tujuan penambahbaikan kemudahan dan pengubahsuaian enam lapangan terbang kecil (STOLports), termasuk pelaburan kira-kira RM42.1 juta untuk lapangan terbang di Sarawak. — Bernama



Source link

read more

Bedak punya hal peniaga online kelar leher rakan hingga hampir putus



MALANG: SEORANG remaja berusia 16 tahun di Indonesia maut selepas cedera parah akibat dikelar kenalannya, pada Jumaat.

Fena Selinda Rismawati, yang berasal dari sebuah perkampungan di Jawa Timur, ditemui penduduk kampung dengan kesan kelar di leher dan badan.

Ketika ditemui, Fena yang masih hidup sempat memberitahu saksi dia diserang oleh rakannya.

Fena dikejarkan ke hospital berdekatan, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Laporan media tempatan menyebut suspek Nadia Fegi Madona, 18 tahun, merupakan teman sepermainan Fena sejak kecil.


YouTube Liputan6

Mereka dikatakan bertelingkah selepas satu urusan jual beli bedak antara kedua-dua mereka, pada Khamis.

Fena yang tidak berpuas hati selepas bedak yang dibeli itu tidak seperti yang ditempah, bersemuka dengan Nadia dan merendahkan kualiti bedak yang dijualnya.

Keesokan harinya, suspek membawa mangsa keluar dengan mahu ‘lepak bersama’, namun sebenarnya membawa suspek ke satu kawasan hutan.

Satu pergaduhan tercetus dan suspek bertindak mengelar mangsa hingga lehernya hampir putus.

Kes ketika ini masih disiasat polis dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.



Source link

read more

Lelaki tembak diri sendiri selepas tembak dua rakan sekerja



CALIFORNIA: Seorang lelaki menembak dirinya sendiri selepas menembak dua rakan sekerjanya di sebuah pejabat peguam di California Selatan.

Polis Long Beach mengesahkan suspek dan seorang mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi bergegas ke hospital sambil menggunakan kenderaan sendiri.

Mangsa cedera terbabit kini dalam keadaan stabil.

Melalui rakaman video amatur menunjukkan orang ramai yang berada di bangunan terbabit bergegas keluar sejurus mendengar bunyi tembakan yang berlaku sekitar jam 2.25 petang Jumaat.

Hasil pemeriksaan lanjut di bangunan terbabit mendapati tiada mangsa lain yang terlibat.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai keganasan di tempat kerja melibatkan senjata api dan polis masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar serangan dilakukan suspek.



Source link

read more

Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung



PEKAN: Tindakan seorang pekerja mahu menembak babi yang didakwa memusnahkan tanaman penduduk bertukar tragedi apabila tembakannya tersasar dan mengenai rakan sekampung.

Tembakan itu mencederakan dua lelaki yang berada berdekatan kawasan itu bagi melihat pekerja tersebut menembak haiwan itu menggunakan senapang jenis semi auto Benelli milik bapanya.

Kejadian berlaku jam 5 petang pada Selasa, di Kampung Permatang Pauh di sini, menyaksikan kedua-dua mangsa, berusia 45 dan 46 tahun, terkena peluru penabur di bahagian leher dan bahu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.30 petang yang memaklumkan dua lelaki yang cedera itu telah dibawa ke Hospital Pekan.

Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 43 tahun pergi ke hutan berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk menembak babi tanpa pengetahuan bapanya.

Dua lagi rakan suspek yang berada di kawasan lain bergegas ke lokasi kejadian selepas terdengar bunyi tembakan sebelum ternampak dua mangsa terbaring di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

“Ekoran daripada kejadian ini, hasil siasatan, polis berjaya membuat tiga tangkapan. Salah seorangnya ialah suspek utama yang telah direman mulai 27 Disember hingga 2 Jan 2018.

“Manakala dua lagi rakannya yang berusia 68 dan 53 tahun dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya sambil menambah, selaras senapang patah bersama empat butir peluru turut dirampas. 

Bercakap pada satu sidang media di sini, hari ini, Amran berkata, suspek utama yang tinggal di kampung sama ditahan pada kira-kira 7 petang Selasa.

Kedua-dua mangsa yang kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dilaporkan stabil dan serpihan peluru berkenaan juga sudah dikeluarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 (a) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.



Source link

read more

Pemuda tumpang tidur ditemukan rentung di rumah rakan – Nasional


BETONG 17 Dis. – Seorang pemuda ditemukan rentung di rumah rakannya yang terbakar di Kampung Hulu Spaoh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, mangsa, Saiful Johari, 25, ditemukan rentung dalam sebuah bilik difahamkan ketika menumpang tidur ekoran letih memotong rumput di rumah itu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menerima panggilan memaklumkan kebakaran tersebut pada pukul 5.21 petang tadi.

Katanya, seramai enam anggota diketuai Ketua BBP Betong, James Whelan bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 32 kilometer (km) dan tiba setengah jam kemudian.

“Setibanya di lokasi, api telah marak yang membakar hampir 90 peratus rumah kayu itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.50 petang. Pemeriksaan lanjut menemukan seorang mangsa yang rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, mayat mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Penghuni yang lain seramai tiga orang berusia 11 hingga 36 tahun terselamat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rakan anak dakwa jadi mangsa gangguan seksual Dustin Hoffman



SEMAKIN ramai wanita yang tampil membuat pengakuan menjadi mangsa gangguan seksual pelakon veteran Hollywood Dustin Hoffman.

Terbaharu, seorang penulis drama mendedahkan Hoffman bertindak menunjukkan alat sulitnya dalam kejadian di sebuah bilik hotel di New York pada tahun 1980.

Cori Thomas membuat pendedahan itu kepada majalah The Variety dan mengesahkannya kepada agensi berita The Associated Press menerusi satu kiriman emel.

Thomas yang ketika itu berusia 16 tahun merupakan rakan sekelas kepada anak gadis Hoffman.

Mengimbau pengalaman hitam itu, Thomas memberitahu Hoffman menjemputnya ke bilik hotel sementara menunggu kedatangan ibunya selepas selesai makan malam bersama rakan-rakannya.

Sebaik anaknya meninggalkan bilik hotel, pelakon itu masuk ke bilik air untuk mandi sebelum keluar dengan hanya bertuala sebelum bertindak melucutkannya di hadapan Thomas.

Hoffman kemudian menyarungkan jubah tidur dan meminta Thomas untuk mengurut kakinya sebelum berulang kali bertanya kepada gadis itu adakah dia mahu sekali lagi melihatnya dalam keadaan bogel.

The Variety dalam laporannya turut menyertakan pengakuan seorang lagi wanita Melissa Kester yang mendakwa pemenang anugerah Oscar itu menyeluk seluar dan merabanya dalam insiden di sebuah studio rakaman.

Insiden berlaku ketika Hoffman merakamkan muzik bagi filerm “Ishtar” dan ia hanya berlaku di belakang dinding yang memisahkan mereka dengan beberapa orang lagi, termasuk teman lelaki Kester.

Sebelum ini, pelakon Anna Graham Hunter menuduh pelakon berusia 80 tahun ini pernah meramas payu daranya dan membuat kenyataan tidak senonoh terhadapnya ketika dia berusia 17 tahun.

Kejadian pada tahun 1985 itu berlaku ketika dia menjalani latihan amali di set penggambaran filem televisyen “Death of a Salesman”.

Hoffman dalam kenyataan balasnya memohon maaf atas perlakuannya namun mahu orang ramai tahu insiden itu tidak menggambarkan dirinya yang sebenar.



Source link

read more

George Clooney balas budi 14 rakan karib dengan beri AS1 juta seorang



KUALA LUMPUR: George Clooney diakui sebagai antara bintang Hollywood yang paling berjaya ketika ini.

Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, pemenang dua anugerah Oscars itu turut cemerlang sebagai pengarah dan penerbit filem.

Namun ada sisi lain pelakon ini yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Clooney seorang sahabat sejati yang tidak lupa pengorbanan rakan-rakannya ketika mula bertapak dalam industri hiburan.

Rande Gerber berkongsi detik yang tidak terduga ketika menghadiri jamuan makan di rumah Clooney dalam program Headliners terbitan MSNBC.

Menurut suami kepada supermodel Cindy Crawford itu, dia hadir bersama 13 rakan lain yang dikenali antara mereka sebagai The Boys pada 27 September 2013 bagi memenuhi undangan pelakon Ocean’s Eleven itu.

Misteri beg hitam

Ketika memasuki kediaman Clooney, mereka melihat 14 beg bimbit  berwarna hitam berada di atas meja.

“Dengar, saya mahu kamu tahu betapa anda semua bermakna kepada saya dan kehidupan saya,” katanya.

“Saya tiba di LA dan pernah tidur di atas kerusi anda. Saya bernasib baik mengenali anda semua dan saya tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa anda. Sementara kita masih ada saya perlu balas budi baik anda. Jadi, sila buka beg bimbit masing-masing,” pinta Clooney kepada rakan-rakannya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sejumlah wang kertas AS$20 berjumlah AS$1 juta dolar dalam beg tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Clooney turut berjanji menjelaskan bayaran cukai rakan-rakannya itu.

“Saya tahu kita telah melalui detik sukar, malah ada antara kita yang masih berdepan dengannya. Anda tidak perlu lagi risau mengenai anak, persekolahan mereka dan hutang-hutang anda,” ujar Clooney.

Genap setahun selepas itu, Clooney mengahwini Amal Alamuddin pada 27 September 2014.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada Jun 2017.

BACA: George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons