Rusia mahu tayang rakaman ‘lakonan’ mangsa Douma – Luar Negara


MOSCOW 19 April – Rusia akan menayangkan rakaman temuramah dengan seorang kanak-kanak yang mendakwa menjadi mangsa serangan senjata kimia di Syria kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Moscow berkata rakaman terbabit akan menyokong dakwaan bahawa serangan di Douma itu adalah palsu.

Semalam, stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman bersama-sama kanak-kanak itu, yang dikenali sebagai Hassan Diab berusia 11 tahun.

“Kami mempunyai sarikata temuramah itu. Kami memberi rakaman tersebut terhadap negara anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan wartawan, serta kami cuba mencari jalan menyiarkannya pada mesyuarat UNSC seterusnya,” kata Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia kepada stesen televisyen Rossiya 1.

Di dalam video tersebut, seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada Hassan memberitahu anaknya diberikan kurma, kek dan nasi sebagai habuan berlakon menjadi ‘mangsa’ serangan itu.- AFP



Source link

read more

Syria dan Rusia benarkan penyiasat senjata kimia jalankan siasatan



DOUMA: Syria dan Rusia akhirnya memberi kebenaran kepada pasukan penyiasat antarabangsa memasuki Douma di Timur Ghouta bagi mencari bukti dakwaan telah berlaku serangan senjata kimia.

Menurut laporan SANA, delegasi Pertubuhan bagi Mencegah Senjata Kimia (OCPW) telah memasuki kawasan itu pada Selasa bersama Menteri Kesihatan Syria, Dr Nizar Yazigi.

Delegasi berkenaan akan menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di kawasan berkenaan awal bulan ini yang mengorbankan lebih 75 nyawa.

“Mereka akan mengambil sampel dan menemuramah mangsa, doktor dan mereka yang berada di sana sewaktu kejadian berlaku,” lapor Al Jazeera.

Bagaimanapun, sebelum itu, Perancis telah memberi amaran dan mempersoalkan keputusan yang diberikan.

“Nampak jelas bahawa bukti dan bahan berkaitan telah dihilangkan dari tapak kejadian,” kata Kementerian Luar Perancis dalam kenyataannya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menafikan dengan keras tuduhan yang dilemparkan.

“Saya memberi jaminan bahawa Rusia tidak menceroboh tapak kejadian,” katanya kepada BBC dalam program Hardtalk.

Para penyiasat tiba di Damsyik pada Sabtu selepas Tentera Bersekutu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas lokasi yang disyaki terlibat dengan serangan senjata kimia 7  April lalu.

Bagaimanapun mereka dihalang memasuki kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.



Source link

read more

Tentera Rusia dakwa temui makmal senjata kimia di Douma



DOUMA: Stesen televisyen Rusia menyiarkan video tentang penemuan senjata kimia yang didakwa digunakan dalam serangan oleh tentera Rusia di Douma baru-baru ini.

Bercakap kepada stesen RTR, Alexander Rodionov, salah seorang anggota yang bertugas di unit perlindungan senjata berkata, pakar menemui klorin dan komponen utama yang digunakan untuk menghasilkan gas mustard di makmal pemberontak di Douma.

Katanya pada Selasa, bahan-bahan utama yang ditemui di makmal adalah sama dengan gambar yang dikeluarkan oleh pihak aktivis di Syria.

Sebelum ini, pihak aktivis menyalahkan kerajaan Syria di bawah kepimpinan Presiden Bashar al-Assad yang didakwa menjadi dalang utama insiden serangan senjata kimia di Douma, yang meragut puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kejadian ini mendorong Amerika Syarikat, Britain dan Perancis melancarkan serangan udara sebagai tindak balas ke atas tragedi berdarah itu.

Kerajaan Syria dan sekutu kuatnya Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Malah, Moscow melemparkan tuduhan bahawa kumpulan pemberontak di Douma bersekongkol dengan pasukan perisikan British untuk melakukan serangan tersebut.

Britain bagaimanapun menyangkal tuduhan tersebut.



Source link

read more

AS Tuduh Rusia Cuba Halang Penyiasat Antarabangsa – MYNEWSHUB


DAMSYIK – Amerika Syarikat, semalam menuduh Russia menghalang pemeriksa antarabangsa memasuki lokasi serangan gas di Syria dan berkata sama ada Moscow atau Syria mungkin sudah mencemarkan bukti.

Moscow menafikan dakwaan itu dan menyalahkan kelewatan itu di atas serangan peluru berpandu diketuai AS ke atas Syria bagi membalas dendam Sabtu lalu.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Presiden Emmanuel Macron, berhadapan kritikan daripada pembangkang masing-masing berhubung keputusan mengambil bahagian dalam serangan udara.

Syria dan Russia menafikan dakwaan melepaskan gas beracun pada 7 April lalu ketika menyerang Douma, berakhir dengan kejayaan merampas semula kubu kuat terakhir puak penentang berhampiran Damsyik.

Pertubuhan bantuan berkata, puluhan lelaki, wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Rakaman mangsa muda berbuih di mulut dan menangis kesakitan menjadikan perang di Syria, yang sudah meragut lebih setengah juta nyawa dalam masa tujuh tahun, kembali menjadi perhatian dunia.

Pemeriksa Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), mengunjungi Syria minggu lalu untuk memeriksa lokasi, tetapi masih tidak dapat masuk ke Douma, yang kini dikawal kerajaan selepas pengunduran pemberontak.

“Kami difahamkan Russia sudah melawat lokasi serangan.

“Kami bimbang ia mungkin sudah mencemarkan bukti dengan tujuan menyukarkan usaha OPCW melakukan siasatan berkesan,” kata Duta AS, Kenneth Ward, dalam mesyuarat OPCW di The Hague semalam.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menafikan Moscow mencemarkan bukti.

“Saya menjamin Russia tidak mencemari lokasi,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). – Reuters/BH ONLINE



Source link

read more

AS dakwa Rusia ganggu kawasan serangan di Douma – Luar Negara


THE HAGUE 16 April – Rusia didakwa telah menganggu kawasan serangan senjata kimia di bandar Douma, Syria.

Dakwaan itu dinyatakan oleh wakil Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Kenneth Ward yang mendakwa Rusia telah melawat kawasan berkenaan.

“Kami bimbang Rusia telah mengganggu kawasan itu dengan niat untuk menyekat usaha Misi Mencari Fakta OPCW bagi menjalankan siasatan yang lebih efektif,’’ katanya. – Reuters



Source link

read more

Banjir terus memburuk di Rusia



MOSCOW: Banjir besar yang melanda tengah Rusia dan daerah Volga semakin memburuk dan paras air terus meningkat dari yang dijangkakan.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat di bahagian Kementerian Kecemasan Rusia, Sergei Levitsky, banjir tersebut terus memburuk dan lebih aktif dari apa yang diramalkan.

Katanya, antara faktor yang menyumbang kepada kejadian ini adalah peningkatan suhu di waktu siang dan jumlah salji yang besar.

Lebih 1,500 anggota dikerahkan dengan bantuan 500 jentera bagi membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat dengan bencana ini.

Sebelum ini, 65 bandar di Rusia dan 356 kediaman terjejas.

Menurut pihak berkuasa, 400 orang telah berpindah dari kediaman mereka dan ditempatkan di pusat perlindungan sementara.



Source link

read more

AS bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia – Luar Negara


WASHINGTON 15 April – Amerika Syarikat (AS) bersedia mengenakan sekatan baharu kepada Rusia susulan sokongan berterusan Moscow terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Menurut Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, sekatan itu akan diumumkan esok oleh Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin.

“Sekatan itu merangkumi segala jenis syarikat yang berurusan dengan Bashar berkaitan peralatan dan penggunaan senjata kimia,” ujar Haley. – REUTERS



Source link

read more

AS guna berita palsu untuk serang Syria Trump umpama Hitler – Rusia



DAMSYIK: Tindakan Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya Britain dan Perancis melancarkan serangan udara ke atas Syria pada awal Sabtu, disifatkan sebagai campur tangan kuasa Barat terhadap rejim Bashar al Assad dan konco-konconya.

Operasi dilancar seminggu selepas serangan senjata kimia yang meragut hampir 100 nyawa termasuk kanak-kanak di Douma, Timur Ghoutah.

Menurut TRT World, serangan berterusan selama 45 minit itu dibuat ketika Presiden AS Donald Trump membuat pengumuman dari White House.

Dalam siaran berkenaan, Trump mengarahkan serangan tepat dibuat ke atas lokasi yang didakwa menempatkan senjata kimia rejim Bashar.

Menurut agensi berita itu, bunyi letupan kedengaran di ibu negara Syria, Damsyik.

Trump berkata, gabungan operasi dengan Britain dan Perancis akan berterusan sehingga Damsyik berhenti menggunakan senjata itu.

Mengulas mengenai pembabitannya, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menjelaskan operasi udara dilakukan secara terbatas iaitu membabitkan sasaran yang menjadi lokasi yang menghasilkan senjata kimia.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata operasi  dilakukan bukan untuk campur tangan dengan perang saudara di negara itu atau menukar kerajaan.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Rusia menyamakan Trump sama seperti Adolf Hitler.

“Trump bukan setakat melakukan jenayah di seluruh dunia, dia adalah Hitler nombor dua,” kata Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Pertahanan Duma, Alexender Sherin.

Sementara itu Syria dan sekutunya Rusia menyifatkan tuduhan penggunaan senjata kimia dalam serangan ke atas orang awam di Douma sebagai rekaan.

Ia selari dengan kenyataan Duta Moscow ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia  yang menyifatkan pembunuhan itu sebagai berita palsu.

Beliau berkata, negara anggota tetap Majlis Keselamatan iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah menggunakan retorik melampau dan biadab dalam memerangi negara Syria.



Source link

read more

Rusia ada bukti Britain dalang serangan kimia di Douma – Luar Negara


MOSCOW 13 April – Ketenteraan Rusia hari ini memaklumkan mereka mempunyai bukti yang menunjukkan serangan senjata kimia di Douma, Syria baru-baru ini dipercayai diarah dari London.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, ‘arahan’ tersebut membuktikan Britain terlibat secara langsung dalam mencetuskan provokasi di Syria.

Katanya, Britain juga memberitahu kepada White Helmets yang bertindak sebagai pihak pertama di kawasan dikuasi kumpulan pemberontak supaya memalsukan serangan kimia yang disyaki berlaku di pekan Douma. – AFP



Source link

read more

Helikopter tentera Rusia terhempas dua maut



MOSCOW: Sebuah helikopter tentera Rusia terhempas ketika menjalani latihan penerbangan pada waktu malam di Lautan Baltic.

Tentera Rusia dalam kenyataannya menyebut bahawa kejadian berlaku berhampiran kawasan Kaliningrad di antara Poland dan Lithuania pada Khamis, jam 11.30 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua kru helikopter Ka-29 itu maut dalam nahas tersebut.



Source link

read more