Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Ratu cantik Filipina dinobat Miss Tourism International 20172018



PETALING JAYA: Ratu cantik Filipina, Jannie Loudette Alipo-on, dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2017/2018 selepas berjaya mengalahkan 46 peserta lain pada pertandingan akhir di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Wanita berusia 25 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada pemenang tahun lepas, Ariel Pearse dari New Zealand.

Jannie membawa pulang biasisiwa bernilai RM60,000 daripada Limkokwing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000, trofi dan lain-lain hadiah sampingan.

Selain gelaran utama, Maja Aleksandra,17, dari Poland memenangi gelaran Miss Tourism Metropolitan International, Lois Merry Tengel, 20, dari Indonesia (Miss Tourism Cosmopolitan), Diana Hills, 20, dari Australia (Miss Tourism Global), Julia Do Vale Horta, 23, dari Brazil (Dreamgirl of the Year) dan peserta Thailand, Tamolrut Tanon, 20, dinobatkan sebagai Miss South East Asia.Peserta Malaysia, Melissa Ng Sook Khuan, 24, memenangi gelaran Miss Glowing Glojas.

Pertandingan ratu cantik dengan tema ‘Menggalakkan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan’ itu adalah platform untuk mencari bakat antarabangsa bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

— BERNAMA



Source link

read more

11 maut ratu cantik terselamat dalam kebakaran hotel mewah



SERAMAI 11 maut dalam kebakaran di sebuah hotel di kawasan perangingan Laut Hitam Georgia yang dijadualkan menganjur pertandingan Ratu Cantik Georgia 2017 pada Ahad.

21 lain dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu.

Kesemua mangsa dilaporkan maut akibat terhidu asap di Hotel Leogrand setinggi 22 tingkat itu.

Menurut Menteri Kesihatan Zaal Mikeladze, punca kebakaran belum dapat dipastikan lagi.

Lebih 100 orang dikeluarkan dari hotel mewah tersebut oleh pasukan perkhidmatan kecemasan.

Identiti mangsa masih sedang dikenal pasti namun menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, mangsa maut merupakan seorang warga Iran dan 10 warga Georgia.

Tambahnya kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pegawai pertandingan tersebut memaklumkan tiada peserta cedera dalam insiden tersebut. Kesemua 20 peserta dilaporkan menginap di hotel itu.

Menurut agensi berita Rusia TASS, kejadian berlaku ketika peserta Ratu Cantik itu sedang menjamu selera.

Mereka berjaya menyelamatkan diri menggunakan laluan kecemasan.

Susulan kejadian Perdana Menteri Georgi Kvirikashvili terus menuju ke Batumi dalam penerbangan pulang ke Tblisi selepas menghadiri sidang Kesatuan Eropah.

Beliau kemudian mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji akan menyiasat punca kejadian dalam satu entri yang dimuat naik di Facebook rasminya.



Source link

read more

50 peserta bersaing gelaran Ratu Cantik Pelancongan 2017



KUALA LUMPUR: Sejumlah 50 peserta dari seluruh dunia akan berentap untuk merebut gelaran edisi ke-20 Ratu Cantik ‘Miss Toursim International 2017’ di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel.

Pengasas dan Presiden D’Touch International Sdn. Bhd.,Tan Sri Danny Ooi berkata, selaku penganjur, pihaknya turut membantu Tourism Malaysia dalam mempromosikan ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ bagi mencapai sasaran 33 juta pelancong melawat negara ini pada tahun berkenaan.

“Kami bercadang menambah penyertaan kepada 60 peserta pada tahun depan, 70 pada 2019 dan 80 peserta dari seluruh dunia pada tahun 2020,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada pertandingan pusingan akhir dunia itu, Malaysia akan diwakili pelajar berusia 24 tahun, Melissa Ng Sook Khuan, yang juga merupakan model sambilan.

Pertandingan bertemakan: ‘Mempromosikan Pelancongan, Kebudayaan dan Persahabatan’ itu turut menyaksikan perebutan lima lagi gelaran sampingan iaitu ‘Miss Tourism International Metropolitan 2017/2018, ‘Miss Tourism Global 2017/2018’, ‘Miss Tourism Cosmopolitan International 2017/2018’, ‘Dreamgirl Of The Year International 2017/218″ serta gelaran khas ‘Miss South East Asia Tourism Ambassadress.

— BERNAMA



Source link

read more

Setem peringati ulang tahun perkahwinan Ratu Elizabeth mula dijual



LONDON: Setem pos untuk memperingati ulang tahun perkahwinan ke-70, Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip akan dijual di seluruh Britain pada Isnin, menurut Royal Mail, lapor agensi berita China Xinhua. 

Selain gambar perkahwinan pasangan diraja itu pada 1947 di Westminster Abbey, setem berkenaan juga menampilkan gambar pertunangan serta berbulan madu.

Set setem berkenaan telah menerima kelulusan Istana Buckingham, kata Royal Mail.

Perkahwinan Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip, ketika itu adalah acara diraja yang pertama selepas tamatnya Perang Dunia II, dengan orang ramai mengunjungi Istana St James untuk melihat pameran sejumlah 2,500 hadiah untuk pasangan tersebut.

Jurucakap Royal Mail, Philip Parker, berkata, “Ulang tahun perkahwinan platinum jarang berlaku, dan untuk keluarga diraja ia merupakan sesuatu yang unik.”

“Kami gembira dapat mengeluarkan enam setem untuk menandakan ulang tahun perkahwinan ke-70 pasangan diraja tersebut,” katanya.

Istana Buckingham mengesahkan Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip akan meraikan saat indah itu dengan acara peribadi, dan menikmati makan malam bersama keluarga di Windsor Castle pada petang Isnin.

Mulai pukul 1 petang waktu tempatan pada Isnin, loceng di Westminster Abbey akan dibunyikan. 

Ratu Elizabeth dan Putera Philip, merupakan pasangan diraja yang usia perkahwinanan terpanjang dalam sejarah.

Pada musim luruh tahun ini, Putera Philip mengumumkan bersara daripada tugas rasmi sementara Ratu Elizabeth, 91, menjadi raja paling lama memerintah dalam sejarah Britain iaitu selama 65 tahun, dan paling lama hidup.

— BERNAMA



Source link

read more

Ratu India dimahkotakan sebagai Miss World 2017



SANYA, China: Ratu India, Manushi Chhillar dinobatkan sebagai Miss World edisi ke-67 dalam satu majlis di Sanya, China pada Sabtu.

Chhillar yang juga pelajar perubatan mengenepikan peserta dari Britain dan Mexico bagi merebut gelaran itu.

Dia menerima mahkota Miss World daripada pemenang tahun lalu, Stephanie Del Valle dari Puerto Rico.

Kemenangan ini meletakkan India setaraf dengan Venezuela, sebagai negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss World.

Sebelum ini, antara pemenang Miss World dari India yang lain termasuk aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai.



Source link

read more

Pencarian Ratu Ais pada 18 November ini – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Program Ekspedisi Wanita ke Antartika (AWETA) 2018 merupakan langkah mencari protege untuk membawa balik kapsul masa yang berada di sana sejak 13 tahun lalu.

Menurut kenyataan AWETA, penyertaan tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Kapsul masa itu telah ditanam oleh Ekspeditor Negara, Dr. Sharifah Mazlina Abd. Kadir pada 2004. Oleh itu, mereka berminat boleh hadir ke sesi penerangan dan saringan awal di Kuala Kubu Bharu pada 18 November ini.

“Program ini dijalankan serentak dengan Karnival Sihat Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS),” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh layari www.mdhs.gov.my dan maklumat lanjut berkaitan pencarian Ratu Ais boleh hubungi sekretariat AWETA di talian 03-5511 1670. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons