MAHFUZ JANGAN RISAU, GELARAN “BEAN” TU TETAP KEKAL!!! ~ SEMUT HITAM


Ala! Jangan la risau sangat Mahfuz oi. Takde orang lagi yang berani nak tarik balik gelaran yang dia miliki pada ketika ini walaupun semakin ramai Badut Politik dikalangan puak Pakatan tu.

Di Malaysia ni hanya ada sorang je yang layak menyandang gelaran Mahfuz Bean tu. Jadi, tak payah la dia risau sangat. Kalau setakat gelaran Datuk tu, takde benda sangat la bagi Pakatan.

Lagi pun, Si Mujahid tu sendiri sebelum ini dah keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa pangkat dan gelaran tu tidak menjadi satu keutamaan buat puak Pakatan Haprak tu.

Jadi, buat apa Si Mahfuz Bean tu sibuk sangat nak meroyan tak tentu arah? Bukan ke sebaiknya dia berlapang dada dan menerima tindakan yang telah diambil oleh pihak Istana Kelantan tu?

Tapi bak kata pemimpin PAS, Si Mahfuz Bean tu kelihatan seolah – olah berada dalam keadaan tertekan apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan yang telah diambil.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ini juga mungkin balasan dan akibat yang diterima mereka selepas melanggar sumpah bai’ah yang telah dilafazkan ketika berada di dalam PAS.

“Kenyataan itu memberi gambaran bahawa mereka (yang keluar PAS) sudah berada di zon yang sangat tertekan apabila parti mereka tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dan mereka keluar daripada PAS beramai-ramai dan Alhamdulillah tidak ada yang mengikut mereka kecuali jumlah yang sangat sedikit. 

“Jadi mungkin mereka dalam situasi yang sangat tertekan sehingga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa besar.

“Kenyataan-kenyataan sedemikian menggambarkan macam orang yang merajuk, orang yang bercakap tanpa matlamat perjuangan yang jelas, apa benda sahaja pun dia komen, dan bagi saya mereka yang melanggar baiah yang dibuat di dalam PAS tidak akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Semalam, Si Mahfuz Bean tu berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan menjadikan anugerah tersebut tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Bagi sesetengah pihak, Si Mahfuz tu patut sedar, sebagai seorang pemimpin dia tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut.

Sedangkan Si Mahfuz bean tu sendiri sedar bahawa penganugerahan dan penarikan semula darjah kebesaran itu adalah hak Tuanku Sultan. Malah dia sendiri pun terima darjah kebesaran seumpama itu.

Jadi, tak payah la Si Mahfuz Bean tu nak meroyan sakan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran itu menjadikan sebagai suatu yang tidak bernilai. Sudah – sudah la Si Mahfuz Bean tu nak memalukan diri dia sendiri depan orang ramai!!!




Source link

read more

Jangan risau saya okay – Penyanyi cantik Didi Astillah kemalangan bengkak muka



PENYANYI Didi Astillah meminta agar peminat tidak terlalu risaukan kondisi dirinya yang terlibat dengan kemalangan pada Isnin.
 
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami bengkak di bahagian mukanya.
 
Didi mendedahkan foto wajah terbarunya itu di akaun Instagram (IG)nya semalam.
 
“Bukan selalu post selfie kan, accident semalam tapi jangan risau DD okay je. Syukur Alhmdulillah, be safe out there guys!” tulisnya.
 



Source link

read more

72000 dibuang kerja sejak 2016. Ini sebab mengapa anda tidak perlu risau


KUALA LUMPUR: ISU peluang pekerjaan, kualiti perkerjaan, cabaran dalam pertumbuhan inklusif yang dihadapi dunia ketika ini adalah bertitik tolak daripada kelembapan ekonomi global sejak 2016, jelas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Ekonomi dunia berhadapan dengan dua cabaran yang dihadapi secara serentak, (pertama) untuk memulihkan kesan kelembapan ekonomi dunia dan (kedua) mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam persekitaran buruh yang berubah,” menurut ILO.

Keadaan itu juga tidak jauh berbeza berbanding Malaysia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia hari ini, lebih 72,000 pekerja dibuang kerja pada 2016 dan 2017, kebanyakan daripada sektor pembuatan terutamanya ketegori pekerja operator, pemasang loji dan mesin.

Ia adalah tambahan kepada lebih 183,000 penganggur yang sedang mencari pekerjaan yang mana 31 peratus adalah lepasan siswazah.

Laporan Bank Negara Malaysia pada tahun lalu pula menyatakan Malaysia adalah antara ekonomi yang paling terjejas akibat pengangguran belia di rantau ini, dengan jumlah pengangguran belia mencecah 10.7 peratus pada 2015.

Begitupun, bukan semuanya suram dalam sektor buruh.

Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) mensasarkan peningkatan 1.5 juta peluang pekerjaan baharu bagi tempoh 2016 ke 2020 dengan purata 300,000 pekerjaan baharu diwujudkan setiap tahun.

Negara juga memerlukan 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020 berbanding hanya 28 peratus pada 2015.

Peningkatan peluang pekerjaan tersebut didorong peningkatan pelaburan terutamanya sektor swasta yang mencecah RM113.5 bilion seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pe­­­la­­buran Malaysia (MIDA) menerusi Laporan Ekonomi 2017/18.

Sementara itu, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2017 pula menunjukkan lebih daripada 90 peratus peluang pekerjaan baharu diwujudkan adalah daripada sektor perdagangan borong dan runcit.

Dalam hal ini,  Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berpendapat, penting untuk bakat-bakat dalam negara untuk mempunyai daya keanjalan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan (future jobs) selain memastikan mereka sentiasa relevan dalam persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik.

“Antara initiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk penubuhan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), menyediakan kemudahan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), mengukuhkan dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan menubuhkan 1Malaysia Outplacement Centre (1MOC) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Bhd,” jelasnya.



Source link

read more

Fenomena air pasang besar Nak tidur pun risau keluh penduduk kampung



KEMAMAN: Fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Geliga Baru di Kemaman disifatkan penduduk  sebagai yang terburuk pernah dialami mereka.

Kejadian itu telah menyebabkan sebahagian rumah mereka musnah dan juga kerosakan kepada peralatan elektrik dan perabot.

Selain itu, ombak besar tersebut turut membawa timbunan pasir sehingga ke dalam kediaman penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan.

Suri rumah Hashimah Othman berkata, disebabkan kerisauan tersebut, dia dan keluarga sentiasa berjaga-jaga ketika musim ini.

“Nasib baik ketika ombak melanda ada jiran tetangga membantu mengangkat perkakas dalam rumah seperti mesin basuh dan peti ais.

“Kami di sini nak tidur pun risau kerana ombak terlalu tinggi,” katanya.

Kebimbangan Hashimah turut dikongsi penduduk kampung lain yang juga mendakwa benteng pemecah ombak yang dibina beberapa tahun lalu di perkampungan bersebelahan mereka turut menyumbang kepada faktor utama ombak membadai kampung mereka.

Oleh itu, para penduduk berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan kampung mereka yang semakin lenyap ditelan hakisan dan ombak besar setiap tahun.

Sebelum ini, puluhan keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan dan diberikan penempatan baharu oleh kerajaan negeri selepas rumah mereka musnah dilanda ombak besar setiap tahun.



Source link

read more

Saya okay jangan risau – Elyana


BEKAS bintang Gegar Vaganza 4 (GV 4), Elyana meminta agar peminat tidak terlalu risau dengan kondisi dirinya.
 
Menurut Elyana, dia berada dalam keadaan sihat, bertenaga dan masih menjalani rutin harian sebagai seorang selebriti seperti biasa.
 
“Hai saya dah buat Insta story balik, jadi jangan risau. Saya okay,” katanya.
 
Elyana berkata demikian menerusi entri terbaru di Insta story miliknya pada Selasa.
 
Video terbaru itu juga merakamkan gelagat comel Elyana ketika memberikan kenyataan tersebut sambil ketawa.


 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen foto Elyana yang dimuat naik Ahad lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa lega sebaik sahaja melihat video tersebut.
  
BACA: Akui hidap kanser tahap 4, Elyana buat audiens GV4 terkejut
 
BACA: ‘Elyana mengadu letih, tapi tak sangka pula tengah sakit’ – Hazami

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengejut dan mengesahkan dirinya menghidap penyakit kanser kelenjar tahap empat selepas diumumkan sebagai peserta GV 4 yang tersingkir di minggu kelima.

Bagaimanapun selepas pendedahan tersebut, Elyana tidak memuat naik sebarang kemaskini di IGnya dan perkara itu menimbulkan kerisauan terhadap peminatnya.

Foto: Instagram @elyanaofficial

Teks oleh: Mya Amri

 



Source link

read more

Risau gangguan seksual penyembur pemedih mata laris



SHAH ALAM: Membawa penyembur emedih mata dianggap sebagai langkah terbaik untuk menjaga keselamatan dalam kalangan siswi sekitar Shah Alam ekoran dua kejadian membabitkan kes jenayah seksual yang berlaku baru-baru ini.

Tinjauan Awani Rangers mendapati jualan alat pemedih mata meningkat sehinggakan ada beberapa farmasi difahamkan kini kehabisan stok.

“Stok ‘pepper spray’ cepat habis sebab macam kita tahu sekarang, kes jenayah seksual semakin menjadi-jadi dan kita pun ada minta lebih banyak stok dihantar ke cawangan ini sebab permintaan tinggi,” kata seorang pekerja premis farmasi d yang enggan dikenali.

Fatimah Shahrudin, 19 tahun, penuntut di  universiti swasta di sini memberitahu, dia akan membawa penyembur pemedih mata itu ke mana sahaja.

“Saya memang akan bawa ‘pepper spray’, tidak kira waktu siang atau malam,” katanya.

Selain itu, Nuratikah Zakaria, 21 tahun, penuntut jurusan kejuruteraan elektrik berkata kes jenayah seksual yang berlaku berhampiran tempat tinggalnya telah membataskan pergerakan untuk ke mana-mana secara bersendirian.

“Dulu rasa selamat kalau nak keluar seorang diri tapi sekarang dah mula rasa takut,” jelasnya.

Sementara, Syamira Syamimi Shuhaili, 22 tahun, berpendapat mengikuti kelas mempertahankan diri sebagai langkah pertahanan diri adalah penting berbanding membawa penyembur pemedih mata

“Saya rasa semua wanita perlu mengikuti kelas seni bela diri sebagai langkah berjaga-jaga untuk melawan si perogol,” katanya ketika ditemui Awani Rangers.

_______________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Iklil Fatihah Kamal Redzuan, Nurul Amira Remli, Laily Muliaty Alizam dan Nur Amirah Syafiqah Malek.

**Awani Rangers UiTM adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Source link

read more

Peminat risau hidung Janet Jackson tenggelam



HIDUNG mancung bintang pop terkenal dunia, Janet Jackson ketika penampilannya di sebuah majlis baru-baru ini kelihatan sperti ‘tenggelam’, membuatkan peminat ratanya terkejut dengan perubahan tersebut.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu All For You itu telah membuat penampilan di gala karpet merah di New York, Amerika Syarikat pada minggu lepas.

Namun yang menjadi perbualan hangat peminat ialah perubahan ikonik pada hidung penyanyi berusia 51 tahun itu.

Pakar bedah plastik, Dr Matthew Schulman berkata hidungnya seperti terdapat beberapa keruntuhan pada struktur hidung dan lubang hidung.

“Ini mungkin hasil daripada pelbagai prosedur pembedahan terdahulu yang menyebabkan kecederaan kepada tulang rawan yang menyokong hidung,” katanya dipetik portal Page Six.

Menurut portal berkenaan, pada tahun 2006, Janet telah memberitahu kepada sebuah rancangan televisyen, Extra bahawa beliau telah membuat pembedahan hidung sewaktu berumur 16 tahun dan ianya bukan lagi rahsia.

“Adakah saya akan buat (pembedahan) lagi? Itu saya tidak tahu. Saya pernah lihat ramai wanita di mana hidung mereka ditarik semula dan ianya tidak terlalu comel.

“Tetapi saya beritahu kamu sekarang, tanya saya lagi dalam tempoh 20 tahun akan datang,” kata Janet.

Di majlis berkenaan, Janet Jackson menerima Anugerah Ikon Muzik OUT100.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons