Peminat tidak sabar lihat kemesraan Neelofa dan Zul Ariffin


PELAKON dan pengacara jelita, Neelofa sudah memulakan penggambaran drama terbaharunya, “Ti Amo Sweetheart 100” dengan gandingan aktor kacak Zul Ariffin di Rom, Itali.

Neelofa berkongsi suasana penggambaran drama itu menerusi IG Story.

Neelofa berkongsi suasana hari pertama pengambaran di Rom, Itali. -Foto Instagram/Neelfa

Drama arahan Michael Ang ini merupakan adaptasi novel hasil karya Suri Ryana dan bakal ditayangkan di saluran Astro sempena Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Neelofa mengumumkan gandingannya bersama Zul Ariffin ketika mengacara Meletop minggu lalu.

“Ini adalah hadiah buat peminat yang selama ini menyokongnya,” ujar Neelofa, lapor Utusan Online.

“Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rom, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran,” kata Neelofa.

Bagaimanapun, kebanyakan peminat kedua-dua pelakon ini tidak sabar melihat adegan ‘kemesraan’ lakonan Neelofa dan Zul Ariffin dalam drama tersebut.

“Neelofa dan Zul Ariffin bergabung! Saya sangat teruja. Terima kasih Neelofa sebab tunaikan hasrat peminat. Sayang kamu,” luah Myn Famieza.

“Saya tidak sabar menunggu drama baru gandingan Neelofa dan Zul Ariffin,” tulis as.

“Akhirnya, Zul Ariffin akan berlakon dengan Neelofa! Ini akan menjadi drama yang paling menarik,” kata az.



Source link

read more

Teringat cerita Sembilu peminat tak sabar nak tengok Awie dan Erra



BUAT pertama kalinya primadona negara, Erra Fazira dan penyanyi Datuk Awie bakal muncul sebagai pengacara MeleTOP Selasa ini. Kemunculan Awie dan Erra di program MeleTOP adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang sedang bercuti.
 
Bagaimanapun, peminat sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat gelagat dan interaksi antara Awie dan Erra sejak berita ini mula dihebahkan pada Isnin.
 
Mana mungkin peminat dapat melupakan kisah antara Awie dan Erra yang pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini namun jodoh mereka tidak panjang.
 
Yang lebih membuatkan peminat begitu respek dengan kedua-dua bintang popular ini adalah kerana sikap mereka yang cukup sporting dengan mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan persahabatan mereka sehingga ke hari ini.
 



Source link

read more

Fizo Omar tidak sabar bila-bila masa saja



PELAKON Fizo Omar mengakui berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana isterinya, Mawar Abd Karim yang hamil sembilan bulan bakal bersalin bila-bila masa.
 
Menerusi beberapa siri foto beserta kapsyen yang dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan Fizo tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak perempuannya.
 
Foto-foto yang dikongsi juga merakamkan wajah Fizo dan Mawar yang kelihatan begitu ceria dan berseri.
 
“Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam, malam-malam gosok perut, tau-tau dah sembilan bulan dah.
 
“Bila-bila masa saja dari sekarang! #parentwannabe,”
tulisnya pada salah satu entri yang dimuat naik.
 

Manakala Mawar pula bergurau dan memberitahu masih belum puas lagi menikmati makanan yang enak. “Menghitung hari dan menghitung makan yang belum ditunaikan.
 
“Sabar ya anak bagi masa kita rasa makan yang sedap-sedap dulu ya,”
tulisnya.
 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan bersalin Mawar dipermudahkan.
 
Tidak ketinggalan juga rakan artis antaranya Datin Zizie Ezette, Fadzil Zahari dan juga Saharul Ridzwan turut mendoakan kesejahteraan Mawar.
 
“Semoga dipermudahkan belaka boh. Amin Ya Rabbal Alamin,” – @saharulridzwan
 
“Baby kita lahir nanti almost at the same time ni, InshaAllah, semoga dipermudahkan, amin,” – @zizieizette
 
“Alhamdulillah brother,” – @fadzilzahari

 



Source link

read more

Yuna rancak buat persiapan kahwin peminat dah tidak sabar


PENYANYI terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan menjelang hari bahagianya bersama tunangan, Adam Sinclair.

Biarpun masih belum mengumumkan tarikh rasmi majlis pernikahan pasangan itu, Yuna semalam telah memuat naik status sedang membeli fabrik untuk busana perkahwinannya.

“Baru sahaja membeli fabrik untuk baju kahwin saya,” tulisnya di Twitter awal pagi semalam.
 

Status itu mengundang reaksi teruja peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan sudah tidak sabar untuk menyaksikan bintang antarabangsa itu bersanding dengan pasangannya. “Alamak! Tak sabar pula rasanya,” tulis @mochvm.

“Semoga segala urusan dipermudahkan,” tulis @_juliyana.

“Semoga berbahagia hingga ke syurga,” ucap @ftinatiqah.


Yuna, 31, telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair pada 5 Ogos lalu di kediaman lelaki itu di Shah Alam, Selangor selepas berkenalan sejak tahun 2013.

Keluarga Adam telah merisik Yuna pada 27 Mac lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @yunazarai



Source link

read more

Piala Malaysia:Cabrera tidak sabar robek kubu Kedah – Bola Sepak


JOHOR BAHRU 3 Nov. – Pemain import Johor Darul ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera tidak sabar untuk merobek kubu pertahanan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok bagi membantu Harimau Selatan menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.



GONZALO CABRERA

GONZALO CABRERA

Cabrera, 28, membantu JDT melangkah ke perlawanan akhir sejak 2014 dengan menjaringkan satu gol serta membantu Gabriel Guerra melakukan jaringan ketika menewaskan Perak 3-0 pada semi final kedua di Larkin.

Beliau mahu mengulangi kejayaan itu dengan meletakkan namanya dalam senarai penjaring bagi membantu JDT membawa pulang Piala Malaysia ke Johor.

“Sudah pasti ia menjadi impian buat mana-mana pemain untuk menjaringkan gol penting buat pasukan di perlawanan utama seperti ini bagi menentukan siapa yang layak bergelar juara.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya dan akan membuat sehabis baik pada perlawanan akhir esok untuk membawa pulang Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan dari negeri ini menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 ketika dimenangi Johor FA selepas menewaskan Selangor 3-1.

Penyerang kelahiran Argentina itu berkata, gandingan bersama-sama Mohammad Ghaddar dan Guerra bakal menjadi pemusnah buat Lang Merah untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi pada musim lalu.

“Kami tahu pertembungan ini adalah penting buat JDT dan kami yakin dengan kemampuan serta kualiti yang ada pasukan mampu memberi kelebihan kepada kami.

“Tidak dinafikan lawan kami di pentas akhir ini merupakan satu pasukan yang kuat dan kami juga tidak kurang hebatnya dan dibarisi pemain-pemain yang berkualiti. Jadi, kita tengoklah siapa lebih hebat pada perlawanan esok,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons