Aduan bayi muntah teruk KPDNKK rampas susu dipercayai palsu



JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai rampasan RM42 ribu.

Rampasan dibuat dalam serbuan di lima lokasi berbeza sekitar Johor Bahru pada Khamis lalu.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata tindakan itu dibuat selepas pihak pengeluar susu berkenaan mendapat aduan dari pembeli yang berkata bayinya telah mengalami muntah teruk selepas menggunakan susu terbabit pada Ogos lalu.

Katanya, hasil pemantauan KPDNKK bersama pihak pengeluar selama empat bulan mendapati tiga daripada lima premis itu menjual susu yang disyaki tiruan pada harga asal lebih 200 ringgit setiap kotak.

Pemilik premis terbabit mendakwa tidak sedar susu yang dijual adalah susu tiruan dan telah mencampurkan kotak susu disyaki tiruan dengan kotak susu asli di rak jualan.

“Pihak KPDNKK Johor masih berusaha bersama pihak pengadu bagi jenama produk ini untuk mengenal pasti sumber pengeluar dan pengedar produk tiruan ini.

“Hasil siasatan awal mendapati invois yang ditemui di premis yang diambil tindakan menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Dengan kejayaan ini pihak KPDNKK percaya dapat melumpuhkan aktiviti penjualan dan pengedaran produk susu tiruan ini,” katanya pada sidang media operasi produk tiruan di setor KPDNKK, Senai hari ini.

Khair Anwar berkata pihaknya telah meminta sampel susu asli dari pihak pengeluar untuk ujian kimia bagi membezakan kandungan dengan susu disyaki tiruan.

Katanya pihak KPDNKK akan terus menjalankan operasi sama ke premis lain seluruh negeri itu kerana produk disyaki tiruan ini merbahaya kepada kesihatan pengguna yang terdiri daripada bayi berusia sehari hingga 12 bulan.

Kesemua barangan rampasan disita dibawah seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagi kesalahan yang dilakukan membabitkan produk tiruan boleh dikenakan denda RM10 ribu bagi setiap perihal dagangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan untuk kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali kedua, boleh dikenakan denda RM20 ribu ringgit atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.



Source link

read more

Thailand rampas rokok seludup bernilai RM1.4 juta – Luar Negara


SADAO 7 Dis. – Pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 791 buah kotak mengandungi pelbagai jenis rokok bernilai 11 juta baht (RM1.4 juta) yang dipercayai diseludup dari Malaysia susulan satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di Padang Besar, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Divisyen Kesembilan, Mejar Jeneral Akkapop Prasitwattanachai berkata, selain polis, serbuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang pegawai tentera.

“Serbuan dilakukan ke atas rumah terbabit yang dipercayai berfungsi sebagai stor untuk menyimpan kotak-kotak rokok berkenaan selepas maklumat berkaitan diterima hasil satu risikan.

“Kami percaya rokok-rokok itu akan diedarkan untuk pasaran selatan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini.

Akkapop berkata, rampasan tersebut dipercayai terbesar setakat ini, namun memberitahu, pihaknya tidak sempat membuat sebarang tangkapan kerana kesemua suspek sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat. -BERNAMA



Source link

read more

Polis Thailand rampas sejumlah besar dadah hendak diseludup ke negara jiran



BANGKOK: Polis Thailand merampas 10.5 juta pil “Yaba” dan 12 kg dadah jenis “Ice” (Crystal Methaphetamine) dari satu sindiket antarabangsa sebelum mereka dapat menyeludup dadah itu ke negara jiran.

Ketua Polis Thailand, Jen Chakthip Chaijinda berkata rampasan dadah pada Sabtu lepas adalah susulan operasi bulan lepas di Samut Prakan apabila polis merampas 10.3 juta pil “Yaba” dari sindiket yang sama.

“Kebanyakan pelanggan (sindiket) ialah dari negara jiran di selatan Thailand,” kata beliau kepada media hari ini tetapi tidak menyatakan nama negara tersebut walaupun ramai yang membuat spekulasi bahawa pelanggan sindiket adalah rakyat Malaysia.

Beliau berkata dadah itu diseludup ke Thailand dan disimpan di sebuah rumah sewa di daerah Klongsawa, di utara Bangkok sebelum diedarkan kepada pelanggan sindiket.

Dua suspek, dipercayai sebagai “runner” sindiket ditahan oleh polis dalam operasi tersebut, menurut Chakthip.

Sementara itu, satu sumber yang menyertai operasi memberitahu Bernama, anggota sindiket sering berulang-alik ke Hatyai di selatan Thailand untuk mengedar sejumlah besar dadah terutama “Ice”, iaitu gred “Methamphetamine” yang berkualiti lebih tinggi.

“Mereka (anggota sindiket) mengedar kira-kira100 kg hingga 200 kg “Ice” setiap kali mereka berkunjung ke selatan Thailand. Mereka menyerahkan dadah itu kepada rakyat asing dari sebuah negara jiran di Hatyai,” kata beliau.

Anggota sindiket berkunjung ke bandar yang popular di selatan Thailand itu sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Sumber itu yang tidak mendedahkan identitinya disebabkan sensiviti maklumat, berkata maklumat perisikan menunjukkan bahawa kira-kira 100 kg “Ice” “dijual beli” setiap kali anggota sindiket berkunjung ke Hatyai.

Jual beli terbaharu antara sindiket dan pelanggan asing ialah bulan lepas kata beliau sambil menambah pihak berkuasa telah berjaya menahan beberapa anggota sindiket sebelum ini.

Menurut beliau, kebanyakan pil “Yaba”, dadah “Methamphetamine” gred rendah ialah untuk diedarkan di dan sekitar Bangkok serta negara-negara jiran tetapi “Ice” kebanyakannya ialah untuk dieksport.

— BERNAMA



Source link

read more

JKDM Sabah rampas ribuan pil ekstasi tahan lelaki tempatan


KOTA KINABALU: Taktik sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup 10,196 pil ekstasi yang diletakkan di dalam sebuah beg berisi pakaian terpakai berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Cawangan Bungkusan Pos Kota Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Beg yang diubah suai sebelum disembunyikan dadah seberat empat kilogram dan disimpan di dalam kotak itu berjaya ditemui pasukan JKDM pada jam 12 tengah hari Selasa lalu.

Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang berkata kesemua dadah itu ditemui sepasukan pegawai JKDM hasil daripada pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas di lokasi berkenaan.

Menurutnya, JKDM turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang datang pada hari sama (Selasa) di lokasi kejadian bagi menuntut bungkusan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menggunakan mesim pengimbas, kita mendapati ada imej mencurigakan di dalam beg yang disimpan di dalam kotak besar itu.

Dua plastik berisi pil ekstasi berjaya dirampas JKDM Sabah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi itu kemudian mendapati ada ruang khas dipercayai untuk menyembunyikan dadah-dadah terbabit ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sabah di sini pada Isnin.

Tambah Hamzah, siasatan awal mendapati bungkusan itu dipercayai dikirim daripada Belanda dan pakaian terpakai yang terdapat dalam beg tersebut dipercayai hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kata beliau, bungkusan itu dialamatkan untuk dihantar ke Sandakan tetapi dibawa ke Kota Kinabalu terlebih dahulu bagi tujuan pemeriksaan.

HAMZAH (dua dari kanan) berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun ketika cuba menuntut bungkusan itu.

“Lelaki tempatan yang mahu menuntut bungkusan itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Hamzah berkata, kes itu juga adalah yang pertama pihaknya membabitkan cubaan menyeludup dadah menerusi bungkusan pos pada tahun ini.



Source link

read more

Polis Thai rampas dadah untuk dihantar ke negara ketiga



BANGKOK: Polis Thai menumpaskan cubaan oleh sindiket dadah untuk membawa sejumlah besar dadah sintetik dianggarkan bernilai sekitar 929 juta Baht (kira-kira RM116 juta) ke wilayah selatan untuk dieksport semula ke negara ketiga.

Dalam lima serbuan berasingan di wilayah Nakhon Sawan, utara Thailand, sejak 14 Nov sehingga dua hari lepas membabitkan penahanan 10 lelaki tempatan, pihak berkuasa merampas 4.09 juta pil ‘Yaba’ (crazy), 50kg ‘Ice’ (crystal methamphetamine) dan 50kg Ketamine.

Komander Kawasan Tiga Bahagian Pencegahan Narkotik (NSB) Mej Jen Puttipong Petkamnerd yang mendedahkan butiran ini kepada media, bagaimanapun, enggan menyatakan nama negara ketiga itu.

Beliau berkata sebahagian besar daripada dadah yang dirampas dalam serbuan itu dimasukkan ke dalam karung yang boleh dibawa seperti sebuah beg galas, dengan setiap karung berisi kira-kira 200,000 biji pil dadah, seberat kira-kira 30 kg.

Katanya sindiket dadah itu menggunakan kaedah licik untuk menyeludup dadah ke Thailand dari negara jiran dan membawanya dalam lingkungan negara ini untuk mengaburi pihak berkuasa daripada aktiviti haram mereka.

Antara kaedah yang semakin popular sejak akhir-akhir ini melibatkan dadah yang disembunyikan di dalam trak atau lori membawa produk pertanian.

Dalam satu daripada operasi yang diadakan baru-baru ini, pihak berkuasa, menurut Puttipong, menahan sebuah trak pikap yang kelihatan mencurigakan dan merampas 400,000 pil ‘Yaba’ yang dibungkus di dalam beberapa guni baja dan disembunyikan di celah-celah nanas yang dibawa trak terbabit.

Pada Julai, pihak berkuasa Thai merampas lebih 300kg kanabis daripada sebuah lori yang membawa durian di Hatyai.

— BERNAMA



Source link

read more

Tentera Zimbabwe rampas kuasa untuk halang penjenayah



HARARE: Kumpulan tentera Zimbabwe mendakwa telah berjaya merampas kuasa dalam satu serangan yang disasarkan ke atas ‘penjenayah’ yang berkhidmat untuk Presiden Robert Mugabe dan telah mengakibatkan kejatuhan ekonomi, namun memberi jaminan presiden berusia 93 tahun itu serta keluarganya selamat.

Kumpulan tentera itu bersama kenderaan berperisai menghalang laluan ke pejabat-pejabat utama kerajaan, parlimen dan mahkamah di Harare, menurut kenyataan saksi Reuters pada Rabu.

Sementara itu, di kawasan-kawasan berhampiran, rakyat Zimbabwe dilihat beratur untuk mengeluarkan wang tunai di bank, dan teksi dilihat membawa orang awam ke tempat kerja.

“Kami hanya menyasarkan penjenayah di sekelilingnya (Mugabe) yang melakukan jenayah yang menyebabkan masalah sosial dan ekonomi dalam negara ini, seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan,” kata Ketua Logistik Kakitangan Zimbabwe, Mejar Jeneral SB Moyo, kepada stesen televisyen nasional pada Rabu.

“Selepas misi kami selesai, situasi akan kembali normal.”

Untuk berita selanjutnya, layari pautan ini.



Source link

read more

APMM tahan 23 nelayan rampas dua bot



Tanjung Sedili: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot yang dinaiki 23 nelayan dan tekong warga Vietnam di tenggara Tanjung Sedili, di sini semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Amran Daud berkata, kedua-dua bot nelayan itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di 22 batu nautika tenggara Tanjung Sedili pada jam 12.05 tengah hari dan 12.28 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot itu tidak memiliki lesen menangkap ikan dan beberapa nelayan dan tekong berusia 19 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berdaftar AZAM BARU 1 dan AZAM BARU 2 menemui muatan lebih empat tan ikan campur pelbagai jenis serta dua tan ikan baja.

“Kesemua nelayan dan tekong serta bot tunda ke Jeti Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Amran, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan menangkap ikan, kapal serta hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM450,000.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15 (1) dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 yangjika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM100,000 setiap seorang manakala tekong akan dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi dua tahun.

“Ini adalah tangkapan kesembilan yang berjaya dilakukan oleh Daerah Maritim 7 melibatkan kes nelayan asing pada tahun ini,” katanya.

Tambah Amran APMM akan melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons