SURAT TERBUKA OTAI REFORMASI BUAT WAN AZIZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Menyambung kegelisahan Sdra Razak Ismail, bekas Setiausaha R98, saudara sebenarnya tidak keseorangan, malah beberapa rungutan dapat di kesan ekoran keputusan Majlis Presiden pada Konvensyen 7/1/2018 memutuskan bakal PM ialah Tun Mahathir.

Seawal 10/01/2018, Saudara Hj. Jamal Nasir telah menyuarakan rasa kurang senang beliau di atas keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden, dan menawarkan solusi Win win situation – Gandingan DS Azmin – DS Mukhriz dan Timbalan II dari DAP.

Saya berpendapat keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden adalah seperti memandang remeh dan rendah pengorbanan Dato Sri Anwar yang teraniaya sejak 1998, kesan fitnah dalaman Umno. Sewajarnya Majlis Presiden meletakkan D.S Wan Azizah atau DS Azmin sebagai calon PM. 

Kebimbangan Saudara Razak Ismail – Bimbang Tun Mahathir berpaling tadah adalah berasas. Sejarah tidak boleh di tipu. Tun Dr Mahathir pernah berada berada di dalam UMNO dan bersama pembangkang sewaktu era Tunku Abdul Rahman, dan menikam Tun Hussein Onn untuk mengambil tempat sebagai PM.

Adalah tidak mustahil Tun Mahathir akan pulang ke lubuk sekiranya PH berjaya memenangi Pru 14, atau sekiranya DS Najib kalah pada pru yang akan datang.

Saya sependapat dengan Saudara Rosli Ibrahim (Adinda DSAI), bahawa PKR yang telah sekian lama memperjuangkan agenda reformasi mesti bertindak sebagai tulang belakang wakil PKR sendiri.

Untuk kesekian kalinya, kami merayu Datin Seri segera menyampaikan suara dari bawah, bahawa kami hanya menerima calon dari PKR sahaja sebagai calon P.M.

Khamis malam Jumaat adalah malam perhimpunan sebahagian Otai Reformasi di rumah Yab Datin Seri di Segambut, silalah Yab Datin Seri selami pendapat kami.

*Hj Najib Hamid*

Marshall Reformasi 98

Bandar Baru Bangi.

11/01/2018




Source link

read more

Reformasi dicadang Pakatan Harapan sama seperti deklarasi sebelumnya – Salleh


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata membaca senarai reformasi yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan hari ini adalah seperti membaca salinan deklarasi sebelumnya yang dibuat sejak 20 tahun lepas sejak 1998.

Beliau berkata reformasi teras 13 perkara itu adalah antara pengumuman dibuat pada Ahad yang akan dilaksanakan dengan segera jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Sebagai contoh, perkara mengenai reformasi Parlimen dan menjadikannya sebuah institusi bebas telah diulang-ulang selama lebih 20 tahun.

“Sistem Parlimen Malaysia berfungsi seperti sistem Westminster British yang menyaksikan ahli parlimen mengundi mengikut parti dan tidak seperti Senat/Kongres di Amerika Syarikat apabila anggota Senat/Kongres mengundi bukan berdasarkan parti. Jadi, bagaimana pakatan hendak memenuhi janji ini sedangkan mereka memecat ahli parti sendiri yang contohnya, mengundi menyokong rang undang-undang kerajaan?,” kata Salleh menerusi catatan dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com, malam Ahad.

Beliau juga berkata, yang anehnya ialah dahulu, agenda reformasi 13 perkara ini adalah sebab yang diberikan oleh pembangkang tentang mengapa bekas perdana menteri itu Tun Dr Mahathir Mohamad harus disingkirkan dan diganti.

“Kita perlu menyingkirkan Mahathir, kata mereka, supaya reformasi dapat dilaksanakan, dan selagi Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri, Malaysia tidak akan “melihat” reformasi.

“Hari ini mereka memberitahu kita Mahathir mengetuai agenda reformasi ini. Dan untuk menjadikan Mahathir perdana menteri mereka untuk membantu memperjuangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara sedangkan Anwar dipenjarakan pada 1998 disebabkan Mahathir, ini adalah situasi yang sangat mengelirukan,” kata beliau.

Pakatan Harapan hari ini mengumumkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRK-14).

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons