Penunggang maut rempuh lori – Jenayah


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kemalangan di Kilometer 15.1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini, hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, mangsa, Mohd. Fauzi Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit berusia 62 tahun yang memandu dari arah Damansara ke Subang telah memberhentikan kenderaannya lokasi kejadian bagi membantu sebuah kenderaan lain yang rosak di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, datang sebuah motosikal yang dipandu mangsa dari arah belakang telah melanggar belakang lori tersebut,” katanya.

Mohd. Zani berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

habis



Source link

read more

Penunggang motosikal maut rempuh treler – Johor


KLUANG 14 Nov.- Seorang lelaki maut selepas gagal mengawal motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya sebelum merempuh sebuah treler di 19.5 Jalan Benut-Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.25 tengahari itu, mangsa, PV. Mahalingam, 30, meninggal dunia akibat cedera parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Simpang Renggam.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh bahagian belakang treler yang berhenti akibat tayar meletup.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mohamad berkata, pemandu treler berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemuda parah rempuh MPV polis – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Seorang pemuda parah selepas motosikal yang ditungganginya merempuh kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan berdekatan susur keluar ke Subang, dekat sini pagi tadi.

Kemalangan pukul 6.20 pagi bemula apabila kenderaan MPV polis sedang membantu  sebuah kereta Perodua  Myvi mengalami kerosakan di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd.  Zani Che Din berkata, ketika anggota membuat kawalan di lokasi, sebuah motosikal jenis Bimota telah melanggar bahagian belakang kenderaan MPV tersebut.

“Akibat kemalangan itu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan di anggota badannya akibat merempuh kenderaan MPV tersebut.

“Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu cedera kereta terbabas rempuh rumah – Nahas & Bencana


MELAKA 2 Nov. – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil di sini pagi ini.



Kereta rempuh rumah di Ozana

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu berkenaan cedera selepas tersepit di dalam kereta jenis Honda dipandunya terbabas dan merempuh bahagian hadapan rumah tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.17 pagi mengenai kejadian itu dan segera menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil.

“Pemandu kereta berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans,” katanya dalam satu kenyataan di sini dan difahamkan tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons