Ratusan warga Haiti anjur protes di resort milik Trump



FLORIDA: Ratusan warga Haiti di Amerika Syarikat mengadakan tunjuk perasaan di sepanjang jalan menuju ke Mar-a-Lago, Florida yang merupakan salah satu resort milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin.

Tunjuk perasaan dianjurkan susulan ucapan Trump yang menggelar negara Haiti dan beberapa negara lain sebagai negara “lubang najis” pada minggu lalu.

Menerusi video yang disiarkan WPEC-TV, kelihatan majoriti daripada mereka yang hadir membawa bersama bendera Haiti.

Kebanyakkan mereka juga menyelar gelaran yang diberikan Trump terhadap negara mereka.

Sementara itu, kumpulan kecil penyokong Trump yang berada di lokasi sama arah bertentangan turut membawa bendera Amerika Syarikat dan membawa sepanduk menandakan sokongan mereka kepada presiden berusia 71 tahun itu.

Pada minggu lalu, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House

Sejurus itu, Trump mengakui bahasa yang digunakan agak melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain.

Kenyataan berbaur penghinaan itu turut merujuk kepada beberapa lain seperti El Salvador dan beberapa negara Afrika.



Source link

read more

Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih



LIMA: Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.

Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.

Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.

Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.



Source link

read more

Boxing day bertukar kecoh ratusan pembeli terjejas



JUALAN sempena ‘Boxing Day’ bertukar menjadi kecoh apabila dua insiden berbeza yang menimbulkan keadaan huru-hara di UK dilaporkan netizen di media sosial.

Pertama, insiden rusuhan antara dua kumpulan remaja di pusat beli-belah Westfield Stratford.

Kekecohan itu menimbulkan rasa panik dan rempuhan dalam kalangan pembeli yang cuba melarikan diri dari situasi tersebut.

Netizen sempat memuat naik status, gambar serta video yang menunjukkan keadaan huru-hara dan anggota polis kelihatan cuba mengawal orang ramai di aras bawah pusat beli-belah itu.
Dalam satu kenyataan di laman Twitter, Westfield Stratford berkata wujud gangguan ‘kecil’ tetapi menegaskan bahawa pusat beli-belah itu tidak dipindahkan.

Sementara itu, tidak jauh dari Westfield Stratford, seorang wanita dilaporkan cedera apabila ratusan pembeli cuba melarikan diri kerana mendakwa mendengar bunyi tembakan selain cermin tingkap House of Fraser pecah.

Bagaimanapun, polis berkata tiada bukti tembakan atau kesalahan jenayah di kedai itu.

Satu jam selepas kejadian tersebut, polis memberitahu MailOnline bahawa insiden itu hanya sebuah kemalangan.

Netizen turut memuat naik status yang menunjukkan cermin tingkap Swarovski di House of Fraser pecah.



Source link

read more

Penemuan ratusan fosil telur kukuhkan bukti reptilia terbang pertama dunia


WASHINGTON: Satu pasukan arkeologi di bahagian barat laut China menemukan ratusan fosil telur Pterosaur sekali gus membuka lembaran pemahaman baharu tentang spesies reptilia terbang tersebut yang hidup bersama spesies dinosour yang berjalan di daratan.

Para saintis pada Khamis lalu berkata, mereka telah menemui 215 biji telur bagi Hamipterus tianshanensis – iaitu spesies Pterosaur yang memiliki bentuk tengkorak panjang yang ‘berjambul’, bergigi tajam dan sayap sepanjang lebih daripada 3.5 meter.

Selain itu, sejumlah 16 biji fosil telur yang mengandungi embrio juga ditemukan.

Semua fosil Hamipterus jantan dan betina dewasa itu dijumpai bersama fosil anak-anak dan telur di tapak ekskavasi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang.

Semua fosil Hamipterus jantan dan betina dewasa itu dijumpai bersama fosil anak-anak dan telur di tapak ekskavasi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang.

Penemuan fosil itu mengukuhkan bukti sifat dan kewujudan haiwan zaman Cretaceous tersebut yang hidup pada 120 juta tahun lalu.

“Kami mahu menggelarkan wilayah ini sebagai Pterosaur Eden (Taman Syurga Pterosaur),” ujar ahli paleontologi Shunxing Jiang dari Akademi Sains, Institut Paleontologi dan Paleoantropologi Vertebrata China.

Pterosaur adalah haiwan bertulang belakang pertama yang boleh terbang di Bumi. Burung dan kelawar muncul pada zaman terkemudian.

Sebelum ini, belum ada telur Pterosaur yang dijumpai bersama embrio yang terawet dalam tiga dimensi. Pasukan penyelidik menganggarkan 300 biji telur bakal didapatkan, dengan sebahagiannya dipercayai masih tertanam di tapak cari gali itu.



Source link

read more

Puting beliung di Jawa Timur ranapkan ratusan rumah puluhan cedera



JAKARTA: Satu kejadian puting beliung yang melanda kawasan berpopulasi padat di Jawa Timur, Indonesia pada Rabu, mengakibatkan lebih 30 orang dilaporkan cedera selain lebih 600 kediaman musnah.

Reuters melaporkan, puting beliung selama lima minit yang membawa kekuatan angin selaju 70 kilometer sejam itu menjejaskan petempatan di Sidoarjo, kata pegawai Agensi Mitigasi Benvana Indonesia Dwidjo Prawito.

Sebuah video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebahagian daripada struktur bumbung diterbangkan dari sebuah bangunan, dengan serpihan-serpihan kemusanahan itu berputar naik ke udara.

Sidoarjo terletak di selatan bandar kedua terbesar negara itu, Surabaya.

Ratusan orang telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara iaitu di bangunan sekolah, sementara yang lain masih memilih untuk kekal bersama anggota keluarga.

Pada Februari lalu di kawasan yang sama, 166 rumah dilaporkan musnah apabila diranapkan kejadian puting beliung.



Source link

read more

Gempa Iraq Iran Lebih 100 terbunuh ratusan lagi cedera



BAGHDAD/ERBIL: Lebih 100 orang terbunuh, manakala ratusan lagi cedera di barat Iran apabila gempa 7.2 magnitud menggegarkan sempadan negara itu dengan Iraq lewat Ahad.

Stesen televisyen Iran melaporkan gempa menjejaskan sekurang-kurangnya 14 wilayah.

Reuters dalam laporannya meletakkan angka korban sekurang-kurangnya 129 orang.

Sebahagian besar mangsa merupakan penduduk bandar Sarpol E Zahab, yang terletak 15 kilometer dari sempadan.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya lapan perkampungan musnah.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa berpusat 32 kilometer ke bandar Halabja.

Ia turut mengeluarkan amaran peringkat jingga.

Iran terdedah kepada gempa setiap hari berdasarkan kedudukan geografinya.

Pada 2003, gempa 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah dan mengorbankan 26,000 nyawa.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons