PROF JAYUM: KERETA TANPA PENUMPANG MASIH BANYAK DI ATAS JALAN RAYA


jayum

KUALA LUMPUR: Isu peningkatan kos sara hidup dan kemiskinan bandar dilihat bukan cabaran besar untuk Barisan Nasional (BN) menjelaskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun ia mungkin menjadi senjata pembangkang dalam kempen mereka.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, berkata beliau tidak melihat cabaran baharu yang perlu dihadapi BN pada pilihan raya kali ini berbanding sebelumnya.

Katanya, pengundi luar bandar lebih tertarik kepada isu asas walaupun ramai yang berpendapat ia tidak mencerminkan proses matang dalam demokrasi berbanding pengundi bandar yang lebih cenderung ke arah isu tadbir urus, ketelusan, integriti dalam kepimpinan dan kerajaan.

“Sesetengah ahli ekonomi berhujah mengenai kenaikan kos sara hidup dengan mengaitkannya dengan harga minyak dan kos yang tinggi untuk membeli rumah.

“Namun jika dilihat, semua isu itu sudah pun lama. Walaupun penting, ia adalah isu ekonomi yang biasa dihadapi sejak dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, walaupun dikatakan kos hidup semakin meningkat oleh segelintir ahli ekonomi, belum terdengar kes rakyat Malaysia yang menderita kelaparan atau jatuh sakit akibat tidak makan.

“Harga bahan api adalah tinggi untuk sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, tetapi kesesakan lalu lintas tidak berkurang malah pengangkutan awam juga masih bukan pilihan ramai untuk mengurangkan kos pengangkutan.

“Kereta tanpa penumpang masih banyak dilihat di jalan raya malah bilangannya tidak berkurang sehingga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama,” katanya.

Mengikut Jayum, ada juga ahli ekonomi mengatakan ekonomi negara tidak berkembang baik, tetapi rakyat masih melihat pembinaan bangunan komersial dan hartanah kediaman yang semakin meningkat di mana-mana dengan kos jualan juga semakin meningkat.

“Kita lihat pula pekerja warga asing, mereka masih berduyun-duyun datang ke Malaysia dan rakyat kita pula masih ramai yang bercuti di luar negara sekalipun ringgit dikatakan lemah.

“Jadi secara tidak langsung, semua keadaan yang berlaku ini menunjukkan bahawa ekonomi negara masih bersemangat dan ini bertentangan dengan analisis beberapa ahli ekonomi.

“Sebab itu saya kata, isu kos sara hidup ini bukan perkara baru menjadi mainan pembangkang kerana BN sudah terbukti menjadikan ekonomi Malaysia mapan.

Pelbagai program melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah dirangka dengan baik untuk terus merangsang aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat rakyat pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara.

SUMBER: BERITA HARIAN 17/3/2018

http://www.al-azharrisiddiq.com



Source link

read more

Pembayaran Dividen Tinggi KWSP Tiada Kaitan Pilihan Raya


18B1FC39-FAE6-4837-B5FA-3A9AC9A41205MO, 12/2/2018, KUALA LUMPUR – Pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertinggi sejak sekian lama tiada kaitan dengan pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tindakan pembangkang yang segera menggunakan isu itu dengan mengaitkan kadar pembayaran KWSP sebagai ‘dividen tahun pilihan raya’ juga sudah dijangka.

“Sebenarnya, pembayaran dividen KWSP ini meningkat secara beransur-ansur sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan hanya pada tahun ini. “Pada 2014 dan 2015, KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi berbanding 2013, yang juga merupakan tahun pilihan raya. Jadi ia tidak ada kaitan dengan pilihan raya,” jelas Salleh menerusi catatan di laman blog beliau, semalam.

Beliau berkata sekiranya KWSP mengumumkan dividen yang sangat rendah tahun ini, pembangkang akan menggunakan perkara itu sebagai bukti bahawa ekonomi sedang dalam keadaan buruk dan negara akan bankrap.

“Mantra ‘Malaysia akan bankrap’ dicanangkan selama bertahun-tahun tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah pertumbuhan ekonomi bertambah kukuh. Mengikut laporan ekonomi negara-negara lain, Malaysia dinilai antara terbaik di rantau ini,” katanya.

Salleh berkata ahli ekonomi asing juga meramalkan pertumbuhan yang tinggi untuk Malaysia.

“Rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara untuk bercuti juga meningkat setiap tahun berdasarkan statistik dikumpulkan. Lebih 26 juta pelancong asing juga datang ke Malaysia pada 2016 dan ini dijangka meningkat kepada 30 juta menjelang 2020.

“Ini bukan petanda negara dalam masalah,” tegasnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Mengundang maut, duduk di tengah jalan raya – Nahas & Bencana


BETONG 11 Feb.- Perbuatan seorang lelaki dipercayai telah mabuk dengan duduk di tengah jalan raya mengundang maut setelah dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Ulu Layar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 48 tahun dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika keadaan jalan yang rata namun gelap berikutan tiada lampu.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu wanita berusia 25 tahun itu difahamkan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mangsa terperosok ke bawah kereta dan meninggal dunia ekoran kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

“Keadaan cuaca ketika kejadian juga baik dan kering.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Maldives dalam darurat penyokong pembangkang merusuh di jalan raya



MALE: Krisis politik Maldives memuncak selepas kerajaan negara itu mengisytiharkan darurat selama 15 hari.

Senario politik di negara kepulauan Lautan Hindi itu jadi perhatian susulan tindakan Presiden Yameen Abdul Gayoom yang menolak keputusan Mahkamah Agung yang mengarahkan pembebasan tahanan politik yang dipenjarakan.

Tindakan Yameen yang enggan mematuhi keputusan berkenaan mengundang bantahan oleh penyokong pembangkang yang membanjiri jalan sekitar Male. Ia bertukar tegang selepas mereka betemmpur dengan polis anti rusuhan.

Pihak tentera pula dikerahkan mengawal bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen daripada bermesyuarat.

Antara tahanan yang tersenarai untuk dibebaskan termasuk pemimpin pembangkang yang juga bekas presiden negara itu, Mohammed Nasheed.

Nasheed yang kini hidup dalam buangan di Britain sejak 2016 selepas menerima rawatan di negara itu dalam reaksinya meminta rakyat untuk menolak arahan Yameen yang disifatkannya sebagai melanggar undang-undang.

Mahkamah turut mengarahkan kelayakan 12 ahli parlimen yang dilucutkan sebelum ini dikembalikan semula.

Sekiranya arahan itu dipatuhi bermakna Parti Progresif pimpinan Yameen akan hilang majoriti di parlimen sekaligus menyaksikan badan perundangan menjadi seteru kepada presiden.

Tindakan Yameen turut mengundang reaksi daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat yang mendesak beliau untuk patuh kepada arahan mahkamah.



Source link

read more

Perkahwinan sejenis penentu pilihan raya umum



SAN JOSE: Bersetuju atau tidak?

Perkahwinan sejenis menjadi antara faktor penentu kemenangan calon pilihan raya umum di Costa Rica.

Presidennya, Luis Guillermo Solis ketika bertemu wartawan antarabangsa selepas mengundi menegaskan Costa Rica perlu membenarkan perkahwinan sejenis.

Calon Evangelical, Fabricio Alvarado sebelum ini membantah kebenaran itu yang menjadi bahan kempen pada pilihan raya umum kali ini.

Daripada 13 calon yang bertanding tidak ada seorang pun yang berjaya memperoleh undi melebihi 17 peratus.

Sekiranya tiada calon yang berjaya memperoleh 40 peratus undi, pilihan raya  pusingan kedua akan diadakan 1 April depan melibatkan dua calon yang mendapat undian tertinggi.

Sebelum ini, mahkamah meminta kerajaan Costa Rica memberikan hak yang sama kepada pasangan gay termasuk isu pengambilan anak angkat.

Pengundi akan memilih 57 calon sebelum pelantikan wakil Parlimen.



Source link

read more

Usaha bendung berita palsu bukan sebab musim pilihan raya


JOHOR BAHRU – Langkah kerajaan mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu bukan disebabkan musim pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebaliknya sudah difikirkan sejak lama, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata langkah menangani penularan berita palsu amat tepat memandangkan penyebaran berita sedemikian boleh menjejaskan keselamatan negara, keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Tidak sama sekali, tidak ada kaitan (dengan musim PRU14). Memang sejak dahulu lagi kita (kerajaan) telah memikirkan perkara ini (langkah mengkaji undang-undang membendung berita palsu).

Memang kita ada beberapa undang-undang sekarang ini seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan, tetapi apabila mengenai berita palsu, ia boleh jejaskan keselamatan negara, maka, penting bagi kita ada undang-undang khusus berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas melawat GegaRia Fest 2018 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Salleh berkata seperti yang diketahui umum, penularan berita palsu berleluasa di seluruh dunia dan banyak negara sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani hal tersebut.

Salleh berkata jika penularan berita palsu tidak dikawal, sudah tentu ia akan merugikan negara dan rakyat malah setiap individu sepatutnya menggunakan media sosial secara positif seperti meningkatkan rangkaian sosial atau pendapatan ekonomi.

“Kerajaan mengambil keputusan untuk tubuh jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu itu yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kita di Malaysia pun banyak yang menjadi mangsa akibat berita palsu, sebab itu kerajaan ingin mewujudkan satu akta khusus untuk berita palsu ini yang diharapkan dapat dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang,” katanya.

Menurut Salleh, pelan cadangan undang-undang tersebut dijangka dibentangkan Azalina pada mesyuarat kabinet akan datang untuk diteliti.

Mengikut rekod, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 1,203 aduan berkenaan berita palsu dan kandungan palsu sepanjang tahun lepas manakala lebih 1,800 laman web, portal dan blog telah disekat dalam tempoh sama kerana menyebar kandungan yang mengelirukan serta boleh menjejaskan suasana harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum, katanya.

Portal sebenarnya.my yang dibangunkan SKMM sebagai pusat rujukan kesahihan berita tular pula merekodkan 15 juta pelawat sejak dilancar Mac tahun lepas.

Sementara itu, mengenai lawatan ke GegaRia Fest berkenaan, Salleh berkata ia menarik anak muda untuk berkunjung dan melihat perkembangan negara sejak merdeka menerusi pameran yang diadakan dan ia perlu dikunjungi oleh semua orang.

“Program ini dapat memperlihatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi disediakan kerajaan dan swasta. Kita kena lihat masa depan negara, pada masa kini banyak konsep digital telah diadakan dan sudah tentulah anak muda harus rebut peluang program seperti ini supaya tidak ketinggalan,” katanya.

GegaRia Fest 2018 anjuran Media Prima Berhad di sini hari ini merupakan lokasi kedua selepas Shah Alam, Selangor, yang diadakan 13 Jan lepas bagi mewujudkan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk berhubung, berkongsi dan memberi inspirasi manakala khas buat warga milenia negara, program itu adalah untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri.

GegaRia Fest terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria dan Zon Hiburan #Gegaria.-BERNAMA



Source link

read more

Abdel Fattah El Sisi dijangka menang mudah Pilihan Raya Presiden Mesir Mac ini



KAHERAH: Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan (NEA) Mesir umum tidak akan menerima sebarang pencalonan baharu untuk Pilihan Raya Presiden yang bakal diadakan pada Mac ini.

Berkuat kuasa serta merta bermula Sabtu NEA juga tidak akan menerima sebarang bantahan terhadap calon yang mungkin dikemukakan.

Pencalonan terakhir yang diterima NEA adalah pada Isnin lalu dari Pengerusi Parti El Ghad, Moussa Mostafa Moussa yang mendaftar di saat-saat akhir tempoh pencalonan.

Dengan penyertaan itu, Pilihan Raya Presiden Mesir yang bakal diadakan pada Mac akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Moussa dan penyandang kerusi presiden sedia ada Abdel Fattah el-Sisi.

Bagi penganalisis politik, penyertaan Moussa terbabit dilihat tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Abdel Fattah yang turut menerima sokongan padu anggota parlimen.

Dalam undian di Parlimen, Abdel Fattah menerima 549 undian berbalas 20 memihak Moussa.

“Seperti yang diketahui umum, Moussa Mostafa Moussa adalah penyokong kuat Presiden Abdel Fattah el-Sisi.

“Malah dia turut menggunakan potret Abdel Fattah dalam akaun media sodialnya dan terang-terangan menyatakan sokongannya terhadap Abdel Fattah,” jelas penganalisis politik Emad Al Azraq.

Kempen Pilihan Raya Presiden akan diadakan bermula 22 Februari manakala pilihan raya diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2018.



Source link

read more

Sistem pilihan raya Malaysia… apa yang tak adilnya? – Najib


Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak wajar mempersoalkan ketelusan sistem pilihan raya negara ini memandangkan sistem sama digunakan mengangkatnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menyifatkan desakan Mahathir yang dibuat semasa pertemuan dengan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini sebagai suatu yang aneh.

“Malah sistem ini diangkat menjadi lebih telus berbanding dahulu,” kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini.

Najib juga membuat perbandingan sistem pilihan raya semasa zaman Mahathir dimana beberapa pembaharuan dilakukan seperti  adanya ejen mengundi, ejen pengiraan undi dan dakwat kekal.

“Jadi, peluang nak menipu tidak ada langsung, jadi macam mana boleh kata pilihan raya tidak adil?

“Kenapa 22 tahun (Mahathir) tidak komplen sistem itu, sistem sama yang kita gunakan,” ujarnya lagi.

Pada minggu lalu, Mahathir bersama pemimpin blok Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil duta Kesatuan EU, langkah yang sebelum ini tidak pernah dibenarkan oleh beliau sendiri semasa menjadi perdana menteri.

Dalam pertemuan itu, Mahathir yang juga Pengerusi PH mendesak Kesatuan EU supaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 dijalankan secara bersih dan adil.

Pelbagai pihak mengecam dan membidas Mahathir dan PH yang mengadakan pertemuan tersebut pada ketika Kesatuan EU sudah membuat keputusan untuk memboikot kepala sawit negara yang merupakan sumber pendapatan utama kepada ekonomi negara. – MalaysiaGazette



Source link

read more

Pakatan pembangkang Mesir desak boikot pilihan raya presiden



KAHERAH: Pakatan lapan parti pembangkang Mesir dan 150 aktivis pro-demokrasi diketuai bekas calon pilihan raya presiden, Hamdeen Sabahy mendesak rakyat negara itu memboikot pilihan raya presiden yang dijadual Mac depan.

Desakan boikot dibuat kerana mendakwa pengendalian pilihan raya itu masih berteraskan tradisional dan menyebelahi pemerintahan diktator.

Desakan ini juga dikemukakan beberapa hari selepas Gerakan Demokratik Awam meminta pengundi tidak terlibat dalam sistem demokrasi berkenaan dan tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya tersebut.

Gerakan berkenaan terdiri daripada lima pemimpin pembangkang, termasuk calon Presiden 2012, Sami Annan.

“Adalah tidak wajar buat kita untuk menyerah dan menerima sahaja kebodohan yang berlaku ini,” kata tokoh pembangkang veteran Abdel-Galeel Mustafa pada sidang media di Kaherah.

Hamdeen Sabahy, yang berada di tempat kedua pada Pilihan Raya Presiden pada 2014, turut mendesak kumpulan pro-demokrasi lain untuk menyertai pakatan berkenaan.

“Kita sewajarnya bersatu. Ini adalah detik untuk rakyat menentukan keinginan mereka,” jelas Hamdeen.

Kerjasama pakatan lapan parti ini bermula ketika revolusi rakyat pada 2011, yang menamatkan pemerintahan 29 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Pakatan sama turut menyokong protes besar-besaran pada 2013 menentang Presiden Mohammed Morsi, yang membuka jalan untuk pemerintahan tentera mengambil alih selepas penyingkiran Morsi.

Presiden Abdel Fattah el-Sissi dijangka dapat mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua.

Pilihan Raya Mesir lazimnya tidak mencatat peratusan keluar mengundi yang tinggi, lebih-lebih lagi keputusan pemilihan sudah dijangka rakyat.



Source link

read more

Zeman menang pilihan raya Presiden Czech – Luar Negara


PRAGUE 27 Jan. – Presiden Czech, Milos Zeman memenangi pilihan raya Presiden mengatasi pesaingnya, Jili Drahos, di sini hari ini.

Zeman memperoleh undian sebanyak 53.82 peratus berbanding Drahos yang mencatat sebanyak 46.17 peratus undian dengan kiraan undi berjumlah 76.4 peratus.

Bekas pemimpin haluan kiri itu mewakili golongan pengundi yang miskin dan mempunyai tahap pendidikan rendah. – AFP/REUTERS



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons