Sudah jatuh ditimpa tangga selepas rumah dirompak Izram Dinzly kemalangan



PELAKON kontroversi, Iqram Dinzly ditimpa musibah apabila kediamannya di Damansara dipecah masuk dan kerugian ribuan ringgit.

Tidak cukup dengan kejadian tersebut, kenderaan jenis Honda yang dipandu Iqram juga terbabas hingga menyebabkan bahagian hadapan keretanya hampir remuk.

Menerusi kemas kini Iqram di Instagram, pelakon yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu kehilangan jam tangan mewah bernilai RM10,000, telefon pintar jenis iPhone 6 dan komputer riba milik arwah bapanya.

“Alkisahnya, cerita kelmarin di Damansara dikopak dan jam Claudia Patricks bernilai RM10,000, jam G-Shock, Guess serta iPhone 6 dan laptop arwah bapa telah selamat dirompak.

“Walau apa pun, tak perlu berontak. Hanya syukuri ujian dan dugaan Allah dengan serentak,” tulisnya.
 



Source link

read more

Kesejahteraan Isi Rumah | NajibRazak.com



22 February, 2018


Pagi ini saya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk berkongsi mengenai perkara berkaitan Kesejahteraan Isi Rumah dalam Bajet 2018. Ini adalah sesi kedua program ini selepas di Kedah pada November tahun lalu.

Yang hadir antaranya rakan-rakan online saya, para penyumbang idea melalui laman Bajet 2018, kakitangan di PPUKM, doktor-doktor dari Malaysia Healthcare Travel Council, sahabat-sahabat KOSPEN, rakan-rakan PNB dan saya juga gembira dapat melihat ramai pasangan suami isteri dan ibu bapa yang turut hadir.

Saya mulakan ucapan dengan memberi gambaran keseluruhan keadaan semasa ekonomi negara.

Alhamdulillah, hasil dasar-dasar ekonomi yang telah kita laksanakan, ekonomi negara telah berkembang pada tahap cukup memberangsangkan.

Keseluruhan tahun 2017, ekonomi kita berkembang 5.9 peratus, bermakna kita berada dalam kalangan negara yang melakar pertumbuhan tertinggi di dunia tahun lalu.

Apa makna pertumbuhan ekonomi negara ini kepada rakyat?

Dengan pertumbuhan ekonomi yang stabil dah kukuh, ia membawa kepada pertumbuhan pekerjaan, peluang perniagaan, dan peningkatan pendapatan.

Misalnya, setakat 2017, 2.26 juta peluang pekerjaan telah kita wujudkan, kadar pengangguran kita juga rendah pada 3.3 peratus.

Antara 2014 hingga 2016, pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat sebanyak 6.2 peratus, manakala kajian tahun lalu melaporkan purata kenaikan gaji pendapatan antara 5.0 hingga 5.5 peratus.

Saya sedar ada suara sumbang yang memutar belit fakta hutang Kerajaan Persekutuan. Saya beri jaminan kepada hadirin dan juga kepada semua rakyat Malaysia, bahawa keadaan ekonomi Kerajaan adalah stabil….”the health of our Government finances is solid.”

Badan penarafan antarabangsa seperti Fitch dan Moody’s memberi kita penarafan minimum A. Hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi taraf 55%, (a self imposed limit). Tahun lepas ia berada pada tahap 50.8 peratus daripada KDNK.

Adanya kewangan yang stabil ini, peruntukan besar boleh kita sediakan dalam berbagai sektor. Hari ini misalnya, Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM8,900 bagi sekolah rendah dan menengah kepada setiap murid setahun. Pendidikan kita percuma sebenarnya di peringkat ini.

Kalau dalam bidang pendidikan tinggi, untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan kosnya besar, hampir RM300,000. Tapi di Malaysia, pelajar cuma perlu bayar RM9,000 sahaja.

Selain itu dalam bidang kesihatan juga, subsidi yang Kerajaan berikan amat tinggi. Saya ambil contoh kos bersalin, saya dimaklumkan oleh Dr Surinder Singh pakar doktor swasta dari Tropicana Medical Centre semasa sesi berlangsung, di hospital swasta umumnya kos bersalin antara RM3,000 hingga RM5,000, dan jika ada komplikasi mungkin berbelas ribu ringgit.

Kalau di PPUKM ini, pengarah hospital tadi Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid maklumkan bahawa hospital semi-government, kosnya cuma RM200. Kalau di Hospital Kerajaan, cuma RM10.

Inilah contoh subsidi yang telah Kerajaan salurkan kepada rakyat. Tetapi malangnya bila kita hapuskan subsidi minyak, ramai berkata seolah-olah dah tak ada lagi subsidi Kerajaan.

Kita hapuskan subsidi ini kerana ia menguntungkan mereka yang lebih berada, dan kita gantikan dengan subsidi bersasar seperti BR1M yang sampai terus kepada mereka yang memerlukan.

Saya kongsi juga mengenai kualiti hidup hari ini yang sudah meningkat.

Contohnya, dulu pada tahun 70-an mungkin kita naik kapcai, di tahun 80-an dan 90-an ramai naik Proton, hari ini saya dimaklumkan antara jenama kereta paling popular adalah Honda.

Satu lagi contoh adalah smartphone, dulu saiznya sebesar beg bimbit, hari ini sekecil tapak tangan. Dulu ia dianggap satu luxury, tapi hari ini ia boleh kita katakan dah jadi necessity.

Dalam 9 bulan pertama sahaja pada tahun 2017, sejumlah RM7 bilion telah dibelanjakan bagi mengimport smartphone ke Malaysia. Nilai ini adalah dua kali ganda berbanding import kereta yang berkapasiti enjin 1.5 ke 3 litre.

Jadi ini contoh-contoh bahawa kualiti hidup hari ini telah meningkat naik seiring perkembangan dunia, dan Alhamdulilah rakyat Malaysia tidak ketinggalan sebaliknya turut sama menikmati peningkatan kualiti hidup.

Satu lagi kelainan program kali ini adalah adanya sesi soal jawab bersama saudara Fizo Omar, dengan soalan-soalan datang daripada para hadirin.

Banyak soalan yang ditanya, ada yang tanya mengenai masa depan negara, ada yang tanya mengenai ADAM50, malah ada yang tanya tips jaga kesihatan!

Saya kongsi bahawa saya akan cari masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, dan saya juga jaga pemakanan, tapi susah sikit sebab Malaysia ini syurga makanan, dan antara kegemaran saya adalah Nasi Vanggey di Ipoh.

Tapi di mana boleh, saya cuba jaga apa yang saya makan, misalnya saya gantikan nasi dengan quinoa atas faktor kesihatan, dan biasanya saya makan sedikit sahaja pun dah mencukupi.

Saya kemudian melancarkan ADAM50 dan melawat beberapa orang ibu dengan bayi baru lahir untuk sampaikan borang ADAM50 ini kepada mereka.

ADAM50 ini juga satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2018 berkaitan Kesejahteraan Isi Rumah, di mana anak baru lahir antara 2018 hingga 2022 diberi dana tabungan permulaan sebanyak RM200 percuma, bagi memupuk budaya menabung dari kecil.

Suka saya berkongsi dengan para pembaca apa yang saya nyatakan kepada para hadirin di auditorium tadi sebelum mengakhiri ucapan.

Negara kita hari ini negara yang berjaya dan negara yang menjadi model kepada negara-negara lain, dan Kerajaan yang ada hari ini adalah Kerajaan yang mampu terus mentadbir negara, Kerajaan yang mampu memelihara rakyat Malaysia, Kerajaan yang dihormati dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain.

“We had an economic plan, and that plan has delivered, and we will continue to deliver for the people of Malaysia.”

Insya-Allah, akan ada lebih banyak sesi perkongsian begini di masa hadapan, dan saya harap dapat berjumpa dan berkongsi lebih banyak lagi dengan anda semua kelak.



Source link

read more

RUMAH TIDAK TERMAMPU UNTUK MILIK


house1MO, 20/2/2018 – Kenyataan Bank Negara yang menyatakan harga rumah di Malaysia sudah terlalu mahal menyebabkan ianya semakin sudah tidak termampu untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia sewajarnya perlu diberikan perhatian segera oleh pelbagai pihak yang terlibat.

Purata pendapatan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah yang dibina sekarang ini apa lagi rumah “terpakai” semakin sukar dan keadaan ini akan membebankan kepada pelbagai sektor kemasyarakatan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara menyebut bahawa Malaysia mengalami masalah perumahan yang mampu dengan purata pendapatan isi rumah yang serius, malahan lebih serius berbanding di tahun 2016.

Menurut Bank Negara purata rumah yang mampu dibeli adalah pada harga RM282,000 sedangkan purata harga yang ada di pasaran adalah RM313,000 (tahun 2016) yang sama sekali di luar kemampuan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,228. Antara tahun 2007 dan 2016, harga rumah meningkat sebanyak 9.8% tetapi pendapatan isu rumah hanya meningkat 8.3% sahaja. Dan keadaan bertambah parah antara tahun 2012 dan 2014 dengan purata kenaikan harga rumah sebanyak 26.5%.

Sepanjang tahun berkenaan hingga suku pertama 2017, hanya 24% daripada pelancaran baru dijual pada harga RM250,000 atau kurang, hanya 35% isi rumah Malaysia mampu untuk memilikinya. Kesannya ialah sebanyak 146,497 unit rumah tidak terjual untuk suku pertama 2017 berbanding tempoh yang sama sebelum ini hanya 130,690 unit. Dan untuk suku kedua 2017 hampir 82% unit rumah yang tidak terjual adalah berharga RM250,000 ke atas.

Terdapat beberapa sebab asas mengapa harga rumah semakin mahal dan di luar dari jangkauan untuk dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mengambil contoh di Selangor yang merupakan antara negeri yang pesat dengan industri perumahan. Antara faktor ialah kenaikan dan pengenalan beberapa cukai oleh kerajaan negeri kepada para pemaju perumahan. Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan, kenaikan hampir dua kali ganda kutipan keseluruhan premium tanah antara 2009 dan 2010 di Selangor. Trend peningkatan ini berterusan untuk tempoh lima tahun seterusnya.

Pada 2015, kerajaan negeri Selangor mengutip RM1.7 bilion menerusi premium tanah dan cukai pintu berbanding RM700 juta pada 2008. Ini adalah peningkatan tahunan kutipan cukai berkaitan hartanah sebanyak RM1 bilion dalam tempoh kurang tujuh tahun sahaja. Pada November 2010, kerajaan negeri Selangor memperkenalkan, Peraturan Yuran Pembangunan yang mengenakan caj sebanyak 20% hingga 30% ke atas semua pembangunan hartanah termasuk bagi perumahan dan hartanah komersial. Cukai pengezonan semula sudah melonjak naik sehingga 50 peratus manakala premium tanah sehingga 300 peratus. Ini meningkatkan lagi kos dan harga projek perumahan baharu.

Dengan mengenakan pelbagai jenis cukai dan kenaikan cukai yang sedia ada telah menyebabkan pihak pemaju perumahan telah melepaskan bebanan ini kepada para pembeli rumah kerana pihak pemaju tiada pilihan kecuali membina rumah yang lebih mahal dan akhirnya pembeli terpaksa menanggung kos pinjaman yang sekali ganda dari harga pembelian rumah tersebut. Dan pihak pembeli rumah sekali lagi ditekan apabila unit rumah diserah pemilikannya kepada pembeli, mereka terpaksa membayar cukai pintu dan tanah yang tinggi berdasarkan nilai hartanah yang “sengaja” dinaikkan penilaiannya oleh kerajaan negeri.

Sedangkan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor tidak sepadan dengan apa yang dibayar melalui cukai pintu dan cukai tanah. Malahan pihak pemaju terpaksa membina semua kemudahan di dalam projek perumahan mereka itu sehinggalah membina semula jalanraya negeri bagi menghubungkan laluan ke projek perumahan yang dirancang tersebut. Kesemua kos pembinaan ini dilepaskan kepada para pembeli unit rumah, dengan kata lain pembeli unit rumah yang sebenarnya membiayai kos pembinaan kemudahan dan infrastruktur yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri Selangor.

Ketika berucap membentangkan Bajet 2018 Selangor baru-baru ini, Menteri Besr dengan berbangga menyatakan, kerajaan negeri mengutip pendapatan cukai kira-kira RM2.25 bilion dengan 77% daripada kutipan ini adalah daripada premium tanah, cukai pintu dan yuran berkaitan premis perniagaan. Dari satu sudut, kutipan cukai yang meningkat ini menunjukkan kecekapan pentadbiran pejabat tanah tetapi realitinya ialah cukai yang dikenakan bermula dari pemaju untuk merancang projek perumahan sehinggalah diserah pemilikan unit rumah, senarai cukai yang dikenakan cukup panjang dan semakin meningkat setiap masa. Secara tidak langsung, mangsa yang sebenarnya ialah pembeli rumah kerana harga rumah semakin mahal kerana rantaian percukaian yang dikenakan oleh kerajaan negeri yang akhirnya menimbulkan kegelisahan kepada rakyat bahawa rumah tidak termampu untuk milik.

 

 



Source link

read more

Hasselblad Dan IKEA Bekerjasama Menghasilkan Koleksi Gambar Hiasan Rumah Berkualiti Tinggi Mampu Milik – Amanz


Bagi penduduk bandar, IKEA ialah gedung perabot yang menjadi pilihan. Pelbagai perabot yang bergaya dapat dimiliki pada harga yang mampu milik. Tetapi mampu milik tidak bermakna ia tidak berkualiti. Oleh itu IKEA bekerjasama dengan Hasselblad bagi menghasilkan koleksi gambar hiasan rumah yang diambil oleh jurugambar profesional.

Koleksi Norrhassel terdiri daripada tujuh gambar yang diambil oleh Dimitry Ageev, Lars van de Goor, Hans Strand, Bára Prášilová, Ali Rajabi, Tom D. Jones dan Joachim Schmeisser. Kesemua gambar di dalam koleksi ini dipilih kerana dipercayai dapat meningkatkan kreativiti pemilik dan menimbulkan emosi.

IKEA menyedari gambar berkualiti untuk hiasan rumah yang berkualiti tinggi biasanya di luar kemampuan kebanyakan pengguna. Kerjasama dengan Hassleblad yang merupakan nama besar dunia fotografi ini diharap dapat mendemokrasikan seni fotografi kepada lebih banyak pengguna. Kesemua gambar di dalam koleksi Norrhassel akan mula dijual pada Ogos hadapan.



Source link

read more

Suri rumah dituduh hina Agong


KOTA BHARU 14 FEBRUARI 2018. Seorang suri rumah, Shamsiah Samsudin, 44, yang mengaku sebagai kerabat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu. NSTP/SITI NORHIDAYATIDAYU RAZALI

MO, 14/2/2018, KOTA BHARU: Seorang suri rumah yang mengaku sebagai kerabat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu.

Tertuduh, Shamsiah Samsudin, 44, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa menerusi Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah menghantar komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, jam 5.31 petang, pada 25 April 2017.

Kenyataan itu didakwa dilakukan di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bongor, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 2.11 petang, 26 April 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi kesalahan berulang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh memohon supaya mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan.

Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Setakat ini, tertuduh tidak membayar wang jaminan itu.



Source link

read more

Rumah rakyat dibatal, pasukan bola disuruh main atas padang pasir


Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak “Red Giants” disuruh main atas padang pasir.

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka?

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium.

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016.

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor?

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium.

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali.

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan.

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta.

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali.

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini.

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB778, Selasa
13 Februari 2018



Source link

read more

Pembantu rumah tinggi suara terhadap ibu Umie Aida suruh berambus


DATIN Seri Umie Aida meluahkan rasa geramnya di laman sosial Instagram (IG) apabila pembantu rumahnya bertindak biadab dengan meninggikan suara terhadap ibunya.

Berkongsi rasa marahnya terhadap perbuatan melampau pembantu rumah tersebut, Umie sempat berpesan agar majikan lain tidak beri muka terhadap golongan tersebut.

Umie berkata, tahap kesabarannya tinggi namun jika terlampau kurang ajar selayaknya dihalau keluar daripada rumah.

Tambah Umie, menjadi kepantangannya pembantu rumah meninggikan suara terhadap ibunya.

“Dia orang ini tak boleh bagi muka, dipijak-pijaknya kepala!,” tulisnya.

Rasa-rasanya jika perkara sama berlaku kepada korang, adakah korang akan buat perkara yang sama?

Foto: Instagram Umie Aida
 



Source link

read more

Rakyat berputih mata kerajaan negeri batal 9 projek Rumah Selangorku


SHAH ALAM – Sama ada salah pemaju atau kerajaan negeri, yang perlu difikirkan ialah nasib beribu rakyat yang telah mengemukakan permohonan dan membuat pinjaman dengan bank untuk membeli kediaman Rumah Selangorku.

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor membatalkan sembilan projek pembinaan Rumah Selangor di enam kawasan Majlis Perbandaran termasuk Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah suatu langkah yang bukan sahaja mengecewakan rakyat, malah membebankan mereka.

Meskipun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri itu, Datuk Iskandar A. Samad menyatakan pembatalan projek itu disebabkan kegagalan pemaju, tetapi mustahil kerajaan negeri tidak mempunyai alternatif lain untuk menyelamatkan keadaan.

Menuding jari mencari kesalahan pihak lain sangat mudah, tetapi bagaimana pula dengan kesukaran dihadapi pemaju yang berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi kerajaan negeri ini.

Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi rakyat Selangor apabila tiga projek Rumah Selangorku di kawasan Majlis Perbandaran (MP) Kajang, dua projek dalam MP Selayang dan masing-masing satu projek dalam MP Subang Jaya, MBSA, MP Ampang Jaya dan MP Klang terpaksa dibatalkan pembinaannya.

Tidakkah pembatalan itu melibatkan ribuan unit kediaman yang semuanya sudah dimohon oleh rakyat?

Menurut Iskandar dalam kenyataannya kepada media, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku semalam telah bersetuju agar kelulusan bagi membina sembilan projek Rumah Selangorku dibatalkan.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, kelulusan semua projek tersebut telah dibatalkan kerana pemaju gagal mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Pembatalan projek tersebut yang telah diluluskan dari tahun 2014 hingga 2016 akan disahkan oleh MMKN,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri mempunyai satu jawatankuasa khas untuk memantau pembinaan Rumah Selangorku iaitu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), wakil Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, wakil Pejabat Tanah Galian Selangor, wakil Pejabat Tanah dan Daerah terlibat dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat.

Tugas jawatankuasa itu ialah memantau status permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) oleh pemaju dan membuat lawatan tapak berkala ke projek dalam pembinaan.

“Tugas jawatankuasa itu (kononnya) untuk menyelesaikan isu berkaitan pembangunan yang melibatkan agensi teknikal seperti TNB, Air Selangor, IWK dan lain-lain, di samping melaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku untuk tindakan selanjutnya.

“Apabila pemaju diberi kelulusan untuk membina Rumah Selangorku oleh MMKN, mereka diberi tempoh dua tahun untuk memulakan pembinaan,” katanya.

Iskandar mendakwa, sebelum pembatalan itu dibuat, pihaknya telah mengeluarkan surat peringatan dan notis secara berperingkat kepada pemaju yang gagal atau lewat.

Katanya, surat peringatan dikeluarkan 12 bulan selepas kelulusan MMKN mengarahkan pemaju mengemukakan status kemajuan dalam tempoh 14 hari dan notis 14 hari selepas surat peringatan dikeluarkan bagi tujuan memulakan pembinaan atau kelulusan akan dibatalkan

Pihaknya juga ujar beliau, mengeluarkan notis akhir dalam tempoh enam sebelum tarikh luput kelulusan MMKN, di mana pemaju dimaklumkan bahawa tarikh kelulusan mereka akan luput dan selepas itu notis pembatalan.

“Kerajaan negeri sentiasa memantau projek yang telah diluluskan dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju yang melewatkan pembinaan projek Rumah Selangorku.

“Bagaimanapun kerajaan negeri mengambil kira masalah yang dihadapi pemaju seperti tanah, perundangan, cerun, pencerobohan dan sebagainya.

“Selain dari pembatalan kelulusan MMKN, permohonan Kebenaran Merancang untuk projek lain pemaju juga ditahan jika mereka melewatkankan pembinaan Rumah Selangorku,” ujarnya.

Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri sekarang, pemaju tidak boleh membina Rumah Selangorku paling akhir, tetapi perlu dibina terlebih dahulu atau serentak dengan rumah harga bebas.

Ini berbeza ketika Selangor diperintah oleh Barisan Nasional (BN) yang membenarkan rumah kos rendah boleh dibina selepas rumah harga bebas siap dibina. – theRakyat



Source link

read more

Dapatkan rumah impian di kepulauan Mediterranean dengan hanya RM5



BARBAGIA: Pernakah anda mengimpikan kehidupan di sebuah pulau di Laut Meditranenan?

Mimpi itu mungkin menjadi nyata dengan hanya 1 Euro atau RM5.

Tetapi bagi merealisasikan impian berkenaan, anda perlu bertindak pantas kerana tawaran ini hanya dibuka sehingga 7 Februari.

Datuk Bandar Barbagia, Efisio Arbau menawarkan kepada mana-mana pembeli untuk memiliki salah satu rumah batu yang terdapat di Pulau Sardinia pada harga 1 Euro.

Syaratnya, pembeli rumah berkenaan perlu mempunyai wang sebanyak 20,000 Euro hingga 30,000 Euro bagi tujuan membaik pulih rumah yang ingin dibeli.

Setiap rumah yang baru dibeli harus dibaik pulih dalam tempoh tiga tahun dan hanya boleh dijual semula selepas lima tahun.

Pada waktu ini, kampung berkenaan mempunyai sekitar 200 rumah kosong untuk dijual.

Walaupun begitu, pembeli harus mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membaik pulih rumah berkenaan.



Source link

read more

Berang dilarang keluar rumah lelaki belasah bapa guna buluh dan simen sehingga mati



Berang dengan larangan keluar rumah, seorang lelaki bertindak memukul bapa kandungnya sendiri menggunakan buluh dan simen di bahagian muka sehingga mati.

Suspek, Danu Prasetyo, 20 tahun dituduh membunuh bapa kandungnya, Sunaryo, 65 pada pada 30 Januari lalu di Panjang Jiwo, Patalan, Jetis, jalan Parang Tritis, Bantul, Indonesia.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang lena tidur di dalam rumahnya, lapor portal DetikNews.

“Ketika kejadian, mangsa sedang tidur dan dalam keadaan tidak sedar. Suspek mencederakan mangsa dengan memukulnya di bahagian muka,” kata Ketua Polis Daerah Bantul, Anggaito Prabowo dalam satu sidang media pada Khamis.

Anggaito menjelaskan motif pembunuhan berpunca apabila bapa kandung (mangsa) menasihati anaknya (suspek) untuk tidak keluar rumah dan menyarankan menonton televisyen sahaja di rumah.

“Ketika mangsa sedang tidur, suspek terus mengambil buluh lalu memukul di bahagian muka mangsa,” tambah Anggaito.

Suspek kemudian mengambil bongkah simen di dalam rumah lalu menghentak di bahagian kepala dan leher mangsa sehingga mati.

Suspek bagaimanapun dikatakan menghidap penyakit sawan semenjak kecil lagi.

“Kami telah menghantar suspek ke Rumah Sakit Jiwa Grhasia untuk pemeriksaan lanjut. Kerana menurut keterangan saksi atau pihak keluarga mangsa, suspek dikatakan sudah menghidap penyakit sawan sejak usia sembilan bulan lagi,”

“Keadaan jiwa suspek memang agak tidak stabil. Namun, ibu suspek itu tidak dapat menjelaskan secara jelas permulaan kejadian berlaku. Walau bagaimanapun, pembunuhan ini dipercayai berpunca selepas suspek sering dinasihati mangsa pada 28 Januari,” tambah Anggaito.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons