Sabotaj punca kebakaran yang mengorbankan enam nyawa bulan lalu



ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah mengesahkan wujud unsur jenayah dalam insiden kebakaran empat rumah sederet di Kampung Baru Sungai Gelugor, Sungai Petani, bulan lalu.

Ia berdasarkan penemuan kesan petrol oleh Unit Forensik Bomba di lokasi kebakaran yang mengorbankan enam nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda mengesahkan penemuan kesan petrol berkenaan.

“Punca kebakaran memang sengaja dibakar dan wujud ‘accelerant’ yang kami jumpa di sana.”

“Kami juga mengambil pengakuan saksi yang menyatakan bahawa kebakaran itu disengajakan. Laporan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 pagi, 7 November lalu, lima rentung dalam kebakaran berkenaan  yang melibatkan empat rumah yang dihuni 22 mangsa.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan penuh jabatan forensik serta laporan siasatan bomba sebelum siasatan lanjut diteruskan.



Source link

read more

Ada orang sabotaj XPDC – Lola – Hiburan


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Pemain dram kumpulan XPDC, Lola mengakui ada unsur sabotaj dengan memburuk-burukkan mereka dan konsert yang bakal disertainya.

Menurut Lola atau nama sebenarnya Saiful Rizla Kamarudin, 44, perbuatan sabotaj itu dilakukan sejak sebulan yang lalu di laman sosial Facebook.

“Ada individu yang memuat naik status dengan tujuan untuk menghasut orang lain memboikot XPDC serta konsert Public Distortion yang akan kami sertai.

“Individu itu bukan sahaja memburukkan kami tetapi juga cuba memburukkan kumpulan Prime Domestic yang akan turut serta dalam konsert itu,” jelasnya.

Tambah Lola, sudah lebih lima kali laporan polis dilakukan dan mereka sedang mengumpulkan bahan bukti untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

“Kita kenal pasti individu yang mahu mensabotaj kami. Dia tak perlulah nak buat perkara begini.

“Tidak ada gunanya nak dengki kerana kita dalam satu industri dan rezeki masing-masing, Allah yang tentukan,” katanya.

XPDC ketika ini dianggotai oleh Eddie, Izo dan Ali.

Dalam pada itu, XPDC akan membuat persembahan di konsert Public Distortion yang turut menampilkan Prime Domestic dan Amy Search selalu penyanyi jemputan.

Konsert itu akan diadakan pada Sabtu ini di Oasis Square, Petaling Jaya. Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket berharga RM68 dengan melayari laman sesawang www.ilassotickets.com atau menerusi talian 03-21706333. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Wujud akta sabotaj – Perkasa – Nasional


KUALA LUMPUR 19 Nov. – Kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan Akta Sabotaj Ekonomi bagi menangani isu rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, akta itu perlu dilaksanakan bagi menangani kes-kes besar terutama yang melibatkan rasuah.

“Apabila kes besar berlaku kita sering mendengar penahanan dibuat, direman dan dibawa ke mahkamah namun akhirnya kes itu menjadi sepi.

“Akta itu perlu dilakukan dengan menggunakan konsep Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana peruntukan undang-undang sedia ada sangat panjang dan longgar,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Agung Tahunan ke-8 Perkasa di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Perkasa telah memberikan anugerah Tokoh Cendekiawan Islam kepada Presiden Universiti Islam Malaysia (UIM), Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jangan sabotaj parti jika tidak terpilih calon PRU-14 – Terkini


IPOH 15 Nov. – Pemimpin MIC di negeri ini diingatkan supaya tidak mensabotaj parti itu jika tidak terpilih sebagai calon Plihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ini kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya akan menyebabkan tiada wakil kaum India dalam kerajaan negeri bagi menyampaikan hasrat dan keperluan mereka.

Menurut Subramaniam, mereka yang tidak terpilih sebagai calon perlu meneruskan perjuangan serta memberi sokongan penuh kepada calon yang dipilih demi memastikan kelangsungan parti itu pada masa depan.

“Sekarang boleh lobi, tidak salah buat.Tapi apabila sudah buat keputusan nanti, kita perlu bersatu hati, jangan sabotaj dan ganggu satu sama lain.

“Kalau sabotaj kita juga yang akan jadi mangsa. Kalau tiada wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada exco, siapa yang akan mewakili hasrat dan keperluan masyakakat India di Perak. Jadi siapa yang akan rugi? MIC dan masyarakat Indialah yang akan rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Deepavali MIC Negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Dewan Sebaguna, RPT Seri Desa Rishah, Buntong di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons