ASUS Memperkenalkan Tetikus Gaming ASUS Gladius II Origin – Hadir Dengan Sokongan RGB Dan Kabel Yang Boleh Ditanggalkan – Amanz


ASUS, syarikat pembuat peranti elektronik yang cukup terkenal dengan komputer, laptop, telefon pintar dan aksesori gaming mereka baru-baru ini hadir dengan beberapa aksesori gaming baru.

Diantaranya ialah ASUS Gladius II Origin, sebuah tetikus gaming yang hadir dengan beberapa ciri menarik walaupun ia mengekalkan rekaan asal tetikus Gladius II.

Tetikus Gladius II Origin ini hadir dengan sensor 12000 DPI, manakala dari segi butang, ia hadir dengan lima butang yang boleh diubahsuai penggunaannya melalui perisian ASUS Armoury.

Dua daripada butang ini hadir dengan pilihan suis Omron D2FC-F-K dan Omron D2F-01F yang boleh diuban dengan membuka skru di bahagian bawah tetikus tersebut.

Disamping itu, tetikus ini juga mempunyai kabel USB yang boleh dicabut untuk penyimpanan yang lebih kemas, dan juga sokongan untuk sistem penyalaan RGB Aura Sync yang boleh diselaraskan dengan aksesori dan komponen ASUS yang lain.

Tetikus Gladius II Origin ini sudahpun hadir di pasaran-pasaran terpilih pada harga $99 (RM390). Buat masa ini, ASUS masih belum mengumumkan samada tetikus ini akan hadir di pasaran ini ataupun tidak.



Source link

read more

ASUS Bakal Memperkenalkan Papan Kekunci STRIX Flare Dengan Sokongan Penyalaan RGB – Amanz


Papan kekunci mekanikal dengan sokongan RGB sudahpun tepu di pasaran dunia. Walaupun begitu, ASUS, jenama yang cukup terkenal dengan peranti elektroniknya kini dikatakan bakal hadir dengan papan kekunci baru dibawah nama STRIX tidak lama lagi.

Papan kekunci ini dinamakan ASUS STRIX Flare, dan ia sebuah papan kekunci mekanikal yang dibina khusus untuk memaksimakan penggunaan RGB. Ia menggunakan siri suis Cherry MX RGB, termasuklah RGB Silver, Silent RGB Red, Silent RGB Black and Silent RGB Nature White.

Boleh dikatakan hampir setiap bahagian papan kekunci ini hadir dengan penyalaan RGB, termasuklah bahagian kekunci dan juga bahagian kiri dan kanan bawah papan kekunci ini yang akan memancarkan lampu ke bahagian permukaan meja.

Dalam pada itu, sebuah diffuser berwarna putih juga hadir di bahagian bawah kekunci untuk memastikan bahawa lampu-lampu RGB lebih rata nyalaannya.

Papan kekunci ASUS STRIX Flare ini dikatakan akan hadir di pasaran dunia tidak lama lagi, dan menurut ASUS Malaysia, ia juga akan masuk ke pasaran Malaysia tidak lama selepas pelancaran rasminya.



Source link

read more

Wraith Prism Diumumkan – Penyejuk CPU Terbaru AMD Dengan Sokongan Pencahayaan RGB – Amanz


Penyejuk CPU boleh dikatakan salah satu daripada komponen komputer yang cukup penting, kerana ia membantu menyejukkan CPU apabila ia menjalankan tugas-tugasnya.

Dengan kehadiran CPU AMD Ryzen generasi kedua tidak lama lagi, AMD juga memperkenalkan penyejuk CPU terbaru mereka yang dinamakan Wraith Prism yang sokongan untuk sistem pencahayaan RGB.

Dari segi rekaan, penyejuk Wraith Prism ini hadir dengan rekaan sama dengan penyejuk Wraith Max yang hadir sebelum ini. Ia mempunyai sirip penyejuk yang diperbuat daripada aluminum dan juga kipas yang mengalirkan haba dari penyejuk dengan cekap.

Kipas tersebut juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang bukan sahaja boleh dikawal melalui perisian AMD Ryzen Master, tetapi juga perisian RGB yang lain seperti ASUS Aura Sync, MSI Mystic Light dan sebagainya.

Tarikh pelancaran penyejuk ini masih belum diumumkan tetapi ia berkemungkinan besar akan mula dijual bersama-sama dengan CPU AMD Ryzen generasi kedua tidak lama lagi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons