Genap 42 tahun Najib zahir rasa sedih kehilangan bapa


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas kepulangan ke Rahmatullah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang genap 42 tahun, pada hari ini.

“Dalam kesedihan, ada terpalit perasaan bangga bahawa Ayahanda meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara. Bagi saya, tiada pengorbanan lebih tinggi daripada itu. Al Fatihah,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Allahyarham Tun Razak, yang dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Malaysia’, meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Sept 1970.

Antara langkah pembangunan yang dilaksanakannya adalah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menekankan strategi serampang dua mata bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan.

— BERNAMA



Source link

read more

Saya tak rasa kekok dengan Laudya Cynthia Bella – Erra Fazira



PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Laudya Cynthia Bella, isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

Kemesraan antara Erra dan Bella menarik perhatian netizen serta peminat Malaysia dan Indonesia.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Bella. Saya dan Emran berpisah dengan baik. Saya selalu mendoakan agar Emran bertemu dengan jodoh yang baik.

“Alhamdulillah, dia bertemu dengan Bella. Saya tak ada masalah dengan Bella kerana kami saling menghormati. Secara jujur, saya juga rasa tak kekok dengan Bella,” kata Erra.

Tambah Erra, dia juga ikhlas menerima Bella sebagai ibu kepada Engku Aleesya.

“Saya ada buat aktiviti bersama Bella seperti zumba dan melepak bersama. Saya ikhlas terima Bella sebagai ibu Aleesya.

“Aleesya sering bercerita mengenai Bella kepada saya. Kami juga sering berhubung dan membincangkan mengenai Bella. 

“Bella sangat baik dengan saya, takkan saya mahu bersikap sebaliknya pula? Semuanya baik-baik sahaja, Insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Erra baru sahaja menyertai syarikat pengurusan MindOrder.

MindOrder turut menguruskan nama-nama lain seperti Fasha Sandha, Eyka Farhana, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

PKR SAMBUT PENCALONAN TU M DENGAN RASA KECEWA!!! ~ SEMUT HITAM


KECEWA! Itu kata kunci yang diluahkan oleh kebanyakkan pemimpin serta ahli – ahli Pakatan Haprak tu apabila nama Tun Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Nak pulak dikalangan mereka yang menyokong puak – puak PKR. Kekecewaan itu pula tidak hanya didiamkan begitu sahaja. Sebaliknya, mereka meluahkan rasa kecewa itu secara terbuka.

Jika sebelum ini, Ketua Wanita PKR tampil meluahkan rasa kecewanya dalam satu kenyataan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan gabungan Pakatan Haprak itu.

Begitu juga luahan dari kalangan kepimpinan PKR Selangor yang mendakwa berasa sangat terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuat namun terpaksa bersetuju untuk tidak bersetuju.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, dengan menegaskan bahawa mereka tidak akan melupakan perjuangan Reformasi yang pernah dilaungkan sebelum ini.

“Dengan saki baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, PKR Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.

“Rakyat tidak mudah lupa, penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa. Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pokok pangkalnya, ketetapan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak diterima secara menyeluruh dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Sebaliknya, mereka merasa kecewa kerana perjuangan yang mereka harungi selama ini hanya sia – sia belaka!!!




Source link

read more

Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana – Ernie Zakri



PENYANYI Ernie Zakri mengimbas kembali pengalaman ketika mula-mula bergelar guru vokal kepada Siti Nordiana.

Menurut Ernie, wujud rasa janggal apabila dirinya berhadapan dengan penyanyi yang mesra disapa Nana itu.

“Pada mulanya, saya rasa janggal mengajar vokal Nana. Semuanya kerana kedudukan Nana sebagai seorang artis senior.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana saya dapat mengajar rakan artis yang memahami dan merendah diri.

“Perkara itu membuatkan pembelajaran menjadi mudah kerana kami boleh sama-sama berkongsi ilmu,” kata Ernie.

Turut bergelar guru vokal kepada penyanyi lain seperti Siti Sarah dan Amira Othman, Ernie lebih mementingkan aspek teknikal.

“Saya mengajar lebih kepada aspek teknikal dalam bidang nyanyian. Gaya nyanyian mereka saya tak ubah dan saya hanya memantau sama ada teknik mereka betul atau salah,” kata Ernie lagi.

Ernie merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan sedang menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muzik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sumber: HLive
Foto: Instagram Ernie & Nana



Source link

read more

Saya hanya duduk tak boleh tidur rasa macam anxiety – Elizad



Pelakon Syurga Yang Kedua, Elizad akui berasa gelisah dan sukar untuk tidur sekiranya tidak membuat rujukan terhadap watak yang diterima untuk sesebuah naskah yang ditawarkan.
 
Menurut Elizad, perkara itu terjadi kerana dia mahu watak yang dibawanya itu berkesan dan dihargai penonton.
 
“Saya memang jenis orang yang boleh duduk berjam-jam dan buat rujukan bila dapat sesuatu naskah.
 
“Kalau tak buat saya akan rasa resah, tidak selesa dan tidak boleh tidur rasa macam gangguan kecemasan (anxiety).
 
“Itu adalah saya, tak boleh nak elak. Jiwa memang pada lakonan sebab itu tidak mahu ambil remeh.
 
“Saya sangat sukakan kerja saya, setiap karakter yang dibawa berlainan dan saya mahu orang hargai lakonan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.
 
Menerusi drama tersebut, Elizad melakonkan watak Sabrina, wanita terpaksa melalui kehidupan poligami apabila suaminya dipaksa berkahwin lain oleh ibu mentuanya atas alasan inginkan waris dalam keluarga.
 
Syurga Yang Kedua disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
 

Foto: Instagram @elizadsharifuddin / @elizad_team
 
Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Wallahi aku mencintaimu- Leez Rosli luah rasa cinta terhadap Aepul Drama Band



PELAKON Leez Rosli akui bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan penyayang.
 
Leez meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram (IG) bersempena ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama penyanyi Aepul Drama Band hari ini.
 
“Perjalanan kita masih lagi jauh. Ada banyak lagi yang kami ragui (sila tabah seumur hidup ya). Ada banyak lagi yang nak di ‘argue’ kan (walaupun kami berdua jenis yang tidak suka membebel).
 
“Ada banyak lagi yang nak disabarkan dan ada banyak lagi kebahagiaan yang ingin dikongsikan bersama. InshaAllah.
 
“Tetapi, Wallahi, aku mencintaimu kerana Allah S.W.T. Harap ampa tak menyesal kahwin dengan kami sebab kami tak pernah menyesal punya suami macam ampa,”
tulisnya.
 
Selain itu, Leez juga turut mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dirahmati dan diberkati tuhan.
 
“Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati perkahwinan/keluarga kita ini sehingga dikurniakan Mawaddah Warahmah.
 
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga wahai sahabat baikku, bekas tunangku, ‘my not too tall, dark and handsome man,’ aumm! #2712,”
coretnya.
 
Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga akhir hayat.
 



Source link

read more

Rasa tidak dihargai Jue Aziz ingin kembangkan bakat lakonan di Indonesia



Pelakon Jue Aziz mengakui mempunyai rancangan untuk mengembangkan bakat lakonannya di negara Indonesia.

Menurut Jue, kehadiran ramai pelakon baharu dalam industri di Malaysia menyebabkan dia berasakan dirinya sudah tidak dihargai.

“Saya rasa sudah tiba masanya saya mengorak langkah untuk kembangkan bakat lakonan di negara Indonesia.

“Saya harus gunakan peluang yang ada memandangkan suami saya juga merupakan orang yang berasal dari sana.

“Rasanya tidak salah kerana jika dilihat ramai sahaja selebriti di Malaysia yang mengembangkan bakat mereka di negara orang.

“Bukan merajuk dengan industri di Malaysia namun saya cuma rasa artis-artis senior tidak dihargai memandangkan masyarakat pada masa kini lebih menghargai bakat baru yang popular di media sosial,” katanya kepada Astro Gempak.

Jue berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Source link

read more

Separuh warga AS rasa negara itu semakin teruk dengan Trump



Washington DC: Lebih 52 peratus warga Amerika Syarikat merasakan negara berkenaan menjadi semakin teruk selepas Presiden Donald Trump dilantik.

Trump turut gagal mendapat sokongan daripada Parti Republikan apabila hanya 50 peratus yang percaya dia telah mengotakan janji yang dibuat sewaktu pilihan raya tahun 2016.

Antara janji yang masih gagal dipenuhi Trump termasuk rombakan undang-undang penjagaan kesihatan, menarik AS keluar dari perjanjian nuklear Iran dan melabur dalam membangunkan infrastruktur di AS.

Tinjauan tersebut dibuat oleh agensi berita The Associated Press dan NORC Center for Public Affairs Research.

Dan dengan 2017 menghampiri penghujungnya, warga AS secara amnya semakin pesimis dengan kepimpinan Trump.

Hanya 10 peratus warga AS percaya negara itu dilandasan yang betul.

Trump kini hanya mencatatkan 32 peratus sokongan populariti daripada tinjauan yang dilakukan.

Namun berita baiknya adalah ekonomi AS semakin pulih dengan kadar pengangguran pada 4 peratus dan 40 peratus menyokong cara Trump mengendalikan ekonomi AS.



Source link

read more

I rasa I nak buka kasut pesona Ella yang tiada tolok banding


KUALA LUMPUR: Berpeluang untuk menyaksikan ratu rock negara Ella beraksi di atas pentas bukanlah pertama kali untuk saya. Pelbagai konsertnya, baik di tapak pesta mahu pun stadium telah saya penuhi.

Namun, apabila Ella berpeluang untuk menjadi tamu solo di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas tidak sesekali akan saya lepaskan. Kali ini Ella bakal diiringi oleh Malaysian Philharmonic Orchestra dibawah pimpinan konduktor orchestra terkenal, Ahmad Muriz Che Ros.

Ini merupakan kali kedua Ella beraksi di pentas DFP selepas menjadi artis undangan dalam konsert MPO Rocks untuk DFP Seni Festival pada tahun 2013.

Namun, ini merupakan konsert penuh beliau bersama MPO yang akan membawa penonton menyelusuri perjalanan seni beliau, bertepatan dengan tema konsert, A Rock Queen’s Journey

Apa lagi yang mahu saya saksikan apabila membuat keputusan untuk menonton konsert ini yang tiketnya saya beli di minit-minit terakhir sebelum dipamerkan tanda SOLD OUT!? Ella di era The Boys telah saya tonton, Ella di zaman solonya juga telah saya nikmati. Ella di zaman “gedik”nya yang gemar bermain rambut terus bermain dalam fantasi kita.

Jadi, apa lagi?

Tidak puas! Itulah yang dapat saya simpulkan sewaktu menonton Ella beraksi lebih sopan dan berhati-hati bersama hampir 100 pemuzik orkestra filharmonik negara. Membuka pentas dengan lagu Nuri disambut jeritan lebih satu ribu peminatnya untuk dua malam berturut-turut.

Ella

Antara lagu-lagu malar segarnya yang diberikan interpretasi simfoni MPO seperti Pengemis Cinta, Pedih, Rindu, Layar Impian, Bayangan, Kesal, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Gemilang, Demi dan hit terbaru beliau, Ku Sedia.

“I rasa I nak bukak kasut” itulah keselambaan Ella Aminuddin yang tiada satu pun perlakuannya di atas pentas yang menjadi dosa kepada peminatnya.

Kelicikannya benar-benar menguji perasaan penonton yang rata-rata telah mengekori perjalanan yang sama cukup 30 tahun beliau di pesada seni tempatan.

Ella1

Buatlah apa sahaja

Waima “Dah masuk dah” yang menjadi pembuka lirik lagu ikonik Standing In The Eyes of The World. Pun kita maafkan kerana dia adalah Ella yang mempesonakan kita dengan nyanyiannya, gerak lakunya di pentas cukup memukau.

Beberapa kali dia membetulkan tudungnya dari tertanggal. “Jangan viralkan ya! YouTube pun jangan”. Dari seorang penyanyi yang sentiasa menjadikan mahkotanya sebagai aset di atas pentas, malam itu dia seboleh-bolehnya mahu memelihara aset tersebut dari dilihat peminatnya.

Ya, itulah keseksian yang sentiasa menjadi tarikan yang tidak dapat ditonton malam tadi namun bila melihatkan perubahan itu kita sebagai peminatnya timbul rasa kagum dan bangga dengan beliau.

Kekal bertahan selama 30 tahun bukan satu masa yang singkat. Cabaran yang dilalui bukan sesuatu yang mudah. Di zaman beliau masih baru menapak bersama The Boys berpuluh tahun dulu, sekiranya ada persembahan di fun fair Pandamaran sekalipun tetap akan saya tonton.

Apabila popularitinya memuncak dan media mula mengejarnya untuk mendapatkan cerita mengenai lelaki pilihannya bukan sekali dua gossip yang melanda diri penyanyi itu. Namun, Ella bijak dan tahu menjaga eksklusivitinya untuk terus kekal bertahan hingga kini. Lihat sahaja contoh selebriti popular tanah air yang tahu menjaga harga mereka seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Anuar Zain antara contohnya.

Malam Sabtu lalu, Ella meletakkan dirinya di tahap paling tinggi setelah berpeluang beraksi dengan Malaysian Philharmonic Orchestra di Dewan Filharmonik Petronas sebaris Allahyarham Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk M.Nasir, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza.

Pedih versi orkestra sememangnya memedihkan dan merentap perasaan. Layar Impian mengembalikan nostalgia manis peminatnya. Sembilu membawa fenomena lagu tersebut kembali segar di ingatan penonton. Standing In The Eyes of The World memberikan sedikit sinar harapan yang hilang. Gemilang seakan mengembalikan keyakinan untuk kita sama-sama terus mencipta pelbagai kegemilangan untuk negara ini.

Namun, kalaulah ada segmen medley khas untuk lagu-lagu bersama The Boys atau pun medley lagu yang liriknya ditulis oleh Allahyarham Rosli Khamis ataupun nama penanya, Loloq pasti lebih meninggalkan kesan buat peminatnya.

Syabas Ella!



Source link

read more

Gambar bogel tersebar Jennifer Lawrence rasa seperti diperkosa satu dunia



AKTRES popular, Jennifer Lawrence mengakui dia rasa seperti diperkosa satu dunia selepas foto-foto peribadinya dalam keadaan tanpa seurat benang tersebar, lapor Huffington Post.

Meskipun kejadian itu sudah berlalu tiga tahun lalu, namun pemenang anugerah Oscar ini masih terkesan degan kontroversi yang melanda dirinya itu.

“Tidak tahu lah, saya merasa seperti diperkosa orang satu planet. Walaupun ada yang tidak melihat foto-foto itu,” katanya seperti dipetik portal berita tersebut.

Tambah Lawrence, 27 tahun, dia berasa malu, bingung, dan marah hingga tidak mampu mengungkap perasaannya dengan kata-kata. 

Bahkan sehingga kini, pelakon yang terkenal dengan watak Katniss Aberdeen dalam siri filem ‘The Hunger Games’ itu, masih mencuba untuk menerima semuanya.

“Ketika perkara itu terjadi, saya benar-benar tidak menyangka malah tak mampu menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata.

“Sampai sekarang saya masih cuba untuk menerima apa yang terjadi. 

“Rasa macam satu penculikan, mereka menyebarkan foto satu persatu setiap jamnya,” luah Lawrence.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons