TPM Thailand sedia letak jawatan jika didapati bersalah oleh badan pencegahan rasuah


BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan,” kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan di sini hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

“Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya,” kata Prawit.

— BERNAMA



Source link

read more

Guan Eng Tidak Tolak Kemungkinan Perbicaraan Rasuah Jejas Pencalonannya


indexMO, 12/1/2018, GEORGE TOWN – “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah.

— BERNAMA



Source link

read more

PAKATAN HARAPAN DENGAN RASUAH MACAM KEMBAR SIAM


Apabila disebut sahaja  nama pemimpin dan keluarga  pemimpin pembangkang  yang terlibat dalam amalan rasuah, ketika itu juga berkatalah mereka bahawa itu adalah konspirasi pihak kerajaan dalam usaha memalukan dan menjerat pihak pembangkang.

Rata rata setiap pemimpin yang dituduh berserta bukti  dihadapan mata sekali pun , mereka serta penyokong terus menuding jari kepada pemerintah dan kerajaan Barisan Nasional Diantara alasan yang diberikan ialah  pemimpin kerajaan iri hati dengan kejayaan pemerintahan mereka.

Amalan rasuah dan penyelewengan dana rakyat bukan lagi rahsia dikalangan rakyat serta penyokong mereka sendiri. Sebuah kerajaan pembangkang yang dikatakan memerintah dengan amalan telus dan  bertanggungjawab.

Pada masa yang sama pemimpin pembangkang amat gembira apabila sesuatu siasatan dilakukan ke atas pemimpin kerajaan disabitkan dengan amalan penyelewengan dan sekoyang koyang mereka menuntut penjelasan dan siasatan dilakukan.

Bukan itu sahaja malah mereka terus mendesak agar pemimpin berkenaan dilucutkan jawatan atau diarahkan berhenti dari memegang jawatan yang sedia ada. Inilah sikap pembangkang di Malaysia, dikala ini mereka terus memuji pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang dikatakan telus dalam menjalankan tugasan.

Tetapi tidak sebaliknya, jika ianya berlaku dikalangan pemimpin pembangkang dan dikaitkan serta ditahan dan dibongkar aktiviti rasuah dan penyelewengan dana yang dilakukan oleh mereka  dengan pantas mereka menuduh ianya satu kospirasi jahat kerajaan.

Bukan itu sahaja mereka terus mengatakan tindakan SPRM tersebut mempunyai kepentingan politik pihak kerajaan dan telah dipergunakan oleh ahli politik untuk memerangkap pemimpin pembangkang dan bertujuan untuk menumbangkan mereka.

Agak melucukan apabila portal propembangkang Malaysiakini menyiarkan satu komen yang menyatakan dua buah ne­geri yang diperintah oleh Pakatan Harapan menunjukkan prestasi terbaik dalam memerangi rasuah.

Sebelum ini kita terlah digemparkan  dengan tangkapan yang telah dibuat  oleh pihak berkuasa terhadap Anak lelaki Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa telah ditahan kerana memiliki 200 biji pil kuda

Begitu juga dengan penyelewengan yang tervesar dilakukan oleh Syafie Afdal yang mana melibatkan wang rakyat yang cukup banyak dan tangkapan telah pun dilakukan beserta bukti sejumlah wang yang disimpan.

Begitu juga dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly akan didakwa hari ini di mahkamah mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Dalam hal ini , nama Mohamed Azmin paling banyak dikaitkan kemungkinan terlibat dalam beberapa kes rasuah dalam negeri Selangor seperti yang pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

Hal ini kita dapat melihat, bagaimana Menteri Besar Selangor dan juga pemimpin DAP Pulau Pinang telah menuduh kerajaan mengaturkan konspirasi ke atas  mereka  dalam isu tangkapan yang dilakukan.

Kononnya Azmin Ali berhadapan dengan pembongkaran tangkapan anak saudaranya oleh SPRM itu telah dirancang, sedangkan bukti telah dijumpai  dirumah tertuduh dengan jelas.
Itu perbuatan jelek yang ditunjukkan pegawai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila cuba melindungi perbuatan anak saudaranya yang ditangkap susulan melakukan rasuah dan perlombongan pasir secara haram di Selangor.

“Kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial sebelum penahanan tersebut dilakukan jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Menteri Besar dan Kerajaan Selangor,” dakwa Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam satu kenyataan media hari ini.

Dari kenyataan yang dikeluarkan tersebut jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah di negeri pembangkang telah menjadi halal dan tidak boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Dasar kleptokrasi amalan  pemimpin pembangkang jelas  dilakukan.

Mereka yang ditahan termasuklah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan sedang disiasat di bawah Akta SPRM kerana didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014. SPRM turut dilaporkan membekukan RM4 juta dalam beberapa akaun bank milik syarikat itu.

Shao Loong seterusnya memberi peringatan supaya siasatan keatas anak saudara Mohamed Azmin itu tidak digunakan oleh mana-mana pihak. Malah dalam hal berkaitan dengan kebajikan rakyat telah diabaikan selama 9 tahun dan rakyat terus mendapat khidmat dari pemimpin kerajaan Barisan Nasional untuk meyelesaikan permasalahan mereka. Inilah akibatnya apabila  terlalu naïf dalam politik sehingga merosakkan kerbajikan yang sedia ada.

Seharusnya rakyat telah sedar dan bukan lagi terpengaruh dengan budaya cakap kosong pemimpin pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya penyokong ditolak beramai-ramai ke dalam kandang  harimau.

Sekarang rakyat telah nampak bahawa amalan rasuah dan tuduhan kleptokrasi yang ditujukan kepada kerajaan bukan perkara yang sebenarnya tetapi ianya adalah untuk menutup perlakuan pemimpin pembangkang yang amat rakus menjahanamkan  negeri serta menghabiskan wang rakyat untuk anak beranak mereka



Source link

read more

Dua bekas menteri Zimbabwe didakwa terlibat rasuah – Luar Negara


HARARE 6 Jan. – Dua bekas menteri Kabinet yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan pemimpin terdahulu, Robert Mugabe didakwa terlibat dalam skandal rasuah, menurut peguam mereka hari ini.

Bekas Menteri Luar, Walter Mzembi dan Menteri Tenaga, Samuel Undenge didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah.

Undenge dituduh memberikan kontrak tender sebanyak AS$12,650 (RM50,568) kepada syarikat yang tidak melakukan kerja, menurut kertas pertuduhan yang dilihat oleh Reuters.

Kedua-dua mereka dibebaskan hari ini tetapi diminta menyerahkan pasport dan ditahan sehingga 22 Januari sehingga kes dibicarakan. – REUTERS



Source link

read more

Rasuah : Jurulatih bola sepak direman lima hari – Mahkamah


RASAH 6 Jan. – Seorang jurulatih bola sepak ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengatur satu perlawanan dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada November tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Khas Reman, Rahimah Rahim selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim di sini pagi ini. 


Lelaki berusia 40 tahun itu tiba mahkamah pada pukul 10 pagi dan diwakili peguam, Aina Nadirah Mohd. Yusof. 


Lelaki iti ditahan di pejabat SPRM negeri di Seremban selepas hadir memberi keterangan pada pukul 3 petang semalam. 


Akhbar hari ini melaporkan seorang jurulatih pasukan dari Tampin ditahan selepas disyaki memberi wang kepada 18 pemain dan tujuh kakitangan pasukan kendaliannya supaya tewas dalam perlawanan dengan pasukan Kuala Pilah TGI United dalam LBR pada 25 November lalu. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Arab Saudi bebaskan dua lagi putera terlibat skandal rasuah – Luar Negara


RIYADH 30 Dis. – Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan dua lagi putera Raja Abdullah yang ditahan selama dua bulan susulan dakwaan terlibat dalam skandal rasual di negara ini.

Menurut sumber, Putera Faisal Abdullah yang merupakan bekas ketua Bulan Sabit Merah Arab Saudi dan Putera Mashal Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Gabenor Mekah sudah dibebaskan.

Setakat ini, seorang lagi anak Raja Abdullah iaitu Putera Turki masih ditahan. – AFP



Source link

read more

200 kakitangan SPNB ikrar bebas rasuah – Terkini


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sebanyak 200 kakitangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah, menjauhkan daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Lafaz ikrar tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Ahmad Azizi berkata, lafaz ikrar ini dapat menimbulkan kesedara akan bahaya rasuah di samping dapat mendidik masyarakat dalam usaha memerangi rasuah secara berterusan.

“Majlis yang diadakan ini merupakan wadah dalam membentuk dan membudayakan warga SPNB di semua peringkat jawatan agar berintegriti serta mempunyai keutuhan peribadi tinggi.

“Langkah ini sekali gus dapat memberi mesej kepada masyarakat bahawa kita akan menjalankan tugas dengan jujur dan amanah, dan mendokong semua prinsip pencegaha rasuah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani dan Melafazkan IBR di ibu pejabat SPNB di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak pengurusan SPNB tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana staf yang terlibat dalam perbuatan serta kesalahan jenayah rasuah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPRM sahkan KFA bebas rasuah dalam isu tiket – Bola Sepak


ALOR SETAR 22 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur rasuah oleh mana-mana pihak berhubung isu penjualan tiket final Piala Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) seperti didakwa segelintir pihak sebelum ini.

Sumber dalaman SPRM memaklumkan, suruhanjaya itu bagaimanapun telah membuka kertas pemeriksaan dan perundingan untuk memastikan kekecohan sama tidak berulang pada masa depan.

“Tindakan itu dibuat untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam amalan, sistem serta tatacara kerja sesebuah organisasi.

“Dalam hal ini, kami akan mengadakan beberapa pertemuan dengan KFA bagi mengenal pasti sebarang kelemahan yang menyebabkan kekecohan sehingga timbul dakwaan berlaku rasuah dalam penjualan tiket tersebut.

“Apabila kami sudah mengenal pasti kelemahan dan puncanya, kami akan bentangkan kepada KFA mengenai cara memperbetulkan dan memperkemaskan kelemahan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, setelah cadangan itu dibentangkan, KFA akan ada perjanjian antara kedua-dua pihak di mana KFA diberi tempoh selama setahun untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut.

“Sekiranya mereka gagal melaksanakan perkara yang dijanjikan, maka kami boleh mengambil tindakan mengikut akta tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh SPRM baru-baru ini.

“Kami berterima kasih kepada SPRM yang menjalankan tugas dengan cukup profesional. Ketika mereka menjalankan siasatan sebelum ini, kami tidak pernah gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk ke mana tiket-tiket itu dijual.

“Ini membuktikan yang KFA sentiasa telus dalam menjalankan tugas demi peminat bola sepak Lang Merah. Tiada apa yang mahu disembunyikan dan atas sebab itu, kami akan terus memberi kerjasama kepada SPRM untuk segala tindakan selepas ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rasuah Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara



KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM1 juta termasuk sebuah kereta mewah, BMW, empat tahun lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Dr Shahanom Uthman, 53, yang merupakan bekas Pengurus Besar (Bahagian Projek dan Servis) Malaysia Transfomer Manufacturing Sdn Bhd (MTM) dan dia akan dipenjara 26 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Azura turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, bagaimanapun denda keseluruhan perlu dibayar selewat-lewatnya pada 22 Jan tahun depan.

Hakim itu berkata mahkamah tidak mempercayai keterangan pembelaan tertuduh kerana keterangannya tidak konsisten dan hanya penafian semata-mata.

Bagi setiap pertuduhan tersebut, Shahanom dihukum penjara antara dua dan enam tahun serta didenda antara RM75,000 dan RM1.65 juta, dan kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dan jika gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan 26 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan agar barangan peribadi seperti kereta mewah, cincin, beg tangan dan jam tangan jenama Tag Heuer dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM940,000 dan sebuah kereta BMW bernilai RM140,000 daripada Pengarah Syarikat Bina Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Pang Abdullah dan pekerja syarikat tersebut, Te Boon Chun sebagai upah agar memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.

Shahanom dituduh melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi tempat letak kereta iaitu di bangunan Starhill Gallery, KL Festival City, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar antara 11.30 pagi dan 9 malam, antara 5 Dis 2013 dan 18 Dis 2014.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.

Fahmi memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap keputusan itu. — Bernama



Source link

read more

Pindah milik tanah Felda Tiada unsur rasuah hanya kelemahan tadbir urus – SPRM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini bernilai RM270 juta.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu lebih menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan tertakluk di bawah siasatan polis.

Menurutnya, pihaknya telah meneliti dokumen dan maklumat tersebut selepas menerima laporan kira-kira empat bulan lalu.

“Tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus. SPRM juga dimaklumkan bahawa kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Biar polis jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, tambah Azam pihaknya terbuka sekiranya siasatan polis mendapati wujud elemen jenayah rasuah dan salah guna kuasa berhubung kes tersebut.

BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit

BACA: ‘Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda’ – Shahrir



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons