Saat kau berasa sedih saat itu Allah memelukmu- Elfira Loy



SELEPAS pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus, pelakon Elfira Loy meluahkan perasaannya di Instagram (IG).

Menerusi sebuah entri Elfira Loy memberitahu, di saat dia sedih dan kecewa, pelakon itu percaya Allah sentiasa ada bersamanya.

“Saat kau merasa jatuh,saat itu Allah sedang menangkapmu .

Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu .

Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu .

Saat kau merasa sepi ,saat itu Allah datang kepadamu .

Saat kau merasa sakit ,saat itu Allah mengubatimu,”  tulisnya.

Elfira dalam entri yang sama turut memuat naik fotonya sedang berpaling menghadap tingkap.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang rata-rata memberi kata-kata semangat supaya meminta Elfira kuat dengan dugaan yang dihadapi.

BACA: Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang?, tapi cincin tak pulang – Sumber

Beberapa hari lalu berita perpisahan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mendapat liputan media tempatan. Ia membuatkan ramai bersimpati dengan kedua-dua artis itu. 

Ibu bapa Elfira dan Sufian sudah pun memberi respon mengenai perkara ini. 

Bagaimanapun Elfira yang kini sedang berada di New York belum memberi sebarang kenyataan rasmi kepada media.
 



Source link

read more

Nedim bersyukur Dre kembali ke pangkuan kongsi saat manis bersama



SUAMI kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz mengucapkan rasa syukur apabila anak kesayangannya, Dre atau Mohamed Nedrin kembali ke pangkuan.
 
Nedim mula berkongsi detik bahagia bersama Dre di akaun Instagramnya semalam dan entri tersebut disukai lebih 83,000 pengikutnya dan dihujani ribuan komen.
 
Rata-rata komen mengucapkan tahniah kepada Nedim termasuk berkongsi rasa sebak apabila membaca kapsyen ditulis Nedim.
 
Menerusi entri tersebut Nedim berkata, tidak tergambar perasaannya apabila mendapat berita anak kesayangannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
 
“Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Alhamdulillah, sepanjang lima bulan saya berada dalam kesakitan, Allah itu sentiasa ada bersama saya,” tulisnya.
 

Lebih menyentuh perasaan apabila Nedim tanpa henti memuat naik beberapa fotonya bersama Dre termasuk mengadakan sambutan hari lahir anak kesayangannya itu.
 
Menerusi foto-foto yang dimuat naik, jelas kelihatan wajah riang seorang ayah yang pernah ‘kehilangan’ jantung hatinya selama hampir setengah tahun.
 



Source link

read more

Daftar pengundi sehingga saat akhir tak praktikal


JOHOR BAHRU – Cadangan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pendaftaran pengundi sehingga hari terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tidak praktikal, kata Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai langkah terdesak pembangkang untuk meraih undi.

“Kalau kita fikirkan secara logik, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada pengundi saat-saat akhir yang mana akan timbul lagi isu untuk dimainkan pembangkang seperti pengundi hantu.”

“Ini semua bukti kukuh bahawa pembangkang tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat sehingga mahu bergantung kepada pengundi saat-saat akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Simulasi Hari Pengundian Parlimen Pulai yang diadakan di Taman Bukit Indah, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Lim yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah menyarankan agar SPR membenarkan pendaftaran pengundi dibuat sehingga dua minggu sebelum PRU-14 diadakan.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri percaya pengundi sudah tidak mahu lagi tertipu dengan dakyah dibawa Lim.

“Rakyat tidak kira kaum Melayu, Cina dan India sudah lebih bijak berfikir dan telah menolak pembangkang dan pembangkang sendiri telah menjangkakan undi mereka akan turun, jadi sebab itu mereka memberi cadangan berkenaan,” katanya.- BERNAMA



Source link

read more

Rebah dalam 11 saat, jaringan Eriksen bantu Spurs benamkan United – Sukan


LONDON 1 Feb. – Christian Eriksen menjaringkan gol terpantas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, hanya 11 saat selepas sepak mula yang menjadi pemangkin untuk Tottenham membenamkan Manchester United 2-0 pada perlawanan awal pagi ini.

Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu turut selesa untuk mendahului 2-0 selepas separuh masa pertama melalui satu lagi gol hasil jaringan sendiri oleh pertahanan United, Phil Jones.

Keputusan itu kekal hingga ke masa penamat.

Walaupun hanya mengutip lima mata dalam perlawanan menentang pasukan hebat iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan United, keputusan perlawanan ini cukup untuk membuktikan Tottenham mampu bersaing dengan nama-nama besar lain walaupun persembahan mereka tidak konsisten.

Berada di tangga kelima liga, Tottenham hanya dua mata di belakang pasukan di tangga keempat iaitu Chelsea dalam saingan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara. – AFP



Source link

read more

Saat tunggu ajal kanak-kanak penghidap kanser disarungkan gaun puteri



WALAUPUN sibuk dengan tugas seharian, seorang jururawat di Florida, Amerika Syarikat, sanggup mengambil masa untuk memakaikan gaun puteri kepada pesakit kanak-kanaknya yang sedang menghitung hari kematian.

Braylynn Lawhon yang terlantar di katil hospital menghidap kanser otak, Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG), salah satu kanser otak yang tiada penawar dan menyebabkan badannya dipenuhi tiub alat bantuan.

Memetik laporan portal Daily Mail, jururawat itu telah memakaikan gaun puteri Belle dari filem Beauty and the Beast itu dengan penuh cermat kerana kondisinya yang sedang lemah.

Keluarga Braylynn yang tersentuh dengan layanan jururawat tersebut mengambil gambar Braylynn dalam kostum itu lalu memuat naik gambar di media sosial Facebook.

Braylynn telah dimasukkan ke dalam wad sejak 6 Januari lalu, sebulan selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.
Beliau kini menggunakan alat bantuan pernafasan dan menunggu ajal menjemputnya kerana penyakit yang dihadapi itu adalah antara jenis kanser otak berbahaya.



Source link

read more

Jangan terperangkap serangan saat akhir pembangkang – Politik


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terperangkap dengan strategi serangan mengejut saat-saat akhir (SLMA) pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)nanti.

Menurut Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, serangan mengejut tersebut jika tidak ditangani dengan bijak boleh mengalihkan sokongan pengundi kepada BN dan pernah berlaku pada PRU-13 dahulu.

“KIta harus hidu awal isu dan pembohongan yang dimainkan oleh strategis pembangkang.

“Kita letak tanggungjawab kepada Biro Penerangan, Biro Teknologi Maklumat dan unit media sosial sedia jawapan dan serang balas dengan cepat,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli UMNO supaya tidak berasa selesa dengan kekuatan yang ada pada parti hari ini.

“Jika ada dalam minda kita, pertandingan dua penjuru akan bagi kelebihan, itu tidak tepat, kerana disesetangah kawasan ia tidak akan menguntungkan kita. Biar pun kita berharap pertandingan dua penjuru, ada kawasan dilihat terdapat risikonya.

“Oleh itu parti harus dikukuh dari dalam dan bukan bergantung kepada kelemahan pembangkang. Pembangkang hidup atas isu tetapi BN bergerak atas asas agenda,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tercepat 20 saat syarikat kereta api Jepun minta maaf bagai nak rak



TOKYO: SEBUAH syarikat kereta api di Tokyo, Jepun hari ini membuat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam negara itu.

Semuanya gara-gara tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada saat yang ke 40, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 20 saat lebih awal pada Selasa.

Lapor portal Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berkenaan, pekerja di syarikat itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Ketepatan masa merupakan satu perkara perkara yang penting yang dianggap amat penting di negara matahari terbit itu.

Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.



Source link

read more

Aaron Aziz cerita detik cemas saat nyawa seperti mahu dicabut Ilahi



AKTOR Aaron Aziz menceritakan detik cemas yang dilalui saat nyawanya seperti mahu dicabut dan diambil Ilahi.

Aaron menerusi akaun Instagram (IG)nya memuat naik keadaannya yang kini sedang terlantar di hospital.

Menerusi entri tersebut Aaron memberitahu ia bermula selepas suhu badannya tinggi secara tiba-tiba malam semalam dan dia rasa seperti hendak tumbang dan putus nyawa.

Apa yang terlintas difikirannya ketika itu adalah anak-anaknya serta keluarga.

Ketika detik cemas itu berlaku, Aaron sempat bermohon kepada Tuhan agar nyawanya tidak dicabut dengan cara sebegini kerana banyak perkara yang belum diselesaikan.
 

Berita itu mengejutkan peminat serta pengikut IGnya.

Rata-rata telah mendoakan agar Aaron segera sembuh.

Foto: Instagram Aaron Aziz



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons