[VIDEO]Pakaian pengantin rekaan Fatimah Mohsin – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Nama Fatimah Mohsin dalam dunia rekaan pakaian atau gaun pengantin dikenali di negara kelahirannya Singapura.



Pakaian pengantin rekaan Fatimah Mohsin

Fatimah Mohsin

Memulakan karier sebagai jurusolek dan penata gaya selama lebih 20 tahun bersama stesyen penyiaran, wanita berdarah kacukan India ini didedahkan dengan pengalaman fesyen dan rekaan sehingga mendorongnya untuk memperbaiki diri dengan mengikuti kursus rekaan fesyen.

Usaha gigih Fatimah yang juga seorang ibu disokong bukan sahaja oleh keluarga tetapi rakan-rakan sekeliling bagi merealisasikan nama Fatimah Mohsin berdiri sebagai seorang pereka pakaian atau gaun pengantin yang gah di negara jiran, Malaysia.

Malam tadi Fatimah memperlihatkan 34 helai gaun pengantin rekaannya di atas pentas peragaan yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Usai showcase fesyen, ketika ditemui wartawan Utusan Online, Fatimah memberitahu mengapa rekaan gaun pengantin menjadi pilihannya untuk diperagakan oleh peragawati pilihannya.

“Perjalanan saya sebagai seorang pereka fesyen berdasarkan kerjaya yang pernah saya ceburi di stesyen penyiaran di Singapura.

“Sebagai seorang pereka fesyen bukannya saya tidak melahirkan rekaan fesyen yang lain-lain namun hati saya lebih cenderung dan dekat kepada rekaan gaun pengantin,” katanya.

Fatimah turut melahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada para hadirin yang hadir untuk menyaksikan showcase peragaan fesyen gaun pengantinnya seperti selebriti Datuk Khadijah Ibrahim, aktres Janna Nick dan penyanyi, Ezzlyn kerana membakar semangatnya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam industri fesyen.

Menjelaskan kelainan showcase malam tadi, Fatimah berkata, kehadiran dua penyanyi, Shakira dan Aishah Aziz yang bergilir-gilir menyanyi secara live mengiringi peragawati-peragawati berjalan sepanjang pentas peragaan adalah bagi menghilangkan rasa bosan hadirin yang hadir untuk melihat rekaan-rekaan yang diperagakan.

Tidak salah jika showcase peragaan fesyen dijalankan di luar kotak kelaziman namun apa yang penting, tumpuan mata setiap hadirin tetap kepada gaun-gaun pengantin bermotifkan moden sambil dikekalkan ciri tradisional yang dihasilkan oleh rekaan Fatimah.

Kata Fatimah lagi, rekaan yang dihasilkannya untuk showcase malam tadi adalah berdasarkan inspirasi India dan Mediterranean.

“Kali pertama dahulu ketika saya mengadakan showcase rekaan saya lebih ke arah modern wear.

“Kali ini saya mempertontonkan detail atas fesyen seperti jahitan manik-manik tanpa kompromi ke atas kualiti dan gaya.

“Fabrik yang digunakan datangnya dari Dubai dan Paris. Bagaimanapun saya juga menggunakan fabrik dari Jakarta kerana di Singapura agak sukar untuk mendapatkan material,” katanya.

Dengan jahitan yang kemas pada rekaan Fatimah, hasilnya bukan sahaja bergaya kepada si pemakai tetapi juga menampakkan harga yang mahal.

Langkah seterusnya ujar Fatimah, beliau berhasrat untuk membuka sesuatu di Kuala Lumpur.

“Terus terang saya katakan di sini, di Singapura agak sukar untuk mencari mereka yang berkemahiran dalam kerja tangan seperti menjahit manik.

“Saya menggunakan pekerja menjahit manik di Johor. Jadi, hasrat saya adalah untuk membuka worksyop selain daripada mengembangkan lagi perniagaan yang saya jalankan secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Video oleh HASNURUL MOHAMED



Source link

read more

AirAsia perkenal rekaan pesawat baharu I Love ASEAN



MANILA: Sempena 50 tahun penubuhan ASEAN, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia melancarkan rekaan badan pesawat khas (livery) ‘I Love ASEAN’ dengan identiti 10 negara anggota ASEAN.

Livery Airbus 320-216 berkenaan dihiasi rekaan diinspirasikan daripada ciri-ciri autentik yang begitu sinonim dengan 10 negara anggota ASEAN seperti tekstil, seni bina dan alam semulajadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes, sebagai sebuah syarikat penerbangan ASEAN, AirAsia ingin menyatukan masyarakat di rantau ini selaras dengan usaha ASEAN sepanjang 50 tahun penubuhannya.

“Sebagai syarikat penerbangan yang lahir dalam kalangan negara ASEAN, kami amat berbesar hati memperkenalkan reka bentuk istimewa itu pada sambutan jubli emas ASEAN pada tahun ini,””kata Fernandes ketika ditemui media Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Filipina di sini pada Selasa.

Livery itu memaparkan rekaan batik cetak (Malaysia), poom khao bin (Thailand), ulos Batak (Indonesia), tapis (Filipina), trong dong (Vietnam), kbach pka Chan (Kemboja) Lao phouthai (Laos) chate (Myanmar), jongsarat (Brunei) dan Vanda Miss Joaquim (Singapura).

Pesawat berkenaan diperkenalkan di majlis pelancaran ‘AirAsia Loves ASEAN’, sebuah inisiatif bersiri yang memberi tumpuan kepada pendidikan, pembangunan bakat dan ekonomi untuk meraikan sambutan jubli emas ASEAN pada tahun ini.

Inisiatif tersebut merangkumi Kerjasama AirAsia dan Universiti-Universiti ASEAN, Hari Usahawan ASEAN, Kem Wartawan ASEAN dan Program Mobiliti AirAsia Allstars.

“AirAsia Loves ASEAN adalah salah satu inisiatif yang telah kami rencanakan untuk menyumbang kembali kepada rantau ASEAN bersama dengan promosi berterusan ke destinasi ASEAN menerusi penjenamaan serta usaha pemasaran yang membolehkan kita menyatukan komuniti dan ekonomi.

“Pada masa yang sama, ASEAN maju kearah integrasi dan persefahaman yang lebih baik,” kata Fernandes.

Menerusi usahasama bersama universiti ini, AirAsia akan memberi peluang kepada para graduan dari rantau ini untuk menjalani latihan industri dalam pelbagai bidang di syarikat penerbangan tersebut, dengan peluang untuk menjamin pekerjaan sepenuh masa selepas tamat pengajian. 

Hari Usahawan ASEAN akan mengukuhkan komitmen AirAsia terhadap usahawan-usahawan ASEAN dengan mengadakan forum latihan bersama startup terbaik di ASEAN dan sebuah platform untuk membangunkan dan memasarkan bisnes mereka, bermula dengan jenama pelakon, pengacara dan VJ Indonesia Daniel Mananta, “Damn! I Love Indonesia”.

Bagi menggalakkan liputan yang lebih baik mengenai ASEAN, AirAsia akan menjadi tuan rumah Kem Wartawan ASEAN, sebuah bengkel khas bagi wartawan mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai jenama regionalisme ASEAN, cara organisasi berfungsi, sosial, pembangunan dan isu integrasi serta pelancongan berasaskan komuniti. 

Manakala AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) akan berpeluang untuk bekerja dan menetap di negara ASEAN lain menerusi Program Mobiliti Allstars.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya di peringkat kerjaya dan peribadi.

Kini, kesemua pesawat AirAsia yang beroperasi di rantau ini juga akan memaparkan bendera ASEAN, sebagai tambahan kepada bendera kebangsaan mereka.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons