Tujuh warga asing ditahan rokok seludup RM1.86 juta dirampas


KUALA LINGGI: Tujuh lelaki warga Indonesia ditahan Pihak Berkuasa Malaysia di Perairan Tanjung Bidara, Melaka malam tadi, setelah bot yang mereka naiki dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Sewaktu pemeriksaan, pihak berkuasa menemui 12 juta batang rokok putih jenama Canyon dan U2, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM1.86 juta.

Timbalan Pengarah Operasi DM5, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, pihaknya menghantar bot laju DM5 untuk memeriksa bot berkenaan pada kedudukan 6.2 batu nautika dari pantai Tanjung Bidara.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya menahan seorang tekong berusia 50 tahun dan enam awak-awak berusia antara 22 hingga 36 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot menemui seorang tekong dan awak-awak seramai tujuh orang.

“Mereka didapati membawa muatan sejumlah besar rokok putih pelbagai jenama dibawa ke Malaysia secara tidak sah,” ujar beliau.

Tambahnya kesemua mereka ditahan dan dibawa ke jeti APMM Linggi pada 3.55 pagi.

Bot berkenaan turut dikesan melakukan pelbagai kesalahan iaitu gagal melapor ketibaan, kapal dalam keadaan bergelap dan memasuki perairan negara secara tidak sah.

Kesemua suspek turut melakukan kesalahan nombor dokumen perjalanan tidak sama dengan senarai awak-awak selain beberapa kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Kesemua suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.



Source link

read more

Polis rampas rokok seludup bernilai RM745,000 di Muadzam Shah – Jenayah


KUANTAN 30 Dis. – Polis berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 280 kotak besar rokok seludup bernilai RM745,000 dalam satu serbuan di depan sebuah kopitiam di Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Muadzam Shah dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, berdasarkan maklumat awam kira-kira pukul 5.30 pagi pihaknya mengesan sebuah lori tiga tan jenis Isuzu dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengarahkan pemandu lori berusia 34 tahun memberhentikan kenderaannya namun suspek enggan dengan meningkatkan kelajuan dan cuba menghimpit kereta pasukan operasi.

“Bagaimanapun, pemandu lori itu memberhentikan kenderaan selepas diekori dan diberikan amaran oleh pasukan pegawai dan anggota kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Othman, pemandu lori itu kemudiannya diberkas dan pemeriksaan lanjut dijalankan terhadap lori terbabit membawa kepada penemuan 280 kotak besar mengandungi rokok seludup pelbagai jenis.

Katanya, lori dipandu lelaki itu juga disita dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
 – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

17600 bungkus rokok seludup bernilai RM93000 dirampas



TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 17,600 bungkus kecil rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,000 dalam serbuan terhadap sebuah van di kawasan Batu 5 Jalan Kinabutan di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian 10.30 malam itu, seorang lelaki yang juga pemandu van jenama Hiace berjaya melarikan diri.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota unit risikan PPM Tawau yang membuat pemantauan di kawasan Batu 3, Jalan Apas itu terserempak van suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek tiba-tiba memecut laju kenderaan tersebut ketika dihampiri untuk diperiksa.

“Van tersebut dikejar dan apabila sampai di Jalan Kinabutan, ia terbabas di bahu kiri jalan dan hasil pemeriksaan, pemandunya telah melarikan diri, tetapi menemukan 25 kotak mengandungi 7,800 bungkus rokok jenama Apache (RM46,800) serta 9,600 bungkus rokok A Satu (RM43,200),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yazib berkata turut dirampas adalah van serta sebuah alat walkie-talkie dan nilai rampasan keseluruhan RM189,000.

— BERNAMA



Source link

read more

Kastam rampas 5,700 karton rokok – Nasional


KOTA BHARU 14. Dis. – Kastam merampas 5,700 karton rokok putih bernilai RM728,460 yang dipercayai diseludup selepas menyerbu sebuah lori di sebuah ladang kelapa di Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu juga membawa penahanan kepada tiga lelaki berusia 30 sehingga tahun termasuk seorang warga Thailand.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, ketika ditahan ketiga-tiga lelaki itu sedang memunggah muatan tersebut untuk masuk ke dalam lori.

“Kita percaya kesemua mereka menjadi orang tengah yang mendapat upah lumayan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

“Rokok seberat 969 kilogram ini dipercayai dari sempadan untuk dijual di sekitar premis, bazar dan kedai runcit negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

4.3 juta batang rokok dengan anggaran cukai RM3.2 juta dirampas



KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas satu kontena mengandungi 4.3 juta batang rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari di sini pada 4 Disember lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta.

“Semua rokok itu disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa lesen. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK), barangan tersebut dideklarasi sebagai pembersih cat kuku dan pembersih air, namun hasil siasatan lanjut, kontena terbabit didapati mengandungi 430 kotak rokok putih jenama Rave. 

Subromaniam berkata demikian pada satu sidang media di Wisma Kastam di sini pada Isnin.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, denda akan dikenakan tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih dari 20 kali ganda, atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan berasingan, Bernama melaporkan, JKDM dijangka menggantung lesen 12 ejen penghantaran tidak lama lagi, yang disyaki terlibat membuat ikrar palsu berkaitan pelanggan mereka bertujuan membantu penipuan, penyeludupan barang atau melarikan cukai.

Subromaniam berkata, adalah mustahil bagi ejen-ejen ini untuk tidak tahu barang apa yang dibawa mereka, kerana salah satu daripada syarat lesen diberikan kepada mereka adalah, mereka perlu tahu pelanggan mereka.

Katanya, 12 ejen ini sedang disiasat kerana berdasarkan sistem demerit yang diperkenalkan jabatan sekitar April lepas, ejen-ejen ini disyaki melakukan banyak kesalahan, seperti meletakkan nama syarikat pelanggan yang tidak betul atau alamat pelanggan yang palsu.

“Banyak kali siasatan kita tergendala disebabkan isu nama dan alamat pelanggan ini, sebab itu cara terbaik ialah kita gantung atau batalkan lesen ejen-ejen ini, yang juga boleh menjadi amaran kepada ejen-ejen penghantaran yang lain,” katanya.

Menurutnya kebanyakan ejen-ejen ini beroperasi di pelabuhan di Johor, Pelabuhan Klang, Bukit Kayu Hitam, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.



Source link

read more

Thailand rampas rokok seludup bernilai RM1.4 juta – Luar Negara


SADAO 7 Dis. – Pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 791 buah kotak mengandungi pelbagai jenis rokok bernilai 11 juta baht (RM1.4 juta) yang dipercayai diseludup dari Malaysia susulan satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di Padang Besar, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Divisyen Kesembilan, Mejar Jeneral Akkapop Prasitwattanachai berkata, selain polis, serbuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang pegawai tentera.

“Serbuan dilakukan ke atas rumah terbabit yang dipercayai berfungsi sebagai stor untuk menyimpan kotak-kotak rokok berkenaan selepas maklumat berkaitan diterima hasil satu risikan.

“Kami percaya rokok-rokok itu akan diedarkan untuk pasaran selatan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini.

Akkapop berkata, rampasan tersebut dipercayai terbesar setakat ini, namun memberitahu, pihaknya tidak sempat membuat sebarang tangkapan kerana kesemua suspek sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat. -BERNAMA



Source link

read more

Muka seiras bekas isteri bapa cucuh anak dengan api rokok


KOTA BHARU: Tidak berperikemanusian!!

Demikian perumpamaan yang wajar diberikan kepada seorang bapa apabila sanggup mencucuh api rokok ke beberapa bahagian badan anak kandung perempuannya di rumah mereka di Kampung Terap, Bukit Marak di sini.

Bukan setakat itu, lelaki yang berusia 31 tahun itu turut memukul serta menoreh anggota badan kanak-kanak malang berkenaan dengan pisau hingga meninggalkan parut.

Perbuatan kejam tersebut dipercayai dilakukan lelaki terbabit hanya disebabkan dendam ekoran muka mangsa yang berusia lapan tahun itu menyerupai muka bekas isteri suspek.

Tangan kanak-kanak malang itu turut cedera dipercayai selepas dicucuh dengan api rokok atau ditoreh oleh bapanya.

Akibat penderaan itu, mangsa mengalami kecederaan di kaki, badan dan kepala selain trauma.

Ibu kandung mangsa, Nurul Hazwani Shahferi, 27 berkata dia mengetahui anaknya itu didera selepas menerima mesej dan sekeping gambar keadaan anaknya menerusi aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas adik iparnya.

Bekas adik iparnya turut meminta Nurul Hazwani segera mengambil anaknya kerana kanak-kanak itu hidup dalam kesakitan selain ketakutan.

“Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak diperbuat seperti itu. Saya terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian untuk mengambil anak dengan bantuan anggota polis di rumah bekas suami.

“Dia (bekas suami) bertindak demikian kerana berdendam dengan saya akibat perceraian tiga bulan lalu serta muka anak perempuan kami serupa wajah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepar Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini.

Tangan kanak-kanak malang itu turut cedera dipercayai selepas dicucuh dengan api rokok, dipukul atau ditoreh oleh bapanya.

Tambah Nurul Hazwani, lebih menyakitkan hati bekas suaminya itu apabila dia enggan menerima lelaki itu kembali selepas diceraikan dengan talak tiga.

“Saya tidak mahu rujuk dengan dia semula kerana dia (bekas suami) kerap memukul selain tidak tahan dengan sikap panas barannya,” kata wanita itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, suspek yang positif dadah ditahan Ahad lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Source link

read more

[VIDEO] JKDM gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM2.34 juta – Jenayah


SEREMBAN 20 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup tiga juta batang rokok jenama Canyon bernilai RM2.34 juta ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdullah Jaapar berkata, kesemua rokok itu dirampas dalam satu serbuan di gudang Penerbangan Malaysia (MAS) Kargo di lapangan terbang berkenaan pada pukul 6 petang, 13 November lalu.

“Nilai keseluruhan rokok yang dirampas ditaksirkan berjumlah RM240,000 dengan melibatkan cukai sebanyak RM2.1 juta.

“Semua rokok tersebut diikrarkan sebagai barangan campuran bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ia diseludup dari Ho Chi Minh, Vietnam menggunakan pesawat EVA AIR dipercayai untuk pasaran di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons