China perkenal merit untuk rakyat bakal dihukum jika skor mata rendah



BEIJING: Menjelang tahun 2020, Kerajaan China bercadang melaksanakan pemberian merit kepada 1.4 bilion rakyatnya bergantung kepada keperibadian dan tingkah laku mereka.

Memetik laporan CBS News, setakat ini, hampir 11 juta rakyatnya dilarang menggunakan kapal terbang manakala empat juta lagi dilarang menggunakan perkhidmatan kereta api atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Objektif program yang bakal dilaksanakan itu diharap mampu mendidik rakyat republik itu supaya berkelakuan baik dan menanam sikap amanah.

Skor mata akan diberikan berlandaskan waktu pembayaran cukai sama ada tepat pada masa atau lewat, bagaimana cara seseorang individu melintas jalan, merokok di tempat yang dilarang serta perkara yang dikongsikan di media-media sosial.

Bagi rakyat yang memperoleh mata yang tinggi, mereka juga bakal diberikan ganjaran.

Salah seorang rakyat yang juga juga seorang wartawan, Liu Hu dan telah dikenakan denda berkata, dia telah dilarang menaiki kapal terbang ketika cuba menempah tiket penerbangan.

Dia diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membuat permohonan maaf di atas beberapa ‘tweet’ di akaun media sosial miliknya.

“Saya tidak boleh membeli sebarang hartanah dan anak saya tidak dibenarkan bersekolah di sekolah swasta. Saya rasa seolah-olah dikawal sepanjang masa,” katanya.

Walaubagaimanapun, seorang wanita yang enggan dikenali menggalakan program itu dilaksanakan bagi menghukum rakyat yang tidak berkelakuan baik.

Setakat ini, China mempunyai 176 juta kamera keselamatan dan bakal menambah kepada 600 juta kamera lagi menjelang 2020 bagi membangunkan pusat kawalan negaranya.

Sementara itu, kamera rakaman litar tertutup juga akan dibangunkan dengan teknologi pintar oleh syarikat SenseTime bagi menjejaki penjenayah dan juga rakyat biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime, Xu Li menjelaskan, kamera itu boleh mengenal pasti setiap jenis kenderaan dan jantina individu yang dijejaki.



Source link

read more

Isu 1MDB tidak lagi bimbangkan rakyat – Nasional


SEREMBAN 27 April – Isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menarik perhatian dan membimbangkan rakyat negara ini.



ARUL KANDA KANDASAMY

ARUL KANDA

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, terdapat isu-isu lain yang lebih menjadi tumpuan dan 1MDB bukan salah satu daripadanya.

“Kepada rakyat Malaysia, 1MDB bukan lagi isu teratas, ada isu lain seperti kos sara hidup dan peluang pekerjaan. 1MDB adalah isu di tahap ke-10 atau ke-11 kepada rakyat.

“Tetapi sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab kita tetap memberi penerangan kerana isu itu dipolitikkan dan pembangkang menipu rakyat.

“Walaupun isu ini tidak membimbangkan rakyat, kita mahu mereka mendengar sendiri dan membuat penilaian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Bicara Isu-Isu Semasa di Dewan Besar Gedong Lalang di sini malam tadi.

Yang turut hadir calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Sementara itu, Arul Kanda kesal dengan penyiaran sebuah artikel oleh portal pembangkang, Malaysiakini yang sengaja menghentamnya tanpa fakta kukuh dalam isu 1MDB.

Katanya, penulis tersebut tidak hadir semasa sesi penerangan oleh beliau di pejabat portal tersebut dua minggu lalu, namun bertindak menyerangnya termasuk mempersoalkan kewajaran pelantikannya dalam 1MDB.

“Inilah masalah media propembangkang. Mereka hanya nak jawapan yang mereka nak dengar. Saya jurucakap syarikat bukan tukang jawab.

“Saya bercakap berdasarkan fakta, dokumen dan sudut pandangan syarikat. Saya bukan ahli politik atau mahu kawasan (untuk bertanding) dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak tertekan dengan isu tersebut walaupun sering menjadi sasaran pembangkang kerana masalah 1MDB telah berjaya diselesaikan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rakyat perlu hayati sejarah, undang-undang negara


27HAYATI.transformed_0MO, 26/4/2018, KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, rakyat perlu memahami dan menghayati sejarah serta undang-undang negara bagi mengelak berlaku perpecahan dan konflik dalam kalangan masyarakat.

Titah baginda, pemahaman rakyat mengenai hal itu dapat mengikis rasa tidak puas hati terhadap sesuatu peruntukan undang-undang yang digubal.

“Perasaan tidak puas hati boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat. Jadi, saya menasihatkan seluruh rakyat tidak menabur fitnah kerana kesannya dapat memporak-perandakan masyarakat,” titah baginda pada Majlis Titah Diraja di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul adzis Abas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Baginda bertitah, kepemimpinan yang adil dan berwibawa penting untuk menangani konflik.

“Prinsip ini juga berkait rapat dengan tindak balas dalam kalangan orang yang dipimpin atau rakyat yang disarankan mentaati pemimpin yang dipilih,” titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, penerimaan masyarakat secara keseluruhan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, masih belum berada di tahap sepatutnya.

Titah baginda, peluasan fungsi bahasa Melayu masih belum terjamin untuk dilestarikan secara tuntas.

“Keadaan ini disebabkan penggunaan bahasa Inggeris secara global yang memberi kesan terhadap perkembangan bahasa kebangsaan di negara ini.

“Persoalan mendaulatkan bahas Melayu bukan persoalan penyatuan dan perpaduan semata-mata atau ketaasuban pada kegemilangan masa lampau, tetapi ia penting untuk pembentukan jati diri sebagai benteng terakhir dalam menangani arus deras tanpa sempadan,” titah baginda.



Source link

read more

BN Sediakan Infrastruktur Terbaik Rakyat Selangor – MYNEWSHUB


PELABUHAN KLANG – Kerja menaik taraf Lebuhraya Pulau Indah sepanjang 17.7 kilometer (km) dengan peruntukan kira-kira RM553.5 juta adalah bukti keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam menyediakan infrastruktur terbaik untuk rakyat Selangor, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek menaik taraf berkenaan menelan kos sebanyak RM250.8 juta bagi fasa pertama dan RM302.7 juta bagi fasa kedua.

Bagi fasa pertama, ia melibatkan kerja antaranya menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 4.4km dan pembinaan dua unit jambatan bagi mengurangkan kesesakan manakala fasa kedua melibatkan menaik taraf jalan berkembar empat lorong dua hala serta menyediakan bahu jalan berturap selebar dua meter, katanya.

Noh berkata demikian ketika melancarkan projek menaik taraf Fasa 2 lebuh raya berkenaan yang bermula pada awal tahun ini dan dijangka siap pada 2021.

Projek menaik taraf Lebuh Raya Pulau Indah Fasa 1 bermula pada Januari 2015 dan siap pada Februari lepas.

Seorang pengguna lebuh raya berkenaan, Mohd Budiman Ishak, 56, ketika ditemui, berkata penduduk di kawasan Pulau Indah terpaksa melalui jarak yang jauh untuk ke Pelabuhan Klang kerana tiada jalan pintas yang lebih dekat untuk mereka berbuat demikian sebelum ini.

“Sebagai penduduk di Pulau Indah saya sendiri merasai kesenangan apabila lebuh raya ini dibina dan dinaik taraf dengan empat lorong,” katanya.

Beliau berkata sebelum kerja menaiktaraf berkenaan dijalankan pengguna lebuh raya berkenaan berhadapan dengan risiko keselamatan berikutan keadaan jalan yang teruk dan berlubang apabila mahu ke Pelabuhan Klang, Klang dan Shah Alam. – BERNAMA



Source link

read more

Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Calon BN Melaka – MYNEWSHUB


MELAKA – Mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat merupakan kriteria utama bagi memilih calo-calon Barisan Nasional (BN) Melaka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata 34 calon yang dipilih kepimpinan tertinggi BN untuk bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen mempunyai rekod baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Mereka yang dipilih bukan calang-calang orang, mereka punya rekod perkhidmatan baik kepada rakyat. Jadi, dengan mengambil kira pengalaman, kebolehan dan kelayakan masing-masing, kita putuskan mereka yang terbaik kita letak sebagai calon di 28 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen.

“Calon ini boleh memberi saingan hebat juga mampu menang dengan bergaya pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon-calon BN Melaka di Seri Bendahara di sini, hari ini.

Pada pengumuman senaraib calon BN itu, Idris memberitahu beliau akan mempertahan kerusi DUN Sungai Udang manakala Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Emieyati Samsuddin akan mempertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Ditanya tentang pertukaran kerusi dua wakil rakyat ke DUN, Idris berkata pertukaran itu dibuat berdasarkan pengalaman dan kepakaran calon selain demi keperluan parti bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Beliau berkata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bertukar kerusi daripada Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput kerana Abu Bakar amat mengetahui keperluan rakyat di DUN berkenaan.

“Beliau ke DUN kerana tahu keperluan peringkat DUN. Kita ukur kekuatan pembangkang, kita mesti bijak mengatur calon jika kita letak sebarang calon untuk berlawan dengan pembangkang kita tidak nampak bijak

“…(Abu Bakar) jadi calon terbaik DUN Paya Rumput untuk berhadapan dengan calon pembangkang yang dengarnya bekas pemimpin UMNO,” katanya.

PPBM sebelum ini mengumumkan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO sebagai calon yang mewakili Pakatan Harapan.

Penyandang Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwang pula akan bertanding di DUN Machap Jaya manakala kerusi Parlimen berkenaan akan ditandingi Setiausaha Politik Perdana Menteri Wong Nai Chee.

Mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicalon semula bertanding di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya, Idris berkata pencalonan itu dibuat kerana kecemerlangan Mohd Ali membantu rakyat di kawasan itu walaupun tewas pada PRU13.

“Saya melihat karakter yang tidak dapat direputkan oleh hujan dan panas iaitu membela nasib rakyat sebati dengan beliau, dan apabila kalah pada PRU13, kita lihat beliau masih teruskan perkhidmatan kepada rakyat yang saya saksikan sendiri.

“Pemilih melihat beliau tidak dapat dipisahkan daripada membantu rakyat dengan pengundi itu menghadapi masalah wakil rakyat yang tidak nampak bertahun lamanya…ini suatu pelik kerana yang menang tinggalkan kawasan manakala yang kalah bekerja.

“Atas sifat itu, beliau wajar diberikan peluang membela nasib rakyat di Parlimen Hang Tuah Jaya,” katanya. – BERNAMA



Source link

read more

Rakyat Sarawak perlu bersatu bagi meneruskan pembangunan – Politik


BATANG SADONG 23 April – Rakyat Sarawak terutama penduduk di sini diseru untuk terus bersatu bagi menegakkan perjuangan dalam pembangunan dan kesejahteraan menerusi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kepimpinan BN dibawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terbukti mengambik perhatian kepada Sarawak.

“Kerajaan BN memperjuangkan untuk pembangunan seimbang yang dulu tidak diberi perhatian sepatutnya.

“Tapi kini kita diberi perhatian dengan sebaiknya dibawah kepimpinan Najib, lihatlah manifesto BN hang mempunyai inisiatif khusus bagi Sarawak dan Sabah, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditambah termasuk bantuan nelayan dan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Simunjan 2018 yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Mesra Simunjan di sini sebentar tadi.

Tambah Awang Tengah, sukatan perimeter tanah hak adat bumiputera (NCR) yang diperuntukan dana dalam bajet oleh Najib berjaya menyukat lebih 835,000 hektar malah usaha ini akan diteruskan lagi.

Sementara itu, Nancy memberitahu, beliau mewakili masyarakat di Simunjan menghargai keprihatinan Ahmad Zahid untuk datang dan beramah mesra dengan penduduk di sini.

Katanya, pelbagai program pembangunan telah dan sedang dirancang bagi memastikan penduduk di sini tidak ketinggalan dengan arus kemodenan.

“Batang Sadong mempunyai wawasan begitu besar yang memerlukan sokongan daripada kerajaan Persekutuan,” ujarnya.



Source link

read more

Empat rakyat Britain maut ketika menunaikan umrah



RIYADH: Sekurang-kurangnya empat warga Britain maut, manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan bas yang dinaiki mereka dengan sebuah lori tangki minyak.

Kejadian berlaku di Al Khalas, barah Arab Saudi ketika mereka dalam perjalanan menunaikan umrah di Mekah pada sabtu.

Menurut syarikat pengendali umrah, Hashim Travel, bas itu dilanggar oleh lori tangki minyak sebelum ia terbakar.

Tambahnya 18 orang berada di dalam bas tersebut ketika kejadian.

Kesemua telah dikejarkan ke hospital di mana enam ditahan di dalam wad.

“Kedutaan Arab Saudi di London kini bekerjasama dengan Pejabat Luar Negara (Britain) untuk mengeluarkan visa kecemasan kepada semua ahli keluarga keempat-empat warga Britain yang meninggal dunia, selain 12 lagi keluarga mangsa yang cedera.

“Semua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital di Mekah,” kata pihak kedutaan dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media tempatan Britain, antara mangsa terkorban, termasuk seorang wanita berusia 70 tahun dari Blackburn di utara England, seorang lelaki warga emas, seorang wanita dan anak lelakinya, yang semuanya berasal dari Preston.

Ahli Parlimen Konservative bagi Wyre dan Preston North, Ben Wallace turut zahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.



Source link

read more

DAP bertanding untuk diri sendiri bukan rakyat


Parti DAP boleh disifatkan sebagai sebuah parti yang mementingkan diri sendiri. Kita dapat lihat, DAP bertanding hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi. Tidak lain tidak bukan kerana kuasa! Bukannya bertanding untuk rakyat.

Lihat sahaja isu mengenai keputusan logo yang digunakan oleh Pakatan Harapan. Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerima keputusan tersebut dengan baik, tetapi tidak untuk parti DAP. Mereka tetap ingin membantah dan terus ingin perjuangkan roket mereka. Jadi terbukti mereka sebuah parti yang sangat-sangat pentingkan diri sendiri.

Malah, mereka ini seolah-olah parti yang pekak kerana tidak pernah mahu mendengar keluhan dan suara setiap rakyat di kawasan mereka. Ini jelas dapat dilihat kebanyakan wakil rakyat dari DAP masih belum selesai melaksanakan tanggungjawab di kawasan mereka tetapi dengan sesuka hati berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Contoh yang boleh kita lihat adalah wakil rakyat Liew Chin Tong yang dahulunya Ahli Parlimen Kluang tetapi untuk PRU14 kali ini bertanding di Parlimen Ayer Hitam pula. Kemudian wakil rakyat Hannah Yeoh berpindah dari DUN Subang Jaya ke Parlimen Segambut untuk PRU14.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat Yeo Bee Yin yang sanggup berpindah dari DUN Damansara Utama ke Parlimen Bakri. Begitu juga dengan Wong Shu Qi yang berpindah dari DUN Senai ke Parlimen Kluang.

Ini menunjukkan bukan seorang tetapi ramai wakil rakyat dari DAP yang berpindah randah. Sebelum berpindah buktikan dahulu di mana jasa dan sumbangan mereka selama 5 tahun ini kepada rakyat. Ini tidak, masalah rakyat belum dapat diselesaikan tetapi sudah berpindah ke tempat lain.

Calon wakil rakyat seperti ini ke yang kita mahukan? Hanya tahu lepas tangan sahaja!

Terbaru, Wong Shu Qi telah menggelarkan Menteri Besar Sementara Johor, Dato Mohamed Khaled Bin Nordin sebagai pencacai UMNO. Kenyataan ini telah dikeluarkan di Malaysiakini pada 17 April 2018.

Perkara ini juga antara ‘kemahiran peribadi’ DAP iaitu menabur cerita-cerita palsu dan tidak berasas! Kenyataan Dato Mohamed Khaled Bin Nordin yang dilontarkan adalah bersifat terbuka.

Dan secara logiknya jika DAP tidak lakukan apa-apa kesalahan kenapa mesti hendak melenting atau terasa dengan kata-kata Dato Mohamed Khaled Bin Nordin? Konsepnya mudah siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Jadi jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, lebih baik berdiam diri sahaja. Daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menimbulkan banyak persepsi negatif.

Kesimpulannya, jangan hanya kerana ingin merebut kuasa DAP sanggup mementingkan diri sendiri dan menabur cerita-cerita yang tidak berasas.

Pemerhati politik bebas



Source link

read more

Manifesto BN Wilayah Persekutuan mesra rakyat


bn_fed_manifesto.jpeg_1524371339MO, 22/4/2018, KUALA LUMPUR: Memperbanyakkan parkir bertingkat, terutama di kawasan perumahan antara fokus manifesto Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata aku janji itu terkandung dalam manifesto bertemakan ‘Aspirasi rakyat agenda kami’.

Katanya, manifesto BN berkenaan meliputi lima teras iaitu Wilayahku Maju, Wilayahku Sejahtera, Wilayahku Selesa, Wilayahku Aman dan Wilayahku Ceria.

Katanya, pembinaan tambahan 30 kilometer laluan pejalan kaki berbumbung termasuk perhentian bas dan teksi juga akan dibina yang memberi keceriaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Bagi rakyat Labuan, kita akan membina jambatan menghubungkan Labuan ke Menumbuk, Sabah untuk merancakkan ekonomi dan pembangunan di Labuan.

“Bagi golongan muda mahu kahwin tetapi kurang bajet, jangan risau kerana kita akan menganjurkan majlis perkahwinan berkelompok secara percuma bagi meringankan beban pasangan dan keluarga,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika melancarkan Manifesto BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Lebih 2,000 masyarakat berbilang kaum dan agama menghadiri majlis pelancaran manifesto berkenaan.



Source link

read more

FT BN candidates pledge to uphold services for the rakyat


ft_bn_candidates_(2).jpeg_1524372456

MO,22/4/2018, KUALA LUMPUR: Returning Barisan Nasional (BN) candidates for the federal territory seats expressed delight over their reappointment to contest in the upcoming 14th General Election (GE14). Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor vowed to continue his duty in the Putrajaya parliamentary seat, which he won with 5,541 majority in GE13.

“I would like to thank the BN chairman (Datuk Seri Najib Razak) for choosing me again as candidate. I promise to perform my duties and responsibilities as I had for the last three terms,” he said when met at Putra World Trade Centre here today. Earlier today, BN federal territory announced it’s candidates who will be contesting in the upcoming polls which consist of both old and new faces.

Expressing similar remark as Tengku Adnan was Titiwangsa Member of Parliament Datuk Seri Johari Abdul Ghani who is also the second finance minister. “I’d like to thank BN for giving me a chance to contest for the Titiwangsa seat. I will continue to serve the rakyat at the Titiwangsa parliament,” he said. Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin on the other hand said, although he lost in the previous election, he was confident that this time around he would come out victorious at the Lembah Pantai seat.

Ever since GE13 ended, Nong Chik said he had continued to perform his duties for the people of Lembah Pantai unlike opposition leaders whom he said rarely made an appearance. This, he said included Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar who rarely showed up in the constituency. “Because of that and few other reasons, Nurul Izzah will move to a different seat. For me, I shall continue my duty at Lembah Pantai because that’s where I grew up. It’s my heart and soul.

“I hope the voters will not be easily influenced at the last minute by opposition leaders who never go to the ground,” he said. Meanwhile, two young faces were also introduced as new BN candidates for the sought-after Bandar Tun Razak as well as Seputeh seats. Lawyer Adnan Seman, 42, will be fielded at the Bandar Tun Razak seat, which is a traditionally an MCA seat. This seat was previously rumoured to be contested by Wanita Umno Chief Tan Sri Shahrizat Jalil, although she later dismissed the claim.

“I just received my appointment letter today. After this I will sit down with my team to discuss on specific issues such as education and social welfare. “I am hoping to improve the education level and increase the number of graduates from Bandar Tun Razak,” said the first time candidate.

A 31-year-old former deputy public prosecutor from MCA, Chan Quin Er who will be contesting for the Seputeh seat against DAP’s Teresa Kok. Chan said she was aware that it will be a tough fight for her but pledged to do her best to secure victory.

“It is obvious that it will be a very tough fight. It’s not an enviable task but as a first time candidate and as a young woman candidate, I think when I come out to contest, I stand for not just you and me but also for the laws that we want to see in this country“I stand for the change that we want to see in this country. It is for our generation. My hope is for me to be given the mandate to be a parliamentarian where I can make full use of my knowledge and my experience to help the people,” she said.

–NSTP



Source link

read more