Bas terbakar 52 penumpang rentung



SEBUAH bas terbakar di kawasan terpencil Kazakhstan pada Khamis mengorbankan 52 penumpang warga Uzbekistan, kata Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan.

Bas tersebut dikatakan dipandu di sepanjang jalan di utara-barat wilayah Aktau, Kazakhstan yang menghubungkan Samara ke Shymkent, sebuah bandar di selatan Kazakhstan berdekatan dengan sempadan Uzbekistan.

Arah laluan bas sebelum kejadian belum dapat dikenal pasti namun, bas tersebut seringkali digunakan untuk menghantar pekerja-pekerja asing yang kebiasaannya bekerja di tapak pembinaan sama ada pergi dan pulang dari Rusia.

Dalam kejadian tersebut, lima penumpang berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar itu.

Kenyataan turut menyebut kemalangan berlaku pada 10.30 pagi waktu tempatan namun tidak menjelaskan mengenai punca kemalangan.



Source link

read more

Dibunuh sebelum dibakar mayat pengasuh rentung ditemui di taman



SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.



Source link

read more

Pemuda tumpang tidur ditemukan rentung di rumah rakan – Nasional


BETONG 17 Dis. – Seorang pemuda ditemukan rentung di rumah rakannya yang terbakar di Kampung Hulu Spaoh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, mangsa, Saiful Johari, 25, ditemukan rentung dalam sebuah bilik difahamkan ketika menumpang tidur ekoran letih memotong rumput di rumah itu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menerima panggilan memaklumkan kebakaran tersebut pada pukul 5.21 petang tadi.

Katanya, seramai enam anggota diketuai Ketua BBP Betong, James Whelan bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 32 kilometer (km) dan tiba setengah jam kemudian.

“Setibanya di lokasi, api telah marak yang membakar hampir 90 peratus rumah kayu itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.50 petang. Pemeriksaan lanjut menemukan seorang mangsa yang rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, mayat mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Penghuni yang lain seramai tiga orang berusia 11 hingga 36 tahun terselamat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki rentung dalam kemalangan kereta dan 4WD



TELUK INTAN: Seorang lelaki maut rentung apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda (4WD) dalam kejadian di KM18 Jalan Teluk Intan-Langkap di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian sekitar 3.30 petang itu, mangsa, Lee Kian Tui, 55, maut di tempat kejadian apabila dia tidak sempat menyelamatkan diri ketika kenderaannya terbakar selepas bertembung dengan kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, insiden dipercayai berlaku apabila kereta Mercedes yang dipandu mangsa dari Teluk Intan menghala ke Langkap bertembung secara berhadapan dengan kenderaan jenis Triton.

“Siasatan awal mendapati kenderaan Mercedes itu bertembung dengan Triton yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke Teluk Intan apabila tiba di tempat kejadian.

“Akibat pertembungan tersebut, kereta dipandu mangsa terbakar menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan rentung.

“Pemandu kenderaan lasak pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah Mohd Marzukhi, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

Alat pengesan asap Pasang ditempat strategik elak rentung ketika tidur



KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam membuat pemilihan dan pemasangan alat penggera pengesan asap.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata alat tersebut tidak akan berfungsi dengan berkesan sekiranya ia tidak dipasang dan diselenggara dengan sempurna.

Malah, beliau menegaskan setiap alat penggera pengesan asap itu perlu mempunyai sijil Standard Malaysia yang diperakui JBPM.

“Sekiranya hendak pasang di kediaman masing-masing, pastikan pemasangan itu dibuat di tempat strategik dan mempunyai risiko sumber api seperti di bilik tidur, ruang tamu, kawasan yang mempunyai barangan elektronik, televisyen, komputer dan sebagainya.

“Pemasangan itu juga termasuk di dapur yang menempatkan gelombang mikro, peti sejuk dan perkakas elektronik yang mudah panas.

“Jangan letak di tempat laluan yang tidak ada risiko kebakaran kerana kesannya tidak ketara di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tambah Soiman, tahap kesedaran dalam kalangan pemilik rumah mahupun ketua keluarga berkenaan pemasangan alat tersebut masih lagi rendah.

“Saya dapati kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak rendah berkenaan pemasangan alat penggera pengesan asap.

“Oleh itu, JBPM telah buat pelbagai kempen kesedaran untuk pemasangan alat ini di rumah masing-masing.

“Malah, sistem penggera pengesan asap ini menjadi salah satu syarat kepada projek-projek perumahan baharu,” ujarnya.

Selain itu, beliau mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama pemimpin-pemimpin masyarakat telribat secara langsung dalam aktiviti kesedaran bagi mengelak peningkatan statistik kematian ketika tidur.

Mengikut statistik JBPM, kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dalam tempoh Januari hingga 16 Nov tahun ini, merupakan mangsa yang meninggal dunia ketika tidur.

“Kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur,” katanya.



Source link

read more

Empat sekeluarga rentung selamat disemadikan



GEORGE TOWN: Mayat empat ahli keluarga Ketua Pemuda MCA Tanjong, Lim Swee Bok selamat disemadikan di Kremotorium Batu Gantung, di sini, pada Ahad.

Jasad dua anaknya Lim Yin Chun, sembilan tahun, dan Lim Jia Yiin, lapan tahun, yang maut bersama ibu dan nenek mereka dalam kejadian kebakaran minggu lalu dibawa dari Jalan Maccalum ke Batu Gantung dan selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi.

Sementara itu mendiang ibu Swee Bok, Lau Sai Poh, 62, dan isterinya, Cheng Yen, 35, pula selamat disemadikan pada jam 3.45 petang.

Suasana pilu menyelubungi pusat itu sebaik upacara terakhir dijalankan.

Swee Bok yang menangis sepanjang upacara itu dilihat ditenangkan kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan rapat yang hadir.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Rabu lepas, empat beranak itu ditemukan rentung setelah terperangkap dalam kebakaran di tingkat bawah kediaman mereka di Pintasan Cecil5, Pengkalan Weld dekat sini.



Source link

read more

Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran di George Town


GEORGE TOWN: Empat sekeluarga maut dalam satu kebakaran rumah dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, George Town sekitar jam 6 pagi tadi.

Kesemua mangsa merupakan ahli keluarga kepada Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok.

Mereka terdiri dari isterinya yang berusia 35 tahun, anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya yang juga seorang warga emas berusia 62 tahun.

Tiga mangsa iaitu dua dewasa dan seorang kanak- kanak ditemui di dalam tandas berdekatan ruang tamu di tingkat bawah rumah manakala seorang lagi kanak- kanak ditemui ditingkat atas rumah.

Foto JBPM

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihak bomba menerima panggilan pada jam 6.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 20 anggota dan tiga jentera.

Sebaik tiba, pihak bomba mendapati api marak dan kebakaran memusnahkan 60 peratus rumah teres dua tingkat itu.

Foto Astro AWANI

Api dapat dikawal pada jam 6.32 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.10 pagi.

Sehingga kini identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.



Source link

read more

4 rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat – Nahas & Bencana


PULAU PINANG 15 Nov. – Seramai empat orang ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat dalam kejadian di Pengkalan Weld di sini kira-kira puku 6 pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, empat mangsa itu terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak namun identiti mereka belum dapat dikenal pasti.

Menurut beliau, tiga mangsa iaitu dua dewasa dan satu kanak-kanak ditemukan rentung di dalam tandas dan ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan manakala seorang lagi kanak-kanak ditemukan di tingkat bawah.

“Kita menerima panggilan kira-kira pukul 6.08 pagi tadi dan seramai 20 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini aktiviti memadam kebakaran masih dijalankan dan rumah ini musnah hampir 60 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lima rentung dalam kebakaran empat rumah dekat Sungai Petani



SUNGAI PETANI: Lima rentung dan seorang cedera parah akibat melecur dalam kebakaran membabitkan empat rumah jenis kayu di Kampung Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 4.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian bersama jentera pertama, lima minit kemudian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan empat rumah berkeluasan 2.3 meter X 6.5 meter persegi telah musnah 90 peratus setiap rumah dan kita percaya seorang daripada mangsa (yang rentung) merupakan kanak-kanak berdasarkan saiz mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini.

Abdul Razak berkata seramai 14 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman api yang masih diteruskan setakat 8 pagi ini dengan dibantu 41 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Beliau berkata idenditi mangsa yang terlibat masih dalam proses dikenal pasti manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons